~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Thursday, March 24, 2011

aku Di daLaM DiLemA

hello....salam sejahtera keatas kamu...
sebelum ni aku dah ada dilema sikit dah...boleh kata ranking ke 5 la...
tapi tadi lepas dpt satu call from that guy yang berurusan dgn aku, dilema aku terus naik ke tangga pertama.
aduh!!!macam mana nih...

apa la dilema yang bt aku hampir2 sewel nih ek..hehehe
dilema aku tu sbnrnya xde la besar mana pown...
tapi disebabkan aku ni seorang yang sangat baik makanya benda tu jadi rumit.huhuhu

first dilema aku ialah sama ada nak gi anta ayah ngan mak ke KLIA or x.
becoz ayah ngan mak nk gi umrah..tp aku lak kena keje...
macam mana tu...diaorg kena gi ari rabu 30/3/2011.
so aku ptuskan aku pown malas la nak gi kan...

tapi dilema kedua aku dtg bila that guy call aku...
that guy tu ialah staf from MPOB...
tau xMPOB tu ape?ha ni la full name of MPOB-Malaysian Palm Oil Board.
semalam dia call juz tnya sama ada aku sdng mencari keje,dh keje or bljr..then dia tnya psl result spm dan CGPA...
so td kul 1.10 ptg dia call ag..tp aku xagkt coz aku tgh kopek durian masa tu.huhuhu
agpn sape nak expect benda tu..1.10 ptg kan waktu rehat.

then masa aku otw balik dari kg bermin lepas amik durian ngan rambutan (jgn jeles) that guy call ag...
(sore dia macho la.hahaha)
dia kata "ni cik nur maisarah harun ke"
aku pn jawab la kan....pehtu dia kata ag dia nak suh aku gi tmdga pada 31/3/2011.
kat ibu pejabat MPOB kat bangi tu.
masalahnya sekarang sama je ngan dilema first aku..
aku kena keje...even sbnrnya aku leh je minx cuti.
tapi bulan ni je aku dah mik cuti 2 ari ritu....
xkan aku nak amik cuti kali ni 3 ari lak..
uish giler serba slh aku.

ag pulak bos aku tu kawan ayah...so memang sangat2 serba salah...
kang kot sebab aku deme xbertegur ke...mana kita nak tau kan..
itu la aku dh kata aku ni sangat baik..hahaha.memikirkan banyak benda.
skang ni aku xtau cmne...nak cuti ke x...
tapi aku rasa peluang aku nk dpt keje kat MPOB tu cerah even kontrak pn...adoiyai plez help me....
kalo aku tetiba nak berenti keje ag la xsampai ati..
aku sndri dah rasa mcm mana rasa bila slh sorang pekerja xde masa kt kedai tu..
memang bz giler la....smpai xsempat nak rehat tu...
so....

p/s : semoga aku mendapat petunjuk dari ALLAH yang mana aku patut bt,,,,moga aku bt keputusan yang terbaik...
(nampak macam besar je dilema aku ni yek.hehehe.....DILEMA WANITA.hahaha)

Tuesday, March 22, 2011

~ MaaFkAn AkU SaHabAt ~

i juz wanna say sorry my friend. 
aku dapat rasa apa yang ko tanggung skang ni even aku xmenghadapi apa yang ko hadapi skang. 
aku bukan seorang yang pandai menasihat, tapi aku mungkin boleh jadi seorang pendengar yang baik.
ko tau x kalo la aku mampu, aku nak pergi dekat ko skang jugak.
supaya aku boleh kurangkan kesakitan ko.
tapi....aku hanya merancang, hanya DIA yang menentukan.


macam tu la jugak dengan ko...
semua yang jadi ni atas kehendakNYA.
kita tau setiap apa yang jadi ada hikmahnya cuma kita xtau di mana hikmah tu bersembunyi.
kita gak xtau apa yang menyebabkan ALLAH menarik balik rezeki itu.
mungkin ada sesuatu yang kita sendiri xtau dan xdapat nak jangka.
yang pastinya pasti ada kebaikan di sebalik semua tu.


sahabatku,
aku hanya mampu memberikan kata2 semangat pada ko,
kata2 nasihat untuk kau jadikan panduan supaya ko xterus bersikap begitu.
aku tau ko sangat terseksa dgn apa yang jadi.
tapi tu bukan penamat untuk segala2 nya...
ko masih ada masa ag untuk semua itu.


