~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Saturday, December 24, 2011

maksud nama maisarah

assalamualaikum

idea nak buat entry ni tercetus lepas member aku tanya maksud nama aku.maybe dia nak bagi nama untuk anak sedara dia kot.nama aku NUR MAISARAH dan dulu-dulu aku ada tanya kat mak aku maksud nama aku.tapi juz maksud maisarah je sebab nur tu semua dah tau kan maksudnya cahaya.

mak aku kata maksud nama maisarah adalah kesenangan.tetiba time tu mak emo lak, mak kata sebab tu la aku ni hidup nak senang je dah maksud nama pun kesenangan.hahahaa.kira untung la tu aku hidup senang.sebab masa kecik-kecik orang panggil aku maisarah so mereka selalu mendoakan aku ni senang.

selain dari kesenangan maksud nama aku adalah ketenangan, nyaman, kemakmuran dan kekayaan.alhamdulillah semua tu ada dalam diri aku.kalo kata ketenangan, aku xde masalah nak tenangkan diri aku sendiri.sebabnya aku bukan jenis suka marah-marah orang cuma aku ni jenis emo je sikit-sikit.tapi xlama pun emo aku tu.

nyaman dan kemakmuran lak aku rasa lebih kurang je dengan rasa selesa dalam hidup aku dan keluarga aku.yelah aku rasa hidup aku ni xde la selalu sangat berdepan dengan dugaan yang berat,kadang-kadang ada jugak.agpun aku kan single so hidup aku aman makmur dengan jayanya tanpa masalah nak bergaduh dengan pakwe.

kalo bab kekayaan, aku rasa aku dah cukup kaya dah.sebab nya aku ada akal,sihat tubuh badan, ilmu dan lain-lain.ustazah aku pernah cakap kita semua ni kaya sebab kita ada akal yang x ternilai harganya.sebab tu la aku dengan yakin nya kata aku ni kaya ^_^

ok la aku sebenarnya melalut je ni.aku xde odea nak tulis ayat cantik-cantik.so pada yang nak bagi nama anak boleh la letak nama maisarah.mana tau rezeki Allah leh membesar sihat macam aku.hehee.terima kasih pada mak dan ayah sebab bagi nama aku MAISARAH

p/s : saya sayang nama saya selamanya

Friday, December 23, 2011

susah nak marah

assalamualaikum

PERHATIAN : marah disini bermaksud menengking orang

dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia.dan sudah tentu ada macam-macam ragam dan perwatakan.tapi yang aku nak bangkitkan kat sini adalah isu marah.aku rasa aku memang bersyukur giler sebab aku bukan dilahirkan sebagai seorang yang pemarah.

aku cukup susah nak marah orang secara lebih-lebih.ada gak member aku kata aku suka marah dia tapi hakikatnya aku xmarah dia pun cuma suara aku ni jenis kuat ala-ala suara makcik petir. kalo kawan-kawan yang dah lama kenal aku dia mesti kata aku xmarah cuma suara terlebih jelas.

tapi aku harap kadang-kadang aku diberi kekuatan untuk marah orang.korang bayangkan la kalo aku sakit hati macam mana pun bila aku bercakap ngan orang tu mesti suara aku still terkawal tapi bergetar la.sebabnya aku menahan marah.bukan aku xnak marah cuma bila aku marah orang, nanti aku sendiri yang akan nangis.

aku teringat masa aku jadi ketua dorm kat sekolah teknik dulu.bila junior-junior bilik aku buat hal dan budak-budak dorm aku desak supaya aku marah diaorang, aku xboleh nak buat sebenarnya.tapi mengenangkan aku adalah ketua dorm so aku terpaksa tegur gak.masa aku cakap ngan diaorang pun aku dah rasa macam suara aku lain macam.lepassss je aku marah diaorang, aku terus berlari gi tepi tangga menangis sorang-sorang sampaikan adik angkat aku risau.

