Tuesday, November 11, 2014

jawatan kosong di lembaga minyak sawit malaysia (mpob)

Assalamualaikum

kalau siapa2 yang rajin menggodek blog aku ni dia tau la aku keje dekat mana kan.so sebagai salah seorang kakitangan yang berdedikasi (tangan di bahu) maka aku kongsikan dekat sini bahawasanya lembaga minyak sawit malaysia (MPOB) ada bukak jawatan kosong.

so bagi korang2 yang berkelayakan dan berminat boleh lah cuba mengisi jawatan kosong tersebut.ada banyak jawatan yang dibuka dan permohonan pun melalui online je.mudah sangat dah xpayah nak pos bagai. bagi yang berminat sila2 lah terjah ke laman web mpob di http://www.mpob.gov.my/

dekat bawah ni aku letakkan senarai jawatan yang dibuka.untuk maklumat lebih lanjut seperti kelayakan jawatan ni mohon bukak website.jangan malas okeh.tarikh permohonan boleh dibuat adalah mulai 11 november 2014 sehingga 25 november 2014.


jadinya sila-sila lah isi.mana tau ada peluang nak dapat kerja ni kan.kot2 boleh dok satu pejabat dengan aku ke.hahhaa tapi kalo pejabat aku ni selalu jawatan pembantu penyelidik la.huhuhu

p/s : sharing is caring :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...