~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, October 26, 2012

niat telah ditunaikan

assalamualaikum

selamat hari raya aidil adha buat kawan-kawan semua...sape pergi berjemaah buat solat sunat raya tadi.huhuhu best kan bertakbir.sayu je bila dengar orang bertakbir ni.

maksud talbiah yang kita ungkapkan masa hari raya aidiladha ni
 "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu"

tahun ni alhamdulillah aku berhasil menunaikan hajat aku.tahun lepas masa aku tengok orang sembelih tu ada gak aku pasang niat.sebab masa tu aku tau aku akan dapat keje.bese la dah nama pun baru habis study kan.so aku pasang niat untuk join sebahagian dalam korban tahun ni.alhamdulillah rezeki keuntungan dari aku menjual catalyst tu telah membantu aku melaksanakan niat aku ni.

memula aku terlupa pasal niat aku ni.tapi aritu aku terselak balik buku ala2 diary aku dan ternampak la wishlist yang aku buat. alhamdulillah xde la mahal sangat untuk join korban ni.dulu aku ingat satu bahagian tu RM700.memang mencangak gak nak cari.tapi bila mak kata RM400 sebahagian tu kira ok la gak.

terus laju2 bagi mak RM300 dulu sebab xcukup duit. pehtu mak tanya ayah plak.ayah kata RM300 je kalo buat ngan haji tu.kalo masjid RM400.weehuuu Allah permudahkan hajat aku ni.so akhirnya dapat la aku join korban tahun ni.

bila lagi nak join kan kalo bukan waktu dah kerja ni. alang2 ada rezeki jual catalyst ni.walau xbanyak tapi jadi la kan.moga2 dimurahkan rezeki di lain hari. bagi yang dah keje ni boleh je join...kumpul duit sikit pun dah ok. sebulan tu kita saving dalam RM50 pun dah boleh xpun RM20 pun ok gak.sikit2 lama2 jadi la bukit kan.

makanya masa entry ni dipost aku tengah busy memotong daging korban agaknya.hehehe ini schedule post sebenarnya >_< sape2 yang masak sup tulang tu meh la anto kat aku sikit.lama xmakan sup tulang nih.ohmaiii terliur la plak.tapi ingat tau kalo dah makan daging ni beringat sikit.kang xpasal2 kolestrol naik pulak.huhuhu

akhir sekali selamat menyambut hari raya aidiladha.moh kita bertakbir sama2 jom. have a nice day kawan2.jangan lupa untuk mempelajari sesuatu dari pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail ye.Allah itu maha mengetahui =)

comel x i.kikiki
p/s : selamat makan daging.hehe


Friday, October 12, 2012

{LAGU 12] - perjalanan hidup

assalamualaikum

sekarang ni keje aku nak share lagu je.sebabnya aku malas nak menaip panjang2 kan.lagipun aku nak share je lagu2 yang menarik perhatian aku and lagu yang ada makna dalam life kita ni.

okay lah arini nak share lagu dari maesa andika setiawan. tajuk lagu ni adalah perjalanan hidup.dengar nama pun dah tau lagu ni dari indonesia.bukan la nak mengagungkan lagu dari luar tapi bagi aku kalau lagu tu ada makna dan boleh motivate diri so apa salahnya.

oh ye first time aku dengar lagu ni masa baca entry dekat blog HAMI ASRAFF. tanpa segan silu nya terus laju2 aku post status kat fb dia tanya apa tajuk lagu tu.hahaha pedulik kan.nak tau jugak lagu pe sebab best sangat. tapi blog hami dah off kan lagu tu kot sebab aku xde dengar dah masa baca new entry dari dia.

ok la jom sama2 dengarkan lagu ni.sempena hari jumaat ni kan.so haruslah dengar lagu2 yang motivate skit.anyway please scroll bahagian kanan blog aku untuk pause/stop kan lagu blog aku ni.hehe maaf nyusahkan ^_^

lagu PERJALANAN HIDUP
LIRIK :-

Dalam hidup ini penuh cobaan dan liku-liku 
Buatku menyerah dan putus asa 
Hanya senyuman dan air mata 

Setiap manusia pernah merasakan kegagalan 
Jangan menyerah dan putus asa 
Hidup adalah perjuangan 

