~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 29, 2012

bercuti~~~~~~

assalamualaikum

pagi ni last aku kerja untuk bulan jun ni.hehhee....minggu depan aku cuti seminggu sebab nak cuti-cuti malaysia kat sabah.so maybe xdapat nak update blog ni.

order untuk vco ngan collagen last pada 02/07/12 dan akan disambung semula pada 09/07/12. al maklumla xkan aku nak pos dari sabah lak kan...memang aku cas lebih la plak kang.hahaha...

so setakat ni boleh lagi kalo nak order sehingga isnin nanti ye ^_^


p/s : doakan perjalanan kami selamat

Monday, June 25, 2012

" saya sudi jika itu yang kau inginkan " INSYAALLAH

assalamualaikum


terkesan jugak sedikit sebanyak dengan butir-butir ayat di gambar tu. gambar ni aku dapat dari page lukisan dakwah islam. banyak juga pic dakwah yang ada dekat page tu. lukisan nya pun comel- comel je.semoga page tersebut semakin mendapat sambutan ^_^

Sunday, June 17, 2012

sakit kepala bila terlalu banyak menangis

assalamualaikum

mesti ramai yang pernah alami sakit kepala bila menangis terlalu lama atau terlalu banyak. aku pun pernah jadi macam tu.selalu bila aku terbayang sesuatu yang xpernah terjadi pun kat aku sebenarnya mesti aku menangis sampai bengkak2 mata.padahal xde mende pun....masa tu memang sakit kepala sangat2.

so aku terus masuk toilet dan basuh muka then gi minum air.tapi percaya atau tak, sakit kepala tu xhilang pun sebenarnya.sampai kan nak pejam mata pun kemain payah lagi.dok asyik la sakit kepala.tu la gatai lagi dok feeling sampai nangis beriya.aiyakkk

tapi kat sini aku xde la nak explain pasal pe boleh jadi sakit kepala tu.sila2 la rajinkan diri google ye kawan2.kat sini aku just nak bagi perbezaan antara menangis kerana dunia vs menangis kerana Allah. kalo diikutkan kenapa la kita ni menangis untuk dunia terlampau banyak berbanding kita menangis kerana Allah atau kerana akhirat. maksud akhirat di sini adalah amalan2 yang kita lakukan dan keakraban kita dengan Pencipta kita.


dulu2 masa aku agak kurang ilmu mengenai Islam, aku selalu habiskan air mata dengan duniawi.tapi bila aku topup sikit sebanyak ilmu mengenai indahnya Islam dan apa yang aku lakukan sepanjang aku hidup di dunia ni, aku mula ada sedikit kesedaran. dengan sedikit kesedaran tu lah sometimes aku rasa menyesal dengan apa yang aku dah lakukan.


jadi masa tu aku menangis memang sungguh2 sebab takutkan azab dari Allah. bila aku terfikir je mengenai kiamat dan akhirat secara automatiknya aku akan jadi sangat takut. terlampau takut sampai aku rasa macam aku nak ada kawan sangat2 time tu.

lepas je menangis sebab takut dan menyesal atas apa yang aku lakukan tu, ajaibnya ...... xde langsung sakit kepala sebagaimana aku sakit kepala masa menangis sebab dunia.see! ajaib kan...tapi bila difikirkan balik, Allah itu Maha Berkuasa.dia yang menjadikan kita sakit or tak.

lepas dari tu aku sedar buat apa la aku menangis pasal hal yang bukan2 yang buat aku sakit kepala.lebih baik aku menangis kerana Nya yang lebih membawa manfaat dan kebaikan buat kita.

jadi renung2 kan dan berfikir sejenak.mana satu yang lebih baik. dunia atau akhirat, orang yang kita cintai atau Allah =)

p/s : sejak akhir2 ni aku selalu sakit kepala.tapi mana de nangis.sebab pe ek?

Wednesday, June 13, 2012

Segmen : Mari Berhijab

assalamualaikum

awok2 boleh join juge.klik kat SINI

orait tadi terbaca kat wall fb pasal segmen by apit.terus bukak new post dan taip entry laju2 dengan harapan ada peluang untuk masuk dalam kalangan 50 terpantas.muahahaha.....comel kot doodle ni maka haruslah aku nak join kan.hehehe

nama : maisarah
warna : purple
tq apit ^_^

nak tag dekat :-

p/s : mari join ramai2.weeee

Sunday, June 10, 2012

sebab-sebab kenapa aku tak bawak/beli kereta lagi

assalamualaikum

selalunya bila orang yang dah keje mesti sibuk nak pakai kereta kan.xpayah kata yang dah keje la.yang tengah study pun dah excited nak pakai kereta.sebabnya kalo ada kereta ni haruslah cool sikit kan.tambahan pulak senang nak merayap ke sana sini.

