~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Saturday, April 30, 2011

pic konvo

korang nak tau x.aku konvo aritu pada bulan ogos 2010.even sijil je kan..tapi merasa gak konvo...selalu nya orang dapat pic konvo lepas abis je dr majlis konvo tu ataupun sehari lepas tu..tapi aku nya pic konvo baru dapat 27 april 2011 aritu bersamaan dengan ari rabu.

cuba korang kira skit berapa lama masa diaorang amik...kitaorang dak2 ip nih dah berapi je tunggu pic konvo tu.siap ada yang parents call putrajaya ag tanya nape xdpt gambar konvo...alih2 mamat yang incharge bahagian tu marah plak kan.xprofesional langsung (-_-").

macam2 spekulasi ada sepanjang menanti pic konvo ni sampai umah.ada yang kata photographer tu lari sekali ngan gambar2 konvo la, ip xbayar duit kat photographer tu dan macam2 ag.sengal kan.hehehe..yela xkan la xterfikir kan nape pic konvo xsampai2 ag.aku ingatkan deme nak simpan buat harta je.

tetiba aku balik je umah tadi ada sampul surat besar punya.dalam tu ada dua keping pic dan atu cd.tapi xyah cakap la kan.pic tu pn dah terlipat2 dh.nasib bagi cd.kalo xmacam xberbaloi je pun dpat pic tu.....aishh!!!sangat xmemuaskan.
apa macam??
xcomey!!
tapi xpe.at least ada gak kan gambo konvo.nak tunggu aku smbg study ntah bile lak.hahaha...so pas ni leh la along nak combine pic kitaor 3 beradik.tp tu la aku sorg je la xde topi konvo sebab sijil je.hehehe

p/s : terima je la ngan ati terbuka kan.hahaha

Tuesday, April 26, 2011

JuVaNa

aiii semua....korang tengok xciter juvana semalam kat tv3 kul 9 malam.pergh citer tu berjaya menarik minat aku ar.memula memang aku tengok awan dania.tapi masa citer tu iklan aku tukar ke tv3 dan aku pn tgk la citer tu...alih2 terpikat la plak ngan citer tu.memang best ar.
smart
selain dari pelakon2 yang hebat,jalan cerita nya pun menarik.rasa nya citer ni lain dari yang lain la.masa aku tengok citer tu aku sentiasa dalam keadaan tertanya-tanya dan rasa ingin tahu yang tinggi.
pelakon utama drama juvana
pelakon2 citer nih
sinopsis citer juvana ni :

Setiap orang wajar diberikan peluang untuk menebus kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang dipersalahkan dan dihukum atas kesalahan pihak lain? Adakah dia akan bangkit semula dengan semangat baru?

Ikuti perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh menerusi siri drama terbaru, JUVANA mulai 25 April 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam.

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tersebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim.

Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar. Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti.

Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain.

Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka.
(DIAMBIL DARI LAMAN WEB GUA)


Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Jenayah jenis ini merupakan sesuatu yang makin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia. Ia merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini mampu melakukan jenayah berat, namun mereka masih belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

apa lagi jom ramai2 tengok citer nih setiap isnin kul 9 malam di tv3..terbaaek arh...

 p/s : setiap drama pasti ada pengajaran tertentu.dan drama
 ni semestinya menyingkap mengenai kehidupan seorang 
pesalah juvana.

gelang kristal yang comey (>_<)

anyone yang suka kumpul gelang kristal x??so pada yang suka kumpul or minat dengan gelang kristal leh la try usha kat fb akak aku..sebab dia skang tgh menjual gelang kristal and ada gak ar rantai mutiara.

aku sebenarnya berkenan ngan satu gelang kristal nih sebab kaler dia kowt.hahaha..bese la aku kan 'ribena' skit.hehehe.
warni warni gitu ^_^

cantik kan...


harga setiap gelang kristal ni pown xmahal.juz dalam RM10 - RM25 (xtermasuk postage)..boleh la tu kan..comey2 gelang nya..so kalo nak cuba try usha album nih gelang kristal....kalo nak juz pm akak aku tu yek  (^_^)..kalo nak diskaun minx kat dia jgn minx aku ok.aku tolong promote je even xmacam promote.hahaha

kalo nak yang mahal pun ada...juz usha kat album dia ok.

