~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Thursday, June 27, 2013

cerita sebabak dari mr shafik akmal =p

assalamualaikum

hai kawan-kawan. jom kita berkenalan dengan tam =)
tam sihat?jom sembang-sembang nak?
eh cici la kat sana.apasal dia guling-guling kat tanah tu.
apiq naik atas sikit la tam.xbest la dok sebelah tu.ngehehe
meh kita urut tam ye.tam baring relax je ok!
ala apa lari pulak tam ni.orang nak ajak jadi kawan je =(
tam lari maka apiq pun nak lari jugak la.nak kejar cici pulak.hihihi
- THE END -

Tuesday, June 25, 2013

cara mudah sedekah/derma melalui cimb clicks =)

assalamualaikum

hari tu aku ada terbaca pasal sedekah/derma cara mudah melalui blog fatin liyana di SINI. so dah alang2 FL share info pasal ni aku pun mencuba la kan. tambah pulak hari ni dah gaji so apa salahnya kalau share sikit kan. jadi kat sini aku share kan step by step macam mana nak bersedekah melalui cimb clicks.bank lain aku xpasti la.

STEP 1
langkah pertama dah tentu lah kena bukak website cimb clicks kan. korang boleh klik kat link cimb clicks ini kalau malas nak cari. macam biasa sila login dulu. kalau xde akaun cimb mohon cuba try dengan online banking lain seperti maybank2u dan iRakyat (xpasti ada atau x application utk charity ni). yang ni memang khas untuk akaun cimb dan melalui cimb clicks sahaja ^_^

STEP 2
lepas dah keluar segala login anda tu, pilih column pay dan ambil bahagian bills seperti di dalam gambar.

STEP 3
kemudian akan keluarlah page pay bills seperti di atas.untuk column from tu pilih la akaun anda. lepas tu klik open billers dan pilih bahagian zakat/charities. dia dok kat bawah sekali dalam list tu.

STEP 4
selepas tu dibawah column open billers ada satu lagi column untuk pilih senarai syarikat atau agensi yang boleh anda dermakan. pilih mana-mana sahaja yang anda inginkan. tapi satu pilihan sahaja dibenarkan untuk sekali derma.kalau nak menderma dengan lain2 agensi anda kena ulang step-step tadi semua setelah selesai semua ini. macam untuk bahagian ni aku pilih mercy malaysia.

STEP 5
lebih kurang seminit lepas tu (bergantung pada kelajuan internet) akan keluar satu kotak yang minta anda isi maklumat anda. so isikan la no kad pengenalan, no telefon, jenis derma dan jumlah derma. jenis derma ni adalah bergantung pada apa yang anda pilih pada step 4 tadi. macam aku pilih mercy tadi so dia keluar list bantuan yang dibuat oleh mercy. pilih la mana yang anda mahu.lepas tu tekan submit xsilap aku.

STEP 6
kemudian akan keluar lagi satu kotak untuk isi contact number dan alamat. tapi ni aku xpasti memang ada atau tidak.sebabnya tadi line internet slow so aku buat benda ni dekat 3,4 kali jugak la.tapi sebelum berjaya tu xde pulak dia suruh isi.so ni in case je la ek.dah settle isi klik la submit ye.

STEP 7
selepas tu isikan alamat email anda dan tekan submit =)

STEP 8
nanti akan keluar la maklumat  seperti di atas ni.semak semula betul atau tidak maklumat yang anda masukkan tu. semak nama agensi yang anda pilih dan amaun. kalau amaun tu terlebih dari niat yang kita nak tu kira ok la.tapi kalo kurang itu tidak baik.hehehe kalau kesemuanya betul anda boleh la tekan proceed to payment.

STEP 9
lupa nak snap gambar yang suruh masukkan request tac.tapi tu mesti korang tau kan sebab setiap online banking memang ada benda tu.selepas dah masukkan request tac tu tekan la submit.