macam aku ni bukan nya xde keinginan nak beli atau pakai kereta.padahal dah setahun dah aku kerja and rasanya kalo nak beli kereta tu ok la kot.hehehe mak aku pun sebenarnya dah selalu sangat bebel kat aku.dia asyik dok suruh aku bawak kereta.

untuk makluman aku dah ada lesen kereta dan motor sejak dari lepas spm lagi iaitu start dari tahun 2008.tapi bawak kat jalan besar nya haram xpernah.aku rasa masa test ngan JPJ tu je la last aku bawak kete kat jalan besar.tapi kalo suruh aku bawak motorsikal semuanya beres.xde hal punya la sebab dari aku praktikal kat penang lagi aku dah bawak motor.masa keje dekat teluk intan dan sekarang di seri iskandar pun aku still bawak motor je.

okey lah.antara sebab-sebab aku xnak bawak/ beli kereta adalah :-

  1. aku takut nak bawak kereta!
  2. dah lama xbawak kereta.aritu aku boleh tertukar antara pedal minyak ngan clucth -_-"
  3. bawak kereta xboleh nak menyelit kalo jalan jem dan kalo kat traffic light.
  4. minyak kete mahal.kalo motor aku skang ni full tank pun baru RM5.
  5. nak servis kereta pun mahal gak beratus-ratus.kalo motor service sikit2 je.
  6. aku suka merayap kalo aku bosan walaupun kat seri iskandar ni selalunya aku lepak tesco yang kecik tu je.so bila dah rajin merayap and naik kereta pulak dah tentu la minyak pun banyak digunakan.
  7. aku kadang2 kalo dah bosan memang tiap2 minggu aku balik kampung.lagi la membazir minyak kereta nanti.naik motor bila2 masa pun leh cabut.
  8. kalau naik motor xpayah nak selalu2 pikir pasal enjin ke, air ke, bateri or air cond bagai.
  9. xpayah susah2 nak cari parking untuk park motor bila aku dok gi memana =)
  10. sebab lastnya adalah kereta sekarang mahalllll.hahaha boleh diterima xalasan tu

tapi tu semua sebab yang sementara je.xlama lagi insyaAllah aku pakai kereta gak.tambah pulak aku nak bergerak serius dalam bisnes catalyst yang aku tengah buat sekarang ni.so bila dah ada kereta nanti senang la aku nak ke event2 catalyst dan juga nak berjalan2 kan,muahaha oklah adios amigos ^_^

p/s : sape nak sponsor aku kereta?muahaha

Friday, June 1, 2012

teambuilding : d'ambang resort pekan pahang

assalamualaikum

24/05/2012 - khamis
12.00am - kitaorang gerak ke pekan pahang dengan 2 biji hilux bersamaan dengan 8orang staf.hilux dibawak bergilir-gilir oleh dua orang staf lelaki yang gagah perkasa di setiap hilux.berhenti sekejap di beberapa hentian sebab nak gi toilet dan isi minyak.

25/05/2012 - jumaat
6.00pagi - sampai di rumah akak opis kat keratong 6 kalo xsilap.siap2 solat semua then terus membongkang. semua pakat top up balik tido.aku pun dok amik enset terus matikan semua alarm.muahaha pukul 9.30 gitu sorang2 bangun dan start mandi serta bersiap.settle makan sarapan + lunch sampai kembung perut kitaorang terus gerak ke pekan pahang.masa tu lebih kurang pukul 12 tengahari.

1.30ptg - sampai di kampung mambang dan terus menuju ke d'ambang resort.masa tu ada 4 bijik hilux mpob berderet kat belakang kitaorang.semua menuju ke tempat yang sama. gi daftar nama semua then masuk bilik.ingatkan xsempat nak rest sebab aktiviti start pukul 2ptg.rupanya nasib kami baik sebab konsultan sesat jalan dan sampai lambat.maka aktiviti kami bermula pada jam 4.30 ptg.sakan jugak la tidur.hehe

view dari D'ambang resort
kitaorang tido di bilik yang untuk 4 orang punya
4.30ptg - diperkenalkan dengan konsultan untuk teambuilding kali ni.buat aktiviti sikit dan mula membentuk kumpulan. aktiviti pertama adalah permainan war cry iaitu kata2 sorakan untuk kumpulan.

ahli kumpulan aku 'YOU'
6.30ptg - makan malam dan rest sementara menunggu aktiviti malam.

