Wednesday, May 28, 2014

selamat jalan sultan ku :'(

assalamualaikum

hari ni seluruh rakyat malaysia dikhabarkan dengan berita duka dimana mangkatnya DYMM Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.betapa terasa kehilangan nya buat semua rakyat terutama sekali warga negeri perak.sebenarnya kalau perasan 2-3 hari yang lepas banyak khabar angin mengatakan baginda sultan telah mangkat.tapi berita itu adalah khabar angin sahaja.tapi hari ini berita ini benar-benar menjadi kenyataan apabila mangkatnya sultan pada tengahari tadi di IJN.

sebenarnya aku telah tahu berita mengenai kemangkatan sultan pada lebih kurang 2.40 petang tadi.aku ada dapat maklumat dari rakan2 di IJN mengatakan DYMM sultan telah mangkat tapi masa tu belum ada pengumuman rasmi dari pihak kerajaan negeri.jadi aku diam kan je lah dulu.lepas dah dapat kesahihan baru aku bagitau pada member2 ofis.


yang pasti seluruh rakyat negeri perak berduka diatas kehilangan sultan perak ini.semoga perjalanan roh almarhum sultan dipermudahkan disana dan diberikan Allah tempat dalam kalangan para solehin. sesungguhnya jasa DYMM tuanku telah banyak diberi di negeri yang bernama perak ini.semoga raja permaisuri bainun tabah dalam menghadapi kehilangan ini.amin

p/s : al-fatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...