~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 20, 2014

mr bab1 buat rondaan kawasan :p

Assalamualaikum

hari ni saje je nak up entry sebab terasa bosan nau sekarang ni.huhuhu korang tahu kan maksud bab1 tu ape kan?kalau xtahu tu buat2 la tahu yek.sebenarnya taman perumahan aku ni dekat xdekat sangat la ngan hutan.area belakang taman ni ada KPM ngan sekolah Teknik.tapi keliling kawasan tu memang hutan pun.

so aritu aku tengok tong sampah aku kat depan rumah tu memang bersepah dengan sampah berterabur.suspek utama aku masa tu adalah kucing.yelah korang paham2 la kan area perumahan ni bukan nya tiap2 hari lori sampah datang amik sampah.paling2 pun 2hari sekali dia datang ambik.masa aku duduk sorang dulu memang seminggu sekali je aku buang sampah.tu pun tiap hari jumaat sebab aku nak balik kampung.

pastu plak brader2 yang angkut sampah ni diaorang style kumpul kan sampah depan rumah so nanti lori datang diaorang tinggal campak dalam lori je.tapi kadang2 aku bengang gak.aku punya tong sampah tu berapa kali ntah dok depan rumah orang lain.pastu hari tu tutup tong sampah aku ntah mana diaorang campak.berapa bulan gak la aku xde tutup tong sampah.jadi susah skit la aku.sebab kucing dok kecah kan sampah tu.

then diaorang letak satu tutup tong sampah.tapi memang bukan saiz tong aku la.memang blh cover untuk tutup je.sekali kucing tu kuis terbukak la tutup tu.okeh lari tajuk sikit.hahaha

sebenarnya nak citer yang area perumahan aku ni ada cik bab1.aritu la bila sampah dah bersepah depan rumah aku pun dok kutip la.dah bebudak rumah lain buat xtau so aku la kena paksa diri kutip.tengah2 kutip tu acik sebelah rumah kata "kamu kutip tu pakai lapik x?tu bab1 punya keje tu.dia selongkar tong sampah".aku masa tu memang terkejut gak ar.giler kau kawasan taman kot.jadah mende nak ada bab1.

memang masa tu aku xcaye langsung.tapi gagahkan diri gak la samak.sebab takut la kalau betul kan.sekali satu hari tu memang betul kau aku nampak cik bab1.huwaa tanjat gegirl okeh.aku ni memang jenis kaki tido lambat.pukul 2 or 2.30 pagi tu memang waktu aku baru nak lena la.untuk makluman lori sampah pun dulu selalu datang waktu2 macam tu.so hari tu aku dok dengar bunyi bising kat tong sampah.aku bajet geng2 angkut sampah ni la.tapi hairan la gak sebab xdengar pun bunyi lori diaorang tu.

aku pun bukak tingkap bilik and usha2 la.sekali ambik kau rileks je dia dok selongkar tong sampah acik sebelah rumah.tong sampah aku jarang skit la sebab xde sampah pun.masa tu rasa macam kagum kejap tengok bab1 kat area taman perumahan.yelah selalu kalo kat kampung tu xheran la.rumah aku kat tapah tu pun banyak babi hutan.siap merendek depan umah lagi.

ada gak cik bab1 ni gi dating kat taman tu.xsilap aku minggu lepas kot dia dating.dalam pukul 12 lebih masa tu.awal giler dia dating masa tu kan.huhuhu then semalam aku nampak lagi cik bab1 ni.tapi sekor je la.masa tu pukul 2.15pagi.tetiba terasa macam nak snap pic dia tu.punya asyik dia selongkar kan.aku buat bunyi skit dia stop bergerak pastu selongkar balik.adoiyai,,,,bila aku upload kat instagram ngan fb ramai yang xcaye ada cik bab1 kat taman.ahahaha

cik  bab1 buat rondaan.muahaha
keh3 komen member2
ni pun sama.hahaha
tu je pun aku nak share sebenarnya.saje bosan2 ni.huhuhu apa2 pun jaga diri supaya xdikejar oleh cik vavi.muahahaha

p/s : xlama lagi nak puasa dah ^_^

Thursday, June 12, 2014

jangan tertipu!!!sila selidik dahulu

assalamualaikum

korang rajin x kena tarik ngan orang-orang yang menjual macam-macan produk masa jalan-jalan kat mall???korang yang jenis xtermakan pujukan ni mesti la buat xtau kan.aku pun macam korang.tapi kadang2 aku termakan dengan ayat "meh la kak.sign je dapat hadiah beg free.xde ape pun".hahaha lebih kurang gitu la.

