Saturday, January 14, 2012

bersediakah aku untuk mengadapNya

assalamualaikum

sekarang ni kecoh ayat dunia kiamat tahun 2012.  banyak jugak la maklumat yang aku dapat pasal tu.tapi sekarang ni bukan itu persoalan nya. soalan nya sekarang adakah AKU sudah bersedia untuk menemui Penciptaku Yang Satu itu.

jujurnya kadang-kala aku pun termakan juga dengan kata-kata tu.tapi semakin banyak maklumat yang dibaca semakin aku tahu hakikatnya.wah dah macam buat hipotesis lak.bukan apa, telah dinyatakan dalam Quran bahawa kiamat itu pasti akan tiba cuma tiada manusia yang tahu bila waktunya.even Nabi Muhammad sendiri pun xtahu bila.

tapi telah dinyatakan juga tanda-tanda mengenai kehadiran kiamat ini.dan itu lah yang menakutkan aku.belum cukup amalan aku untuk dibawa berjumpa Pencipta aku ini.tersangat kerdil rasanya diri ini.setiap kali aku fikirkan mengenai kiamat dan dunia akhirat aku pasti rasa sangat takut.kebiasaan nya aku akan automatik terfikir mengenai kiamat pada waktu sebelum tidur.


dalam fikiran aku sentiasa terfikir jika di dunia aku boleh menyorok jika aku salah, aku boleh minta bantuan orang lain jika aku susah tapi di hari kiamat nanti siapakah yang akan membantu aku.aku juga xboleh mengelak jika aku dihukum.itu adalah janji yang telah Allah aturkan. 

Ya Rabbi masa tu jangan cakap la macam mana takutnya aku.sampaikan aku xleh nak tido.tapi sayang sangat, perasaan tu sekejap je.esoknya still aku sambil lewa je mengenai semua ni.bila tiba masa aku terfikir memang aku rasa insaf sangat. tapi bila tu semua xde dalam fikiran, susah jadinya.

bantulah aku Ya Allah supaya hati ku ini sentiasa kekal mengingati Mu.hanya Engkaulah yang berkuasa di dunia yang indah dan penuh pancaroba ini.Amin

* ini entry autopublish.masa ni aku sedang enak membongkang depan tv agaknya

p/s : meremang lak aku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...