p/s : beli jangan xbeli k..xpun belikan untuk aku.hehehe...konon2 macam adiah la.hahaha

Monday, April 25, 2011

jeles ek??? (^_^)

alops guys...tadi aku dapat satu permintaan dari sorang member kat fb..katanya buat la gak entry psl dia.hehehe...so disebabkan aku baik ati maka aku pn merajinkan diri untuk buat entry nih...seriously khas utk ko la helmi sengal.hehehe...
gaya ala2 berkaliber skit.hehehe
aku start kenal dia ni since sekolah agama rakyat..kalo xsilap aku masa darjah 4.karakter dia ni yang paling aku menyampah dedulu adalah MANJA .ha amik ko besar aku tulis tu....hehehe.tau sebab apa aku kata dia ni sangat manja plus something else :

  1. masa gi sekolah agama ayah dia akan anta la kan...dia mesti akan dok depan yang kat bakul tu.gaya macam dia tu kecik je kan masa tu..dah tu anta kat depan kelas lak tu.wah!!!sangat demand.hahaha
  2. suka makan kfc masa dtg sekolah agama(dh la xhulur skit -_-") 
  3. ayah dia pernah tanya kat aku mana nak cari layang2...masa tu aku kat kedai basikal.bese la tengah pam tayar kan.dan masa tu la ayah dia kata "pakcik nak carikan helmi layang2.kang xdpt menangis".hehehe (jgn marah ye mie.lebih kurang gitu le ayatnya)
  4. dia sangat di sayangi oleh ustazah2 kat sekolah agama sebab dia ni pandai arab ngan teror tilawah...ayat skema yang dia akan cakap bila aku kata dia ngada2 plus poyo adalah "ala ko jgn jeles.ustazah suka aku sebab aku cute"...chit!!podah...
  5. mulut yang sangat lazer sebab kadang2 dia ni cakap memang terasa sampai menusuk kalbu la.
  6. muka ala2 jambu yang konon nya macam k-pop or j-pop.hehehe..sangat perasan.
  7. kalo xsilap aku dia akan menangis bila xdpt ape yg dia nak.
menangis seperti ini??rasanya teruk ag kot.hahaha
masa sekolah dulu dah sah2 xrapat kan sebab aku xberapa suka ngan kemanjaan dia tu.hahaha..so lepas sekolah agama aku xde la nak terjumpa dia dh.even dia pn dok kat tapah gak kan.one day masa aku gi mana ntah kat pekan tapah tu aku ternampak macam dia.tapi aku bt xtau je la even aku tau tu dia.sebabnya dia kompem xkenal aku.kalo azzren dia kenal la kot.hehehe

dijadikan cerita zaman2 fb tengah femes ni aku pn mencari la kawan2 lama aku kan.so aku ternampak page dia dan aku terus tekan 'add as friend'....sebab aku kenal dia selain dari mutual friends adalah muka jambu dia.hahaha...xleh lupa kot muka selenges dia plus terus teringat perangai manja dia masa sekolah dulu.
jambu xrupa dia..boleh la kan dikategorikan jambu.hihihi
so bila dia dh approve aku mcm bese la biarkan je dlm friend list.hahaha.kejam kan.tetiba dia ada anta post kat fb kata dia macam kenal aku tapi igt2 lupa.sengal kan...aku punya la baik ati selalu kenal dia.dia leh kata gitu.hampeh betul.start dri tu la kuar segala story pasal kemanjaan dia dulu tu.dari story dia makan kfc smbil naik moto yang dok dalam bakul tu sampai la dia menangis kat sekolah.hahaha

tapi yang aku respect kat mamat ni sebab dia seorang yang pandai hormatkan orang tua dan mungkin lebih bersopan santun kot.even ngan member2 dia agak hawau skit tapi dia sangat2 manja ngan parents dia terutama ummi dia.wah kalo nak tau apa yang dia minx pasti akan ditunaikan even nampak macam susah skit la.contohnya masa dia nak gi korea ritu..dapat sponsor kot dari family..tapi kan ko jadi ke gi korea ritu mie??
with his ummi kalo xsilap aku
so setakat ni je la dulu.coz otak aku dh blur la.hehehe...yang penting persahabatan perlu dijaga (^_^)