untuk pengetahun korang aku memang suka mengumpul beg2 free.tapi beg free yang ada lambang la.so aku bajet ada la logo ke pe kat beg tu.rupanya nan hado.tapi masa tu aku just isi je la nama pe suma kat resit dia tu.tengah isi2 tu dia bagitau pasal barang2 dia jual pe suma.pastu bagi aku voucher RM50.so aku amik je la kan.isi kan nama pe suma and bukak kupon tu.

tengok2 dalam tu aku dapat free 2 benda iaitu vacuum ngan dapur elektrik.total harga dua benda tu lebih kurang dalam RM6K++ so dia kata aku blh amik hadiah tu terus bawak balik.tapi mesti la kena order barang diaorang kan.tapi barang2 letrik diaorang ni semuanya harga dalam RM3K keatas.aku masa tu iman tengah xkuat kan.so terpedaya la dengan janji manis diaorangt tu.yang akak tu plak buat2 terkejut bila tengok aku dapat dua hadiah free sekali.sebab katanya selalu satu je.dia pun heran katanya.last2 dia call bos dia and dapat tau itu promosi sempena ramadhan.

hah lagi la gelap mata aku kan.sebab dapat free dua barang yang total dalam 6k.sape nak bagi kan.pastu aku tanya detail bagai aku dah macam xcaye dah.tapi teruskan jugak.kalo ikutkan diaorang suruh amik barang yang harga 3k keatas tu gak.tapi pikir2 balik mahal sangat.last2 aku cakap "saya kena survey dulu benda2 ni.sebab saya jenis nak beli mesti survey dulu". last2 dia macam xbagi gak.pastu dia kata "xpela akak letak deposit RM50 then saya tulis kat sini barang apa akak nak.akak tengok pamplet ni yang harga 2k kebawah.saya bagi resit and tulis detail dalam tu.next time aku pikir dulu kalau nak bila2 masa je bagitau balik.xyah bagi keputusan sekarang".

so dia bukak la resit untuk aku and tulis detail kat situ.mula2 aku dah call along aku tanya pasal benda ni.along aku cakap jangan amik.tapi aku la degil nak gak amik.kan dah mendapat tu!so bila dah bukak resit semua, aku bayar deposit dan balik rumah.petang tu aku ada gak google pasal diaorang tapi xjumpa maklumat tu.oh ye sebelum tu masa aku ngan diaorang aku ada tanya pasal company profile diaorang.maksudnya macam nama company ke detail apa suma kan.dia kata xde.xlogik kan??

okeh sambung balik.sambil2 aku google tu aku ada gak tanya dua orang lagi member aku.jawapan diaorang memang xde pikir2 dah.terus je bagi jawapan dan tentu2 jawapan diaorang dua sama.padahal aku tanya sorang kat wassap sorang lagi kat chat fb.hehehe "jangan ngengada nak amik.tipu je tu." hahaha tu la jawapan diaorang.

