Friday, October 28, 2011

misi shafiq @ cik ponggah =)

assalamualaikum

bersiap sedia!!!
kenalpasti mangsa ^_^
say HI to si mangsa (>_<)
cuba bertegur sapa dan berbual mesra ngan si mangsa
tidak dilayan!!!give up je la
mangsa keadaan yang tegar
akhirnya menangis sebab xdapat masuk umah \(^_^)/

p/s : shafiq adalah peminat setia sang kuceng.di gomolnya kucing tu macam anak patung (-___-")

Monday, October 24, 2011

jangan biarkan dia menangis

assalamualaikum

"mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?"
"sudah tentu wahai Rasulullah"
baginda menjelaskan : syirik kepada ALLAH, derhaka kepada ibu bapa, dan sumpah yang palsu.

kredit untuk page hafizfirdaus.com

zaman sekarang ni isu derhaka bukan la sesuatu yang pelik pun. terlampau banyak kes yang melibatkan ibu bapa dan anak-anak. si anak sanggup menikam ibu bapanya, sanggup memukul semata untuk duit, sanggup memaki hamun semata kerana xdipedulikan kehendaknya. and most of it adalah mengenai harta. xde apa yang nak dipelikkan bila semakin ramai warga yang bergelar ibu bapa memenuhi rumah-rumah kebajikan walau masih ada anak-anak yang sewajibnya menjaga mereka.

yes!! hati sangat tersentuh bila melihat ada air jernih yang mengalir di tubir mata mereka tika aidilfitri menjelma, tika si ibu dan ayah lain diulit bahagia bersama anak-anak mereka. rasanya memang xterlintas di benak fikiran kudus mereka akan pengakhiran hidup di rumah kebajikan. suatu tika dulu di benak mereka hanya memikirkan  "akan ku asuh dia menjadi insan yang berguna, semoga dia akan menjaga kami di hari-hari tua kami nanti. semoga dia akan berterusan mengingati Mu Ya Rabbi"

agaknya apa yang ada di fikiran anak-anak masa tu ye yang sanggup biarkan si ibu dan ayah menangis disebabkan kita sendiri. yup aku xnafikan aku pernah nampak mak aku menangis. waktu tu mak kena sakit demam chikungunya. masa tu mak dah rasa sakit sangat sampaikan nak naik tangga pun sampai mengensot. then satu masa mak xtahan sangat, mak baring kat bilik belakang. dan masa tu la aku nampak mak menangis. terlampau hiba rasanya waktu tu dan si ayah berusaha memujuk si emak supaya bersabar.

aku bukan seorang yang pandai mengekspresikan kasih sayang. aku xpandai nak tunjukkan kasih sayang even aku tau aku sayang sangat-sangat kat mereka. mungkin juga ada ego disebalik semua tu, tapi persoalan nya kenapa harus ego?kan. 

"seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai"

sekali lagi kredit untuk page  hafizfirdaus.com

mungkin ramai anak-anak akan kata "eyh mak ngan ayah aku xpernah nangis sebab aku. diaorang selalu ceria and gembira je". tapi hakikatnya korang tau ke waktu-waktu dibelakang korang apa yang diaorang fikirkan. mungkin waktu anak-anak ada dia xnak tunjuk kesedihan tu even dia rasa disakiti sangat-sangat oleh si anak. tika itu rasanya hanyalah hati mereka yang menangis mengenangkan semuanya. tapi setelah anak-anak hilang dari pandangan mata mungkin terbit air jernih dari pelupuk mata mereka.

syukur alhamdulillah pada anak-anak yang mementingkan ibu bapa daripada kawan-kawan. walau kadang kala kawan-kawan itu yang banyak membantu tapi ingatlah jika kita hilang ibu atau ayah yang melahirkan kita, di mana agaknya hendak dicari ganti. xdo dah jual kat pasar malam tu. kat jualan lelong pun xdo. nak kejut balik suruh bangun dari kubur tu, ha memang gilo dah tu ha.

semoga anak-anak akan sentiasa memberi yang terbaik untuk ibu bapa mereka. walau sesibuk mana pun kita luangkan la sikit masa untuk kebahagiaan mereka. at least bila mereka gembira, pasti mereka akan mendoakan kita. dan ketahuilah bahawa doa mereka memang akan dimakbulkan. semoga masih ramai anak-anak yang diberi kesedaran untuk terus menyayangi ibu bapa mereka hingga akhir hayat.AMIN

my luvly mak and ayah ^_^
bersama adik beradik dan biras =)
p/s : tetibo nak emosi lak.hahaha