p/s : jangan mare ar mr helmi..saje je buat luahan hati skit pasal dolu2.hahaha





Saturday, April 23, 2011

keKuSuTAn MeLanDa

adoih!!!!pening pale aku lorh....ari jumaat ritu aku dh dapat surat dr mpob (merujuk pada citer aku dpt keje kat mpob seri iskandar).dlm surat tu ada la bg borang suh aku isi.xkisah la tu mmg selalu dh bt.yg pening nya masa nak wat check up.ayah kata wat la kat hospital.tapi mak lak xnak.ayah kata mak sejak2 dh pencen ni dia allergic ngan hospital.hahaha..macam2 kerenah.tapi yang sebenarnya mak aku kata kalo kat spital tu lmbt dpt kptsan......takut xsempat jerk

so petang jumaat tu dlm kul 3 gi la teluk intan coz kat sana ada klinik panel mpob.smpai situ dia kata nak bt blh tp keputusan xleh amik arini.sbb klinik tutup kul 5.so aku pn balik tapah dan buat x-ray kat klinik sandhu jerk.pagi sbtu lak gi klinik kat langkap.slh satu ag klinik panel diaorg..disebabkan nak gi check tu la aku xdpt tgk live asraff muslim tunang.aish!!geram betul.

so bab check up dh settle.blik dr langkap mak aku ajak gi kedai moto.pergh mak aku baik ati kot nak kuarkan moto sebijik utk aku..mak kata "deposit mak bayor,tapi bulan2 kamu bayor sndri".(bayar kat mak aku la bulan2 tu).wah mak bajet macam aku keje lama je kan.tp dh mak offer nak kata ape.terima dgn senang ati je la.huhuhu.moto jenis suzuki baru lak tu.cuma kaler dia je la yang menyerlah skit...giler terang kaler merah ngan biru kat moto tu.silap2 kena kejar lembu nnti.tapi xpe ada satu motor tu kaler itam..not bad la.cun gak dr merah tu.hehehe
lebih kurang macam ni la patern and kaler moto tu...kalo kaler itam merah aku suka.tapi kalo merah menyala.xpe la (^_^)
yang xleh bla nya time mak ckp nak tolak(jual motor lama) motor.

mak :kalo mau tolak moto EX5 berapa boleh dapat?

tokey : ikut keadaan motor la.....

ayah : abis kalo jual moto kita nak kuar naik ape.jalan kaki ker?bior patah kaki yek.

mak : idak ler,,,kita tolak moto lama,amik moto baru.

ayah : boleh je...amik dua moto suzuki ni.tapi kamu ler bayor.

aku :hahaha kaya benor mak.

ok beb tu dh xde hal.skang ni yang buat aku pening ag skali nih sebab umah lak.aku xcari ag nih umah nak dok sna.dan aku pun pening sama ada nak sewa bilik or umah terus.aku dok pikir kalo sewa umah dah sah2 umah kosong ape pun xde.nak kena cari barang plak.kalo sewa bilik pn lebih kurang je.ngan kerenah dak2 umah ag..but ari jumaat ritu org mpob ada call tapi aku xangkat.

so td aku pn tanya mmber aku org mpob call nak ape.coz aku tepon balik deme xangkat..kawan aku kata deme tanya pasal ada umah ke x nak stay.rugi rasanya aku xangkat.kalo xmsti dh settle dh bab umah ni.hope sgt ari isnin nnti deme call balik.xde la aku pening ag.ni esok ayah kata nak try tgk smbil cri umah.ntah la serius aku pening giler.

semoga semuanya berjalan lancar.dari bab urusan umah,kenderaan,lapor diri dan pekerjaan aku nih.risau gak aku dah nak mula keje nih.cuak lorh......owh lupa bagi tau,mpob seri iskandar tu kat bandar baru.kat mana ek...yang aku tau bandar baru teluk intan jerk.hehehe

p/s : anyone help me!!!


