~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Sunday, January 29, 2012

kalo dia dah transform jadi besar habisla cerita

assalamualaikum

hye bloggers!!entry kali ni leh dikatakan mendapat inspirasi dari blogger osman yusoef dari entry doraemon yang dia kata legend tu.haha

okeylah, ramai yang pernah tengok cerita detective conan kan.xkisah la yang dalam bahasa melayu or jepun.tapi aku lagi suka bahasa melayu sebab aku xsuka dengar bahasa jepun.serabut je aku dengar deme cakap.haha boleh gitu? detective conan ni pernah jadi cerita feveret aku masa zaman-zaman aku menganggur lepas habis study dulu.

aku rasa ramai yang layan cerita conan ni tau yang dia asalnya adalah pelajar sekolah tinggi yang bernama shinichi tapi telah di transform kan menjadi kecik oleh geng gagak hitam (agaknyalah). maka lepas tu dia pun menukar identiti nya kepada conan edogawa dengan bantuan professor agasa dan stay kat umah encik mouri dan aweknya ran.


so bukan tu yang aku nak citer sebenarnya. ada ramai yang selalu cakap "bila la si conan ni nak besar" masa tengah tengok cerita tu.and soalan tu dah tentu la daripada orang dewasa yang terpaksa layan cerita tu kan. akak serumah dan alang aku dulu pun pernah tanya dekat aku baru-baru ni.jawapan aku adalah "kalo dia dah jadi besar balik habis la cerita tu.xde dah la cerita conan.dah sah-sah tajuk cerita pun detective conan bukan nya shinichi".

betul x?haha walau pun conan dah settle kan macam-macam kes dan selalu hampir berjumpa dengan kumpulan gagak hitam tu tapi dia still xberjaya nak dapatkan formula untuk transform kan dia dan haibara menjadi dewasa semula. ingat suka-suka ke dia buat citer tu jadi panjang berjela macam tu.sampaikan bila diaorang dah jumpa geng tu je mesti ada benda jadi.perkara biasa la tu  ^_^

pape pun dulu aku teruja dan minat conan sebab dia pandai settle kan kes.tapi bila dah lama-lama tengok aku rasa biasa je cerita tu.bila ending nak settle kes je mula la penjenayah ngelat kata bukan dia yang bunuh la pe la.pehtu tetiba lepas conan tunjuk bukti bagai, ayat yang selalu keluar mesti "ya!memang saya yang bunuh dia sebab...."haha betul kan.sape yang rajin tengok cerita tu mesti tau.

so itu je yang aku nak bagi tau.main point dia sebenarnya just 'kalau conan tu dah bertukar jadi besar balik maka cerita pun tamat la'. itu je.haha tapi leh pulak aku buat entry berjela kan.gasak la

p/s : sekarang suka tengok boboiboy dan pororo ^_^

Thursday, January 26, 2012

kalau dahi xmencecah sejadah

assalamualaikum

bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
dengan kain kafan yang serba putih!
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
walaupun orang yang hadir itu merintih...

selepas itu kamu akan diletak di atas lantai...
lalu dilaksanakanlah solat jenazah
dengan empat kalo takbir dan satu salam
beserta fatihah, selawat dan doa...
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus...
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud...
dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...
justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat....
usunglah dirimu ke tikar solat...
sebelum kamu diusung ke liang lahad...
menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

iringlah dirimu ke masjid...
sebelum kamu diiringi ke pusara!
tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa' !

sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan...
dengan panggilan ' Izrail yang menakutkan!
berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan!
kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
bukan yang pergi!

beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

ingatlah di mana saja kamu berada..
kamu tetap memijak bumi Allah!
dan dibumbungi dengan langit Allah!
serta menikmati rezeki Allah!
justeru bila Dia menyeru...
sambutlah seruan Nya sebelum Dia...
memanggilmu buat yang terakhir kalinya!
ingatlah kamu dahulu hanya...
setitis air mani yang hina!

lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...

ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu...
yang kalau jauh ke tanah, ayam tak patuk itik tak sudu...
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu...
yang lebih agung dari malaikat!

lahirmu bukan untuk dunia...
tapi gunakanlah ia untuk melayar bahtera akhirat!

sambutlah seruan 'Hayya ' alas Solaah'
dengan penuh rela dan bersedia!
sambutlah seruan ' Hayya 'alas Falaah'
jalan kemenangan dunia dan akhirat

ingatlah yang kekal ialah amal...
menjadi bekal sepanjang jalan!
menjadi teman di perjalanan....
guna kembali ke pangkuan Allah!

pada hari itu tiada berguna...
harta,takhta dan putera/puteri...
suami/isteri, kad kredit dan kereta...
kondominium dan saham niaga...
kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

aku xtau la apa nak panggil yang kat atas ni.cerpen,sajak,puisi or cerita.tapi yang pasti setiap rangkap ayat tu ada maksud dan pengajaran tersendiri.dalam keadaan akhir zaman ni macam-macam boleh jadi kan.so sama-sama la kita amik pengajaran dan ikhtibar.

aku dapat info tu dari page facebook Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.banyak gak kata-kata yang boleh kita jadikan panduan kat page tu.so sila-sila lah jenguk ye.


p/s : doa-doakan la aku ni pun dapat berubah dan sentiasa ingat padaNya.amin

kakak cayunk kita dh bertunang.sob sob ~~

assalamualaikum

hari sabtu lepas bersamaan dengan 21 Januari 2012 (kalo xsilap la) kak wani a.k.a roomate aku masa study dulu dah tunang.huwaa sedih sebab aku xdapat gi.muka aku ni nak gi ke johor sorang-sorang, memang mak aku xbagi la.nak ke utara pun mak aku dah bebel ni pulak nak ke selatan nun.memang x la.

tapi xpe sebab masa kak wani kawen nanti kompem aku gi kalo dipanjangkan umur la.yang buat aku sadisnya sebab member2 baik masa kat IPAH dulu pun ada datang gak -_-" jeles xhengat aku bila tengok deme semua.xpe bulan 4 nanti akan sedaya upaya daku cuba datang masa wedding lina.supaya dapat jumpa ngan kak wani, lina and makcik mija.haha

mereka - 4 dari kanan tu adalah roomates aku dan roomates sebelah. B103 dan B104
yang tudung hijau tu satu group kemahiran ngan aku  :)
to kak wani sori yek xdapat datang.lain kali kita jumpa ye.kot2 ada orang baik ati nak bawak kita jumpa kak wani kat taiping nanti kan.huhu.nak kena cari driver sampingan gak la camni.xpun doa-doa la kita ni ada keberanian nak bawak kete.kalo dah berani bawak kete kompem leh sampai taiping bila-bila masa je.hehe

akak cantik saya ^_^
best wishes to kak wani.semoga dipanjangkan jodoh hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke syurga.jangan gaduh-gaduh and jangan merajuk selalu yek.paling penting jangan tamak kak wani.haha sorang je ye jangan lebey-lebey.nanti saya jeles terlebih.hihi.semoga perhubungan ini sentiasa diredhai dan direstui oleh mereka2 semua dan oleh Yang Maha Esa. miss u kak (^_^)

ramai nya kawan-kawan aku dah tunang.yang nak kawen pun xketinggalan gak.bulan 3 ni si popo kawen, bulan 4 lak si lina kawen.fuhh masing-masing amik nombor nampak nak buat majlis.aku ni ntah bila la kan.haha.selamat menempuh alam baru ye kawan-kawan ku semua.

