~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, October 22, 2013

pejabat kena pecah masuk.sampai hati perompak tu :'(

assalamualaikum

nak bagitau cerita sedih ni weh.sedih dan terkilan sebenarnya.huwaaaa pada pagi isnin bersamaan 21.10.2013 ketika member sepejabat sampai di pejabat, keadaanya sangat mengejutkan *ewah ayat cantik punya* rupanya ofis kitaorang kena pecah masuk da.xtau la kejadian jadi hari sabtu atau ahad.tapi kitaorang anggarkan hari sabtu sebab masa tu hujan lebat sangat dan xde orang lalu-lalang dekat area pejabat.

masa aku dapat mesej dari member ofis, aku dah bajet aku kena prank ngan diaorang.tapi bila fikir balik, diaorang xpenah buat gurau kasar macam ni. terus aku merempit laju-laju sebab nak sampai ofis cepat. bila sampai je aku tengok one of my officemate dah dok kat tingkat bawah (pejabat aku tingkat atas). aku tanya la mana yang lain.dia kata bebudak ni gi buat report polis.

bila naik tu memang agak terkejut la kan.sebab selama ni aku xpernah sangka yang ofis kitaorang akan dipecah masuk sampai macam tu. walaupun sebenarnya ofis aku ni xde barang berharga tapi risau jugak la.kesan kena punggah tu pun xbanyak sangat berbanding masa pejabat teluk intan kena pecah masuk.

kertas-kertas kat meja aku pun xde bersepah sangat.kira macam dia bawak keluar pastu selak2 gitu je la.bak kata polis tu pencuri ni xberapa profesional sangat.sebab dia aim lappy ngan hard disk je. anggaran pencuri ni dalam 2-3 orang. bila polis datang pun dia xleh nak trace sangat sebab dia pakai sarung tangan. kat pintu tu ada la kesan kain sarung tangan tu kan. well itu benda basic kot kalau nak mencuri.dalam tv dah selalu tunjuk kan.orang pun dah tau.polis kena ada advance tools untuk trace cap jari lepas ni.hehe

keadaan meja yang kena punggah
so keadaan ofis sebenarnya xde la teruk mana.sabor je la.kan xpasal2 je nak ngabis duit. owh lupa nak bagitau barang-barang yang hilang. antara barang yang hilang adalah 1 laptop dan 2 note book serta 3 hard disk dan juga sedikit wang tunai. semuanya milik kawan-kawan aku. lappy dan note book tu milik peribadi ye  kawan-kawan.hard disk je milik company.

so agak terkilan gak la.sebab member-member yang hilang barang tu semua nya ada kerja yang melambak untuk diselesaikan.member-member aku tu dah ada yang nangis, yang menyumpah pun ada jugak.bangang abadi pencuri nih.dia ingat ape, kawan-kawan aku tu beli barang pakai pasir tepi jalan agaknya yang senang-senang pencuri tu nak amik. pencuri tu ingat diaorang je nak pakai duit ke pe.usaha sendiri la woi.jangan nak susahkan orang.

masa polis buat siasatan.kena blur kan sebab procedure.huhu

binawe punya penyamun. ketua unit kitaorang dah buat spekulasi yang ada unsur sabotaj dalam kes ni.sebab bukan setakat di utara sahaja malahan di sarawak dan zon selatan juga ada kes pecah masuk ni.

tapi aku punya kesimpulan budak-budak yang mencuri ni naik motor je sebab tu dia xrembat benda besar-besar.sekarang ni aku bertawakal je la masa kunci pejabat ni.harap-harap xde lagi kes pecah masuk ni berlaku.

disebabkan kes pecah masuk ni, aku jadi xlena tidur. dok berjaga 3,4 pagi pastu dengar bunyi moto.buat aku terbayang macam-macam.risau kalau2 masuk rumah pulak.dalam masa yang sama aku dok risau keadaan ofis nih.takut dia return untuk kali kedua pulak kan.jangan la weh.seram!!

so diharapkan xde lagi la kejadian pecah masuk jadi kat ofis aku ni.usaha la wei kalo nak duit.yang gi pecah masuk ofis orang pastu rembat harta orang lain wat mende.xhalal hidup kau tau x.jangan sampai nanti tangan, kaki ngan anggota2 lain ko tu jadi cacat baru nak tau erti penyesalan.doa-doa orang teraniaya ni cepat makbulnya.moga kalau2 ada terbaca tu minta maaf la kat kitaorang ni.