Wednesday, October 19, 2011

Monday, October 17, 2011

Blogger #2

assalamualaikum

perhatian : entry ini banyak ayat tunggang terbalik dan mungkin bosan.tapi ada aku kesah ^_^

arini nak story pasal sorang ag blogger..menggunakan perkataan bicara lensa sebagai permulaan blog dia. word tu memang sangat sesuai ngan akak ni sebab dia sangat kreatif dalam mengambil gambar. pics yang diambil mempunyai 1001 cerita dan gambar tersebut mungkin mampu menceritakan apa yang dirasai oleh blogger ini.

salah satu hasil sentuhan beliau
secara jujurnya aku xberapa tau mengenai akak ni.tapi dari cara penulisan dia, aku dapat agak yang dia seorang yang lemah lembut. dia jugak seorang yang mementingkan keagamaan mungkin juga sensitif. sori kalo salah info ye kak ^_^

akak ni pernah jadi cikgu ganti tak terlatih katanya la. dan ada yang menyangka dia seorang ustazah...agaknya kalo aku jumpa akak ni pun aku ingat dia ustazah. sebab tengok je la cara penulisan dia tu.huhuhu.opss tapi akak ni dah berenti dari jadi cikgu. xyah tanya alasannya sebab akak tu xde bagi tau ^_^

kata akak ni dia sedang baca longgokan novel karya hlovate.ok disini saya ingin mengisytiharkan sila la baca novel tajuk tunas dan aA+bB sebab ia sangatlah best. so teruskan membaca novel untuk lebih feeling2 pehtu bersiap sedia kena marah ngan mak (-_-")

lupa lak nak letak link. aku paling suka karya akak ni untuk tajuk INI dan INI. tapi kalo korang nak usha lebih-lebih kat karya akak ni leh la usha kat LINK INI.

p/s : kak faaeinz sori sebab xminx izin copy gambar.xmau marah2 kite ye peace \(^_^)/

Friday, October 14, 2011

aku kejam!!!

assalamualaikum

sebenarnya nak buat entry ni dari semalam ag.tapi terasa kemalasan berganda-ganda la pulak. so arini gagahkan jugak diri untuk buat entry ni.

ari rabu baru-baru ni aku gi pasar malam area bandar universiti ni.memang kebiasaan aku untuk berbelanja kat situ setiap kali pasar malam. dan memang mata aku sudah biasa disajikan dengan insan-insan yang meminta sedekah. ya xdinafikan mereka memang selalu ada disana untuk meraih sedikit pendapatan.
gambar ehsan incik google
semakin lama semakin ramai golongan mereka disitu. niat aku bukan nak menghina, menunjuk-nunjuk or pape yang korang pikir negatif la. aku juz wonder je. sepanjang aku berjalan-jalan dekat pasar malam tu ada 3-4 orang insan yang kudung kakinya dan hanya berjalan menggunakan skateboard sahaja. ada juga seorang pakcik yang buta matanya, seorang  pakcik yang nampak sihat tubuh badannya tapi membawa bakul gambar kartun appanman sambil minta huluran , seorang pakcik yang kudung tangannya dan seorang makcik yang kurus kering membawa anak kecilnya.

itu belum lagi aku merujuk pada bakul atau tabung yang diletakkan untuk membina rumah anak-anak yatim. juga bersepah disitu. tapi sebagai seorang insan yang kerdil lagi hina jangan la terlalu sombong sangat kan. maka sedikit sebanyak dikongsi bersama mereka juga. untung-untung leh tolong cover dosa-dosa kecik aku ^_^

tapi tetap perasaan ingin tahu tu tetap ada. haruslah kan.sekarang kan macam-macam sindiket ada. bila aku tengok je insan-insan yang kudung kakinya tu, otak aku laju je terfikir "dia orang ni sindiket ke pe.ramai sangat kat sini. ke dia orang ni jadi macam citer kasih alia tu. dipotong kaki nya dan dipaksa untuk meminta sedekah". jahat kan pemikiran aku ni. tapi xboleh dielakkan itula yang aku fikir dari mula aku nampak mereka-mereka tu sampai la aku balik ke rumah.

