Friday, March 21, 2014

review lost world of tambun


assalamualaikum

note : ampun ye.entry panjang sikit.bercampur dah pasal info dan luahan hati  ^_^
gambar yang xde tag aku tu amik dari google.

hari sabtu yang lepas 15.03.2014 aku melepaskan gian kat lost world of tambun.bukan gian yang bukan2 ye tapi gian nak berenang.dah lama sangat rasanya xberenang or berendam. so aku pun terjah la lost world tu ngan akak and anak sedara aku.untuk makluman lost world ni under sunway jugak.sebab tu design dia lebih kurang macam sunway yang kat kl tu.

bayaran masuk sebenarnya RM50 untuk dewasa dan RM 43 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.kanak2 bawah 90 cm xpayah bayar untuk tiket kalau xsalah aku.tapi aku masuk tu just RM 28 je sebab akak aku beli tiket tu lama dah.dia beli online and ada diskaun masa tu.alah kalo korang jenis kaki internet pun korang beli la on9.sebab xsilap aku online dia murah lagi harganya.xpun korang rajin2 kan la diri tu usha kat offer dari groupon or milkadeal atau lain2 tu.aku selalu bukak dua tu je :p
harga masuk dan swimming attire
ini harga kat website.maybe untuk yang beli on9 la kot.
waktu masuk pulak adalah jam 11am - 6pm untuk hari biasa dan 10am - 6pm untuk weekend.so kalau nak puas hati sila datang dari pagi.

mula-mula masa beli tiket untuk anak sedara aku tu, aku rasa macam xberbaloi je pun masuk mandi je sampai RM43.yelah mandi je kan.tapi bila masuk tu memang puas hati la.sebab macam-macam ada.and yang aku perasan tiket tu memang untuk semua yang ada dalam tu.xkira la kalau ko nak mandi je pun harga tiket tetap RM50.dia xde beza2 pun.cuma maybe gelang tu la kot beza sebab aku tengok ada yang tulis citibank ada yang tulis sunway.macam2 la.

first sekali aku nak inform kat korang yang syarat pakaian mandi dia ni macam kurang sikit la.kurang menjaga sensitiviti sikit walaupun itu untuk keselelamatan.kalau boleh dia nak pakaian renang yang betul la.kalau yang muslim dia bagi contoh baju renang muslim/muslimah tu.tapi kalau xpakai camtu pun xpe.boleh je pakai tshirt ngan seluar or shorts.yang aku xberkenan adalah dia nak seluar yang tight dan xboleh pakai yang loose punya.

masa tu aku memang dah siap pakai baju nak mandi dari rumah lagi.seluar aku pakai tu jenis track yang jenis kembang sikit la kakinya.bila tanya kat orang yang jaga pintu masuk tu dia kata xboleh masuk dalam kolam.nanti lifeguard akan suruh keluar sebab bila seluar tu loose, lifeguard xleh nak tarik.wth!!aku dah la bawak seluar tu je.xkan dah bayar tiket semua tapi xboleh mandi kan.xpe aku pun buat xtau dan terus masuk.

tapi masa tu mood nak mandi tu memang dah hilang ar.rasa down giler kot.yelah kalo betul dia xbagi mandi kolam acaner?pastu masa carik locker tu nampak la ramai gak pakai seluar track macam aku.try la tanya sorang dua boleh ke x masuk kolam.diaorang kata ok je.owh so fine terus kan je la.

oh sebelum tu masa korang masuk je lepas beli tiket tu akan ada satu kaunter pemeriksaan.diorang akan check beg yang korang bawak tu.segala jenis makanan xpayah la korang bawah sebab nanti dia suruh keluarkan.air pun maybe mineral je la yang dia bagi bawak xpun keperluan untuk baby je contohnya susu semua tu.