balik kampung jumaat tu pun aku ada tanya ngan alang aku.dia kata xyah caye la benda2gitu.tapi sebenarnya petang tu sebelum balik keje aku dah call balik minah tu minta cancel kan order aku.ayat dia macam bawah ni :

aku : hello boleh cakap dengan d****?
minah : ye saya.
aku : saya yang datang tengahari tadi.saya nak cancelkan la resit saya ni.
minah : eh kak kenapa nak cancel.sayang la kak banyak tu akak dapat.semua sekali dalam 6k kak.rugi la kalo akak tolak.lagipun benda tu sepanjang masa......(aku potong cakap dia sebab kredit aku oii)
aku : eh jap3 sekarang ni saya memang nak cancel kan order tu.so macam mana?
minah : ooo jadi akak nak cancel la ni ye.so akak nak datang sini ke amik duit ke macam mana?
aku : saya akan amik duit tu tapi bukan hari ni.isnin atau selasa saya datang.
minah : ooo boleh kak tapi bukan isnin ni la.isnin minggu depan (16/6/14)
aku : kenapa plak??
minah : sebab saya kena bank in dulu duit ni.kalau nak gak.akak datang hari rabu atau khamis.
aku : ok xpe kalau macam tu saya datang hari rabu atau khamis.
minah : ok kak.nanti akak datang akak call saya dulu.mana tau saya xde kat situ ke.
aku : ok pape nanti saya nak datang saya call or mesej.

so dijadikan citer rabu semalam (11/6/14) aku gi la dmall tu jumpa dia.masa aku gi tu dalam pukul 8.15pm. sebenarnya sebelum aku gi tu, aku try search lagi sekali pasal company diaorang.daripada nama company,no ssm syarikat,alamat dan email.semua tu ada dalam resit tu.aku try hantar email kat alamat email yang ada tu.nan hado...email aku xsampai.sebab aku dapat reply balik kan.so memang aku decide untuk terus terjah je la.aku xcall pun minah tu.sebab aku dapat rasa kalau aku call mesti dia cakap dia xde.so terjah je la kan.tempat awam pun.apa ada hal.


so masa aku masuk je pintu tu aku dah ternampak minah tu.actually aku xingat pun muka dia camne so bajet aku just nak gi terjah je.sekali bila nampak dia dah gelabah2 keluar tu automatik aku terus cam muka dia.aku pun xtau la memang dia nak keluar or dia cuba larikan diri dari aku.sampai je aku kat dia aku just tunjuk resit je.terus dia datang and selongkar beg dia tu.aku xsebut pape pun pasal aku.just tunjuk resit je.tu pun resit tu aku xbukak pn.sebab aku dah lipat2 kan masuk dalam purse.

masa tu aku dah pelik sikit la.elok pulak dia cam aku kan sedangkan hari2 dia jumpa macam2 orang dekat dmall tu.xpe lah...bila dia tengah cari2 duit tu dia cakap kat aku "kenapala akak nak refund balik duit akak.rugi je kalau refund".masa tu aku diam je sebab aku malas nak gaduh.tapi aku tanya satu soalan kat diaorang.aku tunjuk resit tu and aku cakap "ni nama company ke ape?".then dia jawab "aah kak nama company.tapi ni company kat kl kak.nape akak ingat bukan nama company ke?". aku jawab saje tanya then aku diam.sebab aku malas nak gaduh.

padahal sebelum tu jenuh aku cari maklumat pasal konon nya company diaorang tu.email pun xlepas pastu website pembekal pun xvalid.macam mana aku nak percaya?nasib kau lah dapat customer yang cerewet macam aku ni.janji aku xtertipu sampai beribu-ribu.

lepastu bila aku dah bla ada sorang mamat ni dok mengata aku.diaorang berdua masa tu.pekerja yang tolong promosi tu gak la.nak ngata aku xagak2.aku xbla jauh lagi pun ko dah nak ngata aku pehal.ingat aku pekak ke?tapi yang heran nya minah tu elok plak dok kat situ.xde plak dia gi mana2.masa aku baru sampai tu kemain tergesa-gesa lagi dia nak bla.

tapi satu je la yang aku silap.sebab aku xbagitau dia yang aku xnak ada apa2 kaitan ngan diaorang.yelah kan aku dah bagi alamat kat diaorang ngan ic aku.nanti diaorang salah guna lak.tapi aku ada rekod sikit2 apa yang aku bualkan dengan dia tu.

