~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Monday, April 20, 2015

AB Motel Langkawi

Assalamualaikum

cerita kali ni dah basi sikit la.huhuhu pada 27 - 29 mac 2015 yang lepas aku dan 3 orang lagi kawan gi holiday kat langkawi. sebenarnya holiday plus attend wedding member masa study dulu.diaorang suami isteri belajar satu tempat dengan kitaorang.entry gi langkawi mungkin lewat sikit la aku buat memandangkan sekarang skop kerja aku dah betukar dan membuatkan aku sedikit sibuk.

oklah aku book bilik di AB Motel ni pada 14/01/2015.haaa lama kan aku book.padahal nak gi nya hujung bulan mac.hahaha bukan apa aku ni jenis malas nak book last minit.bila awal hati pun sudah senang.just buat double confirmation je waktu tarikh tu dah dekat.


so aku book untuk bilik yang boleh muat 4 orang dengan harga RM 150/malam. sebenarnya dekat AB Motel ni ada 4 or 5 jenis bilik yang korang boleh book.kalau aku xsalah la.tapi bilik yang aku ambik ni memang dekat sangat dengan pantai.oh untuk pengetahuan korang AB Motel ni terletak di pantai cenang. so bilik kitaorang memang betul2 dekat je ngan pantai.jalan dalam 2,3 minit tu sampai dah la tepi pantai tu.nak kata berbaloi tu mungkin xberapa sangat la tapi just nice.

ruang bilik luas dan selesa dengan dilengkapi tv, tuala, sedikit toiletries (maybe xmemadai) dan hanger. sejadah korang boleh minta dekat kaunter di lobi.aku x cadangkan untuk korang guna towel motel sebagai sejadah sebab lantai dia memang akan berpasir sebab dekat dengan pantai dan juga takut tuala tu xbersih.yelah kitaorang sendiri guna kan tuala motel sebagai alas kaki so korang expect tuala tu bersih ke tidak even dah basuh?

sorry gambar xbanyak.huhu
bantal di bilik sangat lah nipis dan kalau korang dok sebilik 4 orang memang cukup sorang sebijik je la bantal tu.tilam dia pulak sedikit keras tapi boleh la nak buat tempat guling2 gak.bilik pulak ada kipas dan aircond.malam first aku tido sejuk kejung jadinya pasal aircond pasang then kipas pun pasang.alih2 pukul 4 pagi member aku bangun tutup aircond.hahaha tamak betul nak pasang dua2.

pekerja di kaunter lobi ada dalam 3,4 orang.sebab sepanjang aku keluar masuk memang akan melalui kawasan kaunter.tapi bagi aku pekerja dia xbegitu friendly dengan customer.aku xtau la dia bad mood ke or memang perangai dia layan customer macam tu.aku ni punya la senyum alih2 dia tarik senyum plastik je itupun sikit. masa aku minta bantal extra pun dia kata nak hantar ke bilik tapi hampeh langsung xhantar.nak minta semula malam jumaat tu dah xsempat sebab diaorang tutup kaunter dalam pukul 9-10 malam.so esoknya balik je dari wedding member petang tu terus aku minta lagi sekali.kali ni orang lain yang jaga kaunter dan dia bagi jawapan dia akan hantar.aku malas nak gaduh aku terus sound cakap "semalam saya minta dan kata nak hantar ke bilik tapi xhantar pun". minah tu macam bengang gak ngan aku.tapi ada aku kisah, aku customer kan.last2 dia kata "ok saya hantar sekarang". itu pun sekarang dia tu selepas 20 minit.


bagi gegurl yang tertanya-tanya dekat situ ada iron ke x, jawapan nya ada.TAPI.... iron dia dekat lobi.hahaha sila bertabah ye.korang kalo nak iron baju ke tudung ke sila angkut baju dan hanger ke lobi untuk iron.itupun kalo xde orang guna iron dan kalau korang xsegan.sebabnya dekat lobi tu punyalah penuh foreigner duduk melepak.puncanya adalah di situ ke yang ada wifi.huhuhu kalau orang malaysia xde nya nak lepak situ.sebab masing2 dah ada wifi.untuk pengetahuan korang jugak dekat AB Motel ni memang ramai sangat pelancong asing.so jangan dok heran sangat kalau nampak diaorang bersepah kat situ.

