~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, February 18, 2015

Drama what happens to my family (KOREA)

Assalamualaikum


sape pernah layan drama kat atas ni.tajuk drama ni 'What Happens To My Family'.kalau kat tv di malaysia ni kat channel 391@kbs world.aku mula2 pun xsengaja tengok.memula macam malas nak layan gak sebab macam bosan.tapi lama2 terus melekat tengok citer ni.tadi adalah episod terakhir yang aku tengok iaitu episod 53.aku xsangka pulak yang itu adalah episod terakhir.

bagi aku cerita ni memang dekat sangat dengan kehidupan masyarakat kita.aku sampai menangis la bila aku letakkan diri aku untuk berada di situasi si ayah ni.tambah2 bila tau yang ayah diaorang ni ada kanser.waduhhh kok sedih bangat.

para pelakon utama
drama ni mengenai seorang ayah yang terlalu sayangkan anak2 nya.seorang ayah yang terlalu pentingkan kebahagiaan anak2 juga seorang ayah yang dahagakan kasih sayang anak2 beliau.si ayah (cha soon bong) ada 3 orang anak iaitu yang sulung (cha gang sim- setiausaha syarikat), anak kedua (cha gang jae- doktor) dan anak ketiga (cha dal bong - mula2 tiada pekerjaan tetap akhirnya dia ambil alih kedai tofu ayah dia).

ayah dan anak-anak
mula2 episod memang aku rasa geram sebab tengok perangai anak2 dia yang langsung xhargai ayah diaorang.ayah diaorang ni baik sangat.selalu tolong anak2 lepas tu selalu bagi semangat.apa anak2 buat pada dia yang bagi aku xpatut la tapi dia still sabar.anak2 dia sayang pada dia sebenarnya tapi diaorang lebihkan kesibukkan diaorang dari ayah sendiri.
ayah (cha soon bong)
sampai la satu tahap si ayah nekad ambil tindakan undang2 (lebih kurang macam saman) pada anak2 dia.dia buat tuntutan untuk anak2 dia bayar semula apa yang dia nak bagi pada anak2 dia tu.paling mahal yang kena adalah gang jae sebab dia study kedoktoran kat university.masa tu anak2 dia semua xpuas hati.semua salahkan ayah dia ni si mata duitan la, pastu salahkan kawan ayah dia (miss go) yang konon nak kikis harta ayah diaorang.mula2 hakim pun xnak ambil kes ni tapi bila dengar alasan kenapa si ayah buat tindakan macam tu, hakim decide untuk terima kes tu.tapi just bicara dalam bilik je la.xde la sampai masuk mahkamah.

rupanya si ayah ni sakit dan ada tempoh masa dalam 3 bulan saje lagi untuk hidup.dia ambil tindakan undang2 sebab dia nak kan perhatian anak2.dia nak habiskan masa dengan anak2 dia yang mana masa tu dah xrapat sangat dengan dia.masa tu xde siapa pun ahli keluarga dia tahu yang dia sakit melainkan lawyer yang tolong buatkan law suit untuk dia dan juga miss go.oh lawyer tu sebenarnya bekas kekasih anak sulung dia.
cha gang sim (kakak sulung) dan director@suami dia
cha gang jae (anak kedua) dan isterinya (anak director hospital tempat dia keje)
cha dal bong dan seo wool@awek dia
lepas dari tu la memang banyak babak sedih dalam citer ni.bila si anak tuduh si ayah macam2.masa tu aku pun nangis sama ar.rasa macam even ko marah pun xperlu la nak marah ayah ko macam tu.paling sadis bila one day diaorang masing2 busy masa hari ulangtahun kematian mak diaorang.kecewa sangat ayah dia masa tu.nasib baik ada adik ayah dia (cha soon geum) yang selalu support ayah dia.

kalau xsilap aku gang jae dapat tau ayah dia sakit sebab terjumpa ubat dekat meja kedai tofu ayah dia.lepas tu pulak miss ko pun ada inform dekat gang jae yang ayah dia sakit.lepas dari tu la slowly gang jae dah mula ambil berat pasal ayah dia.dalam family tu dia sorang je tau pada mulanya.dah lama2 baru kakak dia tau lepas tu lama sikit adik dia plak tau.tu pun pasal adik dia terdengar akak ngan abang dia sembang pasal ayah diaorang.