Majulah, jangan menyerah 
Perjuangkanlah cita-cita 
Hadapilah hidup ini 
Mungkin hanya ujian Tuhan 

Setiap manusia pernah merasakan kegagalan
Jangan menyerah dan putus asa
Hidup adalah perjuangan

Majulah jangan menyerah 
Perjuangkanlah cita-cita 
Hadapilah hidup ini 
Mungkin hanya ujian Tuhan 

(majulah, janganmenyerah 
Perjuangkanlah cita-cita 
Hadapilah hidup ini 
Mungkin hanya ujian Tuhan)

 Majulah, jangan menyerah 
Perjuangkanlah cita-cita 
Hadapilah hidup ini 
Mungkin hanya ujian Tuhan, hanya ujian Tuhan

p/s : enjoice dan semoga dapat memotivasikan diri kita =)



Thursday, October 11, 2012

urgent! help me please

assalamualaikum

nak minta tolong sangat2 pada pengguna-pengguna celcom or yang tahu pasal celcom.tau x macam mana nak block no orang lain dari call/mesej no kita.....tanpa perlu ke celcom center.mana la tau kot ada cara lain selain dari terus ke celcom center.

area sini mana de celcom center.x lalu nak merempit semata-mata nak block no 'orang' tu. xtahan dah rasanya.....kalau dapat block nombor dia alangkah bahagia nya rasa hidup.penat dah mereka alasan macam2 supaya xkacau aku lagi.

sampai kan aku bagi alasan yang aku dah mati semata-mata xnak dia contact or mesej aku lagi.dah dekat 5 bulan aku xlayan langsung mesej/call dari dia.lantak pi la ngan dia.so plez kawan2 kalau tau macam mana nak block no orang plez inform me A.S.A.P

jasa kalian amat aku hargai....i need my life.xsuka la bila privacy kena kacau.help me k.thanks guys ^_^

p/s : masa lampau!

[LAGU 11] - jaga-jaga (yale2)

assalamualaikum

arini nak tempek lagu dari dato fazley kita ni....bukan setakat boleh menyanyi tapi boleh juga berlakon, bermotivasi dan paling penting memasak.hehe best woo kalo reti masak.aku yang gegurl ni pun kalah ngan dia rasanya....idak le aku reti nak buat pe benda yang dia masak kat masterchef selebriti tu.

setakat ni lagu paling aku suka dari dato fazley ni adalah lagu bila april ngan satu lagu raya tu.lupa tajuknya =_="  oh sape penah beli buku motivasi dari fazley?aku pernah beli masa aku form 3.buku tu masih ada lagi kat kampung.dari buku tu la tau serba sikit pasal paly ni.nice sangat and so cute dia masa kecik >_<

ok la aku tempek lagu baru dari dato fazley feat altimet ni beserta liriknya sekali.aku suka part yale2 tu weh,haha rasa macam nak yale2 sama plak.tapi overall lagu ni best gak.ala2 sempoi je kan =) anyway plez pause dulu lagu dari blog aku ni.di bahagian kanan blog.sila scroll down



LIRIK :-

Bermain-main mata
Juga tak perlu kata-kata
Jika yang penting rasa-rasa
Harus di jaga jaga lah jiwa
[Pre-chorus]
Biarlah cuma di cinta-cinta
janganlah mudah di cuba-cuba
Jangan mudah berani
Simpan semua angan-angan berahi
Bagi insani
[Chorus]
Yale yale yale yale yale x2
Hati senang tiada menentu
Bagaikan kumbang mendapat madu
Jangan difikir-fikir pula
Pening pening jika dah bermula
Lebih baik diam-diam saja
Harus di jaga jaga lah jiwa
[Ulang Pre-Chorus]
[Ulang Chorus]
[Rap]
Yang ke-tiga dah kembali
Kali ke-dua sesi ulangkaji
Kamu cantik, dia tertarik
Mari kita kira-kira bagai matematik
Aku tambah kamu, dan tambah kamu
Darab nafsu, dapat salah laku
Jangan risau tiada sesiapa yang tahu
Cuma kita bertiga dan yang Satu! Haru!
[Ulang chorus 2x]

p/s : enjoice guys =)

Wednesday, October 10, 2012

siapa yang patut malu?

