~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Monday, April 30, 2012

bila astro bagi free channel

assalamualaikum

ari jumaat lepas aku merajinkan diri merempit balik kampung.niat asal malas nak balik sebab dah tiap-tiap minggu aku balik.sekali astro bagi free lak kan channel2 dia.hehe...balik tu orang lain xdapek nak tengok tv dah.muka aku je.akak aku nak tengok bunga-bunga syurga pun aku bagi tengok kejap je.masa iklan aku tukar.

aku dok layan cerita sergeant tabloid kat channel AOD iaitu 901-907.sakan giler aku tengok dari episod 1-21...setiap episod tu bersiaran selama 42minit.time tengok tu memang dah xde buat pe dah.nak gi toilet pun tertangguh-tangguh,.haha

yang belakang tu adalah polis2 wanita
punya la nak abiskan tengok nya pasal.owh ye untuk pengetahuan aku memang hantu citer dari hong kong atau dikenali sebagai TVB.tambah2 kalo citer pasal polis,forensic or doctor.hehe.citer tu pasal polis wanita yang berhadapan dengan situasi di waktu keje dia.

watak utama..A1 dan Lui Fei Hap
aku suka giler ngan watak madam kiu tu.muka dia macam ada iras seorang lagi pelakon TVB tapi citer lain la.madam kiu sangat comel okeh.pakwe dia si putra pun ensem.hehe.memula watak dia tu dah tunjuk dia ni jenis sombong.tapi dah lama2 ok la.

madam kiu
yang aku dapat dari madam kiu ni adalah kalo kita jadi orang atasan atau bos ke pastikan kita memahami keadaan orang bawahan kita.jangan nak main amik je tindakan.macam madam kiu, dia tukar kan orang bawahan dia ke unit lain lepas orang tu buat kesalahan.orang nampak dia kejam.tapi sebenarnya orang yang ditukarkan tu keje lagi better di unit yang ditukarkan.

ex pakwe lui fei hap yang menyamar jadi pengedar dadah.padahal dia polis juge
so apa lagi....sementara astro bagi free ni tengok le sampai lebam.kat umah sewa aku ni xde astro.tapi petang rabu ni aku balik.hehe.so boleh sambung tengok tv.muahaha.aku nak layan box office ngan kartun lak.hehe.owh astro pelangi juge ^_^

owh sape nak beli vco softgel and oil boleh la ye.aku baru restock je vco softgel ngan vco oil....cuma tunggu barang sampai je.produk lain pun leh gak nak beli tapi tu pre order la.aku juz mulakan dengan vco softgel and pure oil je ^_^


so kalau berhajat nak beli vco softgel or liquid oil leh la contact aku :
0175748664 - maisarah
adek_sarah810@yahoo.com.my
[nak lagi cepat mesej or call je]
or pm je kat facebook aku.hehe
kalo yang tinggal area seri iskandar or tapah boleh amik by hand ngan aku ^_^


p/s : citer dari TVB best!!

Wednesday, April 18, 2012

[LAGU 8] - doa dhuha

assalamualaikum

tadi aku dok tengok kat wall fb aku ada KKS post video doa dhuha by UNIC.so aku try la dengar and aku nak kata yang "KKS aku suka gak lagu tu".hahaha...dia kata dia suka lagu tu,so bila dah dengar memang best pun.

part yang dalam bahasa melayu tu sangat best.suka je aku dengar....kalo dihayati makna ayat tu mesti touching sangat.so xyah cakap banyak.lets cekidaut.aku letak dua video.satu video yang ada tunjuk ayat quran dan satu lagi ada lirik melayu.tapi dua-dua nya sama je.

so jangan lupa pause dulu lagu background muzik blog aku ye :)





LIRIK :

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

p/s : jom sama2 share :)

Sunday, April 8, 2012

[urgent] siapa ada details trip to kota kinabalu sabah?

assalamualaikum

hye kawan2.hehe.nak mintak tolong nih.sesiapa yang ada details pasal kota kinabalu.maksud aku mana tempat sewa kete yang murah, homestay yang murah, tempat-tempat menarik dan bayaran untuk masuk tempat-tempat tu semua.

aku ngan along aku dok gigih men survey suma tu.tapi aku xdapat banyak info pun masa menggoggle pasal kota kinabalu ni.hehe.kitaorg gi 4 Julai sampai 7 Julai ni.so nak kena la rancang perjalanan kan.nanti xde la terbuang banyak masa.

semua family aku gi which is seramai 8 orang.haha.ada ke patut akak aku nak sewa avanza.aku risau kot xmuat je.al maklum lah kitaorang ni saiz semuanya besar2.hehe.bajet pun xleh nak ditarget lagi sebab xtau banyak sangat kan.

setakat ni aku ngan akak aku plan nak sewa homestay dengan harga rm160 untuk suite hijau di sri intan putatan. tapi aku xtau la masih ada kosong or tak.kot2 korang ada homestay yang lagi murah dari tu and ok korang inform aku ok.

so pada sesiapa yang ada info pasal semua-semua yang aku nak tu plez tinggalkan komen or link ok.kalo kot-kot ada tokey kete sewa ngan homestay ke, best gak.hehe.leh adjust harga. bantuan korag semua sangat-sanga dihargai ^_^

p/s : jangan aku ada interview time tu sudah  

Thursday, April 5, 2012

tipu ke betul ni?