eh panjang nau plak.hahaha tapi lepas diaorang dah tau tu benda jadi makin sukar sebab diaorang kena pura2 macam diaorang xtau.memang scene lepas2 tu banyak la yang mengundang air mata.paling xmenahan bila aunt soon geum tau yang abang dia sakit.huwaaaa sedih giler kot.aku dah menitis air mata masa tengok kat opis.nasib officemate xnampak.huhu tapi ending nya si ayah mati tapi dalam keadaan dia dah dapat capai apa yang dia nak.dia nak tengok family dia bersatu, sentiasa bahagia dan saling bantu membantu.

kesimpulannya citer ni memang awesome walaupun ada sesetengah babak tu macam bosan la.tapi pengajaran citer ni memang terbaik.bagi aku citer ni dekat dengan situasi kita semua sebab cerita nya memang betul2 jadi dalam masyarakat kita.kisah si anak yang abaikan ibu ayah, si ayah yang mengharapkan perhatian anak2, sikap yang pentingkan keluarga lebih dari harta dan banyak lagi.

tapi kan cerita ni selain babak2 sedih pasal family tapi ada gak babak yang kelakar.aku paling suka part kakak dia ngan director tu.selalu kelakar bila babak tu.pastu babak director dan adik tiri dia.sebab nya director ni even jenis skema tapi macam bengong2 sikit.hahaha

rugi rasanya kalau tengok saje2 tapi xambil pengajaran.finally tadi aku dah tengok episod akhir untuk citer ni.xpernah aku layan drama kbs sampai 53 episod.walau apa pun berbuat bakti lah kita pada ayah dan ibu kita selagi mereka masih bernafas ^_^

p/s : sorry lah aku memang xreti nak buat sinopsis pendek2.hahaha

Tuesday, February 3, 2015

Macam-macam kerenah

Assalamualaikum

Buat masa sekarang ni aku dah berada di 3 buah hospital yang berlainan.tapi jangan salah faham ye.bukan aku yang masuk wad tapi ayah aku.dari hospital tapah membawak ke hospital pantai ipoh dan seterusnya ke hospital tapah semula.lebih kurang hampir sebulan la gak tempohnya tapi bukanlah setiap waktu aku kat sana.hujung2 minggu je la.

Hospital Tapah
Masa dekat hospital tapah tu xde la banyak sangat kerenah.tapi ada satu hari tu aku bengang dengan jaga dekat wad tu.semua sedia maklum dekat mana2 wad pun mesti ada jaga yang kawal waktu melawat.sama macam kat hospital tapah tu.untuk makluman ayah aku ni badannya saiz besar lebih kurang aku la.lepas tu ayah aku ni jenis air dalam badan banyak tambah2 dekat paru2.tapi air tu banyak yang tersimpan dalam badan dan xdikeluarkan. So badan dia jadi berat dan kalo kita nak angkat pun memang makan 2,3 orang lelaki.

Alkisahnya masa waktu melawat haritu aku ngan akak2 aku pun datang la melawat ayah aku.then sampai la tamat waktu melawat tu.bila cukup time mula la jaga tu masuk untuk suruh pelawat2 ni keluar.kitaorang paham la maksud suruh keluar tu.tapi xnyempat2 pulak suruh keluarnya even kitaorang dah bagitau yang kitaorg nak tolong angkat ayah.tapi jaga tu tetap suruh keluar.sampai akak2 aku dah tinggi suara.bukan kitaorg suka2 xnak keluar.kalo ayah aku tu kecik molwk je senang nak angkat xpe.ni memang berat.nak suruh ppk pun yang ada sorang je masa tu.aku bengang gak tapi aku malas bukak mulut kang ada yang kena maki ngan aku.tapi memang angin betul la.nurse xkata pun kami ni mengganggu tapi jaga plak yang kecoh.tu bila aku up status kat fb ramai yang sokong aku.aku tulis "kadang2 kita kerja ni kena ada sikap timbang rasa dan perikemanusiaan walau terikat dengan peraturan".

Hospital Pantai Ipoh
Masa dekat hospital pantai aku tengok waris pesakit katil sebelah ayah aku.uncle tu nurse cakap dah seminggu lebih masuk icu.kos bil dia pun dah cecah >100k.masa hari ayah aku mula sedar sepenuhnya dari ubat tido uncle tu dah kritikal.aku tengok waris dia  dah silih berganti datang melawat.masa aku jenguk ayah aku pun anak2 dia dah nangis2.dah ungkap perkataan papa chaiyok.tapi kalau tengok keadaan uncle tu pun memang teruk.mesin bantuan ubat dia pun sampai 5.macam2 jenis ada mesinnya.

