~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Saturday, February 26, 2011

muslim ahmad aka player no 24. (jersi kebangsaan)

hai ollz...
saje2 nak post entry ni sementara nak bersiap2..
cadangnya nak ke menara kl.
tapi xtau ag,jenuh dah menggoggle...
harga mahal kot.
tapi kalo nak mencuba masuk xde mslh kowt.
kikiki
eyh apa kena mengena lak muslim ahmad ngan menara kl??
ha aku tau!!
sebab muslim ahmad tinggi diibaratkan seperti menara KL.
hahaha..
leh ke macam tu.
jawapan aku....boleh kan aje
(^_^)
sangat2 admire sama muslim la.

tapi bukan nak kata pe...
kadang2 muslim ni aku tengok cute,kadang2 x.
hahaha
macam mana tu ek.
yang aku pasti muka dia jarang senyum.
tapi aku rasa dia bukan jarang senyum.
cuma pattern muka dia memang cam gitu.
sebab kalo dia amik pic pn muka dia nampak manis gak.
tu tandanya dia senyum.
cuma senyuman dia xnampak.
lepas ni suh muslim bt excersise muka lak.
(-_-")

pape pun skill terbaik muslim bagi aku menanduk bola (bagi aku ok org lain xtau)
dia sangat suka menanduk bola keluar dari padang.
sebabnya dia nak menyelamatkan bola tu yang berada di kawasan gol pihak lawan.
dah nama pn dia pertahanan kan.
kena la wat sehabis baik untuk boa tu keluar dari kawasan pihak lawan.
yang pasti gandingan muslim,fadhli shas dan asra adalah terbaik.
(0_^)

aku tertanya2 gak la.
apa reaksi gf2 mereka bila tgk bf mereka dalam tv tu ek??
macam kak puda tu.kalo dia xg stadium dan dia tgk bola kat tv je.
apa reaksi dia bila nampak muslim kat dalam tu???
adakah gembira sebab lama xjumpa?seronok sebab bf masuk tv?excited sebab dapat tengok muslim?
hehehe


Nama : Mohd Muslim Ahmad
Tarikh lahir : 25 April 1989
Asal : Terengganu
Tinggi :1.83 m (gilers tinggi)
Posisi : Pertahanan
Jersi : 24

pic ini sangan cute.hehehe
pic ini aku rasa dia xcute,hikhikhik

yang ni muka budak2 sikit
yang ni plak gilers cute.hahaha

sesi latihan dengan harimau muda A rasanya
hasil kejayaan aff suzuki.muka muslim hepi giler.
fisioterapi
team kebangsaan masa AFF suzuki

aku rasa time ni muslim bersyukur giler sebab malaysia menang.yela kan dia  'ter'masukkan bola tu dalam gol.

p/s : semoga muslim ahmad terus maju dan sukses...