bulan 9 yang lepas aku rasa marah pada owner rumah sewa lama aku tu, aku rasa nak marah tapi aku tahan kan jugak sebab aku memang xreti nak marah orang.susah kot kalo nak marah orang ni.bak kata BFF aku walaupun aku ni nampak ganas dan kental tapi hati aku lembut.aku susah nak marah orang dan aku jenis yang susah nak tolak permintaan orang.akak aku pun pernah kata "nak tengok dia marah?hurm lupakan je la.dia bukan reti marah orang"

nak buat macam mana kan.tapi aku bersyukur giler aku bukan jenis pemarah.orang kata sifat marah tu adalah sama je dengan syaitan.so aku dah  dapat elakkan salah satu sifat itu.alhamdulillah.selalu aku emo kat blog je xpun kat status facebook ^_^

owh aku jugak bukan orang yang jenis marah lama-lama melainkan aku betul-betul sakit hati.masa sekolah agama dulu kalo xsilap ada 4 jenis sifat marah iaitu

  1. orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
  2. orang yang lambat marah tapi cepat reda kemarahannya
  3. orang yang cepat marah dan lambat reda kemarahannya
  4. orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
so aku dapat klasifikasikan aku sebagai orang yang bernombor 2. sebabnya memang tu la sifat aku.tapi jangan sebab tu pulak aku di perkotak-katikkan. walau dalam blog or fb aku nampak sangat-sangat emo tapi itu hanya lah di alam maya.realitinya aku macam bese je.buat muka xbersalah, muka selamba tanpa ada riak marah sedikit pun.

kesimpulannya korang pilih la korang nak sifat marah yang mana satu.bagi aku sifat marah paling teruk adalah yang nombor 3.bahaya kot kalo dapat orang yang macam tu.boleh terbalik segala benda dibuatnya nanti.huhuhu.yang penting jangan selalu suka emosi.kalo rasa macam nak emo terlebih banyak-banyak kan la beristighfar okeh (>_<)


p/s : aku tengah bercuti dekat penang nih.cuti-cuti malaysia katakan.keje kat opis biorkan terbengkalai  ^_^

sama je mereka tu so xpayah nak demand sangat

assalamualaikum

Perhatian : ini entry melalut dan sekadar luahan pendapat

dua hari lepas aku ada terbaca pasal isu turun bendera oleh mahasiswa masa aku nak check akaun yahoo aku.tapi masa tu memang aku xtau langsung apa isunya.al maklum la aku ni kan 'rajin' sangat tengok berita.tu yang sampai xtau langsung pasal isu ni.ada gak aku tanya pada member-member fb tapi xde respon.tapi tadi bff aku ada bagi aku macam-macam link pasal hal ni.so aku dah faham apa kesnya sekarang.

bagi aku setiap orang ada pendapat masing-masing dan setiap rakyat layak bersuara.cuma perlu kena pada gayanya. aku bukan membangkang adam adli dan aku bukan juga menyokong mana-mana orang yang membangkang adam adli. bagi aku diaorang ni semua ada pro dan kontra nya. seperti juga parti kerajaan dan pembangkang.mereka juga ada pro dan kontra.

kalo tanya aku la kan, aku malas nak amik tau pasal isu ni pun.dan aku lebih malas nak amik tau pasal politik.sebenarnya semua ni simple je pun.kalau segala isu yang terjadi di malaysia ni xdiperbesarkan ianya xkan jadi lebih teruk.tapi yela kalo xdiperbesarkan orang xtau lak.aihh kang xpasal-pasal orang kata aku ni menulis tanpa ilmu dan fakta pulak.