antara ramai-ramai tu aku respek pada pakcik yang buta tu .sebabnya walaupon dia buta dan meminta sedekah tapi ada juga sedikit usaha dari dia. sambil dia menadah bakul kecil, dia juga letakkan tisu untuk dijual. walaupun harga tisu itu mungkin dalam 30sen or 50 sen tapi atas usaha yang kecil itulah mungkin dapat membantu dia. tidak hanya semata-mata meminta kan.

kalau dekat tapah ada juga pakcik buta tapi bukan insan yang sama. dia cuba menampung hidup dengan menjual penyapu lidi dan barang-barang kraftangan yang dibuat sendiri. salute aku ngan pakcik tu. walau xde orang beli sekalipun tapi usaha dia tu pasti sedikit sebanyak akan di hargai oleh Yang Maha Esa.

selain tu, walau zaman sekarang makin banyak kekejaman dan orang yang bongkak tapi aku bersyukur. sebabnya aku dapat tengok masih ramai lagi rakyat malaysia yang pemurah dan baik hati. alhamdulillah. lebih-lebih lagi ramai anak-anak muda yang masih ada kesedaran untuk membantu golongan susah ini. ibu bapa juga aku lihat mengajar anak-anak kecil mereka untuk bersedekah. haruslah kan bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
juga gambar hiasan dari incik google
cuma satu je persoalan untuk korang-korang yang membaca entry aku ni. apa hukumnya bila aku fikir yang negatif mengenai mereka ek?maksud aku fikiran aku yang mengatakan mereka ni sindiket. dosa tu dah memang betul la kan. cuma in detail please....

p/s : entry aku kali ni agak panjang la plak. damn!!!!

Tuesday, October 11, 2011

blogger #1

assalamualaikum

arini sambil-sambil buat keje aku melayan citer my fair lady. tapi dah masuk petang aku rasa malas dah nak tengok citer tu.mungkin sebab faktor xde orang kat opis aku ni.so aku amik keputusan untuk blogwalking je petang2 ni.

masa bw aku rasa tertarik untuk baca entry latest dari blogger hami asraff.serius aku suka dengan entry yang menceritakan mengenai arwah ayah nya. cara penulisan nya juga menarik perhatian aku untuk terus membaca. sebelum ni aku pernah baca entry mengenai perjalanan terakhir arwah ayah beliau.sungguh bagai dapat rasa kesedihan tika baca entry tu.

tertarik dengan blog beliau sebab sarat dengan ayat-ayat yang bagi aku boleh memberi sedikit keinsafan dan motivasi. juga entry beliau yang banyak memaparkan mengenai kehidupan. aku suka quotes yang dia letakkan dalam tumblr.sangat-sangat menarik.salah satu quotes adalah :

" biarlah orang menyukai anda kerana sikap dan tingkah laku anda.Tidak perlu mencuba untuk menjadi orang lain hanya dek kerana ingin puaskan hati orang lain. Hakikatnya tiada yang akan puas. Puaskan hati sendiri dulu. Itulah yang terutama "

salah satu pic dalam tumblr beliau

nak tengok lebih lanjut klik SINI untuk tumblr beliau
nak cuba baca blog dia klik SINI PLAK

p/s : xjumpa plak gambar untuk ww arini.demn!!

Sunday, October 9, 2011

dapat jugak akhirnya dengan bantuan ayah ^_^

assalamualaikum

arini besday mak aku.tapi macam bese xde mende yang menarik time besday kalo suma akak2 aku xberkumpul sekali.kalo suma ada baru la ada macam makan2 sikit ke or potong kek.dan kebiasaannya sebiji kek tu untuk besday mak aku dan aku.sebabnya besday aku awal sehari je dari mak aku iaitu 8 oktober.huhuhu

aku nak jugak tengok tahap ingatan kawan2 aku terhadap besday aku.so aku telah disable kan tarikh besday aku kat facebook.dan ternyata memang ramai yang xingat. hanya ada 4 orang je kawan-kawan aku yang ingat besday aku iaitu my BFF, marliza and fasha. lepas aku enable kan balik tarikh besday aku tu barula ramai yang wish kat aku. nampak sangat aku ni suka demand.hahaha

tapi dalam pada tu agak sedih gak sebab kawan rapat aku masa teknik xde pun wish kat aku =( sedih tau i. tapi xpe sebab kesedihan tu telah dicover dengan idaman ati aku selama ni.