assalamualaikum

aku konpius sebenarnya ni.pada 10.03.2012 aritu aku singgah coolblog dekat giant teluk intan. macam bese aku order milk tea + choclate yang harganya RM1.80 tu.hehe....so bila dah berpuluh kali aku beli dengan harga RM 1.80 tu, tiba-tiba masa aku beli dekat coolblog giant minah tu charge aku RM2.00 untuk milk tea + choclate.

aku dah pelik dah sebenarnya.sebab harga dekat pamplet tu still tunjuk RM1.80.kalo xsilap aku bila ada dinaikkan harga or pape pun coolblog akan info kat pengguna.macam yang coolblog di tesco seri iskandar ni.dia ada tampalkan memo/info pasal less ice...less sugar dan lain-lain.

so why yang coolblog giant teluk intan tu xde inform pape pun.then aku try la tanya minah tu

aku : apasal harga dia dah jadi RM2.00
minah : yang choclate memang dah naik harga jadi RM2.00 kak.semua sama, dah naik.
aku : yeke.selalu saya beli sama je harga dia RM1.80.
minah : ni harga baru kak.memang dah naik dah.baru je.
aku : owh yeke..... [sambil buat muka pelik]


aku xde la kisah sangat dengan harga yang naik setakat 0.20 sen tu.tapi kalo benda tu betul xpe.tapi kalo xbetul memang xbest la.rasa macam tertipu je.mana la tau kan kot sewa tapak kat giant tu dah naik ke.tapi macam xlogik lak.sebab harga coolblog ni di fixed kan sama untuk semua cawangan.

memula aku bodoh2 gak percaya cakap minah tu.then aku try beli kat tesco seri iskandar.aku tengok sama je dia charge aku RM1.80.then aku beli lak kat tesco kampar.harga yang sama gak dia charge RM2.00.so macam mana yang kat giant tu leh sesat RM2.00. aku nak confirmkan harga punya pasal, sanggup beli milk tea + choclate walaupun dalam hati nak beli oreo.haha

so xkisah la memang naik harga or x.tapi yang pasti benda tu haruslah betul dan bukan nya pelesu.aku kan berjiwa halus sebab tu xreti nak tanya banyak-banyak dan marah-marah.haha ^_^



p/s : belanja aku white coffee please.N G A N T U K!!

Wednesday, April 4, 2012

wordless wednesday #20 : bakat opah ^_^

assalamualaikum



p/s : opah aku ni dia xnampak.tapi elok je dia menjahit bagai.xreti dok diam >_<

Tuesday, April 3, 2012

siapa kata kenal luar dalam baru leh jadi BFF?

assalamualaikum

korang ngan BFF korang macam mana ek?korang kenal luar dalam dulu baru leh jadi BFF ke?hehe...kebanyakkan nya macam tu lah.bila korang kenal diri sahabat karib korang tu mesti korang leh jadi BFF kan.

tapi percaya x?aku ngan BFF aku ni boleh dikatakan xde la kenal totally luar dalam.sebab kalo ko tanya aku apa feveret makanan ngan minuman dia, movie kesukaan dia, fesyen dia suka or lain-lain selalunya aku xtau pun.cuma orang kata sekadar tahu yang basic je.

so elok je kitaorang berkawan sampai sekarang.and we are Kawan Karib Selamanya (KKS). bagi aku kita xperlu nak tahu luar dalam kawan kita tu kalau nak menjadi BFF.janji bila kita nak ber BFF tu kita mesti saling memahami, percaya, saling membantu, saling kerjasama, engar mendengar, saling menasihat dan semua perkara yang positif. jika korang kenal totally what ur BFF are...itu adalah bonus buat korang.

macam aku ngan KKS aku tu, aku tau dia xsuka ayu raudhah dan dia suka almy nadia. aku tau dia suka makan pedas2 tapi aku xtau spesifik feveret makanan pedas dia tu apa. yang pasti aku tau dia suka masak dan cari resepi.sebab tu kejenya dok cari resepi dan masak je.pehtu sekarang ni dia dok mencari cara-cara mencantikkan body dan wajah.hehe.katanya xde keje kat uman.bosan

haha oklah saje je nak merepek.kesimpulannya jangan anggap bila kita dah kenal seseorang tu dengan lebih dekat baru kita boleh buat dia jadi BFF.itu semua adalah bonus sahaja.kita boleh berkawan dengan sesiapa pun asalkan kita tau adab dalam bersahabat ^_^

kami KKS >_<
 p/s : ngantuk giler weh

[LAGU 7] - solat dulu

assalamualaikum

aritu terdengar dekat ikim fm pasal penyanyi iwan dangdut yang dah transform jadi iwan syahman. dia sekarang menyanyikan lagu2 berunsur dakwah. dalam banyak-banyak lagu aku paling suka lagu 'solat dulu'. sebelum ni memang pernah dengar tapi aku xtau sape penyanyi nya.

dalam dok main taip je keysearch nama dia tu mana terjumpa la video-video dari iwan.best weh lagu-lagu dia.memang dakwah punya lagu.meninggalkan kesan jugak la dari lirik-lirik yang dihasilkan.

so apa lagi.jom cekidaut video dari iwan ni.aku ada letak lirik sekali.credit lirik kepada google search.haha [jangan lupa pause lagu background muzik ye]



LIRIK :

Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah

Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah

Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim

(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah

Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut cara Rasulullah

Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim

(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah

Tunggu sebentar solatlah dulu

p/s : change our life now!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...