B103 & B104
p/s : akan sedaya upaya datang masa wedding mereka nanti.bila lagi kan nak jumpa kawan-kawan zaman belajar

Wednesday, January 25, 2012

koleksi duit part 2

assalamualaikum

alops kawan-kawan ada sihat ka?hehe.okeh dah nak buat entry koleksi duit part 2 lak. kali ni semuanya pasal duit syiling yang pernah ada dalam koleksi bank negara malaysia.tapi xsemua la yang ada.sebahagian sahaja yang dapat aku tunjukkan.owh jangan tanya aku mana aku dapat koleksi-koleksi ni sebab itu adalah rahsiaaa ^_^
cekidaut!!

 syiling baru yang lebih ringan.sori duit 50 sen xde.tapi saiz duit ni sangat kecik
1 sen yang ntah ada ntah idak lagi dan juga duit rm 1 sempena 30 tahun merdeka
sempena sukan sea xv
rm 1 sempena asian games
rm 1 dengan wajah tunku abdul rahman
sempena rancangan malaysia ketiga
wajah tun hussein onn sempena rancangan malaysia ke 4
annual conference
ulang tahun JUPEM
sempena world wide fund (WWF).comel panda itu 
ulang tahun parlimen
bunga raya bunga kebangsaan
nampak tak kat duit tu tulis commisioners of  currency malaya.agaknya la.haha yang belakang lak pic king george  vi
ni plak malaya and british borneo.agaknya masa ada omputeh kat malaysia dulu kot.
p/s : nantikan part 3 untuk syiling dari negara lain

koleksi duit part 1

assalamualaikum

saje nak share entry pasal duit-duit baru dan lama.ada yang duit dari malaysia dan ada juga duit dari luar malaysia.boleh tahan banyak gak la.tapi lepas diedit jadi la sikit je. part 1 ni untuk duit kertas baru di malaysia.so lets cekidaut ^_^








p/s : nak suka lebey kat duit rm50 sebab ada sawit tapi rasa macam sayang lagi2 lebey kat duit rm100 :)

Friday, January 20, 2012

tinggal aku sendiri

assalamualaikum

hari ni mesti ramai yang dah start cuti kan. minggu depan pun mesti ramai yang lanjut cuti sampai jumaat gak.budak-budak opis aku ni ada 3 orang cuti sampai jumaat depan.so nanti tinggal bertiga je la kat opis ni.tapi kalo diaorang gi lawat kebun jawabnya aku sorang je la yang menghuni ofis ni.hehe

owh ye patutnya petang ni pun lepas ofis hour aku kena balik ke tapah.bese la dah nama pun cuti kan.tapi disebabkan akak rumah aku tu dah nak pindah, maka aku pun stay la kat sini malam ni.pagi esok baru aku balik.xde hal punya cuti kan lama.balik tapah pun bukan lama.sejam je.

sekarang ni rumah aku tu ada 3 orang yang duduk.tapi bila akak tu keluar nanti jadila 2 orang je.aku xrapat ngan dak sorang ag tu even dia tu housemate aku di rumah lama yang penuh kontroversi seperti di ENTRY INI. so bila akak tu dah pindah nanti menyendiri la aku.dekat ofis ni pun aku sorang je staf perempuan.budak-budak baru pun maybe bulan 3 nanti baru masuk.itupun  kalo ada perempuan.

aku harap sangat kalo ada orang yang pindah masuk kat rumah tu biarlah dia leh jadi kawan sikit.maksudnya macam hidup zaman-zaman asrama.leh lepak sama-sama, masak and makan sama-sama and kuar sama-sama.kalo x memang kebosanan la aku.

so malam ni nak gi melantak kat kedai ngan akak umah aku tu pehtu nak sopink2 kat tesco.yehaa.habiskan duit weh.haha

ihsan google

p/s : harapan!!!

Thursday, January 19, 2012

salam takziah

assalamualaikum

"dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali". al-fatihah...salam takziah buat member sekolah aku dulu a.k.a ketua kelas aku.terkejut gak tengok dia post kat status fb yang abang dia telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. dekat situ dia sertakan link.mula-mula aku ingatkan link ape la kan.bila klik rupanya link mengenai berita kemalangan ngeri tersebut.korang leh klik kat LINK INI untuk baca artikel kemalangan maut tu.

amik dari utusan online
serius seriau aku tengok kereta tu.remuk habis.arwah abang member aku tu naik kereta honda.tadi ada gak aku tengok video petugas JPAM keluarkan mangsa dari kereta tu.memang rasa kesian sangat sebab dalam video tu memaparkan yang petugas JPAM tengah kopak kereta mangsa untuk mengeluarkan mereka yang tersepit.