masa beli topup kat kedai CSL semalam aku try gak la usha handphone jenis CSL yang ada iklan dalam paper tu.sekali aku ternampak lak SAMSUNG GALAXY ACE idaman aku tu.adeh dah kacau bilau dah dalam otak aku ni nak amik yang mana.padahal kalo ikut sumber kewangan hanya mampu untuk CSL je bukan SAMSUNG.

so disebabkan nafsu tamak dalam diri aku pun balik umah sambil pikir strategi. elok je ayah balik dari orang kawen aku terus tanya ayah

aku : ayah nak pinjam rm600 boleh?
ayah : ha??
aku : pinjam rm600 leh x?
ayah : nak buat ape?
aku : nak beli tepon. harga rm799 tapi adik dah ada rm200 so pinjam rm600 je la.gaji bulan depan bayor le.
ayah : beli kat mana?kampar ke?
aku : xla kedai puteri je.aritu tengok kedai lain dah xde.kalo nak kena order
(ayah diam je tapi aku tau ayah bagi ^_^ )


dalam kul 2.45 petang ayah bagi aku rm600.hehehe bergumbira la aku.aku xnak minx kat mak sebab nanti mak mesti bebel.kalo minx ayah xde la bebel banyak sangat macam mak. dapat duit sambung tengok tv citer devil wears prada. last-last aku terpejam depan tv.tambah lak ujan masa tu kan.,alangkah nikmatnya...

pehtu aku dengor ayah dok bising-bising ajak makan sate kat bidor.aku dengan mamai tu pun gi la bersiap. sebelum tu ayah tanya aku

ayah : bila nak beli benda tu dik? (ayat cover dari mak ngan akak aku)
aku : nak beli camne ari ujan.kalo xdah beli dah dari tadi.
ayah : xpela jap ag gi la sekali
aku : yela tapi singgah bank rakyat le nak cucuk duit.
ayah : urmm, xyah la pakai duit ayah je la.
aku  owh.. ok


maka akhirnya dapat la aku henset idaman kalbu kononnya tu.semuanya sebab aritu besday aku.so diberi keistimewaan la kononnya.akak aku bajet tu duit aku.sekali kantoi ngan puteri budak yang keje kedai henpon tu.hampeh betul.pecah lobang je.yang mak tunggu masa je tanya bape harga tepon tu.adeh!!
dapat jugak akhirnya
thanks sangat-sangat pada ayah sebab tolong bagi pinjam duit.nanti gaji adik bayor ek.hahaha...sekarang masa untuk mengodek apa yang ada sebab umah aku ni dapat wifi free.kekeke

p/s : cuba try minx benda yang mahal time besday agak-agak dapat x?

Tuesday, October 4, 2011

dulu-dulu #2

assalamualaikum

kejadah pe la aku ni.tengah-tengah mereka-reka email yang nak hantar pada HQ, leh plak aku buat entry baru. pedulik kan semua tu. yang pasti tetiba aku teringat dulu2 masa zaman study. semuanya sebab status mirul kat fb dia la.orang amik pmr dia pun nak amik gak.hahaha

balik pada tajuk. masa zaman study kat IP dulu memang kelakar. yang aku nak citer ni time exam. ada sorang lect ni nama dia Encik Alang Mad Daud Bin Dawan. dia ajar subjek tanaman buah-buahan ngan sayur-sayuran. kelas ngan dia memang sempoi. sebab sambil-sambil dia ngajar mesti dia ada selitkan dengan kisah-kisah kat IP tu.kitaorang tau pasal 'KAMARIAH' pun dari dia la.

tapi bukan pasal tu aku nak citer sebenarnya.aku nak citer pasal exam.hehee...dia suka bagi tajuk dan soalan bocor kat kitaorang time nak exam. cuma kitaorang sedar atau x je.tapi sape yang rajin jumpa dia tanya macam2 tu dapat la soalan bocor.huhuhu xleh simpan rahsia betul en alang ni

yang bestnya kalo soalan objektif tu wajib no 1 dan soalan last skali tu kena betul. kalo xbetul tu dah memang spesies bangang la tu. sebabnya jawapan untuk no 1 dan last sekali tu memang dah kompem2  A dan D. sebab pe aku kata komppem? sebabnya en alang sendiri bagitau jawapan nya itu stand for his name Alang dan Daud.haaha