assalamualaikum

hangpa semua dok buat pa?hehe kemain lagi lepas balik dari penang ni dok merapu cakap utara =p sabtu lepas aku gi penang sebab member bilik masa study dulu kawen. kalo x pegi macam serba salah pulak sebab aku praktikal pun sekali dengan akak tu.duduk pun area2 umah dia gak masa praktikal tu.

ok lari tajuk.sebenarnya just nak share satu moment yang aku rasa 'termalu' sendiri....sejak akhir-akhir ni aku rasa ada kesedaran sikit la pasal hidup dan islam. kalau dulu aku pakai baju lengan pendek relaks je tapi sekarang x lagi *alhamdulillah* sekarang ni bila pakai baju lengan pendek tu rasa lain macam je.yang aku maksudkan adalah lengan pendek sewaktu keluar dari rumah.

at least bila aku berlengan pendek aku mesti sarung sweater. walaupun lengan sweater tu aku sinsing sikit. memang la kalo ikut hukum nya kena tutup sampai pergelangan.tapi orang kata nak berubah mesti la step by step kan. so bila berlengan pendek tu terasa macam lengan aku ni berbogel lak *malu*

kadang2 tu kalau dah sehari suntuk keluar jalan2 xkan la nak sarung sweater kan tambah2 kalau cuaca panas.so aku decide pakai inner kat bahagian dalam. maka alkisah pun terjadi la.

kawan (1) : kenapa ko pakai baju dua lapis (inner)?
kawan (2) : mai kan jaga aurat *tanpa niat sindir*
aku : saje je. 
kawan (1) : xpayah la nak tutup aurat sangat mai...bese2 je dah la.bukan ada sape2 pun (walaupun masa tu ada juga beberapa orang kaum adam)
aku : xde la.aku saje je la pakai camni.ada sebab aku pakai camni.hehehe *ayat cover* 
(sebenarnya memang niat xmau pakai lengan pendek terus.tapi buat ayat cover sebab xmau diaorang terasa)

sebenarnya aku yang termalu dengan statement dia tu.bukan niat nak tunjuk pandai or tunjuk bagus.tapi aku dah jadi xbiasa pakai lengan pendek saje. nak balas balik nanti diaorang terasa pulak.so better aku create another reason kan supaya xde nak masam2 muka.

bagi aku kalo nak pakai macam mana pun pakai la janji jangan susahkan orang lain.memang la kita kena menegur tapi berpada-pada la kan. ntah la...xtau nak kata pe.masing2 boleh pikir.

bak kata dr muhaya "kalau nak tau kita macam mana salah satunya tengok kawan2 yang ada dekat fb kita. kalau kawan2 kita tu okey maka kita pun okey la.selain tu tengok pada fikiran kita.kalau kita positif maka hasilnya pun positif. lagi satu yang penting sebelum nak menegur orang lain tengok diri sendiri dulu.kalau diri sendiri xbetul xpayah tegur orang.sebab nya orang xkan nak percaya dengan kita "

alhamdulillah!sebabnya akhir2 ni kawan2 dekat fb aku tu semuanya memberikan nasihat dan status yang baik2. dan ramai juga muslimah2 yang berniqab menjadi kawan aku.sebenarnya secara xlangsung ada juga terselit di hati aku untuk menjadi seperti mereka.menjaga penampilan mereka dari kepala hingga ke kaki.xcukup dengan tu, berniqab pula lagi.

cantik kan.walaupun ini kartun je tapi realiti pun sama juga :)
kalau perasan mereka2 yang berniqab ni sangat cantik. mata diaorang pun kalau tengok comel je nampak macam ceria je. bak kata KKS aku "kan yang tertutup tu memang indah dan cantik". hehehe betul tu memang setuju sangat.

ok lah xtau apa yang aku dah taip ni.tapi main point nya adalah kalau orang tu dah elok bertutup semua tu xpayah la nak tegur2 gitu.biarkan la dia asalkan dia selesa.semoga Allah menguatkan iman aku untuk berubah dan menjadi muslimah yang solehah insyaAllah. moga mereka2 dibukakan pintu hati =)

p/s : sejak akhir2 ni keje ngantuk je walaupun tido awal.