hanya zikir,selawat dan doa dapat aku panjangkan untuk ko,
supaya ko sentiasa bahagia dan gembira...
supaya ko dapat meredhai segala apa yang jadi.
aku xmintak ko lupakan apa yang jadi kerna aku tau itu amat sukar.
tapi sekurang2 nya plez jangan menidakkan takdir ALLAH itu.


ko kena redha dan pasrah atas apa yang berlaku.
dan ko harus sentiasa berdoa dan meminta padanya untuk memberikan semula rezeki tu padamu.
sesungguhnya ALLAH xkan menduga sesuatu yang hambaNYA xmampu hadapi.
percayalah wahai sahabat ALLAH sentiasa memberikan yang terbaik pada kita semua
dan percayalah apa yang jadi kat ko xseburuk apa yang jadi pada orang lain.


hanya satu aku ingin katakan padamu,
aku sentiasa ada kalo ko nak luahkan pada aku,
aku akan sentiasa mempersiapkan diri aku untuk kau curahkan rasa hati mu,
aku sanggup berkongsi segala kesedihan dan kegembiraan ko,
aku gembira bila kawan2 aku gembira,
dan aku harap ko akan lebih tenang dan gembira selepas ko luahkan segalanya.
sesungguhnya aku akan merasa bahagia jika aku dapat membantu kau.


kadang2 xsemua benda kita leh luahkan pada suami or family.
maybe ada yang ko nak share ngan kawan2 kan.
maybe juga ko lebih selesa bila berkongsi cerita dengan sahabat2 ko nih.

doa aku untuk ko sahabatku :

  1. semoga ko kembali menjadi seorang yang ceria seperti mana aku kenal ko dulu.
  2. semoga ko dapat meredhai semua yang terjadi ni dan anggap ada hikmah di atas semua ini.
  3. semoga ko sentiasa gembira di samping suami dan keluarga yang tercinta.
  4. bersabar dengan apa yang terjadi.
  5. banyakkan berzikir,selawat dan berdoa kepada YANG MAHA ESA.
  6. yakin DIA akan memberikan yang lebih baik kepada ko.

p/s : please my dear friend wake up.redhai apa yang berlaku....
mulakan hidup yang baru dengan harapan yang baru.
aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko.


BuaT bAiK sALaH bUat JaHAt poWn SalAH


salam sejahtera ke atas kamu.
hai guys...buat apa tu???baca blog aku ek.hehehe
so aku xtau la apa nak jadi kat orang skang nih...
mentang2 la zaman IT skang nih...
suma benda nak masukkan kat internet tu
kalo xsuka orang lain pown sendiri2 yang tau dah ar..
ni leh lak buat macam2 pasal orang tu..

yang selalu jadi kalo kat facebook la.
asal xsuka kat org tu je mula la buat page "kami benci..."
xpown "kami mahu......minta maaf/dihukum"
korang rasa betul xapa yg aku bgtau nih???
sebabnya aku ada tengok dah...

sebelum2 ni memang ar aku macam xkisah sangat sebab xde kawan2 aku yang kena..
tapi tadi ntah macam mana ada lak sorang kawan aku yang kena gitu..
owh xleh jadi nih!!!!
sian giler tengok dia...
sampai jadi down sangat2.
sampai dia padam fb dia dan buka akaun baru juz utk kawan2 je.
xkesian ke kalo kawan korang jadi macam tu???
padahal apa yang aku kenal, dia ni memang baik,sopan,peramah dan xmemilih kawan....
tapi disebabkan sifat baik tu la dia dipijak oleh orang lain.

agaknya apa faedah yang diaorg dapat bila buat page macam tu ek..
kalo ramai yang like tu lain citer la.ni xde sape pown yang like.
just dia seorang je...
so nampak sangat kan dia ni ada sifat dengki/jeles/hati busuk.
orang lain seronok je member ngan kawan aku tu tapi dia lak dok kata kawan aku ni kekwat la,sombong,bajet bagus dan etc....
memang sengal la orang yang buat tu.

but don't worry....
kata fb skang dah makin maju kan....
anything pown kita leh report...
so demi my pren aku dah pown report page tu..
even nampak macam xde pe pown macam aku ni saje je besarkan citer..
apa aku kisah..biar ar.aku nak tolong kawan aku.
aku xnak tengok dia down je sebab kena kutuk kat page macam tu.
harap lepas ni kawan aku tu akan ceria balik macam dulu .