bila aku tanya kawan-kawan aku dah daftar undi ke.dan kebanyakkan dari mereka akan jawab belum walaupun umur masa tu dah lebih 21.bila ditanya kenapa xnak daftar, mereka akan jawab malas la nak amik tau pasal politik ni.sama naik je mana-mana parti pun.kalo tengok balik sebenarnya diaorang ni sama je levelnya.tapi sebab banyak kesenangan yang rakyat dapat ni diperoleh dari kerajaan so kita nampak kerajaan lagi ok. aku rasa aku xleh nak sangkal pendapat mereka tu.memang ada benarnya.

kalo kita tengok balik la kan, bukan semua orang kerajaan ni ok.ada je yang teruk dan dia itu lah yang memburukkan lagi nama kerajaan.manakala bukan semua orang pembangkang ni teruk.ada juga yang ok dan disebabkan itu dia disayangi orang ramai.see...itulah antara pro dan kontra nya.itu belum lagi masuk isu lain.tapi aku malas nak taip, aku bukannya penghujah politik.

sebenarnya kat malaysia sekarang ni kalo ada yang menyokong kerajaan dikatakan orang umno dan kalo yang membangkang apa yang dilakukan kerajaan dikatakan orang pembangkang. aku rasa itu bukan benda yang patut dibuat isu.dimana hak bersuara untuk rakyat kalo dilabelkan sebegitu.baik xyah bersuara je kalo macam tu kan.tapi bila xbersuara perkara lain pulak yang akan jadi -_-"

pada aku la kan, kadang-kadang orang bertindak melakukan benda-benda yang diluar alam ni sebab apa yang mereka lakukan xdiberikan perhatian.kalo bila jumpa cara baik xdilayan adakah mereka akan berdiam je.aku buka isu ni bukan untuk kes turun bendera ni je.tapi untuk semua sekali.kalo tengok dekat berita tv3 tu dalam segmen aduan rakyat.kadang-kadang ada jugak orang-orang besar yang xnak layan apa yang diadukan oleh rakyat.ada yang marah bila isu tu dibangkitkan.itu dapat dilihat di kaca televisyen.

itulah lumrah alam dan lumrah dalam kehidupan.kalo hidup ni hepi je tanpa masalah, maknanya xde la cabaran dalam hidup.dan tanpa cabaran manusia xkan dapat pengalaman.ini semua adalah ujian untuk kita semua.dunia sekarang di akhir zaman so perkara yang melibatkan keadilan ini akan sentiasa berlaku.salah satu tanda kiamat kan melibatkan isu -isu keadilan ni.so apa yang nak di hairankan.

macam mana negara kita nak maju kalo setiap langkah yang dilakukan ada cacat celanya.bila apa yang dilakukan pasti ada antara 4 sifat diatas tu yang tertinggal.bagi aku 4 sifat kat atas tu antara yang terpenting untuk setiap manusia.so kalo dah ada antara itu yang kita tertinggal macam mana

so apa kata kita semua mulakan balik sikit-sikit 4 sifat yang diatas tu. semoga bila diamalkan xde lagi isu yang terjadi. tapi nampaknya itu semua seperti mustahil.adakah orang-orang macam aku ni layak untuk menasihat dan memberi pendapat??entahlah.yang pasti selagi hidup di malaysia ni aman damai aku dah rasa cukup bersyukur.tapi kalo disebabkan politik la negara ni jadi huru hara mungkin aku salah seorang yang bersuara.

tapi itu cuma MUNGKIN....aku xminat nak menyibuk lebih-lebih pasal isu politik ni.sebab kan aku dah kata aku bukan penghujah politik dan aku bukan penyokong mana-mana parti.so paham-paham la kan maksud aku tu.selagi aku xyakin mereka itu benar-benar layak aku xkan buat benda yang satu tu.tapi aku tau satu hari nanti aku pasti kena buat jugak.undang-undang harus dipatuhi kan.