"janji Allah yang satu itu pasti akan tiba bila sampai masanya. tanpa terlewat walau sesaat pun.cuma berdoalah kita semoga nyawa kita diambil dengan keadaan yang baik". semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.sedekahkan la alfatihah kepada mereka semua.semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan mereka bertemu Yang Maha Esa.

semoga fendy dan family tabah dengan dugaan ni.mungkin bukan perkara yang mudah tapi aku tahu mereka semua kuat. member aku tu pun baru je baik dari accident. harapnya mereka dapat menempuhi segalanya dengan sabar.salam takziah

"walaupun kita bukan seorang yang kuat but at least cubalah tunjukkan yang kita boleh jadi orang yang kuat supaya dapat kita lihat kembali senyuman diwajah insan-insan kesayangan kita"

pada semua pengguna jalan raya, baik daripada pejalan kaki sampaila yang bawak kenderaan paling besar kat muka bumi ni berhati-hatilah. jangan diikutkan perasaan sangat masa memandu.ianya mungkin membahayakan orang lain dan diri sendiri.so be careful dan sebelum mulakan perjalanan jangan lupa baca doa naik kenderaan dan ayat kursi ^_^

p/s : semoga kita semua tabah dalam menghadapi dugaan dari Illahi

Wednesday, January 18, 2012

petang-petang waktu untuk blur

assalamualaikum

huit!!tengah buat mende tu?haha kemalasan weh.lepas siap key in data, buat surat, print bagai , aku pun terus rasa malas nak sambung wat keje.so ngadap je la kertas-kertas atas meja ni sambil check borang tu lengkap ke x.malas okeh nak key in lagi.muahaha

kalo tiba waktu petang-petang cam gini jangan la suruh aku baca ayat yang susah nak paham pehtu panjang-panjang.sebabnya waktu petang adalah waktu blur aku.kalo time ok xde la blur.tapi bila datang blur aku tu, haramm aku xtau walaupun benda yang diberitahu tu simple je.

so kalo nak suruh aku mencerna minda aku ni sila minta sebelum waktu petang.hehe.tapi jangan risau blur aku bukan la di tahap kritikal.masih boleh diajak berbincang. kadang-kadang plak aku paham mende orang cakap tapi buat-buat macam xpaham ^_^

okeh waktu keje dah abis.sila kemas-kemas meja sebab nak balik kan.meja haruslah kemas.supaya esok pagi datang keje xde la rasa serabut.peace yaww~~~


pic masa memula masuk opis bulan 8 aritu
p/s : walau aku malas buat keje tapi keje still siap.so kalo korang malas pun make sure keje siap yep

wordless wednesday #16 : zaman dahulu kala

assalamualaikum


p/s : sememeh je time tadika.nampak x BFF aku.hehe

Tuesday, January 17, 2012

xberkesempatan

assalamualaikum

tak berkesempatan nak update blog panjang-panjang sebab maybe busy dan buat-buat busy. yang pasti hari ni kena key in data untuk 24 borang.huhu.best giler kan -_-"
tapi xpe dah memang keje aku.
owh ye dah dapat diary untuk tahun ni daripada HQ.
apa agaknya akan aku buat ngan diary tu ek sebab aku ni jenis main tulis je kat kertas mana2 pehtu mula la hilang ^_^
ok la aku nak balik umah dulu.masa keje dah abis


p/s : sabtu pagi baru balik kampung sebab akak umah aku tu dah nak pindah :'(

Saturday, January 14, 2012

menjadi-jadi kes ragut dan rompak

assalamualaikum

semakin lama semakin menjadi-jadi kes ragut dan rompak kat malaysia ni.*okeh dah macam hipotesis. sebelum ni dok kecoh pasal umah wardina kena masuk perompak sampai anak-anak dia semua trauma.sampai asben kak dina pun kena pukul.ish3 seriau okeh.tapi tu orang dari indonesia.