Thursday, February 24, 2011

diberi ujian oleh NYA seawal pagi lagi....ku redha

hai olzs!!
eyh ya ampun silap la...
assalamualaikum....
arini aku bangun awal...
kul 6 dah bangun (awal ker?)
kul 5.30 pagi ayah tepon suh bangun.
kul 5.45 mak tepon suh bangun.
kul 5.54 along tepon suh bangun.
nasib angah xcall untuk mencukupkan kuota. family
hahaha
sumanya sebab arini aku ada interview RISDA.
bertempat di jalan ampang KL.
pagi2 ag aku dah diuji Allah Yang Maha Esa..
turun je kat stesen lrt kowt kat Jelatek....
masa tu dah kul 7.15pagi
tunggu punya tunggu teksi xmuncul2 gak.
owh sangat sedih 
(-_-")
masa tu lak ramai yang nak naik teksi.
time tu teksi pulak 1 dalam 10.
kalo ada pon suma dah ada orang.
so untuk menjimatkan masa sebab takut lambat sampai.
alang kata
"dik baik kita jalan dulu,dah dekat dah tu.depan tu bangunan perkeso.dia dekat je ngan bangunan perkeso tu"
so kitaorg pun menapak la dari depan stesen jelatek tu kesana....
jalan punya jalan ujan turun dengan semangatnya..
basah la jugak aku.
teksi tetap maintain xnampak bayang..
jangan kata dia punya box atas teksi tu lampu teksi pn xnampak.
sedeyh..
pehtu jumpa akak jual paper tepi jalan tanya dia risda kat ner.
dan dia pown jawab
"risda belah kiri ni dik.tapi jauh ag.baik naik bas.adik gi belah jalan besar tu ada banyak teksi ngan bas".
so kitaorg pn blah lepas ucap time kasih.
dh sampai jalan besar baru la nampak teksi.
tapi xbanyak pn yang kosong.
tahan punya tahan ada la uncle singh ni benti kat tepi jalan tu.
so sempat la nak naik.
yang uncle singh ni aku xtau la memang gatal ke atau nak menceriakan pagi2 aku yang dah rasa 
macam pe je kan.
dia dok cakap
"apa pasal jalan dalam ujan.nanti lain kali kasi telefon sama abg singh.abg singh boleh amik"
aku malas nak layan.dalam otak aku pikir interview je
alang la yang melayan dia.
dah smpai depan pejabat risda uncle singh tu bnti betul2 depan pintu.
so amat gembira rasanya dah sampai
hehehe
thanks to uncle singh
kalo dia xde jawabnya lmbat la aku sampai
masuk je terus tanya kantin.
lapor weh
belum sarapan ag.
dah sarapan naik atas tingkat 1.tengok dah ramai dah yang sampai
waduh...
aku xcuak ag masa tu.leh ag gelak2 ngan member2.
hahaha
sembang2 suma...
gosip2 semasa sikit plas merancang masa depan kawan2.
pastu susun2 sijil,isi borang.
then jawab ujian personaliti
ok la.
then tggu ag untuk interview lak
aku group no3.
so dah settle interview suma gerak gi majid india.
masa otw ke sana alang kata
"kalo ko xdapat gak keje ni memang ko xbertuah la dik.dah meredah ujan suma...jalan kaki bagai.aku citer kat along pn along gelak"
cis!!! sangat hampeh.
nasib aku dah abis interview.
gi masjid india beli selipor sebab kaki aku dah melecet pakai kasut tu.
so beli la selipor harga rm10.
jalan2 ag beli plak brooch then singgah maidin.
beli la barang2 sikit.
hehehe
balik umah nak teksi.
tetengah syok tgk tv ingat nak on9.
line ak xde
so mata dah stim aku pun mula la melayarkan minda untuk masuk mood mimpi.
dah masuk zon mimpi tu xyah kata apa la.
xhengat dunia dh.
tetiba sedap bermimpi-mimpian (ada ke) ujan plak.
campur ngan guruh dan kilat.
aku tejaga la plak kan.
dengar bunyi guruh tu takut giler.
dah macam tanah runtuh.
dalam otak aku dok pikir nak kiamat dah ke ni..
cuak beb..
pehtu tengah dok pikir2 terlena balik.
hehehe

-end-

p/s : hope ada rezeki aku untuk keje tu nanti.
AMIN.

tahajjud cinta by siti nurhaliza

(ulang 2x)

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga



Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan



Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci



Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..



wooo..ooo
waaa…haa



Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu



aa….
hmmm….



woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..



Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga



Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

Tuesday, February 22, 2011

berhati-hati dengan ejaan even satu huruf

assalamualikum...
semalam aku dh buat entry ni tapi aku padam sebab aku nya disable right klik xjadi.
aku igt berpunca dari entry ni.
so dengan bangang nya aku pn padam la.
rupanya bukan.
so tadi ada sorg ag jadi mangsa blog  aku.
so aku terpaksa buat balik entry ni untuk keselamatan blog aku.
eheheh
thanks to cik nabilah bella coz dia yang bagitau aku pasal ni.
citernya mcm ni.
smlm dia chat ngan aku kat fb.
dia minx akunya almat blog sbb dia nk jadi follower.
so aku pn taip la kat chat fb tu.
tetiba dia kata 
"cuba ko klik kat link yang ko bagi aku tadi"
aku pun try la klik.
kenapa?apa yang xkena?
rupanya......
lepas je aku tekan link aku bagi tu dia kuar website pasal kristian/bible 
macam pic kat bawah ni.

ini la rupa website bible yang terjadi disebabkan kesilapan ejaan

so bila aku usha balik rupanya aku bagi link salah.
aku bagi link
www.sinardihatikuini.blogpot.com.
nampak macam sama kan.
tapi hakikatnya....
perasan xlink yang aku bagi tu xde huruf 's' pada perkataan blogspot.
blog aku sebenarnya
www.sinardihatikuini.blogspot.com
see sebab satu huruf je dah jadi kuar website lain.
sebab tadi member aku azreen ashreen buka pn kuar bible nya website.
so aku xnak ar nnti orang salah faham.
jadi untuk kawan2 aku
taip betul2 ye.
kalo malas nak taip
gi kat info fb aku then scrool bahagian bawah sekali aku ada tulis.
yang pasti thanks cik nabilah sebab bagitau aku.
so sekarang ni aku nak tukar nama blog aku ni.
leh x?
kalo leh ada xsape-sape leh tolong aku bagitau cara2 nya
and leh xbagitau apa masalah blog aku ni sampai disable right klik nya xjadi.
sebelum ni ok je....

p/s : plez help me and berhati2 ye....

Sunday, February 20, 2011

obesiti jejas kesuburan.....

WANITA sering dipersalahkan apabila menyentuh isu ketiadaan anak, tetapi tahukah anda bahawa satu pertiga daripada masalah kesuburan sebenarnya berpunca daripada lelaki; namun tidak ramai mahu menerima hakikat ini, terutama jika mereka pernah mempunyai anak.
Antara punca ketidaksuburan lelaki ialah masalah varikosel iaitu pengembangan salur darah dalam skrotum (kantung buah zakar) yang boleh menjejaskan penghasilan sperma.

Selain itu ia boleh disebabkan sistem reproduksi tersumbat, pengambilan sesetengah jenis ubat, jumlah sperma yang rendah, kualiti sperma kurang baik, jangkitan dan mempunyai masalah kesihatan.
Malah gaya hidup juga boleh menjejaskan kesuburan lelaki seperti merokok, terlalu banyak minum minuman beralkohol, penyalahgunaan dadah, tekanan, peningkatan umur dan masalah berat badan sama ada terlalu kurus atau gemuk (obesiti).

Kajian menunjukkan peratusan kejayaan untuk mencapai kehamilan melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF) agak rendah di kalangan individu yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) terlalu tinggi (obes) atau rendah (terlalu kurus).

Dalam kajian ke atas 400 pasangan, 21.8 peratus wanita mempunyai BMI kurang daripada kadar normal dan 22.3 peratus lagi mempunyai BMI melebihi 25.

Keputusan ini menunjukkan masalah berat badan, sama ada terlalu kurus atau gemuk, boleh menjejaskan peluang mendapat anak melalui rawatan IVF.

Bacaan BMI yang lebih atau kurang daripada tahap normal boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang diperlukan untuk penghasilan telur (pada wanita) dan sperma pada lelaki.

Bagaimana berat badan boleh mengganggu kesuburan? Lelaki obes dan terlalu kurus boleh mengalami masalah jumlah sperma kurang atau jumlah sperma yang berbentuk tidak normal adalah tinggi.