Tuesday, April 19, 2011

windows error????

anyone...sape yang pandai bab2 laptop or yang seangkatan dgn nya??
sebabnya lps aku syok2 main game tadi aku cadang la nak buka internet gna berukband aku tu...
tapi ntah macam mana...
tgh sedap2 get ready nak teruskan misi on9 laptop aku terpadam.
owh sgt xbest

aku on ag skali dan sgt mengecewakan coz dia hanya idup utk beberapa minit je.
pastu dia mampos balik.
aduh!!apa sudah jadi ni,
aritu dah jadi dh gini...
pastu dia xjadi lagi.but now dia jadi balik..
aish!!!apa kah masalahnya???

adakah sebab laptop aku xpakai antivirus???
coz aku rasa dh dekat setaun laptop aku xde antivirus.hehehe.
tapi memang bengang la kan..tgh best2 nak on9 leh plak dia mampos.
dah idupkan balik pn mampos ag.
geram kowt!!

dan secara tiba2 nya tadi gak...tgh syok2 layan fb.
dia note kat desktop aku "windows error" then terus terpadam..
owh apakah???
adakah ini tanda2 laptop aku kena anta msk wad utk pemeriksaan lanjut???
hurm..rasanya xyah ag kot..duit xde lorh nak anto msk wad.
tggu aku dh keje nnti kalo btul2 ada prob bru aku anto.
sebab masa tu dh ada duit.wahaha

p/s : anyone yang baik ati hadiahkan aku tablet or ipad.hehehe

Monday, April 18, 2011

~ BersYukUR SeBAb SayA KEnal Kamoo ~

haits!!entry arini special utk ko la NURUL AZZREN BINTI ROSLI.hehehe..besar punya aku wat nama ko.wahaha.apasal tetiba aku nak wat entry pasal ko kan...jawapannya adalah sebab aku tetiba je rasa teringat manyak2 kat ko.huhuhu

ko ingat x bila kita mula kenal and bila kita mula rapat???kalo xsilap aku kita dah mula kenal since tadika kan means masa umo kita 5 taun.makan megi goreng yang arwah cikgu aida wat sama2.main buaian sama2.huish lama gak kan..kalo kira sampai sekarang nih dah 17 taun kita kenal..dah macam org bercinta lak.hahaha.dan kita mula rapat since kita form 1.
jumpa xdimana muka ko dan muka aku??hehehe
sebenarnya kan beb aku nak bagitau something nih....(nak jadi jujur jap so jangan marah i k)..dulu kan masa form 1-3 aku selalu ngumpat ko tau.aku selalu kata ko ni menyakitkan ati,xreti jaga perasaan orang,cakap lepas and lain2 lagi.aku kadang2 terasa ati kot bila ko cakap lepas gitu.kira macam terguris la plak an ati nih.malam2 nak tido aku nangis bila pikir...sob sob sob......so aku nak minx ampun manyak2 yek.

tapi tu dulu beb,skang aku dah jadi lali dah ngan perangai ko tu.aku rasa macam ko ni betul2 mmber aku masa aku nak masuk teknik.pergh!!sedih kot...ko dpt teknik sama aku tapi ko xgi lak kan.masa study kat sana la aku terpikir yang ko ni among the best.kadang2 aku rasa mmber2 aku kat tekni xleh challenge ko...aku dah xkisah dah ko ni ckp lepas ke mende pon.sebab aku dah bese dh..dah biasa sangat dah dgr ko melalut tu.dan dah biasa sangat dah kalo ko nak nangis tu pehtu xnak story tu maka aku diam je la..kang kalo tanya kang ag kuat ko nangis xpun aku yg kena maki...hehehe so juz tggu masa utk ko story je la kan.

aku igt ag kot ko citer masa tu form 4 or 5...ko nangis masa dalam kelas.dak2 ni baru ag kat sekolah tu.so diaorg xberapa kenal ko.diaorg sibuk tanyak apasal ko nangis..dok paksa2 suruh ko citer.last2 diaorg yang kena marah.hahaha..kelakar pn ada aku dgr ko citer time tu kan.tp tu la dah gitu pesen ko.yang pasti feveret ko gi bilik kaunseling.hahaha

kadang2 aku rasa macam perangai kita dua ni dah bertukar kot skang.dlu ko yang agak suka cakap lepas,takut ular,suka maki hamun..but now aku rasa suma tu dah ada kat aku..dan ko dh jadi baik macam aku dlu.hehehe...sudah tukar la weh.tapi yang best ni kita gak ada persamaan..saiz memang xsama la kan.yang sama nya sebab kita dua pakai spek mata (^_^).suka gosip2,suka melalak kat pekan tapah dan suka membebel dan melalut.hahaha