p/s : agak kalo orang yang buat page tu xde keje sgt, banyak2 kan la berzikir moga diberi ketenangan hidup oleh ALLAH 

Monday, March 21, 2011

~ suATu KeTiKa iTu ~

tetiba aku teringat pasal aktiviti mandi sungai masa raya taun lepas.
mandi ngan sepupu2 arh...
masa raya taun lepas opah aku xde kat sini, so family mak la ngan cu saje la balik kampung.
diaorg kata dah bese tetiap taun balik.so bila xbalik rasa lain lak...

maka penuh la jugak umah aku ni.yela family mak la dah la besar.hehehe
dah settle suma makan tengahari  then lepak2 sat, sepupu aku merangkap eddy,azirul,alif ngan ami kata nak mandi sungai.
so diaorang pn dah mula la menyelongkar mencari suar2 pendek yang ada kat umah nih.
lepas dah jumpa suar diaorg mencari selipor lak.
yela xkan la ko turun sungai nak pakai kasut lawo2 tu.gilo namanya...

aku pown masa tu rasa dah lama je xmandi sungai...dok pikir gak nak mandi ke x kan...
sekali ada geng lak...sepupu aku yg gegirl merangkap dekna dan wani ajak mandi....
aku pown ok ar kan...aku ajak alang skali..bukan pe segan la.hahaha.plezz la..
alang pown kata ok. pe ag mula la cari baju suma..
si dekna ni xde bawak baju spare lak..nasib la badan kecik skit dari aku.hahaha
so meminjam la kan...apa ada hal...
masa nak gi tu la achik datang lak ngan family dia.
so aku pown salam2 then teruskan misi nak mandi sungai.

sampai2 sungai kitaorg usha keadaan air dulu.yela kot2 dalam ke air tu,cetek ke....
kang lemas lak anak2 orang ni kang..aku ngan akak aku xde hal memang kitaorg dah bese ngan sungai tu..
yang ag dua org tu ha,,,,
sepupu laki aku dah selamat dah ke hulu ke hilir mandi sungai...
so masa tu air cetek gak ar ada batu2 skit...
si dekna,wani ngan ami mandi kat situ.

aku,alang,eddy,azirul ngan alif  mandi kat tempat dalam sikit....kononnya la...
padahal masa tu dah mcm org xcukup nafas je nak berenang.....
penat lorh...aku rasa macam nak hanyutkan diri je smpai ujung sungai tu...
so ramai2 gi ujung sana mandi2 pehtu patah balik...
masa otw nak patah balik at tempat kitaorg turun tu la ada kejadian yang agak seram + kelakar.

masa nak gi tmpt turun kitaorg tu suma dah muka penat je...
alang dah sampai separuh jalan dah..aku ngan eddy n alif da kat blkg ag...
ntah macam mane si wani ngan dekna xsedar agaknya deme dah ada kat kawasan air dalam...
deme dok berdiri atas batu..elok je deme dua kat situ...
xkisah la kan...tetiba je si wani ni macam terjatuh dari batu tu....
kitaorg memula igt main2 biar je la kan.
pehtu si dekna dah mengagau dah dalam air tu...
kitaorg pn dah cuak.alang kata "ah sudah,mana lak ni".
masa tu alang ada dekat ngan diaorg.
si dekna pown macam dah nak tenggelam dah,
alang gagau dalam air kata xde...aku,eddy,alif ngan azirul dah cuak dah.
yela kang dibuatnya lemas xke naya.

nasib baik la alang dapat tangkap tgn si wani tu.
rupanya si dekna ada pegang tangan wani tu..
sayang jugak dekna kat sepupu dia tu.
diaorg naik je kitaorg lega plus gelak2 la kan.
mau xnya muka wani dengan merah nya sampai dia kata xnak mandi sungai dah...

yang si dekna dia kata "xpe pasni leh mandi ag".
sengal!!!
ayat aku kat dekna "rsanya ni sebab ko xbgtau mak ko ni ko nak amndi sungai"
hehehe

ayat paling klakar nya bila dekna kata kat eddy "sayang gak ko kat aku kan angah"
pehtu eddy jawab "xde nya.aku kesian kat air tu je"
hahaha..tu la org laki xnak ngaku.

sampai je umah konon nak rahsia la kan sebab si dekna ni masa nak mandi td pun xbgtau mak dia.
tapi xberhasil la nak berahsia sebab eddy dah citer at kak ina dah.hehehe.
tau2 je kat depan dah kecoh diaorg gelak2...
kitaorg yg kat belakang pown dah sengih2 je.
yang pasti aku rasa wani leh la tulis dalam diary dia "nyawaku diselamatkan oleh sepupuku di hari raya "
(^_^)
dekna kata itu pengalaman dia untuk dia citer kat anak2 dia nnti.
tapi yang memang xdapat disangkal ag banyak sebenarnya kenangan masa kat sungai tu dengan sedara2 aku...