ni kes penjenayah nya orang melayu kita.apa nak jadi la bebudak ni.so petang tadi alang aku tepon.dia tanya tau xcerita terbaru.aku bajet dia tanya pasal citer korea terbaru.hehe.lepas aku kata xtau dia pun cakap, along kena ragut kat depan rumah dia.wah masa tu aku leh gelak kan.bajet macam alang aku main-main je.sekali rupanya betul der.

masa tu along aku otw nak jumpa alang aku.dah siap kunci rumah semua and dah masuk kete pun.pintu kete dah lock tapi tingkap terbuka sikit.sekali datang la mamat 4 orang yang xberapa nak lancar otaknya naik motor.ntah camne dia leh bukak lock kete tu.apa lagi sesi ragut meragut pun mula la.

along aku kata dia melawan.masa tu dia dalam kete.so dia tolak la bebudak tu guna pintu kete tu.agaknya sebab geram along aku melawan, diaorang pun mula la keluarkan parang. bila along aku nampak deme kuarkan parang xde la along aku nak melawan.nyawa lagi penting weh dari harta.harta leh cari, nyawa sekali je dapat.

then dapat la bebudak tu amik handbag along aku tu.dalam tu bese la ada purse, henpon ngan duit. alang aku kata deme amik kunci kete sekali.masa tu dalam otak aku pikir satu je.diaorang amik kunci umah x.kalo amik memang susah la.kaya deme kalo dapat kunci umah.tapi bila along aku kata deme xamik kira selamat la gak.owh lagi satu gelang tangan hantaran kawen along aku tu pun deme amik.luka gak la tangan along aku, dah nama pun ragut kan.leher pun kena raba sebab diaorang cari rantai.nasib la along aku xpakai rantai.

masa tu asben dia xde sebab kena keje.so along aku gi ngan alang aku je la buat report.bila buat report tu polis kata laporan mengenai gambaran peragut tu je dah ada tiga kes.maknanya diaorang sekarang memang tengah aim kat kawasan tu.kira sekarang memang dah jadi kes polis la.tapi yang aku peliknya mana gi jiran-jiran along aku tu.owh yela bercuti kot sebab kan hari minggu plus masa tu pagi

pape pun alhamdulillah la along aku xde pape.lagipun along aku cakap dia xbawak duit banyak pun masa tu.skang kad suma dah stop.cuma dia tengah try cari JPN yang buka esok untuk buat ic baru.kang orang kata warga asing lak.hehe

so pada semua kawan-kawan berhati-hati la ye.jangan main redah je nak buat pape.jangan dok tunjuk berani sangat.pada yang duduk dekat rawang berhati-hati ye.takut kejadian berulang lagi,maklum le peragut ngan perompak ni bukan paham bahasa.bangang nya bertingkat-tingkat sampai xtercapai.

p/s : risau aku, dah la aku ni berulang ngan motor je.

bersediakah aku untuk mengadapNya

assalamualaikum

sekarang ni kecoh ayat dunia kiamat tahun 2012.  banyak jugak la maklumat yang aku dapat pasal tu.tapi sekarang ni bukan itu persoalan nya. soalan nya sekarang adakah AKU sudah bersedia untuk menemui Penciptaku Yang Satu itu.

jujurnya kadang-kala aku pun termakan juga dengan kata-kata tu.tapi semakin banyak maklumat yang dibaca semakin aku tahu hakikatnya.wah dah macam buat hipotesis lak.bukan apa, telah dinyatakan dalam Quran bahawa kiamat itu pasti akan tiba cuma tiada manusia yang tahu bila waktunya.even Nabi Muhammad sendiri pun xtahu bila.

tapi telah dinyatakan juga tanda-tanda mengenai kehadiran kiamat ini.dan itu lah yang menakutkan aku.belum cukup amalan aku untuk dibawa berjumpa Pencipta aku ini.tersangat kerdil rasanya diri ini.setiap kali aku fikirkan mengenai kiamat dan dunia akhirat aku pasti rasa sangat takut.kebiasaan nya aku akan automatik terfikir mengenai kiamat pada waktu sebelum tidur.


dalam fikiran aku sentiasa terfikir jika di dunia aku boleh menyorok jika aku salah, aku boleh minta bantuan orang lain jika aku susah tapi di hari kiamat nanti siapakah yang akan membantu aku.aku juga xboleh mengelak jika aku dihukum.itu adalah janji yang telah Allah aturkan. 