Ada penyelidik mengatakan, pengumpulan sel lemak di sekitar testis menyebabkan peningkatan suhu yang menjejaskan penghasilan sperma. Ini sebabnya zakar dicipta di luar badan supaya suhu badan yang tinggi tidak membunuh sperma. Masalah berat badan ini juga mempengaruhi kesuburan wanita. Obesiti pada wanita boleh mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur) atau tiada ovulasi langsung.

Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna atau tidak mencapai saiz yang diperlukan untuk ovulasi.

Pada masa sama obesiti juga boleh menyebabkan kitaran haid terganggu; memanjangkan tempoh rawatan untuk hamil (jika mengandung, kandungan tidak stabil terutama dalam tiga bulan pertama); badan kurang bertindak balas ubat kesuburan atau suntikan hormon; memerlukan dos ubat atau suntikan yang tinggi.

Malah wanita obes juga berisiko tinggi mengalami komplikasi ketika hamil seperti mendapat kencing manis dan tekanan darah tinggi; berhadapan dengan risiko keguguran, kecacatan bayi atau bayi dalam kandungan menjadi besar.

Bagi wanita yang terlalu kurus pula, mereka mungkin berhadapan dengan masalah kurang rembesan hormon, kurang nafsu untuk hubungan seksual dan peratusan implantasi embrio dalam rahim yang lebih rendah.

Berapa banyak perlu turunkan berat badan? Kajian di Itali, United Kingdom dan Australia mendapati, pengurangan sebanyak lima peratus cukup untuk memulihkan kitaran haid pada 60 peratus wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Bagi lelaki juga sama; penurunan berat badan akan mengurangkan pengumpulan lemak pada testis yang secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan penghasilan sperma.

Kaedah terbaik untuk mengurangkan berat badan ialah menukar corak pemakanan dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah- buahan serta mengurangkan karbohidrat dan lemak selain bersenam setiap hari selama 30 hingga 45 minit.

Hentikan tabiat merokok, belajar mengendalikan tekanan, mendapat cukup rehat dan tidur juga penting — bukan sekadar meningkatkan kesuburan malah untuk memelihara kesihatan secara keseluruhan.

Jika masih tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor dengan menjalani pemeriksaan. Ujian kesuburan bagi lelaki sangat mudah iaitu doktor hanya memerlukan sampel air mani untuk kiraan jumlah dan kualiti sperma.

Dari sini baru doktor akan mencadangkan kaedah yang sesuai dengan keadaan anda. Bahkan jika memerlukan rawatan, ia juga tidak mengambil masa lama kerana biasanya rawatan kesuburan untuk lelaki dilakukan melalui prosedur pesakit luar.

obesiti macam kucing ini


p/s : nampak gayanya aku kena menjalankan misi menguruskan badan (^_^)

~USAH RISAU JIKA DIRI BELUM B'PUNYA

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diri,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah  redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.


sentiasa bersabar dalam membuat sesuatu


 p/s : mungkin aku pun salah seorang dikalangan yang masih mencari2 (^_^)

Saturday, February 19, 2011

interview.....

hai...
arini masa kat kedai aku sembang ngan wawa member masa sekolah agama dulu
topik yang dibicarakan adalah 'KERJA'.
punyala aku semangat citer kat dia aku xdapat2 keje or interview even macam2 aku dah isi.
kira macam luahan hati la.
hahaha
sekali aku balik umah tengahari tu.
mak bagitau aku
"tu ada surat interview tu"
aku x expect langsung aku dapat surat tu.
yela selama ni aku tunggu2 xde pun.
tiba2 xtunggu ada lak
hehehe
alhamdulillah (^_^)
so tarikh kena interview 
 24 februari 2011 ari  khamis kul 8 pg ada ujian personaliti.
kul 8.30 temuduga,
jawatan pembantu pertanian G17.
bertempat bangunan risda ampang.
wah cuak lorh!!
aku mana tau ujian personaliti bagai.
tapi tadi aku ada try kat google.mcm senang gak ar.
alang pn ada anta kat aku contoh ujian personaliti
hehehe
hope interview kali ni dapat la aku keje
AMIN..

xmau emo2 ye maisarah waktu jawab intvw nnti

p/s :wish me luck ye...sangat2 takut tapi berharap sangat dapat keje...




Friday, February 18, 2011

my feveret player

Assalamualaikum……
Sihat ke semua??hehehe.hope semua sihat la ye.entry arini nak story pasal fevered player.player??gila ke ada lak ‘player’ feveret.huhuhu..bukan feveret tu la..ni player bola sepak kegemaran aku.
Sejak2 kena bahang bola dari sukan asia ngan aff Suzuki aritu la ni.even ramai yang minat safee Sali aku tetap xberapa minat dia.hahaha…walaupun dia org tapah gak..tapi aku still sokong mereka semua.yeah!!!

First feveret player aku ialah player no 24, MOHD MUSLIM AHMAD. Start minat masa tengok dia main game kat sukan SEA di Loas.selama ni aku dok mencari nama dia kat fb.tapi xjumpa2 sebab xtau nama penuh dia.dan masa sukan aff aku dapat tau nama penuh dia.terus aku search kat fb.hahaha.akhirnya jumpa.Why?? Why aku minat dia….sebab nya aku suka tengok dia tanduk bola…setiap kali dia dapat bola most of the time dia akan menanduk.jarang aku nampak dia sepak bola tu….dalam kepala otak aku ni tertanya-tanya gak kepala dia ni batu ke pe?..xsakit ke bila tanduk bola tu?xrasa macam biol ke masa lepas tanduk bola tu?hahaha banyak kan persoalan aku.tapi apa ada kisah..janji dia main best.dia pn aku rasa seorang player bahagian pertahanan yang baik.jarang bola boleh lepas.selalu kalo aku tengok bola dah dekat2 nak sampai kat penjaga gol Malaysia mesti aku usha muslim.sebab nya dia selalu tanduk bola tu keluar dari padang.dia menggunakan ketinggian yang dia ada.untung kak puda kan. (^_^) owh lupa..kak puda tu awek muslim.cun tu awek dia.muka ada ala2 heliza af sikit.dan kak puda sangat2 baik dan dari apa yang aku tengok gambar2 kak puda, dia seorang yang lemah lembut.semoga jodoh mereka kekal lama dan kawen cepat2.even diaorg dua muda ag.hehehe


muslim dan kak puda

Nama: Mohd Muslim Ahmad
Tarikh Lahir : 25 April 1989
Pasukan : Harimau Muda A
Posisi : Pertahanan Tengah.
Tinggi : 1.83 meter
Jersi : 24
Makwe : Noraida aka Kak Puda.

Second feveret aku minat player no 8 iaitu MOHD SAFIQ RAHIM.sangat suka dia sebab dia sangat lincah waktu kt padang.dia ni gak boleh dikatan pencetus idea untuk bola dibahagian tengah.selalunya dia akan sedaya upaya dapatkan bola di bahagian tengah untuk membantu memberi gol kepada pasukan. Aku rasa dia seorang yang panas baran tapi still leh bentuk satu pasukan yang baik as a leader. Jujur aku cakap la, aku lagi suka safiq yang jadi kapten dari aidil.huhuhu…xtau sebab pe.tapi bagi aku safiq lebih sesuai dan berkeyakinan.muka safiq ni selalu garang..even dia senyum pun still nampak muka dia garang.huhuhu..tapi selalunya orang yang muka garang ni baik.kan3….


Nama : Mohd Safiq Rahim
Tarikh Lahir : 5 Julai 1987
Pasukan : Selangor
Posisi : Pertahanan Tengah
Tinggi : 1.67 meter
Jersi : 8
Makwe : aku xtau tapi dengar kata nya ada.

Aku rasa dua tu je yang aku minat giler2 kowt…tapi paling minat dah tentu2 la muslim kan.hehehe..kak puda jangan marah ye.player lain pun aku suka dan sokong gak.so all of u do your best untuk diri sendiri,pasukan dan Negara…go go chaiyok!!!

p/s : sangat suka bila mereka semua beroleh kemenangan

kashaf amani

salam barakah guys...
baru lepas tengok citer kashaf amani kat astro ria.
cerita sempena maulidur rasul.
not bad story dia...
memula aku malas nak tengok..
tapi dah lama2 macam best lak..
so memang best la.
pelakon utama 
Beto Kusyairi @ Kusyairi Zakuan dan sharifah amani
baru ku tau rupanya si beto ni dah kawen
hehehe
kalo xkenal dia yg berlakon citer geng surau...

watak utama...

scene ni waktu roh kashaf minx tolong ngan imani untuk minx maaf kat mak dia..


Sinopsis Kashaf Imani 

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

pengajaran yang aku dapat dari story ni:
- syurga itu tetap berada di bawah tapak kaki mak walau apa pun seorang mak itu lakukan. jangan lak cari syurga bawak kaki mak betul2 macam dalam entry incik zack.hehehe
- utamakan dan sayangi keluarga.
- cari kawan yang boleh bantu kita masa susah dan senang.
- jangan sombong dan bongkak dengan apa yang ada.
- hati2 dengan orang yang cuba memberi kesenangan tanpa banyak persoalan.
- sentiasa ingat kita xtau bila kita akan dijemput...andai ada peluang kedua itulah rahmat yang paling besar.

ag satu aku suka bila makcik 'petir' berlakon.
aku xtau la apa nama makcik ni yang betul.
tapi akak aku kata dia anak sedara kepada pengarah sharulezad tu.
sebab tu dia selalu ada dalam cerita yang diarahkan oleh sharulezad.
mcm citer cinderella,dottie dan lain2.
tapi xkisah sebab suka sangat tgk makcik tu.
dah la cute dengan spek mata kecik dia tu.
tambah lak dia ni kelakar.
(^_^)
tapi story ni diarahkan oleh azma aizal yusof
kenal xsape mamat tu
tu la pelakon citer sinderella si butang.
yang dulu guna nama isma yusof

inila makcik yang cute.hehehe


inila azma aizal yusof aka butang.hehehe

p/s :citer yang penuh dengan pengajaran walaupun aku rasa citer nya xbanyak beza ngan citer2 lain kat malaysia ni.



Wednesday, February 16, 2011

life in Institut Pertanian

assalamualaikum...ada orang x??
arini nk story pasal life masa student dulu..
tengah aku lepak2 tengok tv tetiba teringat pasal kehidupan aku kat ip.
what"s IP???
haaa IP ni sebenarnya singkatan bagi Institut Pertanian.
dulu lepas spm orang suma dok sibuk sambung diploma,
tapi aku x...
aku juz sambung sijil je..
kalo xmemamg aku pown nak amik diploma pengurusan perniagaan kat kolej risda.
tapi nak wat camne niat aku tu tak direstui.
(-_-")
tapi mak aku suruh aku sambung sijil pertanian.
walaupun mula-mula aku langsung xexpect yang aku akan sambung pertanian gak.
memang la masa teknik aku amik agroteknologi..
tapi...
tu sekadar pilih je...
masa teknik tu aku amik agro sebab aku terfikir nak try dalam bahagian pertanian.
coz xde ag family aku yang menceburkan diri mereka dalam pertanian.
memang la aku ada minx nak belajar kat IP tu.
hurm...
ntah camne mak aku leh bagi ayat maut kat aku pas je aku kata aku xnak sambung kat IP tu.
"kalo kamu xnak sambung kat IP tu nape kamu amik pertanian masa kat teknik dulu"
aduh!!! mak tu sebab nak belajar benda baru je.
tapi nak wat camne...

akhirnya keputusan dalam keterpaksaan dibuat.
aku attend interview untuk pemilihan student IP.
dan rezeki mak aku lak sebab aku diterima menjadi salah seorang pelajar diantara 300 student yang lain.
kehidupan aku sebagai seorang petani yang xberapa nak berjaya bermula di
Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH).
banyak betul kenangan masa at situ
masa mula2 masuk aku xde la rasa janggal sangat sebab ada juga budak2 sekolah aku masa kat teknik dulu.
dan nasib aku baik sebab dak kelas aku dulu sebilik dengan aku..
so xde la masalah komunikasi even aku ni pendiam kan
hahaha
kehidupan diteruskan macam biasa.
first week dah sah2 kena orientasi kan...
sangat2 xsuka orientasi.
kenapa la perlu ada suma tu.
yang aku paling bengang bila kena kawad.
aduh!!!
ingatkan zaman2 kawad ni aku dah leh tinggalkan.
yela masa kat teknik tetiap ahad kena kawad.
hurmm
tapi xpe..at least dak2 dari teknik xde la rasa kekok sangat masa kawad.
sebab dah biasa kan.
so masa tu memang berterima kasih sesangat kat cikgu anuar yang paksa kitaorg kawad.
ada tu kawad macam robot.memang kelakar abis.
dah nama pun dak pertanian kan
so xlepas la dari tanam2,kambing,lembu,ayam dan macam2 ag..
kalo just pegang kambing suma tu xpe beb..
tapi ntah macam mana ada lak acara tradisi masa orientasi tu...
iaitu mencelup tangan dalam tahi lembu..
mak aiii..yang fresh tau...
memang 'terbaik' dari ladang la.
celup tu lak xmain la takat pergelangan tangan je..
smpai siku beb..
pergh -_-"
xabis ag azab bagi aku la kan
sebab lepas je kena celup tangan tu leh plak kena minum susu segar.
tu ag satu terbaik dari ladang.
dah la aku ni jenis xsuka susu,
leh plak kena minum kan...
susu lak panas je
kalo letak ais ketul ke leh teima ag tekak aku ni.
tapi aku ngelat
hehehe
aku minum separuh je sebab xsukaaaaa!!!
sory la ye en asrizan sebab temberang.
huhuhu terpaksa...
dengan spek mata aku jatuh masa kat ladang koko nya..
nasib la ada member2 group toyota tolong carikan..
thanks guys
ag satu yang aku xleh lupa group aku masa orientasi
group yang diberi nama toyota.
jangan memain ngan group kitaorg k..
sebab kitaorg la juara keseluruhan.
hahaha bangga aku..
lagu semangat kitaorg memang best..
lagu yang dah beri kemenangan untuk kategori lagu semangat kumpulan.
wah ada kategori lak kan.hahaha

toyo,toyo,toyo,taa......
menewaskan musuh tanpa rasa gerun
maju, laju,maju,laju
toyotaaa....

macam tu la liriknya..
sambil2 hentak kaki kan masa nyanyi tu...
group lain suma bantai lirik panjang2
sebab tu xmenang
hehehe.

kenangan lain masa kat IPAH masa ada latihan JPAM= Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
memang sangat2 annoying..
dengan kena bangun subuh2 ari..
sebab kena kawad..
kena buat latihan CPR,kebakaran,ikatan dan lain2.
paling xsuka before kena kumpul...
ada lak menatang nama 'tebuan tanah'...
aduh!!!
nama pun dah xbest kan...
apatah ag benda tu...memang xbest langsung.
peraturan dia...bila dengar je bunyi tebuan tanah tu semua orang kena cari tempat sembunyi.
dia macam ibarat perang2 la.
so tempat berlndung lak terdiri dari pokok2 di sekitar IPAH tu...
xleh jauh2..kalo jauh dianggap mati.
kalo xnyorok pun mati.
kalo nyorok dalam bangunan pun mati..
hampeh kan..
first day aku dengar bunyi menatang tu aku pn nyorok la..
tapi nasib xbaik beb
aku leh plak nyorok dekat dengan rumah encik semut
adoi!!!
dah la muka xleh angkat..
aku xnak tertangkap dan mati.
sebab kalo mati denda dia sangat xbest...
so first day bernasib baik sebab selamat..
second day yang hampeh sebab makcik sukarelawan JPAM tu dah menipu aku
dia kata
"dik mana de kena nyorok, tadi tu test je bnyi tebuan tu"
aku pown bodoh2 la bangun.
sekali aku bangun dia kata
"ha awak mati"
pergh!!!!
berasap beb masa tu
dan sebagai denda aku ngan kawan2 lain
kitaorg kena melangkah atas badan member2 sampai la ke barisan untuk kitaorg kawad.
sangat kurang sopan makcik tu.
paling aku respect masa aku kat IPAH bila setiap ari jumaat ada bacaan ngaji.
lebih kurang macam tadarus ramai2 la..
semua kena
xde yang terkecuali...
lect ke,student ke,tukang kebun,pak guard,driver,tukang welding suma kena ada.
waktu tu boleh kata macam aktiviti mengeratkan silaturrahim dan menambah pahala
hehehe (^_^)
not bad kan
bila kat IPAH aku sangat suka dengan sikap staf2 kat situ
dari pangkat paling tinggi ke pangkat yang paling rendah suma baik2...
diaorg amalkan sikap keje tanpa menganbil kira status..
maksudnya macam...
suma orang dalam IPAH tu sama je...cuma tugas2 je lain.
kalo bab jamuan,ada aktiviti suma ada kerjasama yang sangat baik..
memang aku rindu sangat ngan diaorg suma.
dan benda tu aku xnampak masa aku study kat Institut Pertanian Bumbung Lima(IPBL)
bukan aku nak membeza kan tapi itu kenyataan nya...
memang berbeza sangat2
dan disebabkan itu jugalah aku dan kawan2 sangat rindu kan IPAH...
if boleh pilih IP mana yang aku nak kalo aku dapat belajar sampai 3 tau pown
aku akan pilih IPAH...
miss that time sangat2  (*_*)

banyak ag kenangan sebenarnya kat situ
  1. gi cilok durian kat ladang dalam IPAH tu.
  2. main mercun masa time raya sampai dak laki kena halau keluar dari asrama sebelum kul 12.
  3. kena buat macam2 sebab nak amik autograph staf masa orientasi.
  4. makan durian ramai2 lepas abis sukan antara IP.
  5. bergaduh ngan dak2 Institut Pertanian Serdang (IPS). (gaduh bersukan ye)
  6. tengok dak laki sambut birthday dengan baling si mangsa kena baling ngan kompos tanah,tinja,ngan tahi lembu.hahaha
  7. usha dak laki study kat gazebo then ,mereka melepaskan tension dengan main kejar2.
  8. buat bubur asyura ramai2 ikut bahagian utara,selatan dan pantai timur.
  9. tengok tv ramai2 kat bilik tv dengan kerenah masing2.
  10. gi makan ramai2 kat kedai zyla even duit xberapa nak ada.
  11. buat BBQ puyuh dan ayam yang setiap kumpulan dapat dari encik zamani untuk subjek ternak.
  12. gi siram pokok yang ditanam kat batas petang2.
  13. cari serangga untuk buat koleksi serangga bagi subjek perlindungan tanaman by Puan Rohaya.
  14. kena wat persembahan drama.
  15. kena buat konsert english yang sangat memalukan aku sebab kena nyanyi.
  16. pekerja dewan makan dari indonesia masak sup kepala ayam.
  17. tengok member bawak tractor sampai langgar pintu bengkel.
  18. naik pickup gi angkat bata

p/s : memang rindu giler masa tu....kalau masa boleh diundur....aku nak kembali ke masa itu (0_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...