8.30malam - dengar taklimat sikit pasal aktiviti malam ni and start gerak ke belakang dewan makan untuk main game bola api.terbaek!!!first time main bola api ni.diperbuat daripada buah kelapa dan kemudian dinyalakan api.xde la panas sangat.tapi yang pasti game tu memang best sampaikan kasut aku bertukar warna dan terbakar.budak laki lagi la sakan siap dah terlentang bagai dok sepak kelapa tu.syiok!!

maaf kualiti gambar kurang jelas.tunggu gambar dari urusetia je la.haha
10.30malam - penutup game bola api dan dihadiahkan dengan percikan bunga api oleh komander muhsin.seriously sangat cantik bunga api tu, rasa teruja gak la ^_^

hadiah dari tuan muhsin :)
26/05/2012 - sabtu
7.00pagi -  dimulakan dengan senaman yang agak menarik.walaupun agak payah senaman tu tapi best sebab boleh rasa otot2 semua meregang.

8.45pagi - start berkumpul untuk mulakan aktiviti outdoor.mula2 dengar taklimat dari brother2 d'ambang resort.kemudian gerak dalam kumpulan dan teruskan aktiviti jungle trekking.aku bernasib baik sebab trekking nya adalah jalan yang landai.kalo berbukit kompem aku surrender macam yang aku buat di separuh perjalanan ke gunung jerai dulu. (maaf xde gambar sebab nak masuk air kan)

9.45pagi - lebih kurang la waktu tu, kitaorang buat aktiviti water confident.agak seronok jugak sebab aku dah lama xmandi sungai.tambah pulak aku berada kat sungai pahang masa tu.sungai yang terbesar dan terpanjang di malaysia kot. pakai life jacket dan buat beberapa barisan.kemudian pegang tangan kawan2 sebelah dan berhanyut ke hadapan.syiok wooo. tapi yang xbest masa nak naik ke tebing untuk teruskan aktiviti berakit lak. kasut aku leh pulak tenggelam dalam lumpur tu dan punya la payah nak naik.aku dah la sememangnya besar kan.yang tukang tarik aku pun terus sama jatuh.hehe sorry der

10.45pagi - sampai ke tapak untuk buat rakit.masa memula sampai kemain bising lagi dengan bunyi budak2 perempuan dok jerit sebab pacat gigit.yang heran tu gigit orang lain tapi orang lain yang jerit.padahal pacat tu besar benang je pun.

dengar taklimat dan cara-cara nak buat rakit then dok dalam kumpulan and terus bentuk kan rakit. kumpulan aku agak pantas gak la buat rakit tu.lepas siap semua dengar taklimat pasal mendayung pulak.settle semua terus angkut rakit masuk sungai.team aku yang kedua dilepaskan untuk mula berakit tapi ntah macam mana kitaorang boleh pulak jadi yang first. jarak antara kumpulan aku ngan yang lain2 tu jauh gak la.lenguh kot nak mengayuh rakit tu walaupun air tenang je.agak merah jugak la tangan.

bro yang handle aktiviti ni kata perjalanan antara 45min- satu jam.tapi kitaorang berjaya habiskan dalam masa 30minit.katanya peserta dari MPOB berjaya pecahkan rekod sebab sampai awal. bagi aku, kitaorang sampai awal sebab masing2 dah lenguh nak mendayung dan jugak masing2 dah lapar.muahaha macam2 aksi ada masa berakit tu.tapi yang pasti pengalaman yang xdapat dilupakan.

sampai darat terus bukak balik rakit yang kitaorang buat dan kemas2 kan diri.kasi basuh segala lumpur2 kat badan supaya lebih selesa.then tunggu group lain sampai untuk taklimat sebelum makan.settle semua terus gerak gi makan dan rest sampai pukul 3ptg.

3.00ptg - setiap kumpulan diberikan beberapa keping bentuk.kemudian perlu selesaikan supaya menjadi bentuk segi empat sama.pengajaran yang dapat kat game ni, walaupun bentuk tu kecil jangan diabaikan kerana kadang kala yang kecil tu dapat menyelesaikan masalah.

