~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Saturday, January 14, 2012

menjadi-jadi kes ragut dan rompak

assalamualaikum

semakin lama semakin menjadi-jadi kes ragut dan rompak kat malaysia ni.*okeh dah macam hipotesis. sebelum ni dok kecoh pasal umah wardina kena masuk perompak sampai anak-anak dia semua trauma.sampai asben kak dina pun kena pukul.ish3 seriau okeh.tapi tu orang dari indonesia.

ni kes penjenayah nya orang melayu kita.apa nak jadi la bebudak ni.so petang tadi alang aku tepon.dia tanya tau xcerita terbaru.aku bajet dia tanya pasal citer korea terbaru.hehe.lepas aku kata xtau dia pun cakap, along kena ragut kat depan rumah dia.wah masa tu aku leh gelak kan.bajet macam alang aku main-main je.sekali rupanya betul der.

masa tu along aku otw nak jumpa alang aku.dah siap kunci rumah semua and dah masuk kete pun.pintu kete dah lock tapi tingkap terbuka sikit.sekali datang la mamat 4 orang yang xberapa nak lancar otaknya naik motor.ntah camne dia leh bukak lock kete tu.apa lagi sesi ragut meragut pun mula la.

along aku kata dia melawan.masa tu dia dalam kete.so dia tolak la bebudak tu guna pintu kete tu.agaknya sebab geram along aku melawan, diaorang pun mula la keluarkan parang. bila along aku nampak deme kuarkan parang xde la along aku nak melawan.nyawa lagi penting weh dari harta.harta leh cari, nyawa sekali je dapat.

then dapat la bebudak tu amik handbag along aku tu.dalam tu bese la ada purse, henpon ngan duit. alang aku kata deme amik kunci kete sekali.masa tu dalam otak aku pikir satu je.diaorang amik kunci umah x.kalo amik memang susah la.kaya deme kalo dapat kunci umah.tapi bila along aku kata deme xamik kira selamat la gak.owh lagi satu gelang tangan hantaran kawen along aku tu pun deme amik.luka gak la tangan along aku, dah nama pun ragut kan.leher pun kena raba sebab diaorang cari rantai.nasib la along aku xpakai rantai.

masa tu asben dia xde sebab kena keje.so along aku gi ngan alang aku je la buat report.bila buat report tu polis kata laporan mengenai gambaran peragut tu je dah ada tiga kes.maknanya diaorang sekarang memang tengah aim kat kawasan tu.kira sekarang memang dah jadi kes polis la.tapi yang aku peliknya mana gi jiran-jiran along aku tu.owh yela bercuti kot sebab kan hari minggu plus masa tu pagi

pape pun alhamdulillah la along aku xde pape.lagipun along aku cakap dia xbawak duit banyak pun masa tu.skang kad suma dah stop.cuma dia tengah try cari JPN yang buka esok untuk buat ic baru.kang orang kata warga asing lak.hehe

so pada semua kawan-kawan berhati-hati la ye.jangan main redah je nak buat pape.jangan dok tunjuk berani sangat.pada yang duduk dekat rawang berhati-hati ye.takut kejadian berulang lagi,maklum le peragut ngan perompak ni bukan paham bahasa.bangang nya bertingkat-tingkat sampai xtercapai.

p/s : risau aku, dah la aku ni berulang ngan motor je.

1 comment:

pisau belati said...

macam macam hal sekarang.perlu lebih berhati hati di lain kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...