kesimpulannya, bersikap lah seperti orang yang bijak.jangan kerana isu yang kecil kita semua berpecah belah.aku sayang bangsa aku weh.OMG rasa macam nak leleh lak.huhuhu.oh btw semalam coolblog kat tesco tu dah semakin baik service nya.xsia-sia aku buat luahan perasaan kat entry SINI ^_^

p/s : eyh entry ni kira macam suara rakyat gak ke ek  (>_<)

Wednesday, December 21, 2011

HafizZainal's contest - senyuman mahal II

assalamualaikum

nak menyebok kat satu ag contest.aku dah lama dah tau contest yang HZ buat ni.tapi bila tengok tarikh tutup lambat ag so tunda2 la.hehehe

klik SINI untuk join contest
v
v
v
v
v
v
v
v

pic yang konon senyum mahal

aku pun xtau senyum yang tu mahal ke murah.sape leh letakkan harga.hahaha.sebenarnya aku sangat jarang senyum sebab kalo senyum mata aku jadi kecik -_-" so aku anggap senyum tu la paling mahal sebab pic aku lain tu aku senyum pun xnampak macam senyum.so ni je la yang terbaik.hahaha

berminat nak join bukan sebab nak hadiah tapi lebih pada nak berkenalan ngan kawan-kawan alam maya.tapi kalo menang pun alhamdulillah.rezeki jangan ditolak (okeh perasan!!). so ini adalah contest ke 4 yang aku join sepanjang berblog.tahniah pada diri sendiri.yeah!!

1st impression? rasanya aku xberapa kisah orang tu pakai braces or x.tapi aku lagi suka tengok gigi yang tanpa braces.sebab aku rasa kalo ada braces kat gigi tu nampak macam lain dan serabut.xde braces ag cun rasanya.okeh pendapat aku je.jangan marah kat aku lak.

nak tag kat blogger :

last sebelum habis jangan lupa:-
  • like fanpage HZ kat SINI
  • follow blog HZ di SINI
  • juga follow twitter dia kat HZ tweet
  • lastly subscribeutube channel HZ untuk perkembangan video terbaru di SINI....
Hah!!!ok dah habis dah entry untuk contest ni.selamat berjoin.eyh!!

CONTEST : GAMBAR COOL !

assalamualaikum

okeh kali ni dah terjebak dengan mak jemah yang tag aku untuk join contest ni.hehehe

klik untuk join contest
simple je weh sape yang nak join contest nih.syarat-syarat adalah :-

  • kena la ada blog
  • warganegara malaysia
  • follow blog auradamiakuncollection.blogspot.com
  • like page ADK collection
  • buat satu entry dengan tajuk contest : gambar cool.! berserta sekeping gambar
  • letak banner kat atas tu
  • tag kepada 4 orang kawan atau lebih
  • tinggalkan link entry korang tu kat ruangan komen blog tu.
  • owh ye tarikh tutup 26/12/2011
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
pic ni diambil masa kitaorang ada kursus JPAM. sebenarnya kitaorang semua pemalu tapi sebab nak buat kenangan so buat-buat cool.huhuhu

aku nak tag contest ni kat :

ikhlaskah hati???

assalamualaikum

sape nak bagitau aku detail macam mana nak ikhlas hati? sebelum ni aku ada buat entry pasal peminta sedekah kat SINI. so sekarang aku macam konpius la pulak.sebelum tu diingatkan entry ni bukan bertujuan menunjuk-nunjuk.

kalo entry dulu aku tanya apa hukum bila aku fikir yang bukan-bukan pasal peminta sedekah. tapi kali ni aku nak tanya ikhlas ke aku dalam memberi sedekah?sebab apa aku tanya macam tu ek.sebabnya aku rasa macam aku ni xikhlas pun ada dalam memberi ni.