1)eddy lemas tapi along ngan angah aku just gelak je.
2)pak uda din mandi sungai tapi pakai gayung.
3)berkelah kat sungai.
4)kutip batu2 kat "pulau batu" untuk buat anak lesung,batu tungku dan letak depan umah.
5)berhayut guna pelampung.
6)kutip siput then masak siput masak kicap .makan ramai2.

p/s : kenangan memang xkan ilang dari memori kita...setiap kenangan penuh dengan perasaan.xkira sama ada sedih,gembira,marah,kecewa,malu dan lain2...

Sunday, March 20, 2011

~ i LoVe To BE siLEnT rEAdeRs ~

salam barakallah my prens...
korang amacam..ada sihat ka???
hope kita semua dalam keadaan sihat sejahtera dan berada dalam lindungan Allah swt (^_^)
agak bosan la malam nih...kompem!!!
bosan tahap rasa nak tido je sepanjang ari.
nasib la mak aku kejut kalo xjawabnya smpai ke malam la aku tido.
apa ada hal...aku leh tido sepanjang ari tanpa rasa kepala macam nak pecah.
huhuhu

kadang2 aku ni bila kena kejut dari tido aku akan bangun.
tapi.....bukan bangun bermaksud dah sedia nak buka mata.
ha!!!salah tu.hahaha
mksud aku dah bangun tu, aku akan bangun then kuar dari bilik baring at sofa depan and tido balik sambil tv terbukak.
ag sekali mak aku kejut...aku bangun then gerak gi kat katil kat ruang tamu.
ag sekali gi lak kat katil bilik opah...
sampai la mak aku membebel baru aku bangun,
hahaha
tapi tu kadang2 je la xselalu pown...

eyh!!!apasal story aku macam menyimpang jauh je dari tajuk entry tu.
hahaha
xpe2 jom kita balik ke tajuk utama kita...
saya suka menjadi silent readers!!!
sape saya tu?????
alamak dah tentu2 la aku kan NUR MAISARAH BT HARUN...(amboih siap huruf bsr ag)

why aku suka jadi silent readers???
sebabnya aku ag suka membaca dari mengomen. kalo aku komen tu pn bila aku rasa aku ada idea nak komen dan aku selesa untuk mengomen.
selalu macam kat blog tu aku rajin jadi follower tapi aku xrajin komen.
paling rajin aku komen kat blog mr alief muncung....tu je la yang paling aku rajin tinggalkan jejak.
yang lain2 jangan salah sangka plak..
aku jd follower bkn just nak menambahkan rakan2 korg je...
tapi aku suka dengan blog korang,
so kalo aku xtinggalkan jejak tu jangan la terasa ati tau...

selain dari blog kat facebook pun aku rajin jadi silent readers...
antaranya kalo aku 'like' sesuatu page tu.
contohnya page mr syahirul dan page2 bola sepak..
hehehe
ikut juga la..
kalo page bola tu sebab aku just nak tau pekembangan atlet2 kita nih...
yang page mr syahirul tu sebab dia banyak status mengenai kehidupan...
i like.hehehe

kesimpulannya, kalo aku jadi follower korang or like page korang tapi aku xtinggalkan jejak2 kasih aku kat situ jangan la korang terasa lak..
yang penting aku still singgah and baca apa yang korang tulis tu...
komen tu xpenting pun...(ye ke??)
(^_^)

p/s : aku rasa ramai yang lebih suka jadi silent readers kan....so let's join the club.
hahaha

Friday, March 18, 2011

i LikE yEstErdAY inTeRVieW

assalamualaikum semua...
semalam aku ada interview ngan perbadanan putrajaya...
ari nk gi kl dh macam2 dugaan dah.
mana xnya..train aku ke kl yang sepatutnya pukul 2.27pm menjadi 3.30 baru bertolak.
memula dia delay 18 minit,then jadi 22,25,28,31,35,38,41,43,45 dan finally 48 minit....
mak aiii xnak lama lak kan..dugaan betul.
sampai rawang dlm kul 5 ptg.