walau apa pun, xkisah la diaorang betul penipu or bukan sekalipun aku nasihatkan korang hati-hati la.jangan mudah termakan pujukan dan pujuk rayu mereka ni.tambah kalau diaorang offer benda best2 kan.hehehe so itu je lah aku nak share.jauhkan diri anda dari ditipu.huhuhu

salam nisfu syaaban malam ni.hehe
p/s : kalau sukar nak buat keputusan, tanya pendapat orang yang boleh kita percaya

Tuesday, June 10, 2014

salah ke kalau xpandai tunjukkan kasih sayang?

assalamualaikum

kalau ditanya pada aku adakah menjadi kesalahan bila kita xpandai nak tunjukkan kasih sayang kita pada orang lain?jawapan aku adalah YA ANDA BERSALAH!! sebab nya bila kita xpandai untuk tunjukkan kasih sayang kita maksudnya ia boleh dikaitkan juga dengan ego seseorang.aku cakap macam tu sebab aku sendiri adalah orang yang xreti nak tunjukkan kasih sayang aku.

nanti bila sampai satu tahap korang akan rasa betapa sakit dan seksa nya bila xpandai nak tunjukkan sayang korang tu.macam yang aku rasa sekarang ni.perasaan sedih, kecewa, benci dan sakit hati pada diri sendiri xdapat dielakkan.rasa macam loser gila bila kita sebenarnya ambik berat pasal orang tu tapi xpandai nak luahkan.lebih kurang macam korang ambik berat tapi dalam diam bukan depan2.so orang pun rasa macam ko ni bukan jenis caring person.aduh sedihnya

rasanya sejak akhir-akhir ni aku selalu buat entry pasal benda ni.hehehe ntah la maybe sebab aku rasa kecewa dengan diri sendiri agaknya T_T korang bayangkan ek.bila ayah ngan mak aku sakit sampai masuk wad, aku xde tanya pape pun ngan diaorang.just dengar je apa yang akak2 aku bagitau kat group whatsapp kitaorang.padahal sebenarnya aku dah gelabah masa tu.

kalau aku balik rumah pulak aku nampak je ayah ngan mak sakit semua tapi aku xde pun tanya "macam mana hari ni.ok ke?, sakit lagi ke kaki tu?, nak makan pape ke?".aku xde pun tanya semua tu.kalau ada pun jarang2.tapi disebalik perangai 'xambik kisah' tu sebenarnya aku caring pasal diaorang.aku tertanya-tanya pasal keadaan diaorang.

kalau dengan member pun sama.aku tau kawan aku tu tengah susah hati tapi aku diam je.aku just biar dia yang luahkan kat aku.sebab aku macam dah terikut2 yang aku xkan tanya kalau dia xbercerita even aku tau xsemua orang macam tu.mungkin ada orang yang nak kita mulakan dulu tapi aku xleh.aku xreti nak buat macam tu.tapi dengan kawan baik mungkin aku boleh la.

so korang rasa aku frust x bila sebenarnya aku care pasal orang tu tapi orang xtau.nampak macam aku ni langsung xkisah?huhuhu sedih tau x!!hurm xpe la aku akan cuba untuk menjadi yang lebih baik.yang lebih mengambil berat akan orang lain dan aku akan cuba untuk tunjukkan sayang aku tu depan2.auwww malu!


p/s : just wanna let you know that i will always love you ^_^

Thursday, June 5, 2014

bersedekahlah....

assalamualaikum

adakah kita seorang yang suka bersedekah atau seorang yang hanya bersedekah bila bulan ramadan atau langsung xbersedekah?

sebelum ni selalu aku dengar pasal isu sedekah.mengenai kebaikan dan kerahmatan dalam bersedekah yang akan kita peroleh.tapi masih ramai yang buat xtau pasal sedekah.aku rasa mungkin sebab kita xdengar secara depan2 pasal kebaikan sedekah ni kot.tapi aku berani jamin bila korang dah try bersedekah korang akan rasa perbezaan nya.cuma yang pasti, hati kena ikhlas dan niat kena betul.InsyaAllah korang dapat rasa kan perbezaan.