Ya Rabbi masa tu jangan cakap la macam mana takutnya aku.sampaikan aku xleh nak tido.tapi sayang sangat, perasaan tu sekejap je.esoknya still aku sambil lewa je mengenai semua ni.bila tiba masa aku terfikir memang aku rasa insaf sangat. tapi bila tu semua xde dalam fikiran, susah jadinya.

bantulah aku Ya Allah supaya hati ku ini sentiasa kekal mengingati Mu.hanya Engkaulah yang berkuasa di dunia yang indah dan penuh pancaroba ini.Amin

* ini entry autopublish.masa ni aku sedang enak membongkang depan tv agaknya

p/s : meremang lak aku

dah setahun lebih berblog baru tahu -_-"

assalamualaikum

rasanya dah setahun lebih dah aku berblog.tapi baru semalam aku dapat buat entry yang ada video dari youtube.serius aku xtau camne nak letak sebelum ni.haha.pernah gak aku buat entry pasal video dari youtube. tapi video semata la sebab aku xreti nak buat camne.masa tu aku ikut tutorial dari website

tapi website tu maklumatnya bagi aku xcukup lengkap lagi.so aku pun menggogle la untuk mendapatkan maklumat yang full. maka jumpa la dengan blog INI.lepas diperhatikan rupanya blog yang sebelum ni xde bagitau pasal ruangan edit HTML dan compose.patut le puluh kali aku buat haram menjadi =_=

so lepas dah usha2 blog tu aku pun try la buat.and yehaaa menjadi weh.so terhasil la entry malunya aku dekat nick vujivic.thanks banyak-banyak pada owner blog muhammadtarmizi.jasa anda amat dihargai.,hak hak hak

p/s : minggu ni xbalik kampung.so kebosanan di rumah

Friday, January 13, 2012

malunya aku dekat Nick Vujivic

assalamualaikum

korang kenal x sape Nick Vujivic tu?aku pun baru je tadi kenal dia kat youtube.dan terus rasa malu sangat kalo aku kena berhadapan dengan dia.seriously malu!!

sebabnya dia seorang yang cacat anggota tapi masih boleh buat segala yang dia suka dan dia tidak mengeluh dengan kecacatan yang dialaminya.respect sangat kat dia.sedangkan aku ni yang cukup sifatnya selalu mengeluh terhadap sesuatu perkara.betapa buruk nya perangai aku jika dibandingkan dengan dia.

pape pun korang usha la video kat bawah ni.nangis kot aku tengok vidoe ni.eyh terjujur lak.malu i (owh sebelum tu pause dulu lagu yg sedia ada dalam blog aku ni.kat bawah sekali ye)

Thursday, January 12, 2012

tv 1 Malaysia

assalamualaikum

sape pernah dengar pasal tv 1 malaysia?.aku baru je search benda ni kat website dan jumpa la pasal tv 1 malaysia ni.sila klik kat SINI untuk maklumat lanjut.

kalo ikutkan pada website tu dia kata just available untuk iphone, ipad, blackberry dan android sahaja.maka sebab tu la aku leh tengok.aku pun secara xsengaja terjumpa pasal tv 1 malaysia ni kat market enset samsung aku ni.apa lagi aku try la download.

lepas tu aku bukak and dalam tu ada siaran untuk tv1, tv2, tv3, alhijrah, erama,ekorea tv, cctv news, mytv dan dokumentaritv.untuk radio lak ada siaran untuk kl fm. not bad la bagi aku.asalkan korang ada line internet yang laju korang dah leh pasang tv 1 malaysia ni.

