~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, February 14, 2014

kenangan zaman sekolah.rugi kalau xrasa memori tu

assalamualaikum

*sorry la entry dia panjang sikit.excited!*

sape2 yang lahir tahun 90an ke bawah mesti dapat rasa macam2 pengalaman hidup kan.yang aku nak tekankan sekarang ni zaman sekolah atau zaman belajar dulu-dulu. aku sendiri berada dalam zaman awal 90an.sejujurnya zaman aku dulu seronok kot berbanding zaman budak-budak millenium ni.hidup budak2 zaman sekarang ni penuh dengan gajet je.xmencabar langsung.

sebenarnya sejak akhir-akhir ni aku selalu sangat terbaca pasal kes parents buat aduan ataupun nak ambik tindakan terhadap cikgu-cikgu yang mendenda anak mereka.bagi aku kalau denda tu xmemudaratkan apa lah salahnya.nak bentuk anak kau jugak supaya jadi manusia.

hari tu aku tertengok senarai hukuman yang dilarang seperti kat atas ni.tengok je terus aku rasa macam apa hal korang ni.nak bentuk budak jadi manusia ke jadi jelmaan. memang ada sesetengah hukuman tu wajar xboleh dibuat.tapi kalo setakat ketuk ketampi, cubit, lari padang, berdiri atas kerusi, berdiri dalam/luar kelas, tarik telinga, rotan ngan pembaris, gunting rambut ngan berleter tu pun xboleh, apa kejadahnya!

benda tu asas je kot.aku dah pernah rasa separuh dari yang aku highlightkan kat atas ni.banyak nya merasa masa dekat sekolah teknik dulu.masa kena zaman sekolah dulu memang la bengang kan, rasa macam nak maki je cikgu yang denda tu.tapi bila ingat balik sekarang ni kenangan gitu.ada gak la benda yang ko nak citer kat anak cucu ko nanti.

masa sekolah teknik dulu kitaorang selalu gelarkan sekolah tu sebagai "sekolah agama askar teluk intan". hahaha mana xnya sebab cikgu yang denda kitaorang tu gunakan konsep one for all, all for one.bukan sama ke konsep tu dengan askar or polis ^_^

antara tempat aku menimba ilmu suatu ketika dulu.
bagi aku zaman sekolah berasrama yang paling banyak merasa benda-benda macam ni.sebab dok asrama kan.kalo sekolah harian biasa2 je. kalo kata xboleh ketuk ketampi, aku memang bengang habis la.untuk pengetahuan korang2 semua masa aku sekolah teknik dulu ketuk ketampi perkara biasa.sebelum prep or selepas prep selalunya akan kena buat 100++ ketuk ketampi hampir setiap hari.semua tu sebab salah seorang or dua je yang buat perangai.sekolah sekarang paling kurang pun 50 je ketuk ketampi nya.

kalo buat xsama ko kena buat semula dari kiraan 1 walau pun masa tu ko dah buat 20.waduh2 masa tu memang sape yang buat xsama tu confirm kena maki.hahahah kenangan giler!yang paling xboleh bla bila ketuk ketampi pun boleh hutang.contohnya harini denda ketuk ketampi 200 tapi dia xsuruh la buat 200 hari tu gak.hutang dulu, esok bayar lagi 100.

bab lari padang pun sama.pernah satu hari tu aku tengah mandi tetiba bunyi siren rowcall.masa tu memang gelabah giler.cepat2 kuar toilet, capai seluar baju suma then terus turun.sampai je dataran kijat dalam 3 minit lepas tu dah kena lari keliling padang.masa tu pulak aku tengah puasa, ko boleh bayangkan x betapa rasa nak nangis nya masa tu.bila dah hampir 2 pusingan boleh pulak cikgu tu kata "yang puasa buat pe lari.duduk je la rehat". arghh masa tu macam apahal baru cakap.aku dah macam nak pengsan kot.xbuat takut kena marah lak.

baru kena cubit, tarik telinga or diri atas kerusi tu bagi aku xde mende pun.xlegend langsung denda gitu.haihh adik2 kalo dulu2 korang duduk kat sekolah semaian tu confirm korang akan tersenyum sekarang bila ingat balik.pernah dengar denda guling mayat?disebabkan aku xdapat cari contoh gambar so mari aku terangkan.