5.45petang - gi lepak tasik chini sebab situ je tempat yang paling dekat nak dituju.selain tu semua tempat kemain jauh nya.nak ke bank pun payah.adoiyai

kami semua =)
view di tasik chini
sangat suka view ini
9.00malam - dengar taklimat sikit pasal game yang akan dimain.then ketua kumpulan/ wakil dipanggil untuk mendengar arahan. lepas tu ketua kumpulan pun explain dekat anak buah cara2 nak main.setiap kumpulan diberi benang, botol dan pensil.setiap ahli kumpulan haruslah ikat badan mereka dengan benang dan penghujung benang diberi kepada ketua kumpulan. ketua akan ikat penghujung benang setiap orang dengan sebatang pensil dan bentuklah bulatan untuk mula bermain game.letakkan botol kat tengah dan cuba masukkan pensil tanpa botol jatuh.ahli kumpulan xleh pandang botol tu cuma ketua je boleh bagi arahan.

kata konsultan kitaorang mpob sekali lagi berjaya pecah rekod sebab berjaya selesaikan game tu dalam masa 3 minit.dia sendiri pun macam xpercaya je bila tengok 4 minit dah dapat selesai.not bad la.hehe group aku no 2 yang settle game tu.

10.45malam - rest

27/05/2012 - ahad
7.00pagi - senaman sekali lagi.tapi kali ni buat di jalan tar di depan d'ambang resort sebab rumput basah.hehehe masa tu ada brother ni dok tido situ gak ngan family dia.rasanya dia nak gi wedding kot.dia usha je kitaorang buat senaman.macam berminat je ngan senaman kitaorang tu.kalo aku tengok pun berminat sebab santai je pehtu buat ramai2 lak kan :)

9.00pagi - mula dengan sedikit penerangan dan mula bermain game yang diberi nama traffic jam/square. game ni agak pening jugak la.aku nak explain mcm mana pun xtau.hehe tapi syok la gak.sampai akhirnya terkeluar formula penanaman sawit secara 3 segi.sesuai la ngan kitaorang yang dari mpob kan walaupun yang pergi kursus tu xramai daripada TUNAS.

traffic jam/square
group aku kedua last xsilap aku yang settle kan benda ni.hahaha agak slow jugak la nak cari penyelesaian tu.tapi yang bestnya bila dah tau formula tu, laju je kitaorang selesaikan.bila cikgu zaida tukar position kitaorang pun still lagi kitaorang leh settlekan.mudah sebab adanya formula

10.00pagi - main game boneka tungganeka.yang ni pulak untuk menguji tahap idea dan kerjasama kitaorang.memula konsultan letakkan tali yang dibentuk kan bulat yang besar.kemudian semua peserta kursus selama 50 orang hendaklah masuk kedalam bulatan tu.semakin lama semakin bulatan tu dimana dapat dilihat akhir sekali peserta lelaki mengangkat kawan2 ke atas supaya semua dapat berada di dalam lingkungan tali.owh ye kaki xleh jejak bahagian luar dari tali >_<

boneka tungganeka.nampak tali tu....
11.00pagi - ulasan sepanjang program oleh cikgu zaidi dan tuan muhsin dan penyampaian hamper bagi setiap kumpulan. diakhiri dengan penyampaian sijil kepada setiap peserta yang mana sijil diberi secara terbalik kepada peserta.kemudian peserta perlu serahkan kepada rakan2 yang namanya tertulis di sijil itu.

my team
2.00petang - bersiap2 dan bertolak balik.sepanjang perjalanan datang dan balik sangat memenatkan tapi kepuasan juga dapat dirasai hasil daripada kursus yang sangat santai.

kesimpulan :-
- memupuk semangat kerjasama/setiakawan dan perhubungan antara semua peserta tambahan pula di bawah satu agensi.
- berkongsi idea dan buah fikiran supaya mampu menyelesaikan masalah dengan efektif dan efisyen.
- menghormati pandangan orang lain tanpa mengira umur.
- manusia memerlukan bantuan dari luar seperti kawan2 untuk menyelesaikan masalah.jika berseorangan mungkin masalah tidak akan selesai.
- menghadapi cabaran bersama-sama tanpa ada perasaan mementingkan diri sendiri.
- jangan buat sesuatu kerja last minute atau secara kelam kabut kerana pastinya peluang untuk melakukan kesilapan sangat cerah.
- jangan bebankan fikiran dengan benda yang negatif tapi penuhkan dengan cas positif.
- hargai benda yang kecil walau nampak seperti xberguna.

our konsultan
*yang paling aku xleh lupa ada sorang budak ni sentiasa membantu aku masa aktiviti outdoor aritu.thanks sesangat sebab tolong aku.tapi bestnya sebab ramai peserta yang dah lama kerja ngan mpob.kiranya veteran la dan mereka semuanya baik2 serta sempoi dan peramah.selesa je ngan mereka ni

p/s : not bad la D'ambang resort ni :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...