STEP 10
setelah selesai anda proceed dan xde masalah apa-apa, maka akan keluar la maklumat seperti di atas yang menunjukkan derma anda tadi berjaya. makanya anda semua telah berjaya melakukan amal jariah.yeayy!!(tepuk tangan)

bagi aku apa salahnya jika menderma sikit dari duit kita kan.xde luak pun kalo derma seringgit dua, xpun RM10 ke RM50 ke. selalu kat pasar-pasar malam mesti ada orang yang xberupaya minta derma.tu pun boleh jugak.tapi yang dekat cimb clicks ni adalah agensi/syarikat.

aku tengok ada juga untuk MAKNA, rumah anak yatim dan lain-lain. so kalau untuk agensi ni kita jarang berpeluang nak menderma. ini lah peluang kita kan.gunakan kemudahan yang ada =) marilah kita beramal jariah, tambahan pulak dah nak dekat puasa ni kan. thanks to FL sebab share maklumat pasal ni.

“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat yang mana tidak ada naungan selain naungan Allah….seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah yang ia rahsiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. [HR. Bukhari dalam Sahih-nya (629), Muslim dalam Sahih-nya (1032)]  - sumber dari sini


Friday, June 7, 2013

umrah mesti ada mahram :(

assalamualaikum

sebenarnya dah lama dah aku tau pasal hal ni. pakcik aku dok bagitau masa dia balik kampung ritu. aku ingatkan benda ni xdiwajibkan lagi. lepas tu tadi terbaca status dari seorang kawan fb aku pasal trip untuk umrah ni. dia tulis kalau wanita yang umur 45 tahun ke bawah kena pergi bersama mahram. maka nya laju-laju la aku gi google.

keputusan nya adalah bermula dari tahun 2013 segala urusan untuk umrah hendaklah dilakukan bersama mahram. jika mahram tiada walaupun segala urusan telah dibuat, potensi untuk tidak mendapat visa adalah tinggi. tapi ini hanyalah untuk wanita yang berumur 45 tahun ke bawah. jika mereka berumur 45 tahun ke atas mereka boleh menggunakan ' tumpang mahram'. maklumat pasal ini dah dikeluarkan oleh Dato Seri Jamil Khir Baharom. boleh lihat artikel nya di SINI

lepas tu aku google pulak senarai mahram yang boleh ikut serta. maklum je lah aku ni bukan pandai sangat bab-bab ni. yang aku tau mahram ni ada ramai jugak tapi yang aku tau sikit je. so bila google maka keluar lah senarai seperti di bawah.


selain dari tu aku ada jugak baca pasal maksud mahram dan huraian lanjut mengenai mahram ni. rasanya info dari blog tu memang berbaloi sangat. jelas penjelasan yang dia bagi. boleh tengok dekat syahirul.com dan juga fiqh-sunnah. so boleh lah kawan-kawan dapatkan sedikit info dari blog mereka. kalau masih kurang jelas boleh lah berjumpa dengan pakar seperti ustaz dan ustazah.

jadi di sini aku nak bagitau kekecewaan aku jugak la. sebab nya adik beradik aku semua nya perempuan. kalau kata satu hari nanti aku nak pergi umrah aku kena cari mahram kan. nak bawak ayah pun dia xberapa nak sihat. nak bawak atok memang xde dah la. dua-dua atok aku dah xde. kalau anak sedara lagi la xboleh sebab dia baru 4 tahun je tahun 2013 ni. kalau suami pun sekarang mana ada lagi. sebab calon pun belum ada =p

tapi nampaknya cara terdekat adalah suami. adakah ini bermakna aku kena kahwin cepat-cepat.muahaha. ok stop!kalau nak ajak pakcik pun masing2 dah ada family dan aku ni jenis segan sikit. tapi maybe next time boleh kot kawtim ngan pakcik aku. kena jugak la kawtim ngan diaorang.

eh tapi kan aku rasa cara paling mudah adalah pergi dengan suami. haih, kena cari suami cepat-cepat la jawabnya ni. duhai suami....dimana dikau segeralah bertemu denganku.eceh pang sekali baru tau.hahaha
anyway aku rasa semua orang ada simpan harapan nak jejak kaki ke mekah kan. memang xsemua mampu tapi niat tu mesti ada jugak.

macam aku ni ha duit gaji bulan-bulan dapat.tapi menyimpan sikit2 je. aritu ingat duit jual vco tu nak kumpul buat gi umrah tapi aku guna dulu untuk masuk korban tahun lepas. xpe la korban tu pun salah satu yang dituntut kan. untuk umrah ni aku akan cuba maintain simpan duit semula. semoga harapan dan niat kita semua untuk mengerjakan umrah dan haji akan tercapai.amin

p/s : bakal suami!jom gi umrah. kalau pakej termasuk dalam hantaran lagi ok =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...