~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, May 23, 2012

takziah :'(

assalamualaikum

- alfatihah buat arwah norma -


tadi ada terbaca update dari kak fillanie pasal sis norma.aku pernah letak entry wordless wednesday di SINI. dari entry kak filla dikhabarkan arwah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam tadi.boleh tengok di entry kak moon atau kak filla.

sebak rasa bila tau arwah dah xde.aku selalu jadi silent reader di blog kak moon.kiranya tau jugak la mengenai kisah arwah ni.setiap kali baca setiap kali jugakla menitis air mata aku.sedih bile tengok penderitaan arwah dan sebak bila tengok anaknya yang masih kecil. akhirnya penderitaan beliau berakhir.mungkin ini yang terbaik buatnya dan yang pasti Allah lebih menyayangi hambanya itu.

tapi aku rasa sedih sangat dengan rafiq, anak arwah.anak dia kecik lagi dan rasanya dia pasti akan merindui arwah ibunya itu.arwah start sakit xlama lepas dia bersalin kalo xsilap aku. oh bagi yang tidak tahu arwah mengalami brain cancer stage 4.lebih setahun arwah menderita disebabkan kanser dan terlantar di katil sahaja.

walau apa pun arwah dijaga dengan baik oleh ahli keluarga nya tambah2 oleh suami nya.beruntung arwah mempunyai suami yang sangat menyayangi dan setia bersamanya.semoga abg Talib (suami arwah) tabah dengan dugaan ini.walaupun sukar untuk menerima kenyataan ni tapi kita tetap kena terima.dan semoga abg talib sentiasa redha dan kuat untuk membesarkan zuriat yang sedang mengenal dunia itu.

salam takziah buat mereka sekeluarga.semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah yang Esa dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh insyaAllah. setiap yang terjadi ada hikmahnya dan semoga keluarga arwah lebih2 lagi suaminya tabah dan kuat. maaf xdapat aku letakkan gambarnya di sini sebagai menghormati arwah dan keluarga

p/s : semoga arwah bahagia disamping penciptaNya

Wednesday, May 16, 2012

wish me luck InsyaAllah

assalamualaikum

hari isnin nanti bersamaan 21/05/2012 aku akan ada temuduga dengan SPA perak.ini kali kedua aku akan ditemuduga oleh spa perak.aku berharap sangat interview kali ni akan membuahkan hasil.tapi interview ni mendadak sangat.aku dapat surat seminggu sebelum tarikh interview.

rasa macam xcukup masa untuk prepare temuduga kali ni.tambahan pulak aku keje dan esok sehingga jumaat aku kena pergi taiping untuk perbincangan.semoga dengan izin Allah aku akan diterangkan hati dan mudah untuk aku menghafal dan mengingati apa yang aku study.banyak jugak yang dah lupa ni.nak recall satu2 memang banyak giler.

aku hanya mampu buat mana yang termampu dan aku akan buat sehabis baik semasa interview nanti.semoga rezeki berpihak kepada aku walau aku tau yang datang temuduga nanti ramai.maklum saja lah hari interviw tu bermula dari 21/05 sehingga 24/05 kalo xsilap.setiap hari akan ada dalam 50 orang yang datang.jawatan yang kosong pula ada 16 sahaja.

diharap korang2 semua mendoakan kejayaan aku dan doakan aku tenang menghadapi temuduga nanti.insyaAllah ada rezeki dapat lah.so pada yang ada tips2 temuduga especially temuduga pembantu pertanian leh la inform pada aku sebelum 20/05 ye.hehehe.thanks kawan-kawan


p/s : doakan ketenangan dan kelapangan buatku.semoga dipermudahkan.amin

Friday, May 11, 2012

[LAGU 8] - mawar putih untuk mama

assalamualaikum

first time dengar lagu ni masa drama mengenai ibu.yang citer pasal azean irdawati ada sakit kanser tu.pehtu last2 benjy mati.aku xingat tajuk nya tapi kalo xsilap tajuknya mama.

so first time dengar terus rasa minat dengan lagu ni.selalu gak tertanya-tanya tajuk lagu ni.ye la kan dah kata minat.huhhu.so semalam tertengok kat iklan rtm, ada letak iklan pasal ibu dan lagu backgroundnya lagu mawar putih untuk mama.

so lets cekidaut.sila2 la dengar dan hayati ok [pause lagu background dulu ye]



yang atas ini versi sharifah aini



yang ini plak versi ajek hassan @ lelaki

LIRIK :


Kau sinaran bulan menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama kasih sayang maha suci
Betapa agungnya tiada ternilaikan
Oh mama oh oh oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu

Ku suntinkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


P/S : selamat hari ibu buat ibu-ibu di seluruh dunia ^_^

Thursday, May 10, 2012

new blog

assalamualaikum

pagi tadi aku dah create satu lagi blog khas untuk aku letak entry2 berkaitan produk dari catalyst.sebab musabab aku buat baru adalah supaya orang yang membaca xkepeningan.blog yang sekarang ni dikhaskan untuk aku share pasal life aku or pape je la.

nanti kalo aku campur adukkan personal blog ngan yang biz punya pastilah orang pening kan.sebab banyak sangat.so at least blog yang baru tu fokus nya kepada biz sahaja.mudah bagi yang membaca kan ^_^

sekarang ni xde la banyak sangat entry.line broadband pun macam siput kan.so aku guna masa yang ada kat ofis ni untuk update entry baru.dari masa ke semasa aku akan update mengenai produk catalyst ni.tapi lambat sikit la.huhuhu

so kepada kawan-kawan sila la terjah ye ke blog baru aku.dan kalau ada yang berminat nak beli vco mesej la aku :)

my new blog

Thursday, May 3, 2012

alhamdulillah setahun dengan mpob with 'LOVE'

assalamualaikum

yuhuuuu~~~~aku cuti lorh sebab aku renew kontrak arini.maka nya HQ bagi putus sehari untuk bercuti.dah alang2 hari ni khamis maka aku pun minta la cuti hari jumaat hehehe..

alhamdulillah setahun sudah aku berkerja bersama MPOB sebagai RA.wah3 syukurlah sebab dapat sambung lagi kontrak .kalo xdapat sambung agaknya merempat la aku xkeje.hehe sepanjang kerja with mpob ada suka dan peritnya....tapi kebanyakkan nya suka la.perit tu pernah sekali je xsilap aku

perit tu waktu aku mula2 masuk kerja bulan 5 tahun lepas.masa tu xpayah cakap la kan.dengan keadaan ko yang blur2 lagi pasal kerja yang ko kena buat tetiba datang plak satu kes yang lain dari lain.nak kena settle kan sendiri kan.sedangkan ko xtau in detail pasal apa yang ada.nasib baik la staf-staf disana sangat baik.

bayangkan je la baru 2 minggu masuk keje, aku dah bercakap sendiri dengan pengarah yang ada kat HQ tu.hahaha xnak gagap lak kan masa tu.sampai xtido aku dibuatnya pasal kes tu.tambah lak dok teringat kat benda yang salah sorang dak opis aku tu cakap.perghhh seram kot.

tapi xlama pun.bila dah sebulan lebih aku dah mula biasa dengan kerja2 aku.xde la rasa macam beban giler buat keje macam memula masuk dulu.rasa syiok je buat kerja sebab dah faham. start bulan 8 aku pindah kat opis sebenar aku di seri iskandar. dekat sana lagi la sempoi.sebab dapat ketua pejabat yang sempoi punya.


staf yang ada kat sana pun semua sempoi.untuk makluman kat opis aku tu, aku sorang je perempuan.hahaha....memula macam risau gak.yela nak kuar gi makan ke pe ke mesti xde kawan.tapi dah lama-lama aku dah biasa dah.cukup time gi balik umah rehat.pehtu nanti masuk balik opis.dalam sedar xsedar sebenarnya aku dah save sikit duit makan.yelah kalo ada member dah sah2 la nak gi makan apa suma kan.so bila sorang2 aku xkuar makan pun.huhuhu

tambah lak sekarang sejak2 aku amik vco ngan collagen ni aku dah jarang sarapan.aku juz telan 2biji vco dan satu sachet collagen setiap pagi.dah masuk tengahari baru aku makan.tapi kalo dah lapo sangat pun xyah risau,dalam laci dah standby biskut oreo.hahaha.kalo xde bekalan pun kedai runcit bersepah kat area opis aku tu.hehe

so juz nak share je sebenarnya yang aku dah setahun with mpob.hahaha....kesimpulannya keje dengan mpob best walaupun kontrak jew -_-" so pada kawan2 yang baru2 masuk keje tu jangan la risau sangat, memula je rasa kekok nanti dah lama2 mesti seronok.kalo korang jenis yang xreti nak bersembang pun plez la bertegur sape.jangan dok diam2 nanti orang cop ko 'sombong' even sebenarnya ko xreti nak bersembang.hehe.ok lah out~~~

p/s : kalo ada yang add fb aku untuk beli VCO plez bgtau tau.takut nanti aku xapprove.hehe

Wednesday, May 2, 2012

Tuesday, May 1, 2012

pekerjaan pertama?

assalamualaikum

selamat hari pekerja buat insan2 yang bekerja.xkira la arini korang cuti ke x ke, tetap aku nak wish selamat hari pekerja.hehehe....ramai yang sambung cuti kan semalam.sebab nya arini pun cuti.dah alang2 kan,,,rugi la kalo xcuti

okeh saje je nak tanya korang apa pekerjaan pertama korang yang korang pernah buat.maksud aku keje pertama yang bila korang buat korang dapat duit/gaji.kira macam berdikari la....

contoh macam aku ni, kalo xsalah first keje yang aku buat adalah tolong mak KKS aku meniaga kat kantin sekolah.masa tu aku form2 kalo xsilap.bila pekerja mak dia bercuti or xdapat datang maka secara automatik nya kantin akan kurang orang.terutama sekali kalo masa tu hari yang ada jual nasi ayam.hah! memang penuh la kantin tu kan.


so member aku akan call aku dan tanya leh xdatang tolong kat kantin.kalo xde ape hal selalunya aku akan datang tolong.alah keje simple je pun tolong siapkan makanan nak dijual,tolong jual bila waktu rehat, tolong kutip2 cawan and lain2.

upah yang aku dapat masa tu dalam RM5.okla kan sebab keje pun xbanyak.pehtu aku keje pun kejap je.dari kul 8.30 mcm tu sampai kul 11.30. sebab petang nanti kena sekolah lak.yang bestnya masa tu, bila dah settle je semua keje mesti dapat makan nasi ayam...weeee~~~ sedap gilos.aku suka ayam nya sebab macam lain sikit rasa nya and jugak sos dia.sedap wooo..

kemain lama aku xdapat makan nasi ayam tu.aritu saje je bagitau KKS aku tu yang dah lama aku xmakan nasi ayam maknya buat. alih2 ari sabtu 28.04.2012 yang lepas KKS ajak datang kantin mak dia untuk makan nasi ayam.huwaaaaa best giler.....lama kot xmakan...time kasih KKS dan makcik pakcik.hehehe

okeh tu je dulu.so apa pekerjaan pertama korang??

p/s : esok petang balik tapah sebab khamis jumaat aku cuti.hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...