bertolak gi putrajaya kul 5.30pg dan smpai dalam kul 7.30pg
elok dah sampai tu pening ag,sebab nak cari blok A kat ofis tu pun dah pening.
al maklum la dah nama pun kompleks kan..mesti la besar.
lagipun perbadanan putrajaya ni jaga seluruh putrajaya..
korang leh bayangkang x putrajaya tu besar mana..
ha besar tu la diaorg kena jaga,,,
dari segi landskap, hiasan, dekorasi dan juga persekitaraan.

masa interview tu nama yang sepatutnya interview sumanya ada 18 orang.
tapi yang datang cuma 5 orang je...
kira chance nak dapat job tu cerah..
tapi ikut pada penemuduga la.
kalo diaorang suka apa yang aku jawab maka aku mngkin akan dapat.
dan 3 dari pada calon temuduga tu dari kolej komuniti.
diaorg stdy bahagian landskap dan nurseri.
dan ip juz ak sorg je...
dak2 ip yang ada nama farid, angah, lina, kak fida, mirul, al hafiz, epa dan mahadi.
tapi diaorg suma dh keje dh pun.sebab tu diaorg xdtg.

so before interview ada la briefing skit dari timbalan pengarah sumber manusia kalo xsilap aku
puan tu bagi nasihat2 skit dan tips.
huhuhu
dia bagitau penemuduga tu ada timbalan hortikultur, timbalan smber manusia dan ada sorg ag...
aku xpasti betul ke x jawatan aku sebut tu
tapi yang pasti semua nya jawatan tinggi2.

masa turn aku masuk untuk ditemuduga...
aku rsa aku dah bagi first impression yang baik.
memula aku tgk salah sorg dari tukang temuduga tu muka serius je.
so aku punya first thinking dalam ati aku kata encik ni msti straight orgnya....
memang memula masuk dia xsenyum pn..
encik yang tengah tu senyum je.
yang puan tu pun senyum je..
so aku pun perkanalkan diri suma2 dan jawab soalan yang mereka bagi,

ada satu part jawapan aku tu rsanya menarik perhatian encik yang aku rasa garang tu,
dia kata "owh,mksud awak saya xleh mencangkul la ek. awak perli saya ke apa nih"
aku dah gelabah dah. adoi aku salah ckp ke encik tu yang salah tafsir.
hehehe
so aku pn cakap la bukan "mksud saya macam tu.tapi kita xtau bila kita dah umo 50-60 taun nnti kita sihat ke x.so kna bersedia dari awal"
dan nasib aku baik....alasan yang aku bagi tu diterima.

start dari tu encik yang muka talak senyum tadi tu pun menjadi sangat friendly dan kelakar.
dia asyik ulang cakap "ingat tau awak ada hutang ngan gomen"
aku dah gelak2 dah...yela setiap kali dia cakap setiap kali tu la dia bgtau ayat tu.memang kelakar la.
penemuduga yang berdua tu pun gelak gak.hehehe
tapi tu la aku rasa interview semalam la interview paling best aku gi.
mereka sangat friendly dan memberi nasihat yang sangat bagus..
rasa macam semangat pun ada masa interview tu..
masa intvw tu ada abg tu kata diaorg straight..rupanya xpown..

mereka cakap benda yang betu semuanya.dan mereka harapkan staf yang mereka nak amik ni mampu untuk naikkan ag keindahan putrajaya.
diaorg kata diaorg suka attitude aku...alhamdulillah kalo diaorg suka kan.
mereka nasihatkan aku kalo nk keje minx keje ngan kontraktor pun boleh dah...
sebab kat putrajaya tu kalo keje ngan kontraktor pun dah leh dapat rm1500 sebulan.
tapis sekarang ni 90% pekerja tu adalah bangsa asing.
kalo aku ada pngalaman keje mereka akan tetap amik aku daripada mereka2 yang fresh baru abis study..
mksudnya pengalaman tu sangat2 penting.

so i hope interview kali ni akan membuahkan hasilnya..INSYAALLAH.
yang pasti aku dapat satu pengalaman baru masa interview kali ni...
sangat suka interview di perbadanan putrajaya.


logo
besar kan
night view
p/s : boleh lak terjumpa senior masa teknik kan..tapi aku xkenal dia pn..juz tau sebab tengok fail dia ada tulis SEK MEN TEKNIK TELUK INTAN. nama dia mohd mubinsaufi