baru-baru ni ada sorang akak tu datang opis aku.dia minta sedekah.dia kata duit xmasuk ag kat bank pehtu suami dia pulak OKU.masa memula dia datang aku macam blur-blur je. lepas tu dia cakap "akak nak minta tolong.akak nak makan pun xde duit.suami pun OKU.bukan akak nak nipu.akak berani sumpah akak xtipu.cuma akak nak minta sedekah je nak beli ikan,sayur untuk anak-anak.anak yang kecik tu baru lepas sunat.ni akak baru je lepas minta sedekah dekat bawah tu.tolong la dik.anak-anak akak nak makan pun xde duit"


masa dengar tu aku dah macam xtau nak buat apa dah.nak halau serba salah pulak.dia bukan buat kacau.dia cuma minta tolong je.agpun xsampai hati aku nak suruh dia balik.dahla dia menangis masa cakap tu.aku pun jadi sebak.dalam otak aku terfikir gak, kalo satu hari aku jadi macam akak ni then orang buat xtau dekat aku macam mana.so untuk elak akak tu menangis ag teruk dan ikut kan rasa xsampai hati aku ni aku pun hulur la sikit.

masa tu harapan aku biar la apa yang aku bagi tu cukup untuk menampung dia dan keluarga dia untuk hari tu.walaupun aku xtau betul atau x yang akak tu xmampu aku cuba untuk ikhlaskan hati.tapi lepas akak tu balik je aku terus terfikir yang bukan-bukan.sebab tu aku tanya ikhlas ke hati aku ni memberi.sepatutnya kalo aku ikhlas aku xkan fikir yang bukan-bukan pasal dia.

masa bagi tu aku memang ikhlas.aku xkisah pun untuk berkongsi dengan akak tu.sebab rezeki tengah lebih masa tu.almaklum la gaji dah masuk masa tu.tapi lepas tu....hurm ntah la.sampai balik umah aku terfikir.tapi untuk hari tu je la.esok-esoknya xde la aku nak fikir ag.

but xboleh tidak, bila ada yang lain datang aku mula teringat dan fikir yang bukan-bukan.tadi ada sorang abang ni datang.cuma yang ni aku betul-betul pasti aku ikhlas sebab abang tu x buatkan aku was-was.dia datang untuk minta sumbangan supaya dapat mewakafkan al-Quran besar. korang tau x al-Quran besar tu yang mana?
ni la rupa al-Quran tu
abang tu kata harga al-Quran tu RM 280.00 so dia minx sumbangan berapa-berapa je.bila cukup nilai sumbangan dengan harga al-Quran tu maka dia akan wakafkan di masjid yang terpilih.semua orang tahu tulisan dalam al-Quran yang besar ni lebih jelas dan lebih besar. sesuai sangat untuk digunakan oleh orang yang kurang penglihatannya.

so aku fikir why not aku bagi sikit sumbangan untuk mereka.aku xrugi pape pun.seingat aku jika kita bersedekah dan sedekah kita itu berpanjangan maka kita akan terus diberikan kebaikan/pahala oleh ALLAH (betulkan kalo aku salah). so aku fikir bila Quran ni diwakafkan maka orang ramai akan membaca Quran tu,jika berterusan orang menggunakan kitab tu maka berpanjangan lah kan sedekah kita tu.

disebabkan itu aku xmenyesal untuk memberi. masa belajar dulu aku rasa jarang sangat aku memberi.so bila dah keje ni bolehla aku mulakan sedikit demi sedikit amalan tu.sekurang-kurangnya pahala sunat dapat aku kumpul. yang wajib pun kadang-kadang tinggal.diharap yang sunat ni dapat cover apa yang aku tinggal tu.

cuma dekat sini aku nak minta tunjuk ajar korang semua atau dengan kata lain nak minta tips.kalo korang tau ape-ape pasal nak bagi hati ikhlas korang bagitau aku okeh.aku xnak la kalo aku berkongsi rezeki dengan orang lain tapi hati aku xikhlas.macam xde makna je semua tu kalo dah xikhlas.so pada semua yang membaca, sila-sila la bagi aku pendapat or tips ek.


