~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Thursday, July 21, 2016

cinta pertama yang sia-sia

Assalamualaikum

(pakwe = ex-pakwe)

syawal baru ni mungkin syawal yang paling sedih bagi aku.sebab syawal kali ni tanpa ayah dan syawal kali ni la hati aku dihancurkan oleh seorang manusia.sudahlah syawal tanpa ayah tu dah cukup menyedihkan bagi aku tapi xsangka aku akan dapat satu lagi cerita sedih pada syawal kali ni.

aku xpernah bercinta sehinggalah umur aku 25 tahun (bulan 10 ni supposed 26 tahun).tapi bulan 6 tahun lepas aku berkenalan dengan seseorang waktu aku hantar baja.maksudnya masa aku bekerja la.mula-mula kenal biasa je sampaila one day dia minta no aku dekat kawan aku sendiri.kawan aku xnak bagi mulanya tapi dia nak jugak dan mmber pun bagi je la.

bermula dari tu dia rajin call and whatsapp aku.mula2 aku malas layan tapi dah lama2 seronok so layan kan je la.sebab aku xramai sangat kawan dan xpernah ada lelaki lain yang ambik berat pasal aku masa tu.memula kawan just guna panggilan  'saya-awak'. then upgrade ke 'abang-adik' sebab masa tu aku memang anggap dia sebagai abang je.tambah pulak aku xde abang.so kisah hanya sebenar bermula pada januari 2016. aku ingat lagi masa tahun baru aku tanya dia kenapa dia selalu sentap kalo aku kata aku hanya sayang dia sebagai abang.dan dia jawab 'kalau org tu selalu amik berat pasal aku apa maknanya.dan kalo org tu rasa lebih dari suka dan lebih dari sayang apa maksudnya'.

ok aku sebenarnya dapat tangkap maksud dia tapi aku xnak terima dia as a couple lagi masa tu.aku tarik tali dengan dia.dalam masa yang sama dia dok panggil aku sayang2.tipu la kalo aku kata perasaan aku xterbuai dengan keadaan macam tu.bila someone ambik berat pasal kita, selalu tanya khabar bagi nasihat dan lain-lain.sikit sebanyak aku pun tersangkut gak dengan dia.tapi masa tu aku dah bagitau dia kalau rasa xmampu nak jaga hati aku dan kalau rasa nak main2 jangan sentuh hati aku.tapi x dia tetap nak kan aku.sampai la satu hari tu dia masuk hospital dan dia diamkan diri beberapa hari.aku jadi sunyi dan xleh terima keadaan tu.aku risau sangat pasal dia masa tu.bila aku ugut dia barula dia bagitau yang dia baru lepas keluar wad.dia kata dia xnak susahkan aku.ayat dia lagi 'abg sayangkan seseorang lebih dari diri abg sendiri.cuba syg fikir abg terlalu sygkan sayang so abg xnak syg risau.pasal abg biarlah abg simpan sendiri'. masa tu hati aku terus terbuka untuk dia.dan malam tu la aku mula terima dia sebagai kekasih hati.tarikh 23 januari 2016 itulah mulanya kisah percintaan aku dan dia.

dalam tempoh tu sehinggalah 8 julai 2016 macam2 janji dan kata-kata yang diungkapkan.dalam tempoh tu jugak la aku dapat tangkap sikit2 perangai dan rahsia dia.raya ketiga baru ni aku dapat tau yang sebenarnya dia dah bertunang masa bulan mac 2016.aku tau dia gi majlis tunang tu tapi sebelum ni dia kata kat aku tu majlis tunang kawan baik dia.aku memang xpercaya tapi bila aku tanya dia macam2 alasan dia bagi.dia menafikan nya.bukan sekali aku tanya.tapi berkali-kali.setiap kali aku ada syak dan was2 mesti aku tanya dia tapi xsekali pun dia cakap jujur pasal status dia.sampaila malam raya ketiga aku tekad call tunang dia sendiri.ye aku call dan aku curi no tu dari telefon dia sendiri.

bila budak tu mengaku yang dia tunang ex aku sendiri aku jadi sebak sangat.aku tertanya kenapa perlu kau tipu aku.aku lagi terkilan sebab aku tanya dia bukan sekali tapi berkali-kali.sampai minggu akhir puasa pun aku tanya dia betul ke dia xtunang.tapi dia jawab 'macam mana abg nak tunang.abg nak sara diri sendiri pun xlepas.kawen bukan benda senang.nak sediakan rumah ape suma.ni mmber tengah pening nak sediakan RM13k untuk hantaran'. walhal masa tu dia yang sebenarnya tengah pening sebab dia yang kena sediakan 13k tu.