Monday, March 14, 2011

BeRsaHaBat xkIra DImaNa SeKaLipUN.....

hai semua....
mari dekat..mari dekat...
tengok ni...
ramuan istimewa mayonis sebenar lady's choice..
lebih pekat,berkrim dan gebu..
cuma tambahkannya dan lihat hasilnya...
urmm.....
(apehal tetiba masuk iklan sheila rusly lak nih)

ok...back to our story.
hehehe
kadang2 kalo kita ni peramah, kita akan bercakap ngan semua orang.
xkira la kita kenal or x kan.
tapi pesen aku ni kalo jumpa depan2 aku memang xreti nak bersembang.
tapi kalo dalam fb or komen mengomen kat blog tu peramah lak aku..
pelik gak.
huhuhu

kat fb aku ramai gak member2 yang aku xpenah jumpa tapi aku boleh bersembang macam2 ngan dia.
even share problem pun ye gak.
contohnya  cik epal hijau (bakal sepupu aku)
hehehe
even xpernah jumpa dia, tp aku still leh sembang2 hal secret ngan dia.
huhuhu
dia kata aku ni peramah.
padahal..cuba jumpa tengok kompem aku senyap seribu bahasa.
but dia pun aku rasa peramah gak even xmanyak cakap ngan bakal mak mentua dia.
hahaha
kalo cikgu xbanyak cakap susah gak tu =)

another person noraida puteh (awek muslim player bola sepak kebangsaan tu)
aku panggil dia kak puda je.
even xpernah kenal face to face tapi still leh share2 cerita ngan dia..
dan juga aku selalu mendapat nasihat2 dari dia.
(^_^)
dia sangat peramah,baik dan beauty.
so kesimpulannya...
 walaupon kita xpenah jumpa org tu dan hanya berkenalan di fb kita still leh kamceng ngan dia..
siap share problem ag sama2...
hahaha


p/s : so marilah kita semua mencari sebanyak mungkin kawan or sahabat...

but make sure cari kawan yang sifat peribadinya baik...

jangan salah pilih kawan lak....

Sunday, March 13, 2011

si "dia" datang lagi....

assalamualaikum...
again...again...and again....
si "dia" yang bernama temuduga datang ag kat aku.
tapi aku xkisah...selagi aku xdapat keje tetap selagi tu aku akan berusaha  untuk pergi interview tu.
tapi yang xbestnya terpaksa menyusahkan orang lain sebab intvw tu kebanyakkannya kat KL.
so terpaksa la along or alang amik cuti.tapi selalunya along ar.

kali ni aku dapat interview utk jawatan pembantu pertanian G17( kontrak).
under perbadanan putrajaya..
so kalo aku dapat keje dok kat putrajaya la aku.
hak hak hak
tapi skang aku tengah try nak isi spa perak utk jawatan pembantu pertanian.
dengarnya ada 8 kosong.
tapi tadi aku try buka websitenya xleh la plak.
owh sedih!!!
xpe aku akan cuba di hari dan waktu yang lain...
tutup nya lambat ag. 1 april nnti baru tutup.
jangan au lupa sudah la.
hehehee


p/s : wish me luck and dapat keje tetap secepat mungkin yer..
AMIN...

Saturday, March 12, 2011

ALLAH itu Maha Berkuasa

assalamualaikum sahabat2 aku...
korang apa cer??sihat x?
hope sumanya sihat la.
almaklum la skang kan musim hujan.so hope korang suma hati2 dan jaga kesihatan baik2.
aku sebenarnya malas nak update blog nih.
tapi bila terdengar berita tsunami kat jepun tadi rsa nak mengupdate la plak,
huhuhu
sebenarnya semalam ag aku ada dgr berita yang gempa bumi berlaku kat jepun kul 3pagi something....
pehtu arini lak aku baru tau ada tsunami berlaku kat jepun..
itu pun sebab aku tengok member2 dok update status kat fb.
kalo xmemang aku xtau ar..
sebab aku bukan jenis tgk berita just suka bca paper je.

gempa di jepun tu berlaku dengan gegaran 8.9 skala ritcher..
giler arh....ombak pun besar giler.
komfem2 la memang bandar tu musnah teruk kan.
dan semestinya angka korban semakin meningkat..
macam mana la nasib rakyat malaysia kat sana kan.
korang rasa suma ni berlaku sebab per??
adakah fenomena semata2.
sebab aritu dalam paper ada kuar berita pasal fenomena di bumi seperti di artikel bawah ni

Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya tarikan graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.
Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.
Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.

so apa pendapat korang???
kalau bagi aku bencana ni mungkin memang disebabkan oleh fenomena seperti yang diramalkan para saintis.
tapi alasan yang paling tepat sekali sebenarnya dah hampir tiba masanya kehidupan di bumi ini akan tamat dan bumi mula dimusnahkan sedikit demi sedikit...
maksudnya hari yang dinamakan kiamat tu mungkin akan muncul pada bila2 masa je skang ni..mungkin esok,lusa,minggu depan,bulan depan,taun depan atau sekejap je lagi..
kita xtau kan..
hanya ALLAH yang tau bila semua tu akan berlaku....
macam2 dah bencana skang nih.
hujan lebat even bukan musim hujan, banjir, gempa bumi, gunung berapi dan tsunami.
tu belum ag masuk kes peperangan kat negara2 islam tu.
betapa banyak nya petanda yang ALLAH dah bagi pada kita.

tapi PERSOALAN nya sekarang ni adakah sudah cukup amalan yang kita ada untuk dibawa ke alam sana nanti???
aku rasa belum cukup lagi.
dan kalo nak di top up balik dosa2 lalu dengan amalan xkan cukup masa yang ada skang ni.
terlalu singkat hidup kita sebenarnya kalau tanpa amalan yang mencukupi.
adakah kita bersedia andai nyawa kita diambil nanti?
adakah kita memang yakin yang kita akan masuk ke syurga?
adakah kita yakin kita akan diberi keselesaan semasa di padang mahsyar nanti?
adakah semasa nyawa kita diambil nanti kita sudah sempat bertaubat?
macam2 persoalan yang ada dalam minda aku nih.

aku harap sangat andai nyawa aku diambil sekali pun biarlah aku sempat bertaubat dulu...
aku penah terfikir...masa aku agak 'jahil' dulu aku selalu kata dalam hati,
"kalo nak kiamat pown biarlah aku sempat kawen dulu".
(bercakap sambil gelak2)
see teruk kan aku.
tapi sekarang xag dah...
aku harap sangat2 agar aku sempat bertaubat kemudian nak amik nyawa aku amik ar.
it belongs to ALLAH.
so kalo korang diberi choice, korang nak pilih yang mana:
1) sebelum kiamat nak kawen dulu?
2) sebelum kiamat nak bertaubat dulu?
3) sebelum kiamat nak kumpul amalan?
4) sebelum kiamat nak bertaubat dan kumpul amalan?
5) dimatikan oleh ALLAH secepat mungkin supaya tidak mengumpul lebih banyak dosa?

tapi jika ALLAH dah tetapkan sesuatu itu akan terjadi maka jadilah ia...
tidak kira apa keadaan sekali pun.
so aku harap kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH dan sentiasa mengingatiNYA kerana masa kita di bumi ini tidak akan lama lagi dah.
semoga kita semua sempat bertaubat dan berada dalam golongan yang beriman.
dan semoga manusia2 di dunia ini terselamat dari pelbagai bencana yang berlaku.
AMIN




p/s : bumi ini milik ALLAH. hanya DIA yang tahu bila riwayat bumi ini akan tamat.
semoga kita semua dilindungi dan diredhai NYA.


Tuesday, March 8, 2011

sesungguhnya persahabatan itu......

Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas
Dakwat memberi erti apabila tercatatnya ia di atas kertas.

Persahabatan itu umpama kuku dan jari
Tanpa kuku jari tiada seri.

Persahabatan itu umpama daun dan bunga
Cantiknya bunga kerana disisinya ada daun yang cantik.

Persahabatan itu umpama nasi dan lauk
Tanpa kedua-duanya hilanglah selera
Laparlah perut.

Persahabatan itu umpama gincu dan bibir
Calitkan gincu agar bibir terserlah ayu itu.

Persahabatan itu umpama deria manusia
Tanpa salah satunya hilang nikmat merasa.

Persahabatan yang terjalin antara kita jangan diputuskan hanya kerana kita berbeza pandangan.