p/s : Ya ALLAH bantulah aku untuk mencapai keikhlasan hati supaya dapat selalu membantu hambaMu yang memerlukan

Tuesday, December 20, 2011

buat aku membara jer

assalamualaikum

perhatian : entry ni pasal ketidakpuasan hati.kalo malas xyah baca

sape suka minum air kat atas tu.ada macam-macam jenis kan air dari cool blog ni.ada yang jenis yogurt, ice blend dan air.tapi aku selalu amik milk tea + choclate je.selain murah ianya senang dibuat, cepat dan lebih terasa berbanding blend.kalo blend tu dah sah-sah rasa ais je kan.

jarang sangat-sangat aku amik yang blend punya cuma semalam macam teringin so aku amik bluberry oreo.not bad la tapi aku still rasa choclate milk tea tu ag sedap.tapi sebenarnya aku bukan nak citer sedap ke x cool blog ni.tapi aku nak story pasal service dari staf dia.

sekarang ni dekat tesco seri iskandar ada jugak jual cool blog ni.disebabkan aku memang suka cool blog ni maka muka aku memang selalu ada dekat situ.cuma aku agak bengang gak la sebab service dari staf cool blog kat seri iskandar ni sangat-sangat LEMBAB.bukan nak buruk-burukkan diaorang tapi itu la kenyataan nya.aku rasa student-student UTP or UiTM seri iskandar ni mesti fikir benda yang sama macam aku.

sepanjang aku beli cool blog kat situ aku xpernah dapat apa yang aku beli dalam masa kurang 5 minit walaupun masa tu xde pelanggan lain.kalo masa kat giant teluk intan aku beli benda yang sama tapi aku boleh je dapat  kurang dari 5 minit.kenapa boleh jadi macam tu?

sebab nya staf dekat seri iskandar ni lebih banyak bersembang dari buat keje.walaupun diaorang ada lebih kurang 2 staf tapi keje still lembab.kenapa staf dekat teluk intan tu sorang je tapi boleh buat dengan cepat.sebabnya  masa keje dia xde nak sembang-sembang or nak menggedik depan customer.

yang kat seri iskandar ni, kalo orang ramai pun dia boleh sibuk nak bersembang lagi.semalam aku baru je kena ag sekali.yang sorang tu sibuk dengan mesin duit tu, apa salahnya staf sorang lagi tu amik order dan buat dulu order dari customer.kenapa mesti tunggu minah tu clear dengan mesin duit tu dulu baru nak buat. kalo xde orang lain la citer. ini ramai kot yang tunggu turn.bukannya orang xnak bayar benda tu. dah la amik order lambat pehtu masa nak buat apa yang customer order tu pun lembab gak.sibuk bersembang.semalam aku tengok dalam gerai tu je ada 4 orang dewasa tapi aku tetap kena tunggu hampir setengah jam untuk order aku.

hello ini bukan aku sorang je yang rasa tau.kalo dah ada customer jaga la elok-elok walaupun memang cool blog tu pilihan ramai.kadang-kadang aku rasa malas nak beli sebab lama giler nak kena tunggu.pakcik semalam tu pun kata kat wife dia, xpayah la beli lambat sangat.banyak sembang je deme tu.see..... korang dah rugi sorang customer.kalo pakcik tu nak beli 4  jenis cool blog untuk anak-anak dia ,  korang kira la korang dah rugi berapa.almost rm10 ada aku rasa.

tapi kadang-kadang itu la beza nya kalo staf semua budak-budak melayu yang muda remaja ag.bukan aku nak kondem anak melayu sebab aku sendiri pun sama je macam tu.tapi at least diaorang tu berhadapan dengan customer yang mungkin nak cepat.cuba la ubah sikit perangai tu.ni nampak sangat korang sibuk nak sembang dari buat keje korang tu.