1. korang kena berkumpul kat dataran kijat atau kawasan lapang.
2. baring la kat dataran tu secara berjemaah atau perseorangan.
3. siap sedia nak berguling.
4. dengar arahan terus guling ramai2 dari hujung sini ke hujung sana tanpa henti.ala askar2 selalu buat.

so kalo dah kena macam tu jangan tanya la kenapa kasut pun boleh tercabut.nampak mudah tapi seksa sangat.selalu sekolah aku budak laki yang kena.budak perempuan pernah kena sekali tapi xsemua la.budak2 kawat rumah sukan yang kena.alhamdulillah la aku xpernah kena.hahahaha

setiap pagi ahad kitaorang kena kawat kaki dari pukul 7.30 sampai la pukul 9 kebiasaan nya.lepas tu baru la makan.xlama mana pun tapi kalo dibandingkan sekolah2 lain, setiap ahad rest all day.tu belum lagi setiap pagi sabtu ngan ahad dalam pukul 6.30 kena dengar tazkirah kat dataran kijat.kalau ada yang xturun memang satu dorm kena denda tapi ketua dorm kena dulu.yang buat aku sedih sebab aku lah ketua dorm nya pun T_T setiap malam sabtu pulak dari pukul 9-10 selalunya ada kelas tajwid atau ceramah.dah dibahagikan pun kelas2 nya.lepas tu ko nak tengok cerekarama ke, basuh kain ke, gosip ke terpulang lah.

Ya Allah betapa aku rindu kan zaman sekolah dulu.rasa macam nak gi masuk balik je kat semaian tu.tapi sekarang sekolah tu dah jadi kolej.bukan sekolah tu je, semua sekolah teknik dah tukar nama.jadi Kolej Vokasional Teluk Intan. status pun bukan sijil dah tapi diploma kau.kemain lagi.


jadi apa relevan nya arahan untuk tidak mendenda anak-anak ni dari kesalahan2 yang mereka buat.lain la kalau diaorang tu jenis rajin belajar, kerja semua siap xpun memang star student.kalo diaorang macam tu aku yakin cikgu pun xnak denda diaorang.lagi cikgu2 sayang ada la.

member-member dan sepupu aku yang bakal cikgu ramai yang takut nak mengajar.diaorang kata bukan lah niat nak mendenda tapi kalau dah segala arahan xmakan dek saman, xkan nak biar je.nanti jentik sikit pun dah kena saman ngan mak bapak.xke pening cikgu2 tu.aku pernah terbaca, kalau mak ayah sayang sangat kat anak2 tu xyah hantar gi sekolah.ko ajar la anak ko tu sendiri.tapi bila suruh gitu xnak pulak, sebab ko sendiri pun xmampu nak ajar anak ko kan.

so bagi aku salah satu penyebab nya selain dari anak2 adalah mak ayah sendiri.kalau mak ayah jenis manjakan anak2 jangan la nak hairan bila anak2 tu mengada-ngada sangat.budak2 zaman dulu mak ayah siap bagi rotan atau inform kat cikgu siap2.kalo anak2 buat hal denda/hukum aje anak tu.janji jangan memudaratkan anak sudah.tengok betapa mak ayah dulu2 faham situasi untuk kaedah mengajar dan diajar.
aku dulu zaman kecik2 mak ayah siap rotan aku guna penyangkut baju, tali pinggang dan rotan.xreti balik waktu senja ayah suruh kayuh basikal keliling rumah sampai azan.sebab xreti2 nak balik.menangis2 aku minta maaf.akak2 aku siap kena campak dalam sungai belakang rumah sebab degil sangat.xde ape pun.jadi je manusia kami semua ni.

bukan semua anak2 ni degil.diaorang pun sayang diri diaorang jugak.cikgu2 pun kadang2 xsemua nya betul tapi most of them memang dah niat nak mengajar bukan menghukum.jadi cuba fahamkan situasi dulu baru kita lemparkan tohmahan atau apa saja.aku sendiri xtau bila aku dah ada anak nanti aku jadi mak ayah yang macam mana.tapi harapnya aku bukan jenis yang salahkan cikgu 100%.mungkin salahnya datang dari aku jugak kan.tapi kalau denda/hukuman yang diberi tu memang melampau buat lah laporan.sebab sekarang ni memang itu yang terjadi.jadi kesimpulan nya selidik dulu apa yang terjadi baru lemparkan pandangan.ok?

ini lagu sekolah teknik aku dulu.