skang ko selalu bagi support kat aku.bila aku gi interview mana2 ko msti msj kata2 semangat dan bila aku xdapat keje tu ko mstu nasihat aku.antara ayat artis ko "ala beb,rilex ar...mungkin belum rezeki ko lagi.mana tau kalo ko keje situ ko jd pape ke.ha kan xbest tu.mesti ada hikmahnya".so lepas je dari tu ak rasa relax skit...sebab betul gak ko kata tu...

ingat ag x masa kita lepak2 kedai cik ti makan laksa,jalan2 gi we one shop,masuk guardian juz nak rasa aircond,rempit gi wedding sheenah,keje kat petronas dan paling pnting gi meronda pekan tapah sama2.hehehe..serius best..tapi yang xbest nya ko tu janji paria.hahaha..janji kul 10.30 kul 11 baru ko sampai.dan disebabkan itu bila nak kuar ngan ko je msti aku yang sampai awal dan kena tunggu ko.aishh!!!sangat geram masa tu.

tapi kan beb ko perasan something x???sepanjang kita jadi BFF ni bape banyak gambar yang ada pic kita berdua....aku rasa dalam simpanan aku ada 2 je..itu pn pic zaman selenge punya.apa la kan jumpa selalu..time2 aku lepak umah ko ke, xde langsung amik pic kan.hahaha.

ni serius muka aku sgt selenges
ni second pic yang ada kita dua.
so beb mana gambar2 berdua time dh matang nih.hahaha..macam xnampak bayang ke pn.hehehe...cerita macam2.rahsia pn dah jenuh kena gali dan kena kambus tapi pic kita dua xde.waduh...pas ni kita gi photoshoot pic kita dua yek.hahaha.

but seriously i wanna thanks to u coz become my friend....aku rasa ko insyaAllah sahabat sejati aku...walau pn aku rasa down ko selalu bagi semangat kat aku even jawapan ko tu jawapan artis.aku xdapat sangkal ag ko memang seorang yang pandai menasihat and aku juz pandai mendengar.tapi percayalah walau aku xselalu menasihat xbermaksud aku xcare pasal suma tu.aku juz xpandai nak bagitau and aku minx maaf kalo aku selalu xserius dalam memberikan pendapat aku (wah ada gaya serius tak ^_^  )

dan paling penting aku sntiasa ada untuk ko minx tolong,aku igt ag kot aritu tetiba ko call aku sambil nangis and tanya "kalo ko susah aku akan tolong ko x".and i say "mestilah aku tolong ko".then ko kata xpe la thanks dan terus letak phone...ak rasa pelik gak masa tu..bila au tanya ko kenapa...ko juz kata xde pape.
so i juz hope we will be friend forever and ever (^_0)....and sorry for everything...

p/s : bila ag nak gi menyemak kat pekan tapah nih.hehehe

Sunday, April 17, 2011

~ aishhh ~

aits!!hepi day fwen...eyh satu soalan la nak tanya kat korang2 yang membaca blog aku nih..apa pendapat korang mengenai blog aku nih????penting ni jawapan pada soalan nih..so sila2 la rajinkan jari-jemari anda menaip k.huhuhu

sebabnya kan....aku rasa blog aku sangat2 xbest (betul kan).benda yang paling aku suka bila bukak blog usang aku nih ialah dengar lagu.hahaha..wah!!macam la xde music player kat lappy ni smpai nak dgr lagu kat blog.giler sengal.selain tu aku just suka baca komen2 coretan dari org lain...sebabnya xramai pn yang mengomen.balik2 org yg sama jerk.hehehe..sbb tu aku kata blog aku sgt xbest.

aku selalu gak baca pasal nak improvekan blog ni bagi banyak orang melawat...cthnya macam mana nak bagi tingkatkan traffic.masalahnya kan..mende traffic tu pn aku xtau.hahaha..sangat bengong.sebabnya aku berjinak2 dengan dunia blog ni pn sebab termakan dgn ajakan my kks tu (apa kks tu??mksudnya kawan karib selamanya) hehehe....so sangat2 bangang pasal blog memblog ni...xkira la dari segi entry or everything.