Monday, October 8, 2012

terima kasih Allah

assalamualaikum

syukur alhamdulillah.terima kasih Allah atas nikmat umur ini, selamat ulang tahun buat diri sendiri. dah cukup 22 tahun aku hidup di bumi Allah ni. dan nampaknya semakin pendek umur aku. jangan salah faham. ajal maut di tangan tuhan. tapi kalau xsalah aku bila semakin lanjut usia kita maka semakin pendek juga lah umur kita. aku xharapkan ucapan selamat hari lahir ataupun hadiah duniawi. tapi aku perlukan doa2 kalian untuk aku.

doa yang mampu menjadikan seorang hamba yang lebih baik dan lebih istiqamah. wishlist doa aku :-

  • doakan aku supaya istiqamah dalam beribadah.
  • doakan aku supaya mampu sentiasa melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang di larang.
  • doakan aku supaya dapat menahan hawa nafsu yang datang menggoda.
  • doakan supaya sentiasa diberikan hidayah petunjuk oleh Allah.
  • doakan aku supaya sentiasa beriman dan percaya dengan Allah diatas setiap apa yang berlaku.
  • doakan supaya aku mampu berhadapan dengan dugaan dari Nya.
  • doakan aku supaya sentiasa bersandar pada Allah dan bukan orang lain.
  • ingatkan aku supaya Allah selalu ada disamping aku ketika aku susah dan senang.
  • doakan aku supaya aku akan mendapat zauj yang mampu membimbing aku ke jalan Allah. yang mampu mendidik,menegur,menasihat dan membimbing aku.
  • doakan aku mampu menjadi anak yang solehah dan kawan yang baik buat mereka semua.
  • ok semua wish list kalo tulis memang banyak tapi nak senang korang doakan la yang aku akan sentiasa menjadi hamba yang istiqamah dan sentiasa bersabar dengan ujian NYA.
  • owh lupa jangan lupa doakan buat saudara2 islam kita yang sedang bergelut untuk keamanan. serta doakan supaya nama Nabi Muhammad SAW sentiasa terpelihara sebagaimana Nabi menjaga kita.
akhir sekali selamat ulang tahun maisarah. perbetulkan niat kamu dan cuba baiki diri supaya tidak mengecewakan orang lain. yeayy!!


Tuesday, October 2, 2012

cerita nescafe...cool bebeh!

assalamualaikum

orang kata kalo minum nescafe boleh hilangkan ngantuk. tapi nescafe ni banyak kafein yang boleh merosakkan organ dalaman. kata deme la. tapi aku memang tau nescafe ni banyak kafein. masa zaman2 belajar dulu aku rajin gak beli nescafe yang dok 20 paket sekali tu.

al kisah nya.masa zaman belajar dulu kalo minum nescafe tu, langsung xhilang ngantuk.sakit hati *buat gaya ropie* serius kot.masa zaman kat teknik sampai la ke zaman kat institut pertanian. amik la berapa cawan nescafe pun. masuk je kelas confirm snooker gak =_="

sama gak macam gula2.orang kata makan gula2 time study supaya xngantuk.kalau boleh amik yang jenis berangin.hoihh xleh pakai ok.aku selalu beli ceklat yang jenis berangin tu.xde pun hilang ngantuk.lagi sedap tido ada la. selalu gak aku tertido sambil ceklat dalam mulut tu xhabis pun lagi.ekekeke

tapi lain kisah nya masa zaman dah kerja. sekarang ni kalo ngantuk je aku akan cari nescafe or yang sama waktu dengan nya. aku ni bangsa xreti tido awal.pukul 2  pagi tu mata tengah segar bugar lagi. dok syok main game snowball lagi. tapi alhamdulillah esok nya xde la liat nak bangun.mau nya x.kalo alarm pun ada 3 pehtu yang 2 alarm tu pulak jenis ada 5x time.hehe

macam ni la maksud aku.ni pic dari tomok =)
so buat masa ni pencelik mata aku adalah nescafe.huwahaha dah boleh geng ngan azhan rani dah.actor sorang tu lagi gila nescafe. semedang je ngan nescafe dia.sama gak macam zahiril adzim.tu pun gila nescafe gak tu.huhuhu kalo sape rajin follow instagram azhan rani mesti tau betapa gila nya dia ngan nescafe >_<
page azhan rani .

dari instagram azhan rani =)
p/s : nuffnang baik hati bagi BE banyak giler.dulu aku ada RM18.76 je sekali ada RM 53.82....cashout!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...