tempat iron
kalau bab parking pulak korang memang kena pandai cari.tapi ni untuk yang menyewa kenderaan la.parking dekat AB Motel ni limit sangat sebab ruang parking yang kecik.so pilihan yang korang ada adalah parking di tepi jalan.depan motel ni banyak je parking yang korang boleh guna tapi untuk pengetahuan korang yang waktu malam parking memang sangat susah nak dapat.parking ada tapi kalau korang nak dapat parking yang betul2 depan motel memang susah.macam aku haritu waktu siang memang senang nak parking.tapi waktu malam kena pusing 2,3 kali baru jumpa yang dekat.malam2 di cenang tersangat la sibuk.sebab tu susah nak dapat parking.
gambar yang ada van tu adalah kawasan parking AB Motel.sangat limited.yang ada viva putih tu pulak kawasan tepi jalan.
dekat sini jugak dia ada sediakan bilik dengan harga RM120/malam tapi kawasan bilik bukan lah di tepi pantai tapi di tepi jalan.kalau korang under bajet boleh la tempah bilik ni.kalau ikut kan nak ke pantai xde la jauh mana pun.cuma nya kalau perempuan macam segan sikit la sebab xkan la dengan basah2 tu korang nak melintas jalan gi balik bilik kan.

dekat anak panah tu la kawasan bilik roadside.
depan AB Motel ni jugak ada disediakan kedai runcit untuk korang membeli.dekat seberang jalan pun ada jugak kedai runcit.kemudian betul2 di tepi jalan depan AB motel ni ada disediakan satu kedai khas untuk korang tengok aktiviti yang ada di pantai cenang dan lain-lain.so korang boleh la usha harga mana yang sesuai dekat situ.aku xmasuk pun kedai tu sebab aku xde amik apa2 pakej island hopping atau sewaktu dengan nya.


ok lah itu je kot yang aku nak share dengan korang.ni je la sedikit sebanyak review dari aku.tapi kalau korang jenis suka prepare yang the best tu korang boleh je google bilik2 di sekitar pantai cenang ni.bersepah motel/hotel dekat sini.xde masalah punyalah.so selebihnya layan je la gambar2 motel yang aku duduk ni.



nampak x laut tu?huhu ni view dari depan bilik aku

Contact no AB Motel:


p/s : harapnya review aku ni membantu sedikit sebanyak untuk korang dapatkan maklumat

Monday, April 13, 2015

single pertama dari hafiz zainal

Assalamualaikum

sekian lama aku xupdate blog.sebenarnya ada je entry nak buat tapi aku malasssss nak taip panjang2.entry gi langkawi baru2 ni pun aku xbuat lagi.huhuhu tapi untuk entry ni aku nak share pasal hafiz zainal dulu.

korang kenal ke x dengan HAFIZ ZAINAL ni??kalo belum kenal tu xpe aku paham.sebab hafiz pun baru nak menapak jadi retis.sebelum ni hafiz banyak buat cover lagu dekat youtube page beliau.korang boleh usha dekat https://www.youtube.com/user/yohafiz92 dia banyak cover lagu-lagu femes dan suara dia memang sedap la.orangnya pun boleh tahan hensem.haha

BIODATA HAFIZ ZAINAL

Nama : Muhammad Hafiz Bin Zainal
DOB : 1 Julai 1992
Kampung : Johor bahru
Adik beradik : 4 orang ( beliau no 3 dan lelaki tunggal di antara adik beradik)
Study : sekarang di UKM xsilap aku.before ni kat uni alexandria mesir dan dia bakal doktor gigi. woohot !!
Facebook page : https://www.facebook.com/hafizzainal92/timeline
Twitter :https://twitter.com/hafizza1nal
Instagram : https://instagram.com/hafizza1nal
Youtube page : https://www.youtube.com/user/yohafiz92/videos
Blog : http://flylik3abird.blogspot.com (lama xupdate oii)

ha tu serba sikit la pasal biodata dia.nak tau lebih2 gi la carik kat link2 yang aku bagi tu.jangan malas sangat okeh.hafiz ni aku mula kenal 3 tahun lepas xsilap aku.masa tu ternampak ada orang share pasal dia cover lagu kat youtube.saje la aku usha video tu dan eh macam best lak suara dia.

so dari situ aku add personal fb hafiz dan juga like page fb dia.sebelum ni dia pernah jadi antara peserta awakening talent contest dan pernah menang social media nova award masa APM 2013. eh kalo nak citer memang banyak la pasal dia ni. so kalo korang nak kenal2 dentist to be ni korang gi la usha link2 aku bagi tu.kat page fb dia pun boleh dengar lagu2 dia cover.so xyah susah2 nak bukak youtube.

nampak x yang tulis band page tu.sila klik situ okeh.
alamak lupa nak bagitau.hafiz zainal dah keluarkan single pertama beliau bertajuk cinta bukan jalan kita.yang ini xboleh tidak korang kena usha jugak kat youtube.sebab dia baru release single pertama dia semalam di youtube.huhu



so untuk hafiz zainal, good luck untuk karier dalam dunia seni ni dan juga dalam bidang pergigian.semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anda dan bila dah jadi artis popular jangan somong lak.hehehe

p/s : pakej lengkap hafiz ni kacak + bijak + suara sedap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...