orang kata entry kena best baru la orang nak baca blog kita...macam incik zackzukhairi kata "blog yang best xperlu cantik pown...tapi kalo dah content blog tu mmg best orang still akan masuk gak".yelah.macam blog dia tu kan..bape ramai yang suka baca...masyuk gak la dia kan.so untuk itu aku kena la pndai wat content gak.tapi masalahnya aku ni memang sangat2 'pandai' bab-bab karangan nih (^_^)

selain tu aku nak try bt nuffnag pnya iklan...tp kan...aku terlebih pandai la bab tu.sebab aku bila buka jerk nuffnag tu haram sepatah pn aku xtau nak bt pe.hahaha....so blog aku ni hanya lah blog yang kosong sahaja yang memaparkan kisah hidup aku.bila rasa nak share aku taip la kat sini kan.tapi tu bila line maxis berukband aku ni laju lar (-_-")

okay becoz of that sila lah berikan komen2 anda kepada blog saya ini...tapi untuk menaiktarafkan menjadikan blog saya ini lebih baik akan saya usahakan walau xtau biler (^_0) jangan marah ek...gurau jerk. insyaAllah akan ada one day saya akan try buat yang terbaik ag.hehehe...

dan kepada sape pndai subjek karangan meh sini tunjuk ajar mentee anda nih.pada mr muncung man sila ajar saya melukis.sebab saya jeles dgn lukisan anda yang xbrpa nak matang tu.hehehe.kepada miss nuklear sila ajar saya macam mana nak cantikkan keadaan blog saya seperti anda (^_^)

p/s : sape baik ati nak sponsor aku untuk internet yang lebih laju????


Thursday, April 14, 2011

alHAmDuliLLah

alops geng.
arini aku sgt2 hepi lorh (^_^)
tau sbb per????
sebab nya aku dah dapat keje la..
dapat dekat mpob sri iskandar..
baru buka kot ofis tu.huhuhu
tapi pape pown kena tggu surat gak..

sebabnya aku still xcaye ag aku dpt..
aku mana leh jwb masa dia intvw ritu..
mmber aku yg leh jwb pn jd smpnan je..
so mmg aku xharap.
memula mmg xnak call pn mpob...
tp pas mmber2 suma suh call.
aku pn call la jgak.

dan alhamdulillah rezeki berpihak pada aku..
kena lapor diri pada 3 mei 2011.
aku bersyukur giler sbb dpt keje ni...
yela mak aku selalu doa aku dpt keje..
masa mak kat mekah mak ada call aku 
dia cakap "adik buat solat hajat.mak ari2 doa nama adik ngan kawan2 dpt keje"
sayu kan..
memang serius aku rasa sayu giler masa dgr mak kata gitu.

dan aritu aku xtau mcm mana aku ni leh plak rajin mengechat ngan kawan ip aku.
masa study dlu xpenah ckp kot ngan dia..
so lps abis ip ni juz chat kat fb je.
dan ntah macam mana lak kan dia ni bakal jadi ofis mate aku.
wahaha macm xcaye beb.
dia ni dah la giler bola..
penyokong tegar ultrasel dan ultra malaya.
xcaye dia ni penyokong tegar??
tapi at least aku ada member gak kan..
dan yang penting aku dpt area perak gak.
huhuhu

and for my bff 4ever
after this saya tolong bagi semangat kat ko lak ye.
moga ko pn berjaya dapat keje yang best..
nanti leh makan stik sama2
(^_^)

alhamdulillah

p/s : aku tetap doakan kawan2 aku yang lain dapat keje secepat mungkin..sedih kot dgr diaorg xdpt keje..aku dapat rasa coz aku pn penah rasa mcm tu..
moga mereka berjaya dapat keje.AMIN
 



Sunday, April 10, 2011

~ fOr ThE FiRsT TiMe ~

sihatkah korang semua ari ni??semestinya aku mengharapkan korang sihat an. xkan la nak doa korang sakit kan.aku xde la kejam mana pown.huhuhu.entry arini 'first time'. jadah pe nya tetiba first time an.aku jmpa alien ke..