memula ko hengat aku nak caye.xde maknanya nak caye sesuka hati je.aku pun buat la jawapan selain dari A untuk no 1 sebab aku rasa itu la jawapannya.sekali hamek ko, bila dapat paper balik tengok-tengok no 1 dah salah.dengan selamba encik alang kata "kan saya dah kata jawapan no 1 tu A, yang last plak D". demn!!terasa rugi giler 2 markah kat situ.huhuhu.
BESTIES MASA ZAMAN IP
pape pun banyak sangat kenangan masa zaman study kat IP dulu.even kitaorang juz amik sijil pertanian je at least banyak sangat pengalaman pahit manis yang kitaorang dapat. dan alhamdulillah dengan sijil tu gak la aku dah dapat keje skang ni.nak masuk 6 bulan dah aku keje \(^_^)/

p/s : rindu dengan geng B103 & B104

jauh dari cinta

assalamualaikum

"Semakin jauh aku berlari, semakin cinta itu menjauh pergi.
Lantas tidak lagi aku mengejar, kerana kau hanya bahagia apabila ku berhenti" 

quotes tu aku amik dari novel JAUH DARI CINTA oleh ADAH HAMIDAH. sebenarnya aku ni jenis yang suka baca novel sampai berminggu-minggu. tapi sejak-sejak akak aku menjual novel second hand ni aku terpaksa menghabiskan sesebuah novel tu dalam masa seminggu je.

so selalunya bila dia kata seminggu tu aku akan dapat habiskan dalam 3 ari je.alamak bangga tetiba.padahal alang aku siap leh baca 2-3 novel dalam sehari. tapi kalo nampak dek mak aku habis la.kuar la ayat-ayat cinta dia. "ha baca la novel tu, xpayah makan xpayah pe.nanti novel tu yang bagi makan.novel tu yang tolong menjawab kat akhirat nanti". hahaha amacam tersirok xdengar ayat mak aku camtu.

alamak lari tajuk.sebenarnya nak story pasal citer ni.sekarang ni aku dah baca sampai muka surat 208 dan mungkin dapat habiskan menjelang esok ^_^ . memula baca rasa macam bese je, tapi sampai satu bab tu tetiba leleh kot.huhuhu....alangkah bahagianya kalau ada orang yang sanggup berkorban seperti Hadif. 

tapi kental betul hati farish aqil tu.walaupun aku xabis baca ag, tapi aku tau dia sayangkan nysa sakinah sebab dia tulis kat layang-layang tu "berjanji dgn sepenuh hati...takkan mencintainya!". bermakna dia berjanji yang dia akan lupakan lily kekasih hati yang dia sayangi dulu. dan aku juga rasa ada something wrong antara aqil dan sara iaitu ex housemate nysa.

adeh aku citer ni mesti korang pening nak baca kan.huhuhu xpe la.meh aku tuliskan sinopsis dia kat sini ek.

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.. 

"duduk berkurung dalam bilik ni kenapa?makan tak..minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"oh..jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macma ni aje!"

namun  Nysa Sakinah tidak terdaya melakukan semua itu. lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL.hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semuanya sedangkan hanya Lily di hatinya. takkan ada wanita lain.

"tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila.abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"abang aqil boleh anggap yang permintaan abang aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebangai adik abang aqil sepanjang hayat Nysa. semua dah cukup jelas."

bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

so tu la dia sedikit sebanyak sinopsis novel ni.kalo nak tau lebih lanjut cari la novel ni kat kedai-kedai ok...bagi aku novel ni boleh tahan la.masuk gak la ngan otak aku ^_^


tandatangan dan sedikit kata-kata dari penulis (>_<)
p/s : sanggup tido lambat semata-mata nak tau story novel ni.sampai bengkak-bengkak mata bila bangun (=_=")

Sunday, October 2, 2011

semakin hampir

assalamualaikum

kalau perkiraan aku xsalah, dalam 4 hari je ag akan tiba hari tu.hurmm tapi ntah la.sekarang ni aku tengah serabut memikirkan benda yang aku xsepatutnya fikir *gaya macam orang bercinta je kan*. harapan aku bila tiba hari tu nanti, satu hari suntuk tu aku juz nak perasaan super happy je.without any problems yang aku kena pikir

kiranya macam hari pelepasan untuk otak aku rehat la.korang bayangkan la sedangkan nak tido pun aku pikir benda macam2 berkenaan life aku.so macam mana nk buat.orang kata time nk tidur tu jangan pikir macam-macam.juz rest je kan =_="

so juz doakan yang terbaik untuk hari itu nanti.tu pun kalo dipanjangkan umur la.hehehe

p/s : semoga semuanya baik-baik saja ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...