so disebabkan sekarang aku dah ada tv 1 malaysia ni maka aku xde la ketinggalan lagi untuk menonton citer ampunkan dosaku kat tv3 yang bersiaran kul 4 ptg tu.agak mustahil la kan nak balik umah semata-mata nak tengok citer tu.at least skang ni aku dah leh buat keje sambil tengok cerita.hahaha dah macam bersantai je la plak.

tapi bila malam aku xdapat la tengok cerita yang ustaz don tu.almaklum le, umah aku xde astro so susah skit la nak dapat siaran alhijrah.hehehe.xpela.youtube kan ada.gunakanla sebaiknya ye dak.

so pada sape-sape yang kat opis xde tv tapi ada line internet yang laju, leh la try download program ni.boleh la tengok citer feveret kan.huwahaha

p/s : dok marathon cite ampunkan dosaku tadi kat tonton dari episod 1-7

Monday, January 9, 2012

resepi yang senang

assalamualaikum

sejak-sejak dok umah sewa kat seri iskandar ni, aku rajin mencuba masak.hahaha.okeh aku memang kurang pandai masak.tapi kalo suruh makan tersangat la pandai ^_^ so disebabkan itu aku mencari blog or website yang ada bagi resepi yang simple dan detail.contoh macam ada pic supaya aku lebih paham.bukan apa, kadang-kadang bila tiba blur aku nanti suma benda aku xpaham.hahaha

aku ni suka mencuba masak tapi untuk aku sorang je rasa.kalo orang ramai kat umah aku malas nak masak.sebabnya kalo sorang-sorang tu bila xsedap pun still xde sape komplain.muka aku pun xberapa nak malu sangat.huahaha.itula sebabnya kalo aku balik tapah aku malas nak masak.
sedapnya!!ihsan google
so sesiapa yang ada buat entry pasal resepi leh la share-share ngan aku.at least korang berkongsi ilmu ye dak.mana la tau resepi korang buat tu leh jadi femes lak.ececeh!!salah satu blog yang bagi aku simple dan detail adalah blog sis mina.sila-sila la terjah okeh.bubye


p/s : esok ada program roadshow kat manjung.malas weh!!!

Friday, January 6, 2012

kawan aku cakap "ramai betol orang spesies macam ko ni"

assalamualaikum

"kalo dah keje nanti nak beli kete la.leh gi ronda-ronda ngan member".
aku rasa itu la antara ayat yang kuar dari mulut aku masa aku belum keje dulu.tapi tu semua dulu.sekarang ni aku akan cakap "ala xyah la nak beli kete.membazir je.bukan aku reti bawak pun.lesen tu buat tampal kat dinding je". sebab aku cakap macam tu adalah aku sangat takut nak bawak kete.

aku ada lesen kete dan motor sejak dari tahun 2008 lagi.tapi xpernah sekali pun aku bawak kete tu kuar sendirian.pehh memang penakut.tambah-tambah kalo nak kuar masuk umah aku tu.jalan sempit weh sebab kawasan kampung.aritu aku penah try bawak sampai simpang jalan besar tapi ayah aku ada teman la.masa tu aku rasa macam kete tu nak masuk longkang je.ayah aku pun bebel kata apasal aku bawak ketepi sangat.

lepas pada tu aku ada try bawak kete kat area umah makcik aku.rumah dia tu kawasan kuarters dan xde ramai orang pun duduk.so xde masalah la kan kalo nak try bawak.tapi hampeh masa bawak tu aku leh tersalah tekan pedal.aku nak tekan clutch tapi aku tertekan minyak.hahaha nampak bonar xpandai nya.

kawan aku penah cakap yang "ramai betul orang spesies macam ko ni".maksud dia adalah spesies yang ada lesen kete tapi xreti nak bawak kete.bagi aku xde la ramai sangat spesies macam tu.sebabnya aku tengok skang ni ramai je orang yang berani bawak kete.cuma aku je penakut terlebih.harap badan je besar kan -_-"

tapiiiii kalo suruh aku bawak motor xde masalah.kira dah expert dah kalo merempit nih ^_^ cuma kalo suruh aku baiki motor tu harap diampun je la.aku tau sikit-sikit je.aku pernah tertido atas moto masa nak balik dari seri iskandar ke tapah.nasib baik la kat kawasan kampung.kalo x nanti aku bangun tengok dah ada dalam kubur dah.tu suma bahana xreti nak tido malam la.pagi tu terus gi keje petang terus balik.ha amek kau...