Ada salah seorang anak sedara dia tu doktor.masa anak sedara dia tu dengar penjelasan doktor incharge pun dia dah geleng kepala.so kitaorang pun biar jela diaorang tu.lagipun waktu melawat dah habis masa tu.elok aku keluar dari parking kereta aku nampak waris2 uncle tu dah turun.so aku syak maybe dia dah xde.esoknya masa melawat ayah pagi tu nurse dia uncle tu dah meninggal jam 9malam.so betulla aku syak tu.sebab kitaorang keluar dari parking jam 9 malam.

Tapi yang buat aku kagum sepanjang aku dok melawat icu tu ialah ada seorang lelaki yang setia membaca kitab agama dia kat sudut pintu masuk icu tu.first day aku pegi aku xheran sangat pun tapi agak kagum sebab dia berdiri dekat situ dari jam 6 pm sehingga 8pm.xberganjak langsung dari tempat dia berdiri.setia membaca kitab dia tu.esoknya pun sama still ada kat situ gak.last day masa uncle tu kritikal dia dok lama sikit.tapi aku yakin yang family uncle tu upah dia untuk baca kitab tu.sebab masa uncle tu kritikal dia xde plak join tgk.hanya setia membaca.tapi kagum sungguh la.aku yang islam ni pun xsegigih tu membaca.Allah malunya.tapi aku suka layanan nurse2 dekat hospital pantai tu.seronok je tengok.mesra,suka menolong,explain apa kita nak.yela plak bayar mahal kan.kikiki

Hospital Ipoh
Ayah aku transfer dari pantai ke hospital ipoh ni hari jumaat lepas (30/01/2015).dah xberapa nak mampu bayar kos hosp pantai tu.dah cecah puluh ribu kosnya.tapi syukurlah keadaan ayah nampak ok sikit dari dulu.dekat hosp ipoh ni memang ramai pesakit nya macam2 keranah boleh tengok kat sini.macam sekarang ni la.sekarang ni waktu 12:50am aku masih berjaga melihat persekitaran wad ni.tadi masa awal2 aku tengok kerenah pakcik ngan makcik ni bergaduh.deme dok wad kelas 2 dekat belakang sikit dari katil ayah aku.tapi suara nya boleh dengar sampai ke depan ni ha.hehe pakcik tu nak turun dari katil.maybe dia bosan ke pe xtau la.yang makcik tu plak xbagi so udah la bergaduh.tengok2 pakcik tu udah ada kat lantai.geleng kepala nurse nengoknya.last2 deme angkat pakcik tu naik katil.ni dah senyap maybe dah tido la kot.

Tapi dekat wad ni katil xpenah nak kosong.ada je orang masuk.macam tadi even dah pukul 12 still ada lagi 4 patient yang baru masuk.nak buat macam mana.dah namanya sini hospital besar kan.nurse2 and doktor kat sini pun ok.diaorang peramah dan xlokek.cumanya bila doc kat sini dah berjaga lebih dari jam diaorang tu memang raut wajah dah kuyu sikit la.ada sorang doktor ni nama doc lee ari semalam memang aku tengok muka dia ngantuk giler yela dari ari jumaat dia ada kat sini pastu sbtu pn ada lagi.huhu penat woo

Sepanjang aku duduk melawat ayag dekat wad ni dah 3 kematian aku tengok.paling melekat dekat minda aku masa sorang pakcik melayu ni meninggal.sebab mata aku dok bertembung ngan mata pakcik tu masa waktu2 akhir dia.mula2 aku pandang dia sebab dia jatuhkan meja untuk pesakit makan tu.so aku usha la.rupanya masa tu dia menendang meja tu sebab sakit sangat agaknya.pastu aku tgk la raut wajah pakcik tu.xlama lepas tu aku tengok nurse tutup tirai dia.dan xlama lepas tu gak aku tengok waris dia menangis.rupanya pakcik tu dah xde.macam xsangka sangat masa tu.kejap sangat Allah tarik nyawa dia.al fatihah~

Sebenarnya aku nak pesan kat korang dan diri aku sendiri supaya jaga kesihatan.sebab kos rawatan bukannya murah.kalo korang kakitangan kerajaan maybe boleh la tolong2 gak dari klinik panel.tapi pikir2 sama bila korang dah pencen nanti.lagi satu please amik insuran.medical cost really not a joke.too expensive.even aku pun xamik lagi tapi aku dah bincang ngan ajen insuran tu.cuma sekarang ni masa xmengizinkan untuk aku jumpa ngan agen tu.maybe after ayah sihat sikit.huhu so tu je aku nak ngadu.stay healthy okay guys.

p/s: PLEASE TAKE CARE YOURSELF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...