Aku mahu jadi sahabatmu, aku mahu jadi pendengarmu, aku mahu disisimu kerana kau sahabat sejatiku. 

p/s : aku sayang semua sahabat2 aku.....
thanks sebab sudi jadi kawan aku (^_^)
Selamat hari lahir sahabat, 
Waktu rupanya kian renta,
Derap nostalgia berbatu jauhnya, 
Rembulan turut bertepuk tangan,
Meraikan kau pulang ke daerah kedewasaan.

Selamat ulang tahun sahabat, 
Pucuk kini semakin hijau,
Kelak merimbunlah jadi teduhan,
Kalau berputik buah manis,
Jangan lupa menghulur kasih.

Selamat hari lahir sahabat,
Lembayung sudah tercalit di langit,
Awan kenangan tak juga terusik,
Lompang antara kita,
Rupanya ada membenih rindu, 
Pada kalbu yang sayang akan mu.

p/s : for my beloved fwen azreen ashreen....
happy birthday dear (^_^)

Monday, March 7, 2011

dalam proses penginsafan diri

salam barakah suma....
sangat2 bosan la ini ari..(*_*)
so untuk menghilangkan bosan jom kita ngaji Quran.....
erk!!!
why maisarah???apasal ko macam pelik jerk!!
hurm...dengar pasal mukjizat yang satu ni ada juga terselit rasa insaf dalam diri ni...
ini bermakna masih ada ag iman aku kan3......

sekarang ni aku tengah dalam proses menginsafkan diri..
what that's mean by menginsafkan diri???
maksudnya sedang mengupdate ilmu dan juga amalan dalam diri aku ni ha...
(^_^)
cuba sentiasa mengingati bumi tempat aku tinggal sekarang ni hanya sementara dan 
akan lenyap suatu ketika nanti..
akan hancur lebur segala bukit,gunung,rumah,matahari,bulan,haiwan,manusia dan suma makhluk 
di muka bumi ni...
lepas tu semua manusia akan dibangkitkan dari zaman nabi Adam hinggalah zaman nabi Muhammad SAW.
dan aku selalu terfikir dan rasa sangat takut bila memikirkan...
yang di padang mahsyar nnti aku akan dihisab...
dengan amalan2 yang aku lakukan....
bukan bermaksud aku nak menolak apa yang ALLAH dah tetapkan.
tapi..
kalau kat dunia ni bila ada masalah atau kesalahan yg aku buat aku still leh ngelak...
tapi aku terfikir masa kat padang mahsyar nnti mana aku nak lari..
macam mana aku nak mengelak dari semua tu...
aku xkan boleh lari lagi dh
sebab masa tu dunia dah xde..semuanya dah hancur....
aku pun xdapat nak minx tolong dari keluarga aku ag...
so bila terpikir je psl tu aku akan sangat2 takut..
kalo aku sorg2 masa tu aku rasa macam aku dah ada kat tempat tu..
tapi sayang insaf cuma seketika je (-_-")

but now aku bertekad aku nak ubah hidup aku..
kalau xbanyak pun aku leh ubah sikit pun jd la.....
asalkan aku jadi yang lebih baik dari dulu..right!!!
dari seorang yang malas berzikir kepada yang rajin berzikir.
dari suka lewat2 kan solat kepada cepat solat.
dan macam2 ag....
banyak sebenarnya azam aku..

tapi kadang2 diri ni terhasut jugak dengan godaan "si dia yang bertanduk" tu
(ye ke dia bertanduk??aku jumpa dia pn xpenah)
nampak sangat belum cukup iman di dada aku ni...
dengan mudahnya "dia" menghasut aku.
so dengan itu aku kena memantapkan ag iman aku ni...
supaya aku xmudah tunduk pada "dia"...

aku kalo nk membaca buku2 pasal agama ni memang lambat arh.
tapi aku rajin 0n9...
so sambil2 aku meng 0n9 kan diri aku
aku suka menjengah ke blog2 yang meletakkan entry pasal agama nih.
sedikit sebanyak aku dapat tambah info kan,
salah satu blog yang aku rajin baca untuk tmbah pengetahuan ialah http://wanwma.com/
sangat suka dengan suma entry dia..
even ada sesetengah entry tu dia amik dr email..
tapi xkisah..jnji ilmu aku bertambah...
hope dengan niat aku yang suci ag murni ni akan diredhai oleh NYA dan sentiasa dibimbing oleh 
Yang Maha Esa..

p/s : doakan aku berjaya menjadi insan yang solehah dan diredhai oleh Allah selalu



Sunday, March 6, 2011

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

Saturday, March 5, 2011

rahsia rukun solat (^_^)

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...