yang ni pulak video budak2 semaian@kolej vokasional teluk intan yang terkini.

p/s : membebel panjang sangat.tapi bagi aku semua denda zaman sekolah ni adalah kenangan terindah bila kita dah tinggalkan zaman sekolah.korang xkan dapat rasa semua tu melainkan zaman sekolah.saya sayang zaman sekolah saya <3

Thursday, February 13, 2014

semoga Allah kurniakan bahagia yang berkekalan buat sahabat2 semua ^^,

assalamualaikum

tahun ni umur aku dah jejak ke angka 24.belum cukup umur 24 lagi, kena tunggu bulan 10 nanti.ahaks kalau sebelum ni aku rasa macam xde mende pun walau umur dah 24 tahun.tapi bila aku tengok ramai kawan-kawan yang start membina rumah dan tangga atau erti kata lain berkahwin, tu sedikit sebanyak buat aku gelisah gak la.

kawan-kawan aku belajar dulu bukan semua sebaya.ada je yang tua dari aku.so kalau diaorang yang dah kahwin aku xheran sangat.tapi ni kawan2 yang sebaya aku ni yang ramai dah kahwin.bukan setakat kahwin anak pun dah dok ada xpun tengah on the way.itu xpe lagi, tapi bila adik-adik junior pun tengah tunggu masa nak bersalin ni apa cer.lagi la aku gelisah + sedih + gugup.

tipu la kalau kata aku xteringin nak ada suami + anak2.itu salah satu impian sebagai seorang wanita lorh.dulu rasa ni xde la membuak sangat.tapi bila dah dikelilingi orang2 yang dah berumah tangga mestilah terasa gak kan.sekarang ni pun salah sorang member opis yang sebaya dengan aku pun tengah menanti kehadiran anak sulung nya.wife dia tengah pregnant sekarang.semoga semuanya sihat2 belaka.

sebelum ni aku pernah cakap dekat KKS "lepas akak aku settle tunang and kahwin mesti mak aku tanya aku pulak ada calon ke x". sekali ambik kau.memang betul mak aku tanya pasal tu. kalau xsalah dalam 3 minggu lepas la.masa tu tengah tengok tv. yang alang dengan mak tengah dok bincang sikit2 pasal hal tunang.sekalinya tetiba mak menyelit cakap " ha dik kamu dah ada calon belum?kalo belum banyak2 doa lepas sembahyang tu.buat sembahyang sunat semua tu minta jodoh".

terkejut sikit la masa mak tanya tu.yelah aku xjangka pulak mak akan tanya secepat tu.tapi jujurnya memang aku xde calon lagi pun.ntah la mungkin aku ni jenis merendah diri sangat kot.sebab aku risau atau takut nak bercinta.ye lah kalo sape kenal aku memang tau la fizikal aku ni yang berbadan besar plus kulit gelap.so aku xberapa nak berani approach orang untuk berkenalan or else. *someone tolong carikan calon* ekekeke

harapnya satu hari nanti Allah pertemukan aku dengan soulmate yang dah ditakdirkan.semuanya atas perancangan Allah kan.Dia yang maha mengetahui segalanya.aku juga nak merasa untuk berbakti sebagai isteri serta ibu Ya Allah.makbulkanlah doaku ini.amin ^_^

terjumpa komen ni dalam salah satu entry blog aku.sahabat dari indonesia >_<
semoga Allah berikan kebahagiaan yang berkekalan dunia serta akhirat buat sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumahtangga.buat yang belum bertemu jodoh juga aku doakan kalian akan bertemu jodoh secepat mungkin.semoga kita semua dirahmati dan diberikan keindahan dalam hidup ini.amin

Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah

assalamualaikum

ini merupakan kali kedua aku join segmen sepanjang berblog.sebelum ni pernah jugak join dari blogger lain.tujuan utama adalah nak tambah kenalan.sebab nya boleh kata sekarang ni zaman alam maya.so ramai yang berkenalan melalui internet je. lagipun bak kata kawan2 aku "cari kawan ramai2 bukan rugi apa pun."

terjumpa segmen ni masa tengah blogwalking semalam.hari ni baru berkesempatan nak create entry ni ^_^
so bagi yang nak join boleh la klik LINK INI . sori la aku xberapa pandai buat klik banner terus ke blog orang tu.huhuhu untuk syarat-syarat semua nya ada kat blog tuan punya segmen tu.hehe

SILA KLIK BLOG INI UNTUK TURUT SERTA

jadinya jangan lupa untuk join segmen ni ok.xde rugi apa-apa pun.cuma menambahkan kenalan kan.walau apa pun salam kenalan sahabat-sahabat semua ^_______^

p/s : bersahabat itu lebih baik dari bermusuh kan.

