~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, November 30, 2011

Blogger #3 : simple tapi bermakna

assalamualaikum

siapa pernah tengok header seorang blogger yang bertulis " untuk kawan-kawan yang kita suka ". agak-agak boleh teka x blogger mana yang aku tengah perkatakan sekarang ni.hehehe

bagi orang yang xberapa minat penulisan yang ala-ala paper bahasa melayu mesti rasa bosan bila baca blog dia. tapi bagi aku pulak walau pun kadang-kadang penulisan dia tu nampak simple tapi ia penuh dengan maksud tersirat.cuma korang usha sendiri setiap entry dia.pasti ada sedikit info atau pengajaran yang ko dapat.

aku baru je jumpa blog dia dalam 5 bulan lepas. rupanya dia dah menulis di blog terlalu lama. kebanyakkan pasal teater yang dia join ada dimasukkan di blog itu. yes!!dia terlibat dengan teater. dan sekarang dia sangat-sangat terkenal di seluruh malaysia.

sebelum ini aku tidak begitu menyukai dia kerana bagi aku dia sombong. tapi aku suka dengan lakonan dia.kemudian aku mula nampak serba sedikit sikap dirinya yang tidak sombong dan rajin melayan peminat2 nya.

rasanya ramai yang tidak tahu bahawa dia bermula dengan teater sebelum menjadi seorang pelakon tv. banyak teater yang dia terlibat sebelum bergelar pelakon tv ini. owh jangan xtahu dia juga banyak menulis puisi, skrip dan bermain alat muzik.paling xdisangka dia juga pernah mengarah teater.hebat bukan bagi seorang anak muda ini kerana mampu mengarah teater,

kalo korang semua dah terjah blog dia nanti aku rasa korang sendiri xdapat nak kenalpasti yang mana satu puisi atau yang mana satu catatan.kerana semuanya seakan sama. tapi kalo korang ada beli buku bertajuk BOGEL MENUJU TUHAN korang akan nampak hasil puisi yang dia ilhamkan.

disebabkan bakat mencipta puisi itu lah dia telah membuat kejutan buat isteri tercintanya di hari persandingan mereka. yes mereka memang sangat secocok.suka aku melihat mereka berdua ketika bergandingan di pelaminan nan indah.

kesimpulannya bagi aku walau catatan yang dibuat nya tidak sehebat sasterawan negara tapi kalau korang baca blog dia mungkin akan memberi sedikit info.dengan syarat korang jangan la baca setiap catatan dia dengan membabi buta sahaja. kalau korang baca sambil lewa korang memang xkan dapat apa-apa pun.

aku sendiri sudah 4 hari berusaha menghabiskan buku BMT itu kerana aku sendiri sedang cuba mencerna maksud setiap helaian di buku tersebut. sukar untuk difahami jika hanya dibaca tanpa minda yang terbuka. dan pasti ada yang mengatakan catatan nya itu seperti sampah jika tidak memahami ayat yang digunakan dalam setiap catatan nya.

dia yang aku maksudkan adalah seorang insan yang bagi aku luar biasa pemikirannya iaitu ZAHIRIL ADZIM. pelakon cerita juvana yang semakin meningkat naik.
berkesempatan menghadiri wedding mereka
pelengkap rusuk kirinya
so cubalah hayati catatan dia di blog zahiriladzim.kalau berminat nak beli buku BOGEL MENUJU TUHAN boleh la cuba tengok cara-cara pembelian langsung dari tangan di blog beliau.

akhir sekali semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat, dikurniakan cahaya mata yang soleh solehah serta saling melengkapi antara satu sama lain. sangat sepadan mereka berdua.
insyaAllah dirahmati oleh Allah selalu
jangan lupa usha sini ye zahiriladzim.blogspot.com


p/s : sangat-sangat mengagumi ZA. owh ye mak dan ayah shera sgt sempoi  ^_^

Friday, November 25, 2011

dulu-dulu #4 : tertipu atau benar??

assalamualaikum

zaman kecik-kecik aku banyak dihabiskan di kawasan kampung sebabnya umah aku memang kampung pun bukan taman ^_^ kawan-kawan aku masa kecik semuanya orang-orang kampung aku gak.so ada satu ari tu time main ngan diaorang semua, ada member aku suruh buat satu benda yang sekarang bila aku fikir balik xlogik.

member aku masa tu ada tanya "ko nak duit x?". aku pun sebab pikir nak beli aiskrim milo kat umah opah leha maka aku pun jawab " nak la.ko nak bagi ke?" .ok pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. kemudia dia explain pada aku.kalo nak duit free buat macam ni

  1. ko amik batu ikut nilai ko nak. kalo nak 50 sen maka cari 5 biji batu.kalo nak 20 sen ko cari 2 biji batu.
  2. kemudian ko amik tempurung or cawan or pape la yang leh tutup batu tu.
  3. ok sekarang letak batu tu kat tanah dan tutup dengan cawan plastik tadi.
  4. siram setiap hari 2x selama 2 hari.
maka aku dengan bodoh-bodoh alang nya ikut la step dia bagi tu dgn meletakkan 4 biji batu.on time aku siram batu tu. dah macam tanam pokok lak kan. membiak dengan segar agaknya batu-batu tu . selepas 2 hari hasilnya amatlah memeranjatkan aku. bukan sebab batu tu bertukar jadi pokok.

tapi sebab batu tu dah tukar jadi duit syiling 20 sen sebanyak 2 keping means 40 sen.so aku sampai sekarang bila teringat mesti aku tertanya-tanya sama ada kawan-kawan aku tu menipu aku atau benda tu memang betul.mana la tau kan kalo kawan-kawan aku tu memalam gi letak plak duit 20 sen tu bawah cawan tu.

agak-agak kalo aku tanya diaorang pasal benda ni diaorang ingat ag x?kompem xingat sebab banyak ag benda yang nak dipikirkan. tapi kan kalo aku test buat masa balik kampung jap ag ada x ag batu bertukar jadi duit.hehehe

nampak sangat merapu aku ni.ishh!!dah macam khurafat pun ada kan.hahaha tapi tu la pengalaman masa kecik aku.anggap je la kawan-kawan aku tu menipu aku. ok la aku nak balik kampung. selamat menyambut maal hijrah semua.jangan lupa baca doa awal tahun ngan akhir tahun


p/s : ramai-ramai buat azam tahun baru  ^_^

Wednesday, November 23, 2011

teringat kakak comel itu -_-"

assalamualaikum

aku tengok ramai yang pakat citer pasal bola sepak menang emas kat indon. alhamdulillah menang gak kan.naik sakit jantung aku bila tengok game tu. tapi bila tengok pada feveret player aku tiba-tiba aku jadi teringat pada sesorang.

feveret player aku mohd muslim ahmad yang memakai jersi no 24 dan bermain di bahagian pertahanan. bila tengok muslim tu aku pasti akan teringat pada seseorang yang pernah menjadi insan yang paling rapat ngan muslim. orang tu adalah kak puda @ noraida puteh.

sebelum ni ada gak aku friend ngan kak puda kat facebook tu. tapi sebab ada segelintir manusia yang kedengki akak tu dah deactivate facebook dia. dan aku dengan yakin mengatakan dia dah buat facebook lain dan menggunakan nama yang lain. sebelum ni aku penah try cari facebook akak tu tapi xjumpa. rasa macam geram giler kat orang-orang yang mengata dia bukan-bukan tu.

kalo bukan sebab diaorang mesti kak puda still on facebook yang lama tu. sedih kot bila tengok dia deactivate akaun. dulu aku rajin gak menyemak kat wall dia. kadang-kadang aku tanya pendapat akak tu. dengan kata lain aku selesa je sepanjang berkawan ngan dia. xde la pulak aku nampak sifat sombong,ego, mengongkong dan berlagak seperti kata budak-budak kedengki tu. bagi aku kalo la kak puda tu sombong dia xkan xapprove orang-orang yang add facebook dia masa tu.

aku pernah terbaca jawapan dia bila orang tanya kenapa dia approve fans muslim ahmad. dan jawapan dia adalah "kita approve sebab xnak la nanti orang kata kita sombong, ag pun apa salahnya nak tambah kawan" . lebih kurang macam tu la jawapan dia. betul sangat kata orang ramai bahawa kita xkan mampu nak puaskan hati semua orang walaupun kita memang ikhlas terhadap apa yang kita buat.

sape la yang xsakit hati bila orang dok kata kita ni sombong la,mengongkong dan cemburu xtentu pasal. kalo aku yang jadi mangsa kutukan tu pun aku hangin.sampaikan ada yang buat page "kami benci noraida puteh" kat facebook tu.giler ar!!! xpasal-pasal je kan nak buat page gitu.sekarang ni page tu dah xde. sebab aku rasa memang ramai giler buat report pasal page tu.sesuka hati je nak buruk-burukkan nama orang lain.

sekarang ni bila kak puda tu dah buat akaun facebook baru aku rasa lega la gak. at least dia xputus hubungan ngan kawan-kawan lama dia. aku berdoa moga xde la lagi orang yang ganggu dan mengata dia yang bukan-bukan. biarla dia jalani hidup dia dengan aman. tambah pulak dia tu still student ag. tengah bertungkus lumus nak habiskan study. biarla dia fokus pada study dia tu.

semoga kak puda sentiasa happy dan bahagia. juga biarlah dia hidup dalam keadaan yang tenang tanpa masalah yang remeh yang ditimbulkan melibatkan dirinya. and semoga kak puda berjaya dalam study dia. kalo xsilap dia amik kos bahasa or sastera. lebih kurang itu la. tapi dia semestinya belajar subjek sastera.huhuhu.

owh aku ada save pic dia aritu tapi aku xnak la letak sebab nanti kalau-kalau dia xizinkan bahaya lak . kan.sebab pic yang aku save tu aku dah minx izin dulu dari dia. yang pasti aku rindu dengan senyuman dia yang manis tu.

 "persahabatan itu kadang-kala amat bermakna walau kita xpernah bersua dengan mereka "

p/s : gembira dapat berkawan dengan dia walau seketika cuma.

Friday, November 18, 2011

Cinta hingga hujung nyawa

assalamualaikum

perhatian : entry ini mungkin membosankan.tapi aku berharap semoga gadis tersebut tabah atas dugaan ini

arini serius aku ngantuk giler sebab semalam aku tido kul 5am. untuk hilangkan ngantuk aku pun blogwalking la terjah kawan-kawan kan. sekali aku terbuka satu blog milik seorang gadis berusia 16 tahun. yes she's cute and dia suka menulis menggunakan perkataan ala-ala dak kecik pada ejaan nya because dia suka guna double huruf.

memula aku memang bercadang nak out je dari blog dia.then aku ternampak pic dia dan arwah bf dia.rasa tertarik untuk membaca kisah dia selanjutnya. memula baca aku rasa macam biasa je.tapi bila masuk perenggan bahagian bawah tu aku rasa sebak sangat. rasa macam nak nangis  masa baca story dia.

korang bayangkan la persahabatan diaorang sejak kecik lagi dan perkenalan mereka dah terjadi selama 9 tahun. tiba-tiba one day korang hilang sahabat yang korang kenal selama 9 tahun tu.wajibla perasaan tu super duper sedih.rumah pulak dekat je antara satu sama lain.boleh kata selalu sangat leh jumpa.

lelaki itu lah yang selalu bersama-sama dia semasa susah dan senang.lelaki itulah yang banyak membantu dia.lelaki itulah yang selalu menggembirakan dia. dan wanita itulah jodohnya selepas diberi petunjuk oleh Allah selepas istikharah.namun jodoh mereka tidak berpanjangan. insan yang disayangi oleh wanita itu diambil oleh sang pencipta yang memang telah menjanjikan kematian kepada manusia.

takdir Allah telah ditentukan Nya tanpa dapat kita ubah.dia berdepan sendiri situasi tu.dia berada bersama arwah semasa kemalangan tu jadi.dia juga melihat keadaan arwah semasa koma.dan dia juga mendengar khabar mengenai arwah yang semakin kritikal dan mengalirkan air mata tika koma.dia juga dipanggil untuk memberikan semangat kepada arwah tika keadaan semakin kritikal.dia sendiri tengok macam mana keadaan arwah lepas kemalangan tu.dan kepada dia juga dikhabarkan berita yang amat perit itu iaitu berita perginya insan yang dicintai untuk selamanya.

terlalu segar dalam ingatan wanita itu kerana semuanya baru saja berlaku.and bagi aku itu bukan suatu perkara yang mudah untuk dilupakan.tambahan pulak mereka sangat rapat antara satu sama lain.macam mana perkenalan selama 9 tahun tu nak dilupakan hanya dalam masa sebulan dua.macam mana nak lupakan segala kenangan yang terkumpul selama 9 tahun tu selepas hatinya penuh dengan bunga-bunga cinta mereka.

entahlah.takdir Tuhan xkan dapat kita halang.sesungguhnya apa yang ada di muka bumi ni hanyalah pinjaman termasuklah cinta dan kasih sayang. tersirat 1001 hikmah mengapa wanita itu dipilih untuk menerima ujian dari Allah.walau bagaimanapun cinta yang pernah wujud tu xkan padam begitu saja.arwah akan sentiasa berada disisi sang wanita cuma kehadirannya tidak dapat dilihat tapi mungkin dapat dirasai.

apa-apa pun aku berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang soleh. juga aku panjatkan doa semoga wanita itu dapat mengharungi segalanya dengan tabah. sabar itu ayat yang memang biasa didengar bila kita ditimpa musibah.cuma kita kena ingat setiap yang terjadi pasti ada sebabnya dan berasa gembiralah wahai insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah walau kenyataan nya amatlah pedih dan sakit.

semoga hasrat arwah dapat kamu tunaikan untuk menjadi seorang guru.kamu sanggup melepaskan cita-cita untuk menjadi akauntan hanya untuk menunaikan hasratnya.berusahalah semoga Allah permudahkan urusan kamu.berdoalah untuk kesejahteraan dia di dunia yang baru itu.

bacalah lebih lanjut di blog gadis ini di  SINI

p/s : cinta itu amat sukar dilupakan tambahan jika cinta yang hadir adalah ikhlas dan dengan redha

Thursday, November 17, 2011

dulu-dulu #3 : bas UTC dalam kenangan

assalamualaikum

perhatian : ini entry merapu sebab aku sendiri xberapa paham apa aku tulis ^_^

tadi buka paper metro muka surat 31 terus nampak tajuk UTC henti khidmat bas. agak terkesima jap baca artikel tu.sebab masa tu aku rasa macam penah tengok je nama UTC tu.bila baca artikel penuh dengan teruja nya aku pun kata dalam hati eyh ni bas yang aku selalu naik masa study kat Bumbung Lima dulu. 


serius terus mengimbau kenangan masa tu. masa study kat penang dulu, kawasan institut aku tu boleh kata kawasan kampung la gak.kiri kanan depan belakang semua nya sawah padi. so setiap kali nak outing gi bandar mesti kena naik bas dulu.dan sebelum naik bas tu mesti kena menapak dalam 2 km ke simpang jalan.sebab kat situ la bas berenti.

kadang-kadang semput gak la bila dah berjalan ke simpang tu.tapi disebabkan otak dah bajet nak menjoli gagahkan jugak la ke Sungai Petani or Butterworth. bas yang selalu aku ngan kawan-kawan naik adalah UTC  (United Traction Co). dulu kalo nak ke SP or Butterworth no bas nya lain-lain. kat kawasan tempat aku study tu toksah ko berangan la nak jumpa rapid penang. tunggu la berzaman pun xkan ada nya bas tu.
pic bas UTC rembat dari google.nasib baik ada pic bas ni
so hanya UTC satu-satunya yang lalu kawasan IP aku tu.tapi bila UTC hentikan perkhidmatan mereka menjadi satu kesukaran buat penduduk kawasan situ untuk ke bandar selepas ini. sebab utama perkhidmatan bas ini dihentikan adalah kerana tidak mampu menampung kos yang kian meningkat.

pengurus UTC, Mr Chew Beng Huat kata dia sedar ramai pelajar dan penduduk akan terjejas dengan ketiadaan bas UTC tapi mereka terpaksa melakukannya.

owh ye part kelakar masa naik bas UTC adalah tiketnya. tiket bas ni dah macam toilet paper sebabnya panjang sangat2.kalo korang bayar tiket untuk 5 orang contohnya, tiket korang boleh menjadi sepanjang 50cm dengan lebar hampir 5cm.hahaha panjang kan..tiket tu dah leh guna buat catatan dah kalo terdesak.

tapi walau tiket bas macam toilet paper or bas yang macam nak roboh sekalipun, itu semua adalah kenangan. bila ag nak merasa naik bas kalo bukan zaman study.kalo dah keje memang sah la xnaik bas dah.dah dewasa la katakan. pape pun hope ada pengangkutan awam yang lain disediakan untuk penduduk kawasan bumbung lima dan sewaktu dengannya,

p/s : UTC menjadi teman setia kalo nak ke bandar ^_^

Tuesday, November 15, 2011

mereka semua sempoi (^_^)

assalamualaikum
perhatian : ini adalah entry yang membosankan

dari sehari ke sehari aku nak update blog ni.tapi asyik xkesampaian je.gaya macam keje belambak sangat ye yong. eyh tapi memang banyak la.sampaikan meja aku jadi macam tempat pelupusan kertas je.
oh mukadimah ntah pape.

rasa arini macam nak update pasal ofismate aku yang terbaik.hehehe... mereka semua terbaik sebab mereka sangat sempoi.tambahan lak semuanya umur agak muda la gak.tapi yang pasti mereka semua tidak kedekut sebabnya mereka-mereka ini selalu belanja makan.sayang lebey la camni.lalalala. staf ofis aku ni pun xramai.cuma 6 orang je xtermasuk staf baru yang ntah bila nak masuk.

comei yg tudung pink tu ^_^
aku nya bos/ketua pejabat yang baju merah tu. dia ni sempoi habaq hang sebab umur lebih kurang je pun.dia tua dua taun dari aku. owh and kat opis aku ada lagi dua orang umur sebaya aku. rasanya bos aku ni xtegas sangat ngan staf tapi dengan syarat keje kena siap la kan. kalo xsiap aku pun ngamuk gak ^_^ owh nak promote jap.dia ni teror bab komputer or IT.hehehe.and dia penah buka blog aku ni.kalo nanti bos baca diam-diamkan je.nanti kang xmasal dia dok zoom sana sini kang (>_<)

yang baju kotak-kotak tu plak kira macam 'abang long' sebab dia yang paling tua dikalangan kitaorang suma. banyak tu pengalaman dia dalam bidang ni. tapi aku xbanyak nak cerita pasal dia sebab dia jarang duduk kat ofis ni selagi surat pertukaran xdapat.

melantak kepci
si baju biru tu sebaya ngan aku tapi orang selalu kata dia umur dalam lingkungan 25 tahun.nampak benor dah tua (>_<) dia join mpob ni awal daripada aku. dah setahun lebih dah kot dia keje sini. dia ni kesayangan pekebun-pekebun cina sebab kawasan seliaan dia kebanyakkannya adalah chinese. owh mamat ni adalah hantu bola terutama jika membabitkan team selangor. konon nak bertukar ke sukan golf tapi macam xberapa menjadi je.hihihi

pizza pulak
hok ni pulak jejaka terhangat dipasaran.suka sangat menyakat dak-dak pompuan dan boleh dikatakan suka mengayat gak la =p tapi kalo dah nama dia bercakap aku mesti suruh ulang balik semula. sebabnya loghat ganu dia pekat sangat. itu pun nasib masa study dulu aku ada dengar sikit-sikit orang dok kecek pantai timur. owh sedihh hahaha

mpob caw utara
disebabkan aku xjumpa pic dia solo maka terpaksa la amik pic ramai-ramai. nak crop macam xcantik lak kan. pic diatas tu melibatkan sebahagian dari staf mpob cawangan seri iskandar, teluk intan dan taiping. yang dalam box hijau tu la staf ofis aku. dia ni wat keje sangat express. kadang-kadang bila dia tanya kat aku pasal pekebun under dia barula aku ingat ada keje yang xsettle ag.hahaha lebih kurang macam reminder gak kadang-kadang tu. gambar atas tu salah satu bukti mereka ni gila futsal.

finally korang perasan tak yang staf perempuan kat ofis ni hanyalah aku satu-satunya. perasan x???sedih betul aku bila xde kawan nak bergosip. tapi xpe sebab mereka-mereka ni sempoi maka aku pun xde la rasa macam terbuang kan *ayat nak sedih plak kan* hakikatnya staf wanita di pejabat cawangan memanglah sikit. kalo nak ramai staf pompuan gi kat HQ kompem ramai.

bereh dah aku tepek pasal dak ofis aku. sebenarnya aku xde idea pun nak update blog.tapi bila mengenangkan dah lama xbuat entry baru, so aku pun merapu je la. eyh lupa plak. pic kat atas ni suma aku amik kat group yang dak mpob utara buat iaitu TUNTARA FC. so kalo ada yang berkenaan marah aku tepek pic kat sini sila bagitau sebab aku akan remove pic dengan kadar segera \(^_^)/

p/s : beruntung dapat ofismate seperti mereka

Thursday, November 10, 2011

pixa besday apiq kat sekolah

assalamualaikum

besday boy yang konon baik ^_^
kek boboiboi gak
mama yang lebih (-_-")
dengan opah yang konon memula xmau pegi
potong kek
hadiah untuk kawan-kawan apiq
memula dia yang bagi
xlama lepas tu mama yang tukang bagi
kawan-kawan apiq
apiq buat spoil
huh (-_-")
akhirnya buat muka bajet comel
p/s : xde adiah untuk apiq.bajet lari xdapat dikejar.hehehe

Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday #12 : selamat ari jadi ke 2 tahun shafiq akmal

assalamualaikum


p/s : arini besday cik ponggah.dia sambut besday kat sekolah.konon nak hadiah patung boboiboy,sori le maksu xjmpa patung boboiboy (>_<)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...