~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, October 31, 2014

[LAGU 16] - hati

Assalamualaikum

tadi masa tengah scroll timeline facebook aku ternampak ada sorang kawan share satu lagu ni.tapi aku dah xingat sape yang share tu.huhu aku tertarik nak dengar lagu ni memula pasal ada ag coco.maklumlah sejak akhir2 ni dah jadi peminta ag coco atau nama sebenarnya mohd hezry mohd hafidz.aku suka dia ni pasal dia selalu bawak loghat utara bila bila bercakap which is macam comel je kan.tambahan plak dia hensem.muahahaha

so saje la aku bukak youtube pasal lagu tu.bukaknya pagi tadi tapi petang ni baru aku dengar.lagu ni sebenarnya hafiz hamidun yang nyanyi.si ag coco ni sebagai gitarist je.korang pun sedia maklum hafiz hamidun selalu bawak lagu2 yang awesome.so aku pun dengar la lagu tu dan aku rasa lirik dia memang terbaik.terasa aku bila dengar lirik dia tu.jadinya xkan aku nak terasa sorang2 kan.marilah aku share ngan korang semua lagu ni.enjoy guys (jangan lupa pause lagu background)

HATI - hafiz hamidun dan ag coco



LIRIK LAGU :-

Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Punya
Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Kuasa
Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja
Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja
Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman
Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman
Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Punya
Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja
Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja
Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman
Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman 


lirik lagu aku amik dari website INI.mostly lirik2 lagu dalam blog aku ni aku amik dari website tu.
so amacam terasa xngan lirik lagu ni?hati kita milik Allah :)

Wednesday, October 29, 2014

[LAGU 15] - untukmu imamku

Assalamualaikum

siapa yang xkenal oki setiana dewi?rugi kalau xkenal beliau.muslimah yang sangat lemah lembut dan cantik.salah seorang pelakon ketika cinta bertasbih, cerita yang popular suatu ketika dulu.hari tu aku ada terdengar salah satu lagu nyanyian oki setiana dewi ni.menusuk sangat lagu tu bagi aku.

walaupun video tu berlatar belakangkan majlis pernikahan beliau tapi xkisah la.sebab lirik lagu tu betul2 buat aku menangis.dalam masa yang sama aku mengharapkan agar aku dapat imam yang begitu juga.tapi orang kata kalau diri xbaik mana jangan bermimpi nak dapat pasangan yang soleh.jadinya kena ubah diri sendiri dulu.so aku share ngan korang semua supaya lagu yang best ni aku xde la feeling sorang2 kan.hehehe (plez pause lagu background blog before play video)

Untukmu Imamku



LIRIK LAGU UNTUKMU IMAMKU :-

Terlintas tanya hati
Siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang kan membawa ke syurga
Dia yang mencintaiku dengan semua kekuranganku
Yang kan membibingku di dunia menuju cinta yang kuasa

Untukmu imamku, kuserahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Menggapai cintanya bersama denganmu
Untukmu imamku, kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji Satu
Sambut cintaku hanya untukmu

Dia yang mencintaiku dengan semua kekuranganku
Yang kan membibingku di dunia menuju cinta yang kuasa

Untukmu imamku, kuserahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku
Menggapai cintanya bersama denganmu
Untukmu imamku, kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji Satu
Sambut cintaku hanya untukmu

p/s :amacam ada fefeeling macam aku x?hahaha enjoy the song guys

Tuesday, October 28, 2014

[LAGU 14] - Hijrah menuju Allah

Assalamualaikum

Hari ni nak share pasal lagu dari kumpulan devotees.sempena maal hijrah baru2 ni kan.belum terlambat pun rasa nya nak ucap selamat tahun baru kat korang semua.semoga amalan kita bertambah baik dan semakin baik hendaknya.

lagu ni buatkan aku tertarik nak dengar ulang2 kali.sebab liriknya macam best.kita nak berhijrah daripada yang kurang baik ke semakin baik memang payah.tapi kita tetap kena buat dan pengakhiran nya nanti sangat indah.sama la macam lirik lagu ni.so cekidaut (jangan lupa tutup lagu background blog ye)




LIRIK LAGU :-

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu 

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


p/s : enjoice dan selamat berhijrah

[LAGU 13] - Bila Tiba by Ungu

assalamualaikum

first time aku dengar lagu ni waktu aku tengok cerita himpunan murabbi kat astro oasis.tajuk masuk tu bahagia di alam barzakh yang ada slot untuk arwah ahmad ammar.aku xtau pun itu lagu dari kumpulan ungu.tapi aku memang terpikat bila dengar lagu tu.mendalam betul maksudnya.so aku share ngan korang plak kat sini. (pause lagu kat blog aku dulu ye kalo nak dengar lagu bila tiba ni)

LIRIK : (pause muzik background dulu ye)

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati



Friday, October 24, 2014

Kursus Pengurusan Konflik dari Hijrah Minda Consultant

Assalamualaikum

Hari Pertama (khamis 16/10/2014)
aku sampai dari seri iskandar ke Felda Residence Hotsprings dalam jam 12.20 tengahari macam tu lah.sampai je masa tu masih belum boleh check in sebab bilik xsiap kemas lagi.tempat ni macam xkisah korang nak check out pukul berapa pun janji sebelum pukul 2.sebab ramai yang aku tengok dok tunggu bilik even masa tu dah pukul 1 lebih.so kitaorang decide nak gi makan dulu lah sementara tunggu bilik siap tu.


lepas settle makan dalam pukul 1.45 macam tu still xsiap lagi bilik.dok tunggu jela kejap.xlama lepas tu mak lang@organiser bagi kunci kat kitaorang.tunggu lagi kan.badan dah lemau nya terus ambik kunci bilik dan check in.dah settle solat pe semua baru perasan handbag aku xde.rupanya tertinggal kat meja dekat tempat registration.nasib la masa tu ramai lagi geng mpob xcheck in lagi.masa tu la aku tau yang ramai lagi xdapat bilik.aku ingat masa kitaorang ambik kunci tu semua nya dah ready la.yang xdapat bilik lagi plak semua dari hq ngan zon selatan.jenuh menunggu.


kelas patutnya start pukul 2.30 petang.tapi terpaksa start lambat sikit sebab ramai yang tengah solat pe suma.ustaz hadi pun xsampai lagi masa tu.yang ada cuma cikgu shril je yang dah sampai.lebih kurang dekat2 pukul 3 gak la baru start kelas.tapi petang tu xde buat apa pun.just buat ice breaking dan bentuk kumpulan je.adala main game sikit2 untuk kita lebih kenal peserta2 kursus tu.sebabnya walaupun kitaorang ni dibawah nama satu agensi tapi kitaorang datang dari pelbagai unit dan pejabat.ada yang dari johor, hq, timur dan utara.