hari ni merupakan hari dalam sejarah aku la plus my first time.sebabnya aku dah bangun seawal jam 8 pagi (awal ker??).apakah motif aku bangun awal di hari minggu yang sejahtera ini.motifnya adalah nak ke pasar.ntah macam mana aku kerajinan plak arini kan.

for the first time la kan aku gi pasar sorang2 dan beli suma2 bahan mentah untuk masak. selalunya kalo aku gi pasar pown mesti ngan ayah or mak.xpenah ag la aku gi sndri.so disebabkan aku nak mencuba skill memasak aku maka gagahkan jugak la gi pasar.

first sekali sampai pasar aku gi cari kerang dlu..beli dalam sekilo je itu pn dah banyak.dah tu pusing2 pasar beli lak ikan keli nak wat gulai tempoyak.bila ag kan nak try wat lauk feberet aku tu.tambah plak stok tempoyak kat umah aku pn banyak.

dah tu gi cari surat khabar metro dan cari sarapan pagi.maka aku pn gi la beli nasi lemak daun pisang yang berharga rm1 tu.kecik je pn bungkusnya..kalo bagi aku yang kuat melantak ni mmg xcukup la.tp xpe beli stu je dlu.then gi beli santan yang cadangnya nak wat nasi lemak esok..beli ayam separuh je sebab terpikir esok gak nak buat sup ayam.xkan la ari2 nak menggoreng nugget ngan sosej je kan.xleh beli ayam banyak2 sebab aku xsuka basuh ayam (-_-").

tawaf ag kat pasar tu gi cari serai, sayur2 lain dan juga laksa.esok nak try bt laksa goreng lak.itu pn kalo seruan kerajinan tu ada la.hahaha
ni la yang aku cari kat pasar td
so balik dari pasar gi cari nasi lemak ag sebungkus.hehehe..buruk lantak betul aku ni.sampai umah je trus tukar baju dan bagi kucing makan.sian deme lapor....dah settle bagi deme makan aku basuh ayam dan ikan suma then basuh baju.smbil tggu baju aku di 'spin' aku masak nasi,jerang air dan rebus kerang.huhuhu...
settle suma aku sidai kain baju aku then gi siram pokok mak aku ngan air beras...mak aku dah epsan before dia gi umrah ritu.dia kata "air basuh beras tu jangan buang.siram kat pokok mak nanti".so demi menjalankan perintah aku buat ar.
sarapan aku.nasi lemak beli sendiri dan laksa sera cekodok jiran aku bagi
maka mula la operasi masak gulai tempoyak ikan keli versi maisarah....this is my first time masak gulai tempoyak ni ok.aritu aku dah try buat bihun goreng dan kuey teow goreng.pergh first time kot.so lepas tumbuk bahan2 suma aku pn call chef2 aku iaitu along ngan alang.hahaha..buat apa ag kan kalo xtnya resepi.bertuah betul aku ni.bukan pe aku selalu gak nmpak mak aku bt..tp nak kan kepastian je.kang jadi gulai lain kang sape lak nak makan kan.hehehe.tapi yang xleh bla nya aku masak semua sekali ikan keli tu sebanyak sekilo.gile ke hape sekilo keli nak melantak sorang2.ada aku kisah!! dah feberet aku biar ar.
ni lah rupa gulai tempoyak aku..sgt xcntik
settle suma benda nak masak aku sapu sampah lak.dah berselera giler dh.tapi bukan aku yang buat sepah ek.kucing2 aku yang baik ati dan rajin ni yang buat sepah.deme dok main plastik la,koyak kan paper dan yang paling xbest mengeluarkan najis mereka dimerata-rata.grrr geram lorh.

and the last one kena makan ubat la...sebab batuk xbaik ag.terpaksa la kan nk wat cmne
ubat batuk dan sakit tekak from klinik razi
so sumanya dah siap maka dok berehat2 la plak sambil tengok tv dan on9.hihihi...

p/s : pandai lak kan.aku masak.tp dun worry not bad ar rasa dia.hehehe

Friday, April 8, 2011

~ LoNeLy ~

so lonely la this week...
dok sorang2 kat umah...
hanya bertemankan 2 ekor kucing aku si tam dan cici.
 nasib la deme 2 ekor tu baik ati dok kat umah
selalu tu dah merayap dah gi cari pakwe.

