cerita kali ni dah basi sikit la.huhuhu pada 27 - 29 mac 2015 yang lepas aku dan 3 orang lagi kawan gi holiday kat langkawi. sebenarnya holiday plus attend wedding member masa study dulu.diaorang suami isteri belajar satu tempat dengan kitaorang.entry gi langkawi mungkin lewat sikit la aku buat memandangkan sekarang skop kerja aku dah betukar dan membuatkan aku sedikit sibuk.
oklah aku book bilik di AB Motel ni pada 14/01/2015.haaa lama kan aku book.padahal nak gi nya hujung bulan mac.hahaha bukan apa aku ni jenis malas nak book last minit.bila awal hati pun sudah senang.just buat double confirmation je waktu tarikh tu dah dekat.
so aku book untuk bilik yang boleh muat 4 orang dengan harga RM 150/malam. sebenarnya dekat AB Motel ni ada 4 or 5 jenis bilik yang korang boleh book.kalau aku xsalah la.tapi bilik yang aku ambik ni memang dekat sangat dengan pantai.oh untuk pengetahuan korang AB Motel ni terletak di pantai cenang. so bilik kitaorang memang betul2 dekat je ngan pantai.jalan dalam 2,3 minit tu sampai dah la tepi pantai tu.nak kata berbaloi tu mungkin xberapa sangat la tapi just nice.
ruang bilik luas dan selesa dengan dilengkapi tv, tuala, sedikit toiletries (maybe xmemadai) dan hanger. sejadah korang boleh minta dekat kaunter di lobi.aku x cadangkan untuk korang guna towel motel sebagai sejadah sebab lantai dia memang akan berpasir sebab dekat dengan pantai dan juga takut tuala tu xbersih.yelah kitaorang sendiri guna kan tuala motel sebagai alas kaki so korang expect tuala tu bersih ke tidak even dah basuh?
sorry gambar xbanyak.huhu |
pekerja di kaunter lobi ada dalam 3,4 orang.sebab sepanjang aku keluar masuk memang akan melalui kawasan kaunter.tapi bagi aku pekerja dia xbegitu friendly dengan customer.aku xtau la dia bad mood ke or memang perangai dia layan customer macam tu.aku ni punya la senyum alih2 dia tarik senyum plastik je itupun sikit. masa aku minta bantal extra pun dia kata nak hantar ke bilik tapi hampeh langsung xhantar.nak minta semula malam jumaat tu dah xsempat sebab diaorang tutup kaunter dalam pukul 9-10 malam.so esoknya balik je dari wedding member petang tu terus aku minta lagi sekali.kali ni orang lain yang jaga kaunter dan dia bagi jawapan dia akan hantar.aku malas nak gaduh aku terus sound cakap "semalam saya minta dan kata nak hantar ke bilik tapi xhantar pun". minah tu macam bengang gak ngan aku.tapi ada aku kisah, aku customer kan.last2 dia kata "ok saya hantar sekarang". itu pun sekarang dia tu selepas 20 minit.
bagi gegurl yang tertanya-tanya dekat situ ada iron ke x, jawapan nya ada.TAPI.... iron dia dekat lobi.hahaha sila bertabah ye.korang kalo nak iron baju ke tudung ke sila angkut baju dan hanger ke lobi untuk iron.itupun kalo xde orang guna iron dan kalau korang xsegan.sebabnya dekat lobi tu punyalah penuh foreigner duduk melepak.puncanya adalah di situ ke yang ada wifi.huhuhu kalau orang malaysia xde nya nak lepak situ.sebab masing2 dah ada wifi.untuk pengetahuan korang jugak dekat AB Motel ni memang ramai sangat pelancong asing.so jangan dok heran sangat kalau nampak diaorang bersepah kat situ.
tempat iron |
gambar yang ada van tu adalah kawasan parking AB Motel.sangat limited.yang ada viva putih tu pulak kawasan tepi jalan. |
dekat anak panah tu la kawasan bilik roadside. |
ok lah itu je kot yang aku nak share dengan korang.ni je la sedikit sebanyak review dari aku.tapi kalau korang jenis suka prepare yang the best tu korang boleh je google bilik2 di sekitar pantai cenang ni.bersepah motel/hotel dekat sini.xde masalah punyalah.so selebihnya layan je la gambar2 motel yang aku duduk ni.
nampak x laut tu?huhu ni view dari depan bilik aku |
Contact no AB Motel:
p/s : harapnya review aku ni membantu sedikit sebanyak untuk korang dapatkan maklumat
5 comments:
Terima kasih sgt membantu 👍
Terbaik
Terima kasih....info yg berguna
Terima kasih....info yg berguna
Tq info berguna. Lebih2 lagi pasal parking tu.tq tq tq
Post a Comment