sebenarnya sabtu yang lepas aku ngan dua orang lagi kawan dok bersembang pasal macam2 isu.antara nya adalah SEDEKAH.isu ni memang buat aku celik mata.sebab bila dengar kesan sedekah tu pada kawan2 aku sendiri, aku rasa memang menarik.


pernah dengar x orang kata "kalau kamu dalam kesusahan, bersedekahlah." jawapan bagi kata2 tu adalah benar belaka.kawan aku cakap dia memang amalkan amalan bersedekah dari dulu lagi.sepanjang dia amalkan tu dia xde masalah dalam bab kewangan.katanya masa tu gaji dia dalam RM700++ je.tapi setelah beberapa bulan dia boleh simpan hampir RM6k. dia tertanya2 dari mana datangnya duit tu.

tapi pernah sekali katanya, dia memang xde duit langsung dan masa tu memang dia dah lama xbersedekah.jenuh dia fikir mana silap dia masa tu.sebab dapat duit ada je benda nak bayar.ada je benda nak kena guna duit.dah lama tu baru dia perasan dia lama xbersedekah.jadi dia mulakan balik bersedekah dan alhamdulillah semuanya jadi normal semula.xde lagi masalah kewangan.bak kata kawan aku tu jangan tengok masa sekarang.maksudnya arini ko sedekah esok ko dah nak senang.memang xdapat la..nampak sangat xikhlas nya kan.tapi tengok dalam jangka masa 5-6 bulan akan datang.

kalau korang perasan kat pasar2 malam selalu ada orang minta sedekah.pernah xkorang hulurkan sedekah kat diaorang??kalau xpernah lepas ni korang amalkan lah.xbanyak sangat pun...paling2 kurang RM1 tu xde luak pun dari poket korang tu.cumanya mindset korang kena betul la.


jangan jadi macam aku.pernah dulu ada seorang akak ni datang ofis minta sedekah kat aku.aku hulur tapi lepas tu aku asyik la fikir pasal akak tu.dok tertanya2 akak tu sindiket ke atau betul2 susah.jenuh woo pikir masa tu sampai aku update entry kat blog.tapi aku dapat jawapan dari kawan2 blogger yang buat aku sedar.kata diaorang "sarah, sindiket atau x itu terpulang pada mereka dengan Allah.tugas kita hanya memberi dengan ikhlas.jangan persoalkan semua tu.niat kan untuk membantu mereka."

masa tu aku tersedar rupanya aku salah.mula dari tu aku xpernah fikir pasal sindiket or pape pun.niat aku nak bersedekah sahaja.tapi setiap kali bersedekah aku mesti baca bismillah banyak2.sebab aku takut dalam bersedekah tu ada sifat riak.maklumlah sedekah dekat pasar malam ni ramai mata2 yang memandang.mana tau hati ni dah jadi riak kan.

tapi aritu aku ada terbaca buku mengenai ajaibnya sedekah.semakin bersedekah semakin kaya. dalam buku tu ada dinyatakan jika kita bersedekah jangan lah mengharapkan balasan.maksudnya kalau bersedekah tu jangan la kita harapkan Allah akan limpahkan kita dengan kemewahan atau apa saja.tapi niatlah hanya untuk bersedekah sahaja.
kawan2 cuba la cari buku tu,insyaAllah banyak ilmu yang kita dapat.tapi walau apa pun aku cuma nak bagitau bersedekahlah kita supaya adalah sedikit kebaikan sedekah kita tu yang dapat membawa kita ke syurga Allah.mohon ampun andai ada salah kenyataan.tapi niat aku cuma satu iaitu untuk menyampaikan kebaikan bersedekah.cubalah bagi yang belum mencuba ^_^

sekarang ni dah mudah sangat nak bersedekah.by cimbclicks pun dah boleh dah.xpayah korang nak susah2 keluar gi sedekah.korang boleh buat online je.aku ada buat entry pasal sedekah online ni kat entry SINI.so boleh lah korang try.


p/s : dekat lah dengan rakan2 yang baik nescaya kita akan menjadi baik juga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...