semalam memang aku rasa aku dah nak meletops dah ngan diaorang tu.tapi sebab aku malas nak gaduh-gaduh aku diam je la.sekali order dah siap straw plak abis kan.mendidih balik ati aku semalam.cari straw pun lambat.xkan la korang sampai 3 orang staf xperasan straw tu dah nak abis.tensi giler aku semalam.memang dah tarik muka dah.xde masa aku nak senyum-senyum dah kalo service macam tu.

bagi aku kalo lambat tapi korang memang betul-betul buat keje aku xkisah.aku dengan rela ati tunggu lebih lama pun xpe.tapi kalo dah lambat sangat pehtu ko nampak dia sembang-sembang, main henset pehtu baru terhegeh-hegeh nak basuh blender tu memang aku rasa muka minx maki je la tu.nasib kesabaran tinggi ag.

aihh!!!kan aku dah emo plak pagi-pagi kat blog ni.harapnya tempat lain jangan la jadi macam kat tesco seri iskandar ni.buat orang sakit ati je kannn...okeh la aku nak clearkan keje-keje aku dulu.minggu depan aku cuti seminggu weh pehtu sambung plak cuti new year.hahaha meriah kan

p/s : dah favourite kan so beli je la walaupun tensi berdouble-double

Monday, December 19, 2011

wedding shahida & zamani (16/12/11 - 17/12/11)

assalamualaikum

perhatian: banyak pic dalam entry ni ^_^

hari jumaat lepas aku gi menyemak kat majlis nikah kawan aku kat tapah.saje je nak menyemak walau dia xajak pun.ada aku kisah kan.hahaha.so aku nak tepek pic kat sini.walaupun aku xreti edit tapi gasak la.aku pedulik hape kan ^_^

ada 4 persalinan. nikah, berinai dan bersanding dua pasang
menanti saat dinikahkan
hati dup dap dup dap x makcik.hehehe
kami sedia menemani dia ^_^
selamat dinikahkan.alhamdulillah
satu lagi masjid telah dibina.perhubungan yang halal
ciuman kasih dan tanda cinta mereka
doa dan restu ibu ayah dipohon
pasangan yang secocok
kami memang suka menyibuk :p
jeles tengok pelamin dia
malam berinai
direnjis oleh ibu dan ayah
kasih adik kepada kakak tersayang
tanda ikatan yang terjalin
aksi pengantin 1
aksi pengantin 2
ikatan kuat antara mereka
ada pulak kembar xrasmi  >_<
kami memang suka buat huru hara ^_^
kami lagi!!
comel x?hehehe
kami berdua BFF
hidangan dan cerderahati dari pengantin
sebelum bersanding ^_^
setia menemani
pengantin kena kemas sendiri lepas pose.hihihi
bergosip dulu sebelum sanding
menanti untuk bergandingan berdua
sebelum digandingkan
berdua bersatu  \(^_^)/
di pelaminan indah
bersama pengapit
keceriaan raja sehari
usik mengusik menambah bahagia
sama je dah kaler pic ni
persalinan kedua
keluarga bahagia ^_^
finally perjumpaan bersama mereka 
so tu la suma pic yang aku dah gabungkan supaya xjadi lebih berlambak kat blog nih.semoga perhubungan mereka kekal hingga ke syurga dan bahagia selamanya.xnak gaduh-gaduh ye.dah la pas ni makcik tu ikut asben dia gi sabah,.wah lama la xleh jumpa.huhuhu.aku ngan azzren dah excited terlebey sampai 4 kali datang tau.hahaha

lastly lama xjumpa member-member sekolah yang lain.pic last tu antara member yang kitaorang jumpa.masa tu xde tanya lain suma soalan tanya pasal " ko buat ape skang".hahhaa xleh bla member aku cakap aku dah keje ni leh la kuar kete.masalahnya der aku ni lesen menang ada tapi buat gambar je pun.haram aku reti dan xberani nak bawak kete tu.

p/s : syok pulak tengok orang kawen nih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...