bagi aku sekarang ni motor tu pun dah cukup.ramai kawan aku tanya bila nak beli kete.tapi tu la tunggu la dulu.xde kepentingan lagi kete tu.ag pun mak aku dah offer kalo nak bawak kete pun bawak la kete ayah aku kat umah tu.hehehe sebab tu la alang aku jeles.dia kata "kalo adik siap offer lagi kete ngan motor.kalo alang minx pun xdapat".nampak x kejelesan akak aku kat situ >_<

ok lah pape pun kete ngan motor pun sama je.bersyukur aku ada moto tu supaya dapat aku berulang alik keje.daripada aku kena menapak or naik bas kan.huhuhu.yang penting hati-hati bila memandu okeh.jangan jadi macam aku ni ha.tido masa bawak moto.

p/s : sape baik ati meh ajar aku bawak kete ^_^

Thursday, January 5, 2012

dulu-dulu #5 : buat tapi xpernah ikut

assalamualaikum

dah 4 tahun rupanya aku tinggalkan zaman sekolah.last sekolah aku adalah kat teknik teluk intan. lepas tu sambung melepak kat institut pertanian lak ^_^ tapi tu bukan isunya.aku rasa masa study dulu mesti ramai yang buat jadual belajar kan.

ihsan google.meriah kan
kalo zaman study dulu aku tengok budak-budak pintar yang selalu buat dan ikut jadual belajar tu.jadual tu pulak kemain lagi cantiknya.meriah ngan warna-warna, untuk tarik perhatian katanya. tapi jangan salah faham, aku rasa memang semua student kena ada jadual belajar.samaada diaorang buat dengan rela hati atau kena paksa.

aku dulu buat jadual belajar dengan rela hati dan juga dengan kena paksa.hak hak hak. dari sekolah rendah sampai la ke institut aku buat jadual tu.dan yang bestnya aku xpernah ikut pun jadual tu. harapkan jadual tu tertampal elok je kat dinding ngan kat papan katil hostel.jangan harap la aku nak ikut.

sebabnya aku ni jenis study xikut time.ikut suka aku je nak study bile.selalunya kul 12am keatas.kalo orang ramai dok berjaga aku xleh nak study. ha time tu akan nampak la bayang aku kat bilik tv ke, main game ke, baca novel ke or lain2 la.susah benor aku nak study time orang berjaga.rasa macam baca buku kosong je sebab xmasuk pape pun dalam otak.

member aku suka cakap " ko ni xbaca buku ke?"sebab dia selalu nampak aku dok layan baik punyer tengok tv masa orang lain sibuk study.weh gua study tengah malam la.dok feeling sorang-sorang baca fakta yang bukan auta tu.

tapi kesimpulannya memang ramai yang buat jadual belajar tapi xikut kan.kalo ikut pun sehari dua je pehtu tertempek la jadual tu menyendiri kat dinding tu.haipp jangan nak temberang.hahaha.pape pun leh geng ngan aku.tapi seeloknya ikut la jadual belajar yang dah dibuat tu.baru la nampak sistematik sikit kan.jangan jadi macam aku ni, last minit baru nak study -_-"

kelas aku kat teknik yang menang 5x anugerah kelas tercantik (>_<)
p/s : macam mana rupa jadual belajar korang?ce nengok sikit ^_^

Wednesday, January 4, 2012

wordless wednesday #15 : sapa yang bawak sape ni

assalamualaikum


p/s : budak kecik tu punya keje ^_^

wordless wednesday #14:satu malaysia??

assalamualaikum



p/s : takut kena tinggal punya pasal.dah jadi 1 malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...