p/s : ada rasa sedikit trauma. baru la aku tau perasaan akak aku jadi mangsa ragut

Friday, October 18, 2013

demi mak dan ammar aku turutkan.ekekeke

assalamualaikum

petang ni aku busy sikit.bukan busy buat keje.kerja-kerja yang urgent semua aku dah siapkan pagi tadi.dah siap masuk sampul dan dipos kan.hehe aku busy mencari resepi puding kastard jagung. mak request suruh buat puding tu untuk majlis naik buai anak sedara aku esok. dia nak jamu orang marhaban katanya.geng-geng dia jugak la tu.huhu

semuanya gara-gara aku buat puding trifle masa raya hari tu. aku saje-saje je buat nak jamu kawan-kawan akak aku.sebab angah aku buat open house untuk kawan-kawan dia. petang-petang sikit mak pulak makan puding tu.mak kata sedap pastu xde muak sangat. second time aku buat double layer je tanpa kek.sebab malas nak carik.mak kata xberapa sedap.sentap ai tau T_T tapi kejap je sentap sebab memang xberapa sedap pun.muak!

so disebabkan esok nak buat majlis untuk ammar makanya pagi lagi mak dah call tanya macam-macam. makanya mengoogle la aku resepi puding kastard jagung ha. kalo ikutkan memang la senang sesangat nak buat nya.tapi aku ni kalo bab menjamu orang aku xconfident sangat.

kalau mak, dia jenis yang rasa ok, nampak macam sedap pun kira okla. kalo aku ni walau rasa ok tapi kalo xberapa cantik aku segan nak bagi kat orang.haha bila aku usha blog2 yang share resepi tu tadi aku tengok ada yang puding yang jadi cantik terbentuk, ada pulak yang macam hancur-hancur sikit. tu yang buat aku risau terlebih tu.

kalau boleh aku nak puding aku tu jadi cantik licin je pastu terbentuk dan mudah nak potong.baru la orang selera nak makan kan.dan baru la aku confident nak buat lagi lain kali =p

nak yang macam ni.cantik je bentuknya
yang ni ok je.tapi dia macam xterbentuk sangat.huhu
so just wish me luck je la supaya aku dapat buat puding tu jadi sedap, cantik dan menyelerakan *bajet macam susah sangat kan* bukan apa, orang kalo kalo nak jamu tetamu tu biarla nampak ikhlas nya kan.kalo hidangan tu xberapa comel apa pulak orang fikir nanti kan.huhu ok la aku nak siap-siap. kejap lagi nak rempit balik kampung.ahaks bajet macam jauh je kampung aku tu.sejam je pun perjalanan xoxo

p/s : kemalasan berganda-ganda

Wednesday, October 16, 2013

assalamualaikum

kemain lama lagi aku xupdate blog kan.last update hujung bulan 8 masa bos kecik pindah opis.ekekeke ampunkan saya penunggu gua. bukan apa, aku selalu je bukak blog ni tapi aku gi dashboard dan baca blog orang.pastu bila dah tekan new post aku biar dulu and main facebook lak.leka dengan facebook yang diselang seli dengan keje opis ni makanya teruslah lupa nak update blog.bila nak update tengok2 dah waktu balik.maka sign out je la jawabnya =p

alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih. tahun lepas aku join korban guna duit hasil aku berniaga vco, tahun ni aku guna duit bonus yang xhabis lagi. aku punya bahagian korban hari ni baru diaorang buat. tapi aku xbalik pun.raya semalam pun aku ada je berkampung kat rumah sewa. bukan xmau balik tapi aku baru je balik dari kampung pagi isnin.terus je masuk ofis pastu lepak-lepak kat rumah je.nanti jumaat balik kampung balik.xde nak hairan sangat la.sejam je pun dari rumah sewa aku nak ke kampung.hehe

so last week birthday aku.alhamdulillah bilangan angka bertambah tapi usia makin berkurang.sebab orang kata makin kita tua makin kurang sebenarnya usia kita. tapi sedih sikit la sebab orang yang aku tunggu2 untuk wish birthday xde pun wish.hurmm xpe la.mak ngan ayah pun xde wish tp tu xkisah sangat.yang terkilan bila budak tu xwish T_T tidak mengapalah ku redha.muahaha

eh sudah lah dah waktu balik keje.idea nak menaip pun terus hilang.hahaha ngantuk sebenarnya ni.semalam tidur pukul 3 pagi pastu bangun awal pulak.ahaks so till here then xoxo

alolo comelnya :p
p/s : selamat hari raya korban


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...