~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, January 6, 2012

kawan aku cakap "ramai betol orang spesies macam ko ni"

assalamualaikum

"kalo dah keje nanti nak beli kete la.leh gi ronda-ronda ngan member".
aku rasa itu la antara ayat yang kuar dari mulut aku masa aku belum keje dulu.tapi tu semua dulu.sekarang ni aku akan cakap "ala xyah la nak beli kete.membazir je.bukan aku reti bawak pun.lesen tu buat tampal kat dinding je". sebab aku cakap macam tu adalah aku sangat takut nak bawak kete.

aku ada lesen kete dan motor sejak dari tahun 2008 lagi.tapi xpernah sekali pun aku bawak kete tu kuar sendirian.pehh memang penakut.tambah-tambah kalo nak kuar masuk umah aku tu.jalan sempit weh sebab kawasan kampung.aritu aku penah try bawak sampai simpang jalan besar tapi ayah aku ada teman la.masa tu aku rasa macam kete tu nak masuk longkang je.ayah aku pun bebel kata apasal aku bawak ketepi sangat.

lepas pada tu aku ada try bawak kete kat area umah makcik aku.rumah dia tu kawasan kuarters dan xde ramai orang pun duduk.so xde masalah la kan kalo nak try bawak.tapi hampeh masa bawak tu aku leh tersalah tekan pedal.aku nak tekan clutch tapi aku tertekan minyak.hahaha nampak bonar xpandai nya.

kawan aku penah cakap yang "ramai betul orang spesies macam ko ni".maksud dia adalah spesies yang ada lesen kete tapi xreti nak bawak kete.bagi aku xde la ramai sangat spesies macam tu.sebabnya aku tengok skang ni ramai je orang yang berani bawak kete.cuma aku je penakut terlebih.harap badan je besar kan -_-"

tapiiiii kalo suruh aku bawak motor xde masalah.kira dah expert dah kalo merempit nih ^_^ cuma kalo suruh aku baiki motor tu harap diampun je la.aku tau sikit-sikit je.aku pernah tertido atas moto masa nak balik dari seri iskandar ke tapah.nasib baik la kat kawasan kampung.kalo x nanti aku bangun tengok dah ada dalam kubur dah.tu suma bahana xreti nak tido malam la.pagi tu terus gi keje petang terus balik.ha amek kau...

bagi aku sekarang ni motor tu pun dah cukup.ramai kawan aku tanya bila nak beli kete.tapi tu la tunggu la dulu.xde kepentingan lagi kete tu.ag pun mak aku dah offer kalo nak bawak kete pun bawak la kete ayah aku kat umah tu.hehehe sebab tu la alang aku jeles.dia kata "kalo adik siap offer lagi kete ngan motor.kalo alang minx pun xdapat".nampak x kejelesan akak aku kat situ >_<

ok lah pape pun kete ngan motor pun sama je.bersyukur aku ada moto tu supaya dapat aku berulang alik keje.daripada aku kena menapak or naik bas kan.huhuhu.yang penting hati-hati bila memandu okeh.jangan jadi macam aku ni ha.tido masa bawak moto.

p/s : sape baik ati meh ajar aku bawak kete ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...