nak tau sbb pe aku lonely?
sebab mak ayah aku gi umrah.
so aku disebabkan aku keje maka kena la dok umah sorang2.
hai la nasib....
maka berseorangan la aku kat umah...
xnak cakap lak kan sunyi nya..
terbaik arh kalo orang yang suka kan kesunyian.
tapi tidak bagi aku...
umah aku tu dah macam xde waktu tido je malam2 ari.
coz aku pasang tv ngan radio suma kuat2.
hahaha..ada aku kisah.

menghabiskan masa dengan main game dan tgk tv.
xyah ckp ar game dlm lappy aku ni.
suma dah abis khatam dh.
citer kat tv pn dah suma aku tengok.
yang xtgk sumanya citer bosan2.

tambah2 lak aku skang batuk..
xilang2 ag nih.
dari ari jumaat ritu.
but makin lama macam makin terok.
so smalam gi klinik razi.
yela kena check gak.
dah macam teruk je kan.
kang ntah2 ada pnyakit bahaya ke.
so dia cas rm16 utk ubat batuk dan ubat sakit tekak.

hasilnya selepas makan rasa macam xde pape effect pn
still gitu gak.
ntah bile la nak eloknya..
dah xlarat nak batuk dah nih.
any petua utk ilang batuk???

tapi perbezaan ketara semenjak aku dok umah sorang2 nih ialah..
aku makin rajin masak.
sila gelakkan aku.hahaha
mana xnya masa mak ada kat umah aku jarang2 masak.
bukan jarang2 ag..mmg xmasak pn.
tapi semenjak dua menjak ni dah mula masak sendiri
utk makan sendiri leh la kan.

aku masak kuey teow goreng,bihun goreng dan bubur nasi.
wahaha...macam pe je kan..
masak tu je pn nak kecoh (-_-")
eyh tp mestila kena kecoh sbb aku xpenah masak suma tu kowt.
dan aku masak tu just dari apa yang aku lihat masa mak aku masak je.
huhuhu
mak aku tepon ritu aku bgtau la aku masak.
jawapan mak adalah
"ha pndai pon masak"
not bad gak rasa nya.

so sabtu ni cadang nya nak bangun awal nak gi pasar.
nak gi beli ikan keli,kerang dan bahan2 lain.
sebab aku nak masak gulai tempoyak ikan keli dan nasi lemak.
wahaha...
itu pun kalo aku terjaga awal la...
nak beli ayam nak buat sup tapi disebabkan malas nak basuh ayam tu
so ayam tu kena reject.
hahaha

so mggu depan mak ngan ayah balik..
maka apa akan jadi??
means maisarah will be like before again.
hehehe...

p/s : apa la rasanya aku masak gulai tempoyak tu kan (^_^)

Monday, April 4, 2011

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.

WanITa

duhai kakak ku
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
asyik berteman tangis dan sendu sahaja

wahai adikku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
kerana sendu rayunya
musa A.S terselamat dari kekejaman firaun

duhai adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata

namun wahai kakak ku
wanita itu fitnah dunia

pernahkah adikku dengar
pesanan illahi pada hambanya?
"wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu"
cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya kerana disitulah terletak kehormatannya
bukan fitnah semata-matajikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan illahi itu
sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

tapi kakak ku
kenapakah wanita itu menjadi peragaan?
tidak kah mereka merasa malu?

wahai adikku sayang
al-haya' (sifat malu)
ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya' itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri
namun
bila mana al-haya' itu lebur imannya runtuh
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi


namun adikku
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir


wahai adikku
janganlah adik gusartatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu...
menggugurkan diri..menyembah tanah
sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu

p/s :diambil dari video "antara bidadari dan penghuni syurga ".
video akan diupload
(^_^)

Friday, April 1, 2011

(>_<)


jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,
ia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun.
jika ALLAH menghalang kebahagiaan seseorang, 
ia tidak boleh dihulur dengan apa-apa tangan sekalipun.
jika ALLAH uruskan urusan kita dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata,
dunia boleh berbuat apa-apa.
tetapi mereka tidak akan boleh mencabar kebesaran ALLAH.
jika ALLAH mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,
kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...