kalau ikutkan aku kenal dia dulu dari tunang dia.aku kenal dia dari tahun lepas tapi dia kenal budak tu bulan februari tahun ni dan decide tunang bulan mac 2016.aku jadi makin sedih sebab dia kenal aku lagi lama dan kami declare pun bulan januari 2016 tapi akhirnya dia tunang dengan org lain,makin buat aku sedih kenapa buat aku mcm tu.dia kata 'dia sunyi,dia perlukan seseorang.lepastu dia kata dia sayang aku tapi xtau sayang sebagai apa.dalam masa yg sama dia xtau nak bagitau kat aku macam mana'.masa tu hanya Allah yang tau betapa kecewanya aku bila dengar dia cakap gitu.selama ni dari bulan januari sampai julai ko bersayang dengan aku tapi sebenarnya ko xtau perasaan ko sendiri.dan ko kata aku ni hanya pengisi kesunyian ko.korang tau x macam mana perasaan aku masa tu.

untuk pengetahuan dia adalah CINTA PERTAMA aku.sebab tu aku terkilan sangat.selama ni aku jaga hati aku.aku terima dia sebab dia selalu caring pasal aku.dia jugak dah pernah jumpa aku dah tengok keadaan aku, fizikal aku macam mana, perangai aku macam mana.sebab tu aku berani terima dia.tapi bila aku tau cerita sebenar aku jadi lemah sangat.kenapa dia main-mainkan aku sedangkan dari awal aku dah bagitau dia jangan sentuh hati aku andai xyakin mampu jaga.jangan sentuh hati dan perasaan aku andai sekadar untuk dipermainkan.memang aku kecewa tambah kecewa sebab dia cinta pertama.sebab tu aku kata cinta pertama aku adalah cinta yang sia-sia.

bulan februari 2016 dia bagitau aku yang dia nak pergi kawan baik dia tunang bulan mac nanti dekat kedah.sebelum tu dia kata kat aku ex dia sebelum ni selalu kacau dia.sebab tu dia masukkan gambar budak tu banyak2 dalam wechat dia.bila aku tanya dia kata saje nak sakitkan hati ex dia tu.dia kata nama budak tu pun tipu je.just samaran.

bulan mac 2016 hari dia bertunang malam tu aku call dia.aku sembang2 dengan dia.dia kata sibuk sikit pastu xsihat tapi still nak keluar gak.aku dah heran masa tu sebab dia kata tu family mmber dia tapi apasal macam kamceng sangat.malam tu jugak dia kata kat aku tahun depan nak jumpa mak masa raya cina sedangkan sebelum tu dia kata nak jumpa mak bulan 12.aku perasan benda ni bila aku dengar balik record call aku ngan dia.

lepas dari tu aku selalu dapat tangkap something dari dia.kadang aku jeles bila dia letak gambar budak tu.lepastu masa tunang dia ada la amik gambar sekali dengan budak tu.bila aku tanya saje nak bagi ex jeles katanya.walhal tu gambar dia dan tunang dia sendiri.masa tu pun aku pelik xkan la kawan dia tu relax je bagi dia amik gambar dengan tunang org lain.tapi still dia tipu aku lagi.

bulan seterusnya pun macam tu.aku selalu tanya dia pasal gambar dalam wechat tu.tapi dia tetap menafikan benda ni.padahal aku dah dapat tangkap dah sikit2 kebenaran nya.akhirnya aku jumpa ada satu gambar tunang dia dan kakak2 ex aku ni.bila aku perhatikan ada sorang ni sebijik muka kakak dia.tapi tu jela yang aku perasan.bila aku tanya dia marah aku sampai bergaduh.then aku mengalah lagi aku pujuk dia.aku baik balik dengan dia.minggu last puasa aku jumpa dia dan tanya lagi.dia tetap menafikan jugak.siap cakap dia xmampu pun nak tanggung,lepas raya aku tgk gambar family dia dan dari situ aku perasan rupanya gambar kakak2 dan tunang tu semuanya adalah kakak dia.yang sarungkan cincin pun kakak dia.Allah sedihnya aku.

tapi penghujungnya masa raya ketiga tu la.masa raya aritu dah elok dah minta maaf semua.dia kata kat aku dia akan bertolak dari pahang ke kl malam raya ketiga.okla aku percaya sebab dia memang ada kat pahang mulanya.tapi malam raya kedua masa aku mesej aku dengar dia tengah drive.sebab dia drive bukak tingkap.bila aku tanya dia kata drive gi rumah member.tapi petang raya ketiga tu sebenarnya aku stalk fb tunang dia.sebenarnya sejak aku curi no telefon tunang dia masa minggu last puasa tu aku dah jumpa wechat dan fb budak tu.aku tanya dengan ex aku tu kenapa budak tu pun letak cover photo fb dan wