Monday, September 29, 2014

Nipah Guesthouse Pangkor review

Assalamualaikum

hari jumaat yang lepas bersamaan 26/09/2014 - 28/09/2014 aku dan seorang lagi member pergi holiday dekat pulau pangkor.saje je la nak relax2 kan minda sambil usha view kan. sepanjang dekat pangkor aku stay dekat NIPAH GUESTHOUSE yang berada di kawasan Teluk Nipah.

aku tahu pasal nipah guesthouse ni dari sepupu aku.dok tengok dia punya gambar kat fb tu macam cun je kan tempat tu.pastu aku google pun tengok semua feedback positif.ada la yang negatif tapi xbanyak pun.tapi serius tempat tu memang cantik.

Kalau korang jenis suka tempat yang meriah better korang amik tempat penginapan di area Teluk Nipah.sebab area sini memang ramai dan meriah berbanding Pantai Pasir Bogak.area pantai pasir bogak tu serius xmeriah sangat sebab xramai menjual.aktiviti air dekat area situ pun mahal sikit berbanding dengan Teluk Nipah.dari Nipah guesthouse ni korang kena berjalan dalam 5-8 minit je untuk ke pantai.xde jauh mana pun....sepanjang jalan ke pantai tu semuanya chalet.

so aku email kan ke pihak nipah guesthouse pasal detail tempat tu.then aku confirm kan booking aku pada 27/08/2014.kira2 sebulan sebelum pergi la tu.masa aku book tu pun ada satu je lagi kosong untuk cottage pada tarikh aku nak tu.apa lagi terus book je la kan.hehehe

pasal booking aku rasa semuanya thru email je.tapi jangan risau sebab dia akan reply email korang tu secepat mungkin.macam aku ritu kejap je pun dia dah balas.xsampai satu hari pun.pastu dalam email tu dia akan bagi tau details pasal tempat tu.kalau korang xfaham korang tanya je la kat diaorang nanti.

jadi nya confirm booking aku untuk tarikh 26/09/2014 - 28/09/2014. aku pilih untuk duduk di bilik jenis cottage. harga untuk satu malam pada weekend adalam RM 150 so total untuk 2 hari adalah RM 300.

ni lah rupa cottage nya.sebelah sana yang tinggi tu (kanan) bilik jenis tower

ni cottage yang aku stay.yehaaa
aku bagitau siap2 ek.kalau korang berhajat nak stay sini sila lah booking awal2.sebab biliknya xbanyak pun.satu kawasan tu boleh muat dalam 23 orang je maximum. ada la 4 biji cottage macam gambar atas ni, satu tower yang boleh muat 3-4 orang then ada 1 bilik untuk 6 orang dan 2 bilik untuk 3 orang setiap bilik.

masa mula2 sampai tu aku rasa macam 'eh kecik la.tengok dalam gambar nampak besar je'. tapi tu sekejap je.lepas dah syok tengok view then owner yang peramah terus xrasa bilik kecik.tambah lagi kitaorang stay 2 malam so jadi bese dah.cool je tempat ni.masa aku check in jumaat tu ramai gak la foreigner.bersepah diaorang mandi kat kolam depan cottage ni.sexy ar >_<

tempat ni memang banyak foreigner sebab aku tengok banyak komen kat tripadvisor pun dari foreigner.kat facebook owner pun banyak pic dengan foreigner.kalau korang cari tempat tido yang selesa, bersih, xterlalu sesak dan view cantik boleh la try tempat ni.harga bagi aku xde la mahal sangat.lagipun korang dapat view cantik.nak bergambar memang coolio!

dalam cottage ni disediakan katil queen, penyidai tuala, tv, meja kecil yang bercantum, toilet, towel, tingkat atas (macam loteng), sejadah dan hanger.cuma lampu je aku xberkenan sebab terasa malap duniaku.hahaha oh ye iron pun ada boleh minta dengan owner nipah guesthouse.tapi iron ada satu je la.sharing2 la kan tapi orang pulau pakai gamble je xde iron2.hahaha
aku mention pasal iron ni sebab before aku pergi memang aku pikir iron je.sebab nak iron tudung je pun.padahal xpakai -_-



untuk makluman korang sarapan ada disediakan tapi menggunakan konsep DIY. dia ada sediakan bancuhan pancake, roti, jem, butter, kopi dan teh serta telur dan sosej. so nanti korang sarapan tu pandai2 la masak sendiri.nak buat telur dadar ke, omelette ke, scramble egg ke ikut suka la.tapi sarapan ala2 western la.semua makanan unlimited kecuali telur dan sosej yang terhad untuk 2 pieces per person. lepas makan pandai2 la basuh pinggan ngan cawan sendiri.macam kat umah sendiri tu.

practice make perfect.hahaha pancake yang atas tu first trial, yang ada peanut tu second trial and last one third trial.hahaha makin cantik kan pancake aku :p
kat open kitchen tu jugak ada disediakan kopi, teh dan gula untuk waktu2 selain sarapan sehingga jam 11 malam.so dalam waktu 8 am - 11 pm tu korang bebas nak bancuh air kat situ.lepas pukul 11pm pun boleh gak tapi guna barang2 sendiri.macam aku ritu tengah malam lapaq, so beli megi cup then makan.air panas dan sejuk 24 jam sentiasa on kat open kitchen tu.

ni lah open kitchen nya.ikut suka korang la nak lepak sampai pukul bape.janji xbising sangat.aku suka design dia nampak macam design barat.putih je.huhuhu
owner nipah guesthouse ni jugak sangat peramah dan selalu membantu.kalau korang xtau apa-apa korang tanya je dengan diaorang.insyaAllah diaorang akan tolong semampu boleh.owh ye anak diaorang aila pun sangat peramah.hehehe comel je aila tu.masa aku lepak kat tepi kolam petang jumaat ritu tiba2 dia datang then pegang tangan.tapi sepatah pun dia xcakap.huhuhu so cute la aila. waktu nak check out pun sis alia tolong call kan taxi untuk pick up kitaorang kat depan guesthouse.so dah xpayah nak usung beg gi hentian taxi.yeahh thanks alia

masa malam kedua aku kat sana tiba2 blackout.mr anuar cakap benda ni selalu jadi kalau semua chalet dekat situ penuh.ni isu dengan TNB la kekdahnya.tempat tu ada pakai 3 phase.tapi phase 1 tu selalu blackout.chalet sebelah2 pun sama je kena.cumanya xsemua la.macam tempat aku stay tu area cottage je yang bergelap.tapi xde hal.sis alia dan mr anuar bagi lilin kat kitaorang and kitaorang pun xstay bilik lama malam tu sebab nak makan malam.balik dari dinner semua dah ok.

with cutie aila and her pretty mommy alia. xde gambar mr anuar sebab xnampak bayang dia pun masa check out.huhu
okey la.last but not least aku letak pic view kawasan guesthouse ni untuk waktu siang/senja dan malam.

ni view untuk waktu siang/senja
ini pulak view waktu malam.lampu2 ni dia akan tutup pada lebih kurang jam 10.30 or 11 malam.
so itu je lah story/review untuk nipah guesthouse.bagi aku berbaloi la tinggal dekat sini dengan harga yang dibayar.kalau korang holiday under bajet pun banyak gak chalet area sini.just google je.sila rajinkan diri ok

ini alamat nipah guesthouse.jangan malu jangan segan mohon untuk contact.

Kebersihan : 4.8/5
View : 4.8/5
Service : 4.9/5
Makanan : 4.7/5
Kemudahan : 4.7/5
Recommend to others : 5/5

*kalau korang expect tempat ni macam hotel lupakan.sebab nama pun guesthouse.so jangan nak berangan dapat service or tempat yang sebijik hotel.bagi aku tempat ni just nice sesuai dengan slogan diaorang HOME AWAY FROM HOME.memang aku rasa macam dok kat rumah sepanjang kat situ.

Email Nipah Guesthouse : nipah.guesthouse@gmail.com
Facebook : Nipah Guesthouse
Instagram : Nipah Guesthouse
Contact no/ wassap : 017-5069259
booking or any question prefer by email.

2 comments:

Nur Atiqah said...

thanks awak! review bagus ni..... plan macam nak pegi sini jugak december ni:)

Laura said...

Hallo, glad I found your blog. Thank you for the information. What a beautiful place. Have email the guest house for booking as what you did. Er.. but on payment side, requested to bank in RM 800 deposit. So the guest house memang require full payment for total day of stay kah? [kerana according to the email, it is first paid first confirm basis. fyi saya ambik RM400/ unit family cottage, peak season rate], 2 malam. Kerana considered huge sum, jadi nak tanya advise dari you as you stayed there before. Thanks in advance ya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...