malam jam 8.30 start kelas balik.waktu ni just main game traffic jam je.pastu ustaz hadi huraikan apa fungsi nya game traffic jam ni.lepas tu adala ustaz hadi share sikit pasal tips2 kesihatan diri dan cara-cara nak ubatkan.ustaz hadi dan cikgu shril ni pengamal NLP (neuro linguistic programming).yang aku tau kalau nak belajar NLP ni kos nya boleh tahan mahal la.tapi bagus untuk diri sendiri dan orang lain.


habis kelas dalam pukul 10.30 malam.habis je kelas aku xterus balik bilik.aku dok lepak kat tempat registration sebab kat situ ada wifi.dok teman member aku layan citer roomate.untuk makluman wifi YES aku xberfungi masa dok kat felda residence hotsprings ni.dok kelip2 je la lampu wifi tu.sabar jelah.line internet digi masa kat bilik E tapi kat kelas elok plak H. kalau line internet maxis lagi nan hado. asyik G je lah.lepas tu baru la naik bilik dalam pukul 12 camtu.naik bilik siap solat semua terus tido.xpernah2 aku tido awal kan.selalu pukul 2 baru tido tapi aritu 12.50 dah tido.kepenatan gamaknya.

Hari Kedua (jumaat 17/10/2014)
nyaris la tersedar dari tido.aku dok harapkan member aku dok kejut aku.sekalinya masa alarm bunyi nyaris la aku tersedar.masa tu dah pukul 7.05pagi.dah jenuh alarm aku dok melalak masa tu.sebab budak bilik sebelah aku pun dengar.hahaha alkisah sebab bilik kitaorang ada attach door.hehehe yang member aku plak masa aku sedar tu dia boleh plak berdengkur lagi.terus bangun mandi dan bila keluar toilet tengok member dah bangun.

aku ingatkan dia bangun sebab dengar bunyi alarm aku rupanya dia terjaga sebab akak bilik sebelah dok ketuk pintu bilik yang attach tu.hahaha hampeh betul.kelas pagi tu start pukul 8.30 pagi so kitaorang turun sarapan lagi 5 minit pukul 8.makan je la sungguh2 kan konon2 nak bagi tenaga.dah macam nak buat aktiviti berat je pun.

padahal pagi tu bukan buat game ape pun.just main game indoor je pagi tu.sebab kelas ngan ustaz hadi.petang baru lah kitaorang start game outdoor dengan cikgu shril.masa otw ke kelas jam 2.30 tu ujan dok renyai2 je.xde la lebat sangat.just macam sekadar basah bumi yang panas ni je.dok main la game talian kasih ngan mende ntah.tapi syok gak la game tu.pastu bila kumpulan aku diabaikan terus jadi boring,hahaha tapi masa game tali tu syok sebab group aku menang no 1 :p

macam2 penjelasan masa main game ni.huhuhu tiada betul tiada salah tajuk game tu
xingat nama game ni.tapi kena baling dadu dan gerak ikut no genap dan ganjil kedepan kebelakang
talian kasih kot nama game ni
petang sikit lebih kurang pukul 4.30 kitaorang gerak gi hotsprings.ala xjauh pun jalan kaki lebih kurang 10 minit je.masa tu ustaz hadi belanja sorang sebijik telur.kan kat hotsprings tu ada tempat rebus telur.so kat situ la kitaorang dok melepak.masa tu dah dekat 5.40 kot.lepak2 la kejap tepi kolam air panas tu sementara tunggu telur siap rebus.


cikgu shril ngan ustaz hadi manja2.hahahaha
sesi suap telur.kasih sayang kononnya
lepas semua dah settle makan telur terus ke public pool.dulu ada sotong besar kat gelongsor air sejuk ni tapi sekarang dah xde.togel je aku rasa tempat tu.xsyok langsung.kitaorang dok main game explorace kat situ.jenuh gak la pusing2 tempat tu.boleh la kurang 50 gram agaknya aku berlari-lari. macam2 game ada.semua game tu ada tujuan nya.tapi kalo dah dapat main maunya nak ingat tujuan game tu.harammmm terus kejar tujuan utama iaitu nak memang.huhuhu tapi kumpulan aku xmenang pun.dapat no 2 je.jadila dari xde kan.




last sekali kitaorang dapat la mandi kat kolam tu.lepas la hajat nak mandi kan.sebenarnya masa check in semalam memang kitaorang dapat gelang untuk masuk hotspring tu sorang satu.tapi aku xguna pun gelang tu.masa main explorace tu pun main masuk je.konon nak mandi ari sabtu lepas kursus tu.tapi disebabkan tempat tu dah xbest so aku decide xnak mandi.bebudak pejabat yang follow sekali aku masa kursus pun decide xnak mandi.


malam pulak ada bbq yang disediakan.cikgu shril kata makan sampai xleh bangun pastu start kelas pukul 9.ikutkan memang nak makan lagi sebab nak cover perut sampai esok pagi.tapi xjadi sebab perut dah sengkak sangat.untuk makluman kat situ xde kedai runcit.pandai2 korang la kalo lapar tu gi la keluar ke pekan or ke felda berhampiran.

masa kelas pulak ustaz buat macam game debat antara kumpulan.team aku dapat tajuk carefour vs tesco dan team aku pilih carefour.jenuh kau berdebat nak menangkan tajuk yang kitaorang pilih.tapi aku rasa tajuk tu jela yang kecoh masa debat.tajuk sony vs samsung tu xdela best sangat.hahahaha pastu macam biasa ustaz share tips kesihatan dengan kitaorang

habis kelas terus masuk bilik sebabnya badan dah penat sangat.yelah siang tadi dah penat berlari2 main explorace bagai.badan pun dah sakit2 rasanya.masuk je bilik kemas2 beg sebab esok dah nak check out then terus tido.masa nak tido tu boleh pulak aku terasa ada air merecik kat muka.aku suspek siling bilik tu bocor.sebab aircond masa tu jauh gak kalo nak terpercik pun.tapi aku ternampak siling bilik tu macam bocor.so mungkin siling la punca air terpercik tu.

Hari Ketiga (sabtu 18/10/2014)
pagi tu macam biasa sarapan dan start kelas dalam jam 8.30 pagi.xde buat apa pun pagi tu just main game back to back balloon.kelakar gak la time main game ni.first kitaorang kena cari partner dan berdiri membelakangkan partner korang tu.kemudian selitkan belon di celah belakang korang dan partner.then kena lari dari belakang ke depan pentas.hahaha macam2 perangai.sampai kasut ngan selipar pun tercabut.actually kursus kali ni ramai orang muda so memang happening la.

penampakan kelibat ustaz hadi dan cikgu shril.haha
second round pulak duduk sebaris panjang by group dan setiap celah tu kena selitkan belon.kemudian bila wisel bunyi terus lari ke depan pentas. third round duduk berdepan dengan partner dan lari lagi.round keempat paling kelakar sebab korang kena lari ngan partner sambil belon yang mula2 letaknya di perut tu perlu sampai ke muka.masa dah sampai ujung tu aku tengok ada satu couple dari group aku ni dok tergesel2 belon tu sebab nak bagi sampai ke muka.memang kelakar habis dan buat lagi kelakar sebab diaorang lelaki.hahaha nasib la yang sorang tu laki orang.

last round kitaorang kena lari ngan partner sampai ke pentas dan pecahkan belon tu.time pecahkan belon la paling best sebab semua perangai budak2.lepas dari tu xde aktiviti apa pun.just cikgu shril bagi ulasan mengenai game explorace yang kitaorang main semalam.nampak je macam game biasa tapi sebenarnya ada makna semua game tu.ada pengajaran yang boleh diambil dari setiap game.yang paling ketara sebab game tu adalah kerjasama la kan.

lepas settle cikgu shril bagi ulasan tu ada la minum pagi sikit dan isi borang penilaian kursus.lepas tu diteruskan pulak dengan sesi penyampaian hamper dari pihak hijrah minda.cikgu shril kata bab hamper ni semua nya ustaz hadi balut sendiri.ustaz hadi kata dia xnak orang lain yang balutkan.dia lebih suka balut sendiri sebab dia nak tunjukkan yang dia hargai setiap peserta yang ada.bukan dihargai ek tapi menghargai usaha peserta.tapi ustaz balut hamper memang kelaut sikit la.hahaha tapi sebenarnya kalo aku balut hamper pun jadi hancus.sebab hamper la paling susah nak adjust balutan dia.huhuhu time bagi hamper pulak boleh cikgu shril dok cak2 ngan orang yang terima hamper.dia enterframe pic orang.ustaz hadi kata cikgu shril xleh bawak gi majlis.hahahah comel je dua2 pengajar kitaorang ni.

habis bab terima hamper setiap kumpulan kitaorang kumpul ramai2 untuk bergambar pulak.bergambar dengan semua sekali peserta.sepatutnya xde pun gambar tu.tapi disebabkan sekarang cikgu shril dah menjerumuskan diri ke arah photography so sila gunakan kelebihan yang ada.hehehe amik gambar kumpulan tu guna cikgu shril punya kamera dan macam2 aksi ada.

ucapan sebelum penutupan kursus


finally lepas habis bergambar terus gi makan tengahari sebab masing2 nak checkout dari bilik jam 1 tengahari.tapi secara keseluruhannya program dengan hijra minda ni awesome la.walaupun sebenarnya banyak kuliah yang lari dari tajuk.tapi setiap game tu ada kaitan dengan tajuk kursus.tambahan pulak dapat penceramah yang memang sempoi habis.ustaz hadi ngan cikgu shril memang terbaik la.ustaz tu kalau korang tengok dia pakai tshirt kasual tu dah macam student dah.kalau dia pakai baju formal untuk berceramah tu nampak la kematangannya.

aku dan kawan2 bertolak balik dari sungai klah tu dalam pukul 1.45 camtu la dan sampai ke seri iskandar jam 3 petang tepat.sebab singgah hantar budak opis sorang lagi kat gopeng.owh kitaorang xdrive sendiri sebab ada driver tolong hantar dan ambik.nasib baik driver tolong kalo xaku pun seram gak nak drive kat sungai klah tu.jalan kecik nau.masa datang tu xpe lagi sebab khamis orang xramai.time nak balik tu kemain ramai orang.kedai nasi buluh yang masuk majalah 3 ritu pun kemain panjang orang beratur.

so habis sudah kisah aku berkursus.errr aku pun xtau kenapa aku terajin nak taip entry kursus kali ni.bukan nya aku xpernah berkursus.huhuhu tapi xpe la mana tau next time aku nak recall memory pasal kursus ni adala jugak aku coretkan kat sini.huhuhu sampai ketemu lagi kawan2 :)

Friday, October 10, 2014

Holiday Pangkor Part 3 - 28/09/2014

Assalamualaikum

kali ni aku nak sambung part 3 pulak aka hari terakhir kitaorang kat pangkor.Part 1 boleh baca dekat SINI dan part 2 boleh baca dekat SINI. okey pagi ni xde buat apa pun.kitaorang bangun gi breakfast pun lebih kurang pukul 9.15 macam tu.terus keluar bawak helmet sekali sebab nak gi pulangkan motor dekat tempat abang alon.

lupa nak letak kat entry part 2.kan aku cakap breakfast kat situ DIY kan.dia sediakan bahan2 sarapan macam western sikit.tapi ada jugak disediakan nasi lemak sebungkus.so dapat la tampung perut.memula aku bajet macam lapar plak nanti.tapi lepas tu tengok ok je.masa hari kedua aku xde rasa lapar pun.padahal aku makan nasi lemak, telur ngan sosej 2 biji pastu air (kalo ikut perut aku rasa kurang lagi tu :p). alhamdulillah la xrasa lapar kan.huhuhu

so pagi hari ketiga ni aku saje2 la try masak pancake dia tu.saje gatal mata sebab xde mende nak buat pagi tu kan.so relax2 la dulu kat dining hall tu.lepas makan nasi lemak aku gi goreng telur ngan sosej.dah habis yang tu gi masak pancake plak.pastu gi amik roti plak.hahaha memang kenyang la.kul 3 lebih baru lunch hari tu

teruskan mencuba untuk dapatkan hasil yang terbaik.haha
settle pulang moto lebih kurang pukul 10.25.lambat sikit sebab kawan abg alon tu tolong handle orang2 yang nak naik bot.hari ahad tu plak aku tengok ramai giler orang kat tepi pantai tu.settle pulang moto kitaorang pun gerak la balik guesthouse jalan kaki.sambil2 tu aku snap la chalet yang ada sepanjang nak ke guesthouse aku tu.so senang la korang nak pilih kan.hehehe

kalo nak chalet yang betul2 depan pantai adalah hornbill resort teluk nipah dengan ada satu lagi tempat.tapi aku xsnap plak sebab dia belah kiri dari jalan chalet aku tu.so nanti korang pandai2 la google nama2 chalet ni kalau korang xnak stay kat guesthouse tu.

ini chalet yang ada sepanjang jalan ke guesthouse tu

sorry pic xberapa jelas

sampai bilik terus mandi dan kemas barang.sebab masa tu pun dah nak dekat pukul 11.standard la check out kan pukul 12.so terus la siap2 semua dan get ready nak check out.masa check out tu terus minta sis alia callkan taxi.dia kata kalo xde orang angkat maknanya kitaorang kena gi jalan kaki ke tempat taxi.dekat area abg alon tu tempatnya.syukurla ada orang angkat so xpayah la jalan kaki.yehaaa

sebelum balik sis alia amik gambar kitaorang untuk letakkan dalam facebook.memang setiap customer yang duduk situ dia akan minta amik gambar masa checkout.kira macam kenang-kenangan la kan.

sis alia yang pic atas tu
so teksi sampai terus gi jeti.macam biasa cas nya RM15 untuk 2 orang.sampai jeti aku tengok giler ramai yang beratur nak balik.rupanya yang sepanjang-panjang barisan tu untuk feri ke jeti marina.muahaha nyaris la xnaik dari marina kan.panjang sangat beratur nya.jenuh nak tunggu.barisan untuk jeti lumut xde la panjang mana tapi panjang suku dari barisan marina.huhuhu

kitaorang xterus naik feri masa sampai jeti tu.sebab tengok feri yang ada tu pun macam nak penuh.so member aku suggest tunggu feri lepas tu.xde la tunggu lama sangat pun.dalam 15 minit macam tu dah sampai feri.yang feri marina xsampai2 gak lagi.keh3 feri dah sampai terus la kitaorang naik.dapat pulak feri yang 2 tingkat.feri tu besar sikit la dari feri yang kitaorang naik masa datang ritu.


bila dah 2 tingkat ni tau2 je la.seat pulak semua penuh xde yang kosong.memang jadi slow la kan perjalanan feri tu.kalau masa datang dulu dalam setengah jam je dah sampai.tapi balik ni dalam 40-45 minit gak la baru sampai.aku pulak duduk dekat area enjin.haa memang rasa bergegar je la badan.xde tido pun sebab xselesa sangat.tambah pulak bising sikit dalam feri tu.

kipas tu beli kat tokong fu ling kong.RM 1 je pasal panas sangat.huhu
sampai je jeti lumut terus simpan barang dalam kereta dan keluar balik ke tepi jeti lumut.sebab kitaorang nak shopping segala bagai keropok ikan,satay, ikan bilis semua tu.xde beli pun masa kat pangkor.dekat sejam gak la kitaorang shopping situ.aku dah dapat kawan sorang kat satu kedai ni.kisahnya pasal aku dah 3x pergi situ beli keropok ikan untuk ayah.keropok ikan tu dari ikan merah dan kedai dia je yang ada jual.ikan merah ni xgatal dan lebih sedap sebab tu ayah aku suruh beli.dia mana boleh makan ikan gatal.sebungkus tu dalam RM 13.80 la gak.bila dah selalu sangat datang mamat tu pun dah kenal aku.siap cakap kat kawan dia yang aku ni member.hahaha padahal nama pun aku xtau.selalu main sembang je.huhuhu

settle beli barang terus keluar.parking mahal giler.parking bertingkat tu dia cas sejam RM0.60.aku tengok dalam google diaorang kata ada yang kira untuk sehari RM10 je.tapi masa aku gi xde plak.dia memang kira sejam RM0.60 kalau korang paking situ 2 hari korang darabkan la sendiri.

balik tu singgah aeon manjung jap.sebab nak tunaikan janji belanja kenny rogers kat member aku.huhuhu tapi kenny rogers manjung xbest la.dah la kotor sikit tempat nya pastu plating makanan memang fail.kalo suruh skor dari A-E aku bagi E terus.bersepah plating dia.dengan kuah tercalit sana sini.rasa pun kurang sikit.sedih betul aku.

dah siap makan jalan2 dalam aeon jap pastu terus balik ke tapah.masa lalu satu jalan ni xtau la camne kitaorang boleh salah jalan.masa tu pulak dah pukul 6.30 macam tu.cuak gak la sebab aku xtau jalan lain selain jalan aku selalu lalu.member aku tu tau tapi dia xtau macam mana kitaorang boleh ada kat jalan lain.memang misteri betul la.tiba2 masa dah jalan ikut arrow malim nawar aku jumpa jalan aku selalu balik.hahaha terus je la masuk jalan tu.at least xde la sesat dah.sampai umah abang amni dalam pukul 7.10 gitu.terus kemas2 barang then balik.memang main giler la aku bawak kete.sebab area jalan temoh tu memang gelap.aku ni sebenarnya silau so xbiasa bawak malam.memang main redah je malam tu.dengan pasang lampu high beam nya.hadoi la sorry la ke pemandu2 lain.

so sampai rumah aku dalam pukul 7.45 gitu.penat la gak kan tapi xpe la bukan selalu.huhuhu pagi esoknya baru aku gerak balik seri iskandar sebab aku xcuti pun isnin tu. okey la tu je aku nak story.bawah ni bajet untuk hari ke tiga pulak.hehe


p/s : itu je la yang nak di share.harapnya adalah sikit sebanyak yang dapat bantu korang.ahaks

Holiday Pangkor Part 2 -27/09/2014

Assalamualaikum

PERHATIAN : entry ni panjang giler >_<

hari ni aku nak sambung part 2 plak.part 1 korang leh baca dekat SINI. hari kedua ni kitaorang keluar breakfast kat dining hall nipah guesthouse lebih kurang jam 9.15 pagi.memula macam kekok sikit la nak DIY breakfast sendiri sebab dah biasa breakfast luar ni benda dah siap kan.tapi jangan risau sebab sis Alia akan explain nanti.

waktu sarapan pagi.nampak xforeigner disitu.hehe
lepas sarapan kitaorang gerak pergi area tepi laut tu cari aktiviti air mana yang murah dan berbaloi.bersepah kat tepi2 tu diaorang letak papan iklan pasal aktiviti air.korang pilih je la mana yang berkenan.beza nya samaada harga murah or mahal je.ada yang boleh naik bot besar ada yang bot kecik.tapi bot besar mahal la kan.

view dari tempat abg alon
masa tengah jalan2 mencari tu kawan aku bagitau yang dia punya member ada bagi contact no sorang brother ni.dia keje kat situ gak la dok bawak orang gi snorkeling pe semua.so tunggu lagi...terus member aku tu call untuk confirmkan dia keje ke x.dah confirm tu terus la gi cari dia.rupanya dia duduk nun hujung sana kat area jalan masuk.

so sembang kasi intro dulu la.dok amik mood nak riki harga kan.nama brother tu abang alon kot.so sembang2 dia tanya la nak main game ape?kitaorang pun xterfikir nak main game lain.just nak naik bot dan gi snorkeling je.harga betul dia charge RM60 pastu bagi harga kawan2 RM 50.sembang sikit lagi aku try minta jadi RM 45 je pehtu dia cakap kita turun lagi la RM 40 je.yeaahhh tq abang alon.

tapi dia cadangkan kitaorang gi snorkeling petang sebab pagi air surut katanya.kalo gi snorkeling pun buat luka kaki je.so kita ikut cakap expert dan decide untuk gi mandi manda petang nanti.oh sebenarnya kannnnn kitaorang xmandi pun pagi tu.hahahaha dah kata konon nak mandi laut je pagi tu sekali xjadi lak.sampai ke petang xmandi :p

tengah2 lepak ngan abg alon and friends member aku tanya kat diaorang ada  xmoto sewa yang murah.dan diaorang pun dengan baik hati tolong ushakan moto untuk kitaorang dengan harga standard RM30 sehari.so just tunggu kat situ and kawan dia amikkan moto tu.tapi moto tu breknya xberapa nak makan.kena la bawak dengan berhemah.kata owner guesthouse aku duduk tu minyak brek dah tinggal sikit.sebab tu la xberapa nak makan tapi still leh guna cuma kena tekan kuat sikit.tapi yang best minyak moto xpayah isi sebab tangki penuh.yehaa

dapat moto then say good bye kat abg alon and geng dan kitaorang balik bilik jap.sebab just bawak duit RM50 je.lesen ngan purse semua tinggal dalam bilik.kalo rasa2 tetiba kena ada roadblock dan nak kena saman sila lah bawak moto tanpa lesen.huhuhu

check minyak moto sat
owh ye dekat pangkor ni pelancong lebih prefer motor dari kereta.sebabnya sana jalan kecik pastu parking plak xde.melainkan kalo korang stay kat hotel or tempat yang sediakan parking.kalo chalet area teluk nipah ni mostly xde tempat parking kereta yang banyak.moto pun parking tepi2 jalan je dan jangan hairan kalo moto kat sana xboleh dikunci handle nya.

aku memula macam pelik apahal xleh kunci handle moto ni.pastu owner guesthouse cakap moto kat pangkor ni memang xyah kunci.xkan hilang punya.kalau helmet tu korang bawak masuk bilik la.sebab helmet high possibility nak hilang.tapi moto korang bior je situ.tapi jangan la plak gi tinggalkan kunci kat moto tu.bengong namanya.hehehe

lepas settle semua kitaorang teruskan perjalanan ke area jeti.sebelum tu singgah satu tempat ni.view memang superb la kat situ tapi sunyi.aku terperasan pun sebab nampak ada moto keluar dari situ.kat situ ada 2 orang tourist gak.mat salleh you kat situ.hahaha diaorang pun usha2 dan amik pic view kat situ.so kitaorang dok la situ jap selfie2 then nak balik ada la sekumpulan anak cina gi mandi kat situ.dari pelantar tu dia main terjun je.nampak best la gak.

nampak xview belakang kitaorang tu ^_^
siap selfie teruskan perjalanan semula.jalan dari teluk nipah nak ke jeti tu memang berbukit la kan.dengan kondisi motor yang macam segan2 nak jalan tu gigih la aku rempit naik bukit.memang kena guna gear 1 je la sepanjang naik bukit.dah ar bunyi moto masa naik bukit tu lain macam.jeles je bila nampak motorist lain naik moto lawa2.hahaha rasa nak tukar je moto tu dengan yang lain.

sampai area jeti tu kita pergila mencucuk duit dulu.pasal duit yang ada dah kering.dekat pangkor ni ada 3 jenis bank/ATM iaitu maybank, Agro bank dan Ambank.so xpayah risau kalau duit dah nak habis.pergi lah cucuk duit dipekan sana tu.

lepas settle cucuk duit kitaorang gerak ke kota belanda dan batu bersurat.yang sengalnya boleh pulak terlepas kota belanda tu dan menonong terus ke batu bersurat.padahal nampak je papan tanda kota belanda belah kiri.tapi aku xpandang kanan memang la xnampak/.padahal sebelah jalan je.hadoi yai....tapi buat muka xmalu lepas amik gambo kat batu bersurat jalan depan sikit dan nampak ada akak tu jual kat tepi jalan.kat situ area kampung dah.nampak plak sengkuang calit sos merah ngan kacang.perghh legend nih terus order.sekeping RM0.50 je pun.sambil2 tu tanya la akak tu mana kota belanda ngan tempat menarik kat pangkor tu.

batu bersurat@batu conteng sebab penuh contengan je
sengkuang calit sos merah
settle melantak terus gi kota belanda.kecik je tempat tu ingat kan besar.masa tu pun xpanas sangat dan xramai orang lagi.so apa lagi berselfie lah kita sekejap.dah amik gambar pe semua teruskan perjalanan ke tempat lain plak.


jadi x kesenian kitaorang.haha
kalo dari teluk nipah tadi masuk simpang kanan dari jeti untuk ke kota belanda dan batu bersurat.kalau nak ke tokong fu ling kong dan jugak kilang2 satay tu korang kena masuk simpang kiri plak dari jeti tu.kiranya jalan bertentangan la.korang akan kena naik bukit sikit la.kalau belah batu bersurat tu banyak masyarakat melayu yang dekat kampung sg pinang besar dan kechil ni banyak masyarakat cina.

kalau xtau jalan pun korang buat2 tau sebab jalan lulus je pun pastu ada arrow tapi kecik sikit la.perasan ngan x je arrow tu.so singgah sekejap ke tokong fu ling kong pasal ada budak tu kabo ada ikan besar yang makan orang pun boleh.rupanya ikan arapaima je pun memang la besar.owh jalan nak ke tokong fu ling kong ni kena masuk kawasan perumahan cina.so jangan confuse lak nanti


lepas tu teruskan perjalanan pergi ke kilang satay.ada dua kilang satay aku gi masa tu.tapi sorry la lupa nak snap gambar.bagi aku xde ape pun nak cari kat kilang tu sebab macam sama je harga ngan lumut.cuma kalo ikan bilis aku suggest beli kat pangkor la.sebab kata sorang abg teksi tu yang jual kat lumut tu ada yang ikan bilis dari thailand dan bukan dari pangkor.

balik dari kilang satay terus singgah makan tengahari kat area jeti sebab dah lapaq sangat dan risau area kat teluk nipah xde banyak pilihan.makan tengahari pun rasa ok2 je la.xde la menyelerakan sangat.harga pulak standard.

habis je makan terus start moto dan balik ke guesthouse.masa tu lebih kurang pukul 2.30 camtu la.parking moto dan terus masuk bilik rehat,solat dan tido.yang pasti xjugak mandi lagi.hahahah xsenonoh. lepas lelah sekejap then pukul 3.30 bangun balik sebab dah janji ngan abg alon nak gi snorkeling.tapi janji melayu macam biasa la.pukul 4 baru kitaorang gi sana.nak gi tepi pantai tu bukan jauh tapi gigih naik moto.biarlah dah sewa kan.hahaha

ini lah abang alon
so mari lah naik bot kecil untuk pergi snorkeling.padahal xsnorkeling pun kan.abg alon bawak gi jalan sikit ke tengah laut then terus tinggalkan kat satu pulau ni.alah dari tepi pantai tu pun nampak pulau tu.dia tinggalkan kat situ so korang pandai2 la mandi ke snorkeling bagai.nanti nak balik korang call je la abang alon tu.masa sampai tempat snorkeling tu lebih kurang pukul 4.15 camtu la.aku xsnorkeling pun.sebab xreti nak pakai alat snorkeling dan aku xsuka sebab benda tu kan bergetah.so tertarik tudung bagai.aku lak pakai tudung xsesuai masa tu.last2 sangkut kat life jacket je benda tu.so mandi je la sampai pukul 5.40 member aku call abg alon cakap nak balik.


lepas abg alon sampai kitaorang pun naik la bot dan on the way balik abg alon bawak pusing pulau tunjuk batu uang menyerupai kepala buaya, penyu dan ikan paus.then dia bawak sekali pusing kat area tepi laut yang ada replika tokong cina.saje2 la dia pusing.lepas sampai kat tepi pantai tu kitaorang terus gerak ke tepi pantai belah kanan sikit.sebab kat area abg alon tu xramai orang mandi.yang belah kanan tu ramai dan masa tu ada macam2 game air.tapi nak main mostly untuk 4 orang la.kalau 2 orang dia charge harga mahal sikit.so xberbaloi.daripada sorang dapat harga dalam RM20 camtu terus jadi RM25 sorang.

so kitaorang decide untuk mandi je la kat tepi tu sementara tunggu sunset.tapi sedih sebab sunset xnampak petang tu.syukurla dah amik gambo sunset hari jumaat.so xde la terkilan sangat kan.owh sebenarnya aku bawak beg hypergear yang jenis kalis air tu.so simpan henset,duit,kunci moto semua dalam tu.masa kitaorang dua mandi xtau mana nak tinggal beg tu sebab takut hilang.last2 campak dalam air then sangkut kat pokok kat tengah sikit dari tepi pantai tu.orang pelik je tengok beg tergantung.huhu

yang hijau tu la hypergear dry bag
lebih kurang 6.50 kitaorang pun naik sebab dah jenuh mandi.pastu sunset pun xde.parking moto kat gerai burger.terus la order burger.pehtu sebelahnya nampak plak gerai charkuey teow.nampak menarik je tapi masa tu baju basah.member aku dok ajak makan aku plak macam segan sebab xnampak orang lain basah pun.pastu aku macam ternampak sorang mamat ni baju dia basah.terus la aku cakap kat member aku gi makan.bila dah order baru perasan rupanya baju dia xbasah pun.hahaha malu giler.

dah siap makan terus naik moto balik bilik.dekat chalet area teluk nipah ni mostly akan ada laluan basah.maknanya korang basah2 tu xpayah la gigih nak lalu ikut depan.dia ada sediakan pintu kecik untuk korang lalu.macam kat guesthouse ni dia ada sediakan shower kat belakang tu.so korang boleh bersihkan badan dari pasir then masuk bilik.masa tu la yang bilik aku xde elektrik.untuk lebih lanjut korang boleh baca kat entry aku pasal guesthouse kat SINI

view waktu xde elektrik
bila dah xde letrik tu kitaorang decide untuk keluar makan je la.lebih kurang pukul 8.30 cam tu la.kitaorang teringin nak makan ikan bakar malam tu.so kedai first tu aku tengok macam mahal je ikan nya.jalan2 jumpa la kedai no 3 ni.dah siap pilih ikan,kerang ngan sotong terus la duduk tunggu siap.

alkisahnya kedai no 3 ni yang buat kitaorang hangin adalah sebab kitaorang dapat ikan dan kerang yang dah berbau.memula aku dah rasa kerang dia apahal banyak yang busuk dan rosak.tapi biarkan je la.tomyam, sotong tepung dan lain2 menu tu ok.tomyam dia pun ada rasa la xmacam yang kedai semalam.lauk semua dah sampai ni tapi ikan bakar xsampai2.lama gak la kitaorang tunggu.dah macam pelik dah.apahal lama sangat nak sampai.

so bila ikan tu dah sampai rasa teruja la kan.sebab teringin nak ikan bakar.pastu member aku amik la sesudu ikan tu.dia rasa then dia kata ikan berbau.aku pun try la rasa.memang berbau ikan tu dan rasa dia memang lain dah.terus putus selera nak makan.sakit hati betul.pastu member aku panggil sorang akak ni yang amik order kitaorang tadi.bila member aku cakap "kak ikan ni dah berbau la.rasa pun dah lain". dia terus blah pastu dia cakap kat sorang budak yang juga pelayan "aku dah cakap.tu sape nak menjawab tu". masa tu korang xrasa panas ke.sebab dia cakap benda tu depan2 kitaorang.jelas di pendengaran kitaorang masa tu.

nampak menarik je kan ikan bakar tu.padahal ikan lama.dah berbau dan rasa lain.phuiii!!
dengan xde sebut perkataan maaf langsung dia bla dan ungkapkan ayat tu. lepas tu pakcik yang bakar ikan tu datang kat meja.dia tanya kenapa then member aku cakap la benda yang sama.pakcik tu kata "oo berbau sikit ye ikan tu". aku terus sambung "bukan sikit pakcik.rasa dia pun dah lain". then pakcik tu kata "xpelah ikan ni kita tolak la dari bil tadi.ataupun nak tukar ikan lain pun boleh". tapi sebab serik nanti kot kena ikan busuk lagi kitaorang xorder dah.terus jadi suram dinner malam tu.

makan pun xhabis sebab dah putus selera.masa nak bayar saje la member aku tanya kat akak tu "ikan tu memang dah tau xelok ke.sebab saya dengar akak cakap tadi.kalau xelok kenapa hidang". tapi akak tu potong dia balas "ha tu tanya tokey.ni tokeynya" sambil tunjuk tokey dia depan kitaorang.yang tokey pulak boleh buat2 xtau dia tanya "ha kenapa plak tu". tapi terkilan la sebab xde langsung perkataan maaf dari diaorang berdua.yang minta maaf pakcik yang bakar ikan tu je sebab masa kitaorang keluar dia cakap "maaf la anak ye terlebih terkurang". rasa nak marah pun xjadi sebab dengar dia cakap camtu.sedih bila teringat balik perangai akak2 tu.

balik bilik dengan hati kecewa sebab xdapat ikan bakar.nasib baik la letrik dah ada kat bilik.tapi kitaorang lepak kat luar bilik dulu.almaklumla guesthouse tu kan view cantik.lepastu ada disediakan kerusi, kolam dan jugak cabana untuk relax2.lagipun masuk bilik bukan ada nak buat apa.lepak kat luar lagi best.

xlama lepas tu masuk bilik lepak2 sat sambil kemas beg sebab esok nak balik dah.sambil2 tu naik kat loteng sebab xnaik lagi sampai pintu dia.xnaik rugi pulak kan.hahaha lepas tu terus tido.oh ye guesthouse tu free wifi and laju plak tu.so sila minta owner kalau korang stay situ.sangat berbaloi okeh.

naik okey nak turun xreti.hahaha
okeyla setakat itu saja lah entry part 2.part 3 akan disambung nanti.part 3 pendek je sebab separuh hari.hahaha tapi bagi aku makanan kat area teluk nipah ni xde yang menarik.rupa tu je menarik tapi rasa sangat la kurang.kata abg alon makanan yang sedap dekat area pasir bogak tu.tapi dah malam xkan nak gi sana kan.seram okeh sebab jalan berbukit. so dekat bawah ni bajet kitaorang untuk hari kedua.
mahal dekat makanan je.hehehe

Wednesday, October 8, 2014

Liebster Award By Fifie

Assalamualaikum

Haritu terbaca dekat shoutbox yang ada someone bernama Fifie tag aku untuk join liebster award ni.huuhuhu aku xde hal pun nak jawab soalan2 tu semua.cumanya aku xrajin nak mencari orang untuk aku tag.so fifie halal lah eh kita xtag orang lain.hehehe thanks fifie sebab tag

okeh la kat bawah ni kita nak jawab balik soalan2 yang awak bagi tu.huhuhu

1. Share 1 gambar yang boleh buat korang gelak


2. Share 1 lagu yang boleh buat korang tersenyum

3. Share 1 motivation/quote yang dapat mengembalikan semangat korang bila down
- Banyak sebenarnya tapi salah satu nya 'Man Jadda wajada (siapa yang bersungguh- sungguh pasti berhasil)

4. 3 list utama yang ada dalam wish list korang sekarang
- umrah
- kahwin
- rumah sendiri

5. 3 drama/movie terbaru yang korang telah/sedang tontoni
- what happen to my family
- my love from another star
- koleksi movie barbie

6. 3 cara melupakan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup korang
- xpernah alami lagi.kalau kehilangan family or sahabat baik pun xkan pernah saya belajar cara nak lupakan mereka.

7. 3 perkara yang korang lakukan bila berdepan semula dengan ex korang dengan sengaja atau tidak
- xpernah ada ex so xde benda nak saya buat :p

8. 5 list brand bagi produk kecantikan muka yang pernah korang pakai
- fair n lovely (zaman2 sekolah rendah0
- safi balqis
- ponds
- biore
- simply siti

9. kenapa ia baik/sesuai untuk muka korang
- ntah la.selalu main pilih je mana yang murah,hahaha tapi bila dah dewasa ni sebab suka barang2 nya jual satu set terus.huhu

10. apa komen anda tentang cik fifie feyca ni?
- belum boleh komen lagi kot.sebab saya new follower awak.tapi nampak gaya macam seorang yang ceria,happy go lucky dan comel.huhu

11. pada pendapat anda, apa yang perlu ditambah baik dalam blog fifie ni?
- mostly okay dah.blog awak lagi cantik dari blog kita T_T keep it up and always hepi fifie =)



Tuesday, October 7, 2014

apa benda ganglion@urat simpul ni?

Assalamualaikum

aku nak tanya korang yang tahu mengenai ganglion ataupun ayat melayunya urat simpul.sebenarnya kaki aku ni ada satu benjolan kat antara urat tu.aku perasan benjol ni pun masa hari sabtu.baru terperasan kan benjolan tu.patut pun masa bawak kete hari jumaat tu aku terasa macam lenguh sangat kaki ni.

gambar ihsan google
nak pergi mengurut pun xtau sape yang pandai.pastu akak aku plak dia kata better gi klinik check.sebab kalo urut takut jadi lain lak.so petang tu decide la nak gi klinik tapi doc plak half day je.aku pun lupa hari tu sabtu memang la half day.

tahan kan je la.nak kata sakit sangat pun xgak.cuma kalo ditekan tang benjol tu terasa la sakitnya.tapi sejak aku balik dar tapah pagi tadi kaki ni dah jadi lenguh2 plak ha.sakit gak la rasanya. tu yang aku decide nak jumpa doc kul 2 lebih tadi.

klinik yang aku selalu pergi tu tutup pulak.so aku pergi klinik panel yang satu lagi.aku xsuka klinik yang satu ni sebab dia macam nak xnak je layan patient.sakit hati aku!!

tapi disebabkan xnak bertangguh aku gi la gak jumpa.dia check xsampai 5 minit pun.dia kata kena ganglion@urat simpuh.pehtu doc tu diam, aku plak yang terkedu.xde ke nak explain pape kat aku pasal ganglion ni.haihhh dia just cakap kalo ganglion xok u kena jumpa specialist.ubat dia operate saje.giler arhhh pastu tak explain detail kat aku T_T

so dapat ubat je la sekarang ni.aku decide nak jumpa doc lain lusa or masa balik tapah nanti.aku nak kan penjelasan yang detail bukan nak tau sakit ape je semata-mata.grrrr harapnya lusa bukak la poliklinik azhar tu.huhu

aku menggoogle banyak yang english ataupun bahasa indonesia.kalo english bab2 ayat medical ni memang aku lemah betoi.xpaham den.dah la aku pun xberapa nak bijak bab english :p

jadi kalau korang ada apa2 info pasal benda ni share2 la kat aku.pasal cara nak ubat ke apa ke.tq korang >_<

Friday, October 3, 2014

Holiday Pangkor Part 1 - 26/09/2014

Assalamualaikum

Pada yang dah baca entry sebelum ni, korang tau la yang aku gi lepak kat pangkor pada 26-28 September 2014 yang lepas.aku mulakan perjalanan dari tapah dalam lebih kurang pukul 12 tengahari.memula janji pukul 9 lebih tapi biasa la janji melayu.so delay saje.

xde singgah mana2 sepanjang nak ke lumut.dari tapah ke kampar ambik kawan aku tu then terus ke lumut.sampai lumut lebih kurang pukul 1.50 camtu la.pusing2 cari jalan masuk parking bertingkat yang ada kat lumut tu.masa tu pun hari jumaat so orang xramai lagi dan aku bernasib baik dapat parking dekat tingkat bawah dan berdepan dengan tempat duduk jaga.

settle parking dan angkut barang pastu terus singgah makan.aku tengok google kata jadual feri setiap 45 minit sekali.tapi masa aku tanya brother kedai makan tu dia kata 20 minit sekali pun ada.so settle makan terus shoot beli tiket.harga tiket rm10 je untuk dua hala.masa kat kaunter tu korang akan tengok 3 kaunter.satu kaunter memang dah terkecuali sebab tu pergi coral beach ke mana ntah.so tinggal dua kaunter yang jual tiket ke pangkor.sama je pun dua2 kaunter tu.cuma maybe feri nya la yang lain.


kalo ikutkan waktu feri aku jalan kat tiket tu pukul 3.15 petang. tapi masa sampai tu tengok feri dah memang tunggu.so xyah tunggu lama2 terus je la naik.owh before naik aku dah wassap siap2 kat owner guesthouse kata aku check in lewat.penumpang dalam feri pun xramai.so xde la berebut sangat.tapi paling kelakar bila aku terkejut sebab masa dok dalam feri tu dan ditengah lautan tu ada plak line tepon kan.internet pun laju je masa atas feri tu.hahaha

okey then nanti bila dah naik feri dalam lebih kurang 25 minit (ikut pada feri), feri tu akan stop kat hentian pertama.xsilap aku namanya kampung sungai pinang kechil.ha korang jangan turun kat situ plak.xde hal nak turun pun tapi korang jenuh la cari teksi.sebab belah situ teksi yang lalu pun semua nya bawak orang yang dari pangkor.aku tau tempat tu pun pasal masa hari kedua aku merayap naik moto ke situ.

lepas feri jalan, lebih kurang 5-10 minit camtu korang akan sampai kat jeti pangkor.haaa kat situ sila lah turun berjemaah.jangan terkejut tengok ramai yang beratur kat pintu keluar jeti tu.aku memula keluar je ingatkan orang nak naik feri.pasal elok je diaorang beratur depan tu.rupanya diaorang tu ada yang tukang sewa moto,kete dan juga uncle2 teksi.

teksi dekat sana ikut turn, so diaorang xleh dibooking melainkan korang dah deal awal2.masa mula2 takut gak nak cakap nak gi mana.tapi pasrah je la.bila diaorang tanya aku jawab nak gi teluk nipah.terus diaorang suruh ikut sorang abang ni naik teksi (kecewa xdapat van pink :p). dari jeti ke teluk nipah brother teksi cas RM15 untuk dua orang tu.tapi aku rasa dia kira ikut van dan bukan ikut kepala.

simbol untuk pangkor.van pink!!
kalau korang ramah korang tanya la abang teksi tu apa yang best kat pangkor atau pun tempat makan sedap2 ke.aku dapat driver taxi yang xberapa nak cakap sangat.segan kot.huhu then sampai depan guesthouse aku terus disambut oleh owner guesthouse yang memang peramah.

petang tu xde buat apa pun.just relax rehatkan badan then keluar balik pukul 5.30 petang,dari guesthouse aku dok ke pantai dalam 5-8 minit jalan kaki.tepi2 jalan tu ada la jual macam2 keychain,pakaian dan makanan macam2.ada jugak diaorang tunggu sampai pukul 6.30 macam tu untuk kita survey apa2 aktiviti air kita nak buat nanti.pandai2 la korang adjust harga ngan diaorang tu.deal kasi jadi punya.hahaha

masa jalan2 ada sorang pakcik ni nama dia pak non dia citer la pasal aktiviti snorkeling semua tu berapa dia cas bagai.lastly dia cakap dia suggest makan kat kedai no 7.memang sedap katanya.so aku pun ntah nape blur terus gi cari kedai tu then order.hahaha mahal kot kedai tu sebab dia kira lauk ikut pakej pastu rasa pun xseberapa.tomyam dia lagi la nan hado rasa nya.bau je sedap.tapi bukan la xleh makan langsung.still okey cuma xde la sedap sangat.huhuhu masa makan aku ngan member sama2 cakap 'apahal kita terus tuju kedai ni ek.nape xusha kedai lain dulu'.hahaha *tepuk dahi*

nampak menarik kan.hehehe
eh kat atas dah tercerita waktu dinner lak.xpelah aku memang suka cerita bersepah -_- petang tu lepas booking makanan semua aku lepak kat satu kedai ni.maybe kedai no 1 or 2 camtu la.dia ada ABC ngan laksa dan lain2.tapi petang2 dan panas tu better order ABC ngan laksa la kan.so total harga untuk laksa dan ABC untuk dua orang adalah RM15.00


lepas kenyang melantak terus lepak tepi laut tunggu sunset.bukan jauh pun, depan kedai tadi tu je.ramai je yang mandi petang2 tu.tapi kitaorang decide nak relax selfie2 je dulu.esok baru mandi.
so sila layan pic sunset yang aku capture.muahahah

nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan


waktu malam dari guesthouse ke tepi pantai xde la sunyi sangat.cuma jangan la berani sangat kul 2,3 pagi jalan sorang2 kan.sebab ada sesetengah tempat yang gelap sikit.lagi pun tempat orang.bawak2 la teman.kalau orang lelaki tu xpe la.


okeyla hari pertama diakhiri dengan melepak dekat tepi kolam kat guesthouse dan layan citer kat tv.huhu dekat bawah ni bajet untuk hari pertama aku di pangkor.bajet ni bukan untuk percutian yang menjimatkan.sebab kitaorang bab makan memang melampau mahal.hahaha so ini untuk panduan korang sikit2 la.

agak mahal sikit la.huhuhu lebih ke makan sebenarnya *tengok tuan nya la*
so part 2 aku akan sambung lain kali.sebab aku tengah siap2 nak balik kampung.selamat hari raya aidiladha kawan2.maaf zahir batin ^_^

p/s : panjang sikit tapi boleh la bagi korang panduan sikit2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...