Wednesday, February 5, 2014

buat report line telefon TM rosak

assalamualaikum

masuk hari ni dah dua kali aku call TM untuk laporkan kerosakan line telefon pejabat ni.tapi jangan salah faham pulak sebab dua2 ni report yang berlainan.dulu pun pernah gak rosak line telefon ni.

KES 1 : bila call out memang xboleh.bunyi dial tone apatah lagi kan.tapi kalau orang luar call in, orang tu dengar je bunyi dial tone padahal kat opis ni sunyi sepi.bunyi telefon untuk line tu haram xde langsung.korang paham dak ayat aku tu?

KES 2 : line telefon memang langsung xboleh guna.call in and out memang xleh.bila call in pun dia dok bebel kata "harap maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi". ha cenggitu la.paham kan.

so berikutan itu aku call la vendor untuk confirmkan masalah.then vendor suruh call pulak TM untuk report.pastu TM kata dah fixed and minta vendor datang baiki.bila vendor dah datang baiki dia kata bukan tepon yang rosak tapi line.dia minta report semua ke TM.adoiyai sabar kan la hati masa tu kan T_T

bila call TM balik aku bagitau la no report aku dulu.dekat 30 minit ada la aku rasa cakap ngan mamat tu.sebab kalo ikut fail diaorang case closed so maknanya benda tu dah baiki.terpaksa buat report lain.xpe aku pasrah je la sebab call free je pun.layankan je soalan2 dia tu.hehehe

untuk kes kedua pun sama.tapi ni mudah sikit sebab robot (suara automatik tu) yang bercakap dengan aku.aku just follow step dia bagi dan ambik no report.nanti TM baiki la.

Step untuk report kerosakan telefon :
1) dail 100 selalunya.tapi kalo guna handphone maybe kena charge kredit la.
2) pilih bahasa.
3) pilih nombor untuk kerosakan.sama ada kerosakan telefon, streamyx dan lain-lain.
4) kalau telefon masukkan no kerosakan.
5) lepas dia sahkan nanti kena masukkan nombor telefon bimbit pulak untuk dia inform pape.
6) lepas settle masukkan semua dia akan bagi no report.make sure salin or ingat nombor report tu.sebab kalau xsettle jugak korang kena bagi nombor report tu untuk diaorang rujuk.
7) kalau dia nampak macam xboleh settle kes tu diaorang akan refer pada customer service untuk lebih detail.
8) so dalam masa 24 jam orang2 TM akan datang baiki.
9) selesai.

sebenarnya aku saje2 google pasal aduan kerosakan dengan TM ni.tapi boleh tahan ramai jugak la yang bengang dengan TM sebab dah 24 jam pun masih xbaiki jugak.aku xboleh komen banyak2 sangat la pasal tu sebab dah dua kes line telefon ofis aku rosak tapi dibaiki dengan kadar segera.

macam hari ni la.aku buat report jam 11 pagi tadi.dapat nombor report semua then dalam jam 3.45 ptg tadi orang TM call menggunakan line yang rosak tu.terkejut jugak la sebenarnya.sebab line tu kan rosak.pastu dia kata dari TM aku pun macam oh ok la.xde la lama sangat tunggu diaorang servis.

so aku xboleh la nak kata yang TM ni xbuat kerja aku xpenuhi janji diaorang.maybe yang selalu problem tu untuk report internet kot.sebab tadi ada gak terbaca pasal splitter bagai untuk internet.TM dah pesan kalau ada problem internet kena make sure yang problem tu memang berkaitan dengan streamyx tu.macam mana nak kata ek.maksudnya korang kena cuba troubleshoot sendiri dulu.sebab TM akan datang bila masalah tu memang betul2 datang dari diaorang.

cumanya aku boleh pesan.pastikan korang ingat nombor report korang,sebab itulah rujukan TM bila korang nak buat aduan semula.so clear x?hehee kalau ada apa2 masalah mohon rujuk dengan TM.huhuhu


p/s : pegawai khidmat pelanggan diaorang jenis cakap laju2.ke memang macam tu.hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...