Thursday, December 27, 2012

kesedaran

assalamualaikum

tadi tertengok video ni dekat heliza helmi punya page fb.masa siaran langsung ni aku tgk sekejap2 je.so xdpt la tgk bahagian ni.so marilah di share kan ke blog ni supaya ramai2 leh tengok kan.video ni dah buat air mata  aku mengalir di pagi hari.oh mai sedihnya....

cekidaut.pause muzik background blog aku dlu ye


Wednesday, December 19, 2012

selingan mencari keinsafan bahagian 1 tq ^_^

assalamualaikum

let's do it =)
tq
respect!

bersandar hanya padaNya

tolong Ya Tuhan.Amin!


help and support ^_^

insyaAllah



Thursday, December 13, 2012

erk!nak bagi tajuk pe ek?

assalamualaikum

pagi tadi aku dah kasi settle segala keje aku. kecuali yang bahagian filing.ehehehe sebab aku memang malas sangat2 nak buat filing.al kisah...esok sampai isnin aku akan bercuti dari kerja.sebabnya petang esok aku akan gerak ke kangar perlis.

member masa ip dan mpob dah nak kawen so saje2 la pergi nak meriahkan suasana kan.tapi yang sedihnya sebab aku pergi dari perak ni sorang2 je.macam xcaye pun ada.nak kata xpernah gerak sorang2 untuk perjalanan jauh ni pun xjugak.sebab masa study dulu aku sorang2 gak balik dari johor.eh tapi bukan sorang2 naik kete tau, naik bas je.hehe

sambil2 gi wedding member boleh la gak jalan2 perlis kan walaupun belum gaji.kalo ikutkan tengah sengkek gak nih.tapi syukur sebab duit keuntungan dari jual vco tu ada lagi.so xde la masalah sangat pun.just aku harap perjalanan nanti selamat dan tenang je.kalo xsilap aritu aku tengok banyak gak persinggahan bas ni.

so just doakan aku selamat pergi dan balik ye =)


Monday, December 3, 2012

siapakah 'adam' ku ^_^

assalamualaikum

xpasti apa benda yang aku nak sharing hari ni.cuma ikut gerak hati dan gerak jari je.kalo melalaut harap dimaafkan =p

sejak akhir2 ni alhamdulillah DIA beri aku sedikit hidayah mungkin.agaknya siapa yang gerakkan hati aku untuk top up ilmu pasal agama kalau bukan DIA.kannn.....walau belum sempurna tapi mungkin akan dicuba sehingga tetap di hati untuk melakukan nya sesempurna mungkin *off topic*

baru2 ni aku pergi majlis tunang kawan aku.apa yang aku tengok ramai sahabat2 aku dah melangkah setapak lagi ke hadapan.ada yang dah bersatu sebagai suami isteri dan ada yang telah menjadi tunangan.tipu kalau aku kata aku xde keinginan macam diaorang.

masa dari zaman sekolah sampai dah kerja, memang bohong kalau aku xpernah rasa nak jadi macam diaorang.merasa macam mana ada nya couple, macam mana rasanya keluar jalan2, shopping dan makan2 dengan couple.pernah menangis aku memikirkan nya.tapi itu dulu ^___________^

sekarang aku belajar untuk menerima hanya yang ingin menjadikan aku yang halal *cliche kan ayat* tapi nak buat macam mana.itulah hakikatnya.setelah aku tahu yang couple sebelum bernikah itu haram.aku pernah terfikir macam mana nak kenal kalo xcouple. tapi maha kuasa Allah, dia tunjukkan pada aku kebenaran untuk bahagia selepas nikah tu.

terbaca di blog dan di facebook mengenai kisah2 percintaan selepas nikah.seronok tengok mereka bahagia.bukan bahagia yang dibuat-buat tapi realiti.jadi apa mungkin aku nak nafikan lagi percintaan selepas nikah itu tidak menjamin bahagia.

KKS kata doa selalu supaya ditemukan jodoh yang baik. dan itulah yang aku lakukan sekarang. aku doa supaya aku ditemukan dengan 'adam' yang dapat bimbing aku lebih dekat dengan NYA. aku xminta yang terlalu soleh dan alim kerana aku juga bukan solehah.tapi aku pinta supaya aku dijodohkan dengan orang yang dapat membawa aku lebih dekat dengan Allah kerana aku insan lemah yang perlukan bimbingan. aku juga pohon jika memang tertulis aku tidak berpasangan di dunia ini, supaya Allah ajarkan aku redha.sesungguhnya DIA yang maha mengetahui.

lately aku suka tulis status jiwa-jiwa dekat twitter sebabnya xramai kawan2 yang kenal aku di twitter tu.aku bebas nak luahkan ape saje.selain dari retweet la kan.hihi.xtau la...bila umur dah cecah 22 ni naluri untuk berpasangan tu terlalu kuat.apatah lagi bila tengok kawan2 tu ada yang dah jadi parents dh pun.membuak2 okeh

kata KKS lagi, aku bertuah sebab aku xpernah melepaskan cinta aku pada sesiapa.kalau cinta yang tepuk sebelah tangan yang mana cinta bukan sepenuh hati tu x dikira la kan.kiranya suami aku nanti akan dapat cinta pertama dari aku dan insyaAllah yang terakhir.sebab kata KKS :

"lepas kecewa kerana cinta dia terfikir.dia nak serahkan cinta pertamanya kepada sang suami.tapi apakan daya cinta pertama nya telah diberi kepada orang lain yang xberhak"

alhamdulillah!sebenarnya dah lama KKS bagitau aku pasal benda ni.aku sendiri xpasti dia ingat atau x.tapi sedikit sebanyak aku ambil kata2 dia tu untuk kekuatan aku.benar!aku bertuah kerana aku masih ada cinta pertama tu.cinta yang xpernah dilepaskan untuk sesiapa cuma untuk Allah swt.

alamak terlebih jiwang la pulak entry nih.haha kan dah kata mesti aku melalut punya.sakan!!xpe lah aku harapkan kita semua mencari cinta yang halal yang membawa kepada bahagia kita.sandarkan hanya pada ALLAH dan bukan pada manusia.yes! saya sedang belajar untuk lebih dekat dengan Pencipta ku.

Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang.hanya kepadaMu aku memohon.jauhkan kami dari mendekati yang haram dan jauhkan kami dari sentiasa melakukan perkara yang tidak baik.
Ya Allah jika ditakdirkan aku bertemu jodoh (suami) di dunia ini, jadikanlah suami aku itu seorang insan yang dekat denganMu. seorang suami  yang akan membimbing zaujahnya lebih dekat kepadaMu dan seorang suami yang berhasrat untuk sentiasa kekal bersama hingga ke syurga.
aku juga mohon Ya Allah, kurniakan aku seorang suami yang akan menegur aku ketika aku silap, yang akan menasihati aku ketika aku leka, yang akan menjadi sahabat ku ketika aku memerlukan dan yang akan menjadi imam untuk solat ku dan anak2 ku.insyaAllah amin. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...