bagi tempat simpan barang korang boleh sewa locker dalam tu.diaorang dah sediakan berderet locker kat situ.cas yang dikenakan RM 10 untuk satu locker xkira masa.dari korang sewa locker tu sampai la ke pukul 6 korang boleh simpan barang dan locker ni jugak boleh dibukak banyak kali.sebab kita guna password/no pin kita sendiri.cumanya locker dia xberapa nak besar la.
ni la rupa locker tu.yang pic bawah tu untuk masukkan korang punya passcode locker.
tempat pertama yang kitaorang terjah adalah jungle wave pool.kawasan kolam ni memang lapang sebab dia punya paras air dari 0.5m kalau xsalah sampai la ke 1.6m.berhadapan ngan kolam ni pulak kawasan berpasir.sesuai untuk main bola tampar or pape la.tempat ni yang aku rasa paling ramai lifeguard sebab kawasan luas dan orang ramai mandi kat area ni.
ini actually pemandangan dari sisi lifeguard.tu hut tu tempat lifeguard.
lepas tu kitaorang masuk kat area hotspring plak.dok berendam sekejap je kat tempat suam2.pastu orang dok kata best masuk steam cave tu.sebab macam sauna kan.so saje la try.amik kau aku dok dalam tu 5 minit je dah berpeluh2.suhu dia xsilap dalam 45 darjah gak ar.memang peluh habis.huhuhu
xleh dok lama2 dalam ni.pengsan kang.hihi.kanak2 bawah 120cm xleh bawak kawasan kolam ni.huhu
lepas tu baru la kitaorang naik kat kolam belah atas.tempat yang ada gelongsor pe suma tu.owh aku xsewa pelampung pun sebabnya kitaorang bertiga je.so kalau aku ngan akak aku naik gelongsor tu sape nak jaga anak sedara aku tu kan.so kitaorang decide xyah sewa pelampung.tambah pulak diaorang xsediakan pelampung yang untuk sorang je tu.kalo x boleh gak sewa.
harga untuk sewa pelampung
dekat kolam atas ni, bahagian tengah adalah kawasan gelongsor dan keliling nya adalah kawasan kolam biasa.sesuai untuk hanyutkan diri atas pelampung.mula2 tu aku tercari-cari gak la mana kawasan yang ada ombak tu.so xpela biar je dulu terus berenang and hanyutkan diri ikut laluan kolam tu.sekalinya sampai satu tempat ni dia ada tulis "amaran jangan lepas dari kawasan ini". aku xperasan langsung itu kawasan berombak.sekalinya masa aku lalu terus ombak tolak.ha amik kau terus minum air kolam.hahaha
best wooo dok situ.ombak dok tolak2 je kita.kalau xpakai pelampung memang penat la korang nak berjalan.

then kitaorang jalan2 terjumpa pulak kawasan kolam untuk budak2.aku ingatkan memula jungle pool tu la kawasan budak2.huhuhu kat kawasan kolam budak ni ada disediakan gelongsor untuk diaorang main.air pun xdalam sangat and of course life guard ada untuk jaga diaorang selain dari mak ayah kan.dekat depan kolam tu jugak disediakan kawasan food court.harga standard la untuk kawasan macam tu kan.mahal sikit dari yang luar.tapi aku rasa better beli kat food court tu dari beli kat area ipoh street.memang mahai kemain.ada harga yang xberbaloi pun.

owh ipoh street tu bukan maksudnya dia dok kat kawasan ipoh tapi simbolik je untuk membawa budaya ipoh tu.so pihak LWOT buat kan satu kawasan untuk ipoh street.ada la jual mee kari, pau pe suma.tapi harga suma dari rm4.air tin pun RM 4 gak -_-
ni la street nya.dia buat dalam 4-5 gerai gitu.berdepan dengan bar apa benda ntah.
lepas mandi2 tu kitaorang keringkan badan dengan naik train pulak pusing kawasan lost world ni.first naik tu xbawak kamera pun.dengan basah2 nya naik.hahaha second time naik baru bawak kamera.dia bawak pusing area tiger valley, teambuilding, tin valley and petting zoo.so kita usha2 line dulu la kan.sampai balik kat kawasan train stop kitaorang sambung main kat amusement park.
tempat tunggu train
kat amusement park ni ada dalam 5 jenis permainan korang boleh main.contohnya storm rider, lupe adventure (roller coaster), perak parade (kuda pusing), dragon flight dan giddy galleon.tapi kanak-kanak boleh main dalam 2 game je iaitu perak parade dan juga giddy galleon.giddy galleon ni pun untuk kanak2 atas 90cm dan ditemani seorang dewasa.

aku naik giddy galleon ngan storm rider.dragon flight xnaik sebab takut xmuat seat.hahaha tapi masa naik storm rider tu aku rasa macam jantung aku dah tercabut je masa dia turun tu,perghhh seriau cheq.lepas tu gi bawak anak sedara naik perak parade,ala kuda pusing la.hehehe then gi naik lupe adventure.roller coaster ni dari kolam lagi dah nampak.pastu dengar orang jerit2.aihh macam best je kan.so mari kita try.masa tu ramai gak la nak naik.so aku dok sebelah ngan sorang budak india ni.bila dah jalan sama2 jerit.hahaha sebenarnya xtakut sangat pun tapi sebab roller coaster tu dok bunyi krik3 macam nak roboh tu yang buat aku menjerit.dia buat 2 pusingan setiap kali roller coaster tu jalan.
syarat2 nak main kat amusement park
lepas dari tu baru la amik enset kat locker.masa tu baju ngan seluar dah hampir kering pun.siap2 amik enset naik train balik dan kitaorang turun kat tempat teambuilding,sebab dekat area situ gak la ada tin valley dan dulang tea house.area situ gak ada la patung gajah.konon nak simbolik sikit la.nak letak gajah macam bahaya kan.hehe

ni pakej untuk teambuilding,yang hujung tu untuk harga kat dulang tea house.
lepastu moh la jalan2 ke tiger valley dan petting zoo plak.eh rasa macam jadi malas nak menaip ar.aku letak gambo je la ek.korang pun mesti dah malas nak baca kan.hehehe
yang ni masa tiger show.tapi banyaknya tunjuk show dari binatang lain.hehe rimau dia malas aritu
sebenarnya ada banyak lagi binatang.dan semuanya diaorang lepaskan bebas gitu je.kecuali ular la dan haiwan2 yang might bite.hehe
burung putih tu namanya awang.bila kakak tu xde je dia asyik dok panggil kakak2...hehe comey akak tu.hahaha

waktu show dari binatang2 ni.

oklah itu je la kot yang aku nak share.kalo ada yang lain2 tu kira halal je lah.xlarat nak menaip dah.plus aku nak gi makan.lapau oii.hahaha.walau apa pun berbaloi kalau bayar mahal dan masuk sini.macam2 boleh buat.melainkan kalau hari hujan.itu xbest >_<

apa-apa korang boleh usha kat website lost world ek :
http://www.sunwaylostworldoftambun.com/

19 comments:

Anonymous said...

salam. ada orang info under construction. so maisarah baru jeer pergi. construction dah siap kan. tq

maisarah sarah said...

wsalam.ada gak under construction.tapi yang perasan dekat area bilik tukar pakaian/simpanan barang je.tempat lain xde plak nampak tgh construction.

Dayana said...

terima kasih coz bagi info.. nanti nak pergi!

maisarah sarah said...

no problem dayana.tapi hati2 ye sebab sekarang musim hujan.hehe

Maira Homestay Tambun said...

mmg best.weekend sentiasa penuh

Muz said...

tq for sharing :)
seronoknya..next time mesti nak bawak anak2 pergi sini.

maisarah sarah said...

muz : sila lah pergi.tapi haritu akak saya kata tiket dia dah naik jadi rm52.xtau la betul ke x

Anonymous said...

Harga tiket rm50 tu boleh main semua yg akak ckp kat atas tu ke ? Nk naik tren kene bayar tak ?

maisarah sarah said...

Sekarang dah rm56 tiket.xyah bayar naik tren tu.rm56 semua sekali termasuk masuk petting zoo pe suma

Unknown said...

maaf bertanya.. klau nk kluar mkn dlm kerete bley kea? nnti nk msuk balik mcm mne ye? mknn bwk msuk loker atau mmg x ley dibawa ?

maisarah sarah said...

jamilah intan : kalau makanan masa saya pegi tu memang xboleh bawak langsung.melainkan untuk baby tu diberi kelonggaran.kalau keluar tu saya xpasti pulak sebab dah dok dalam xde rasa nak keluar semula.hehe

Unknown said...

A ah, pernah masuk area 2010, tak boleh pakai track. huhu... bengang je mood bila tak boleh masuk kolam celup kaki.... prettt prett je life guard dia.... so next time kena pakai legging

Unknown said...

Thanks for the info. Dah tuan 2016 nih, Baru nak pegi.

N said...

Kalau bawa pelampung sendiri dibenarkan x?

N said...

Kalau bawa pelampung sendiri dibenarkan x?

N said...

Kalau bawa pelampung sendiri dibenarkan x?

Unknown said...

Tm ksh atas info

Nadiah said...

Kalau nak naik gelongsor kena pakai baju macam mana?

maisarah sarah said...

sorry untuk komen2 yang tak direply tu.lama tak bukak blog.

nadiah : saya tak naik gelongsor tu.tp apa yg sy tgk ramai je pakai baju biasa.tp not sure kena pakai baju renang jugak or tak.tengah tahun aritu sy gi harga dah naik tau.so kat blog sy ni harga 2014.sekarang harga dah lain.and yg sy gi baru ni sy just pakai track and baju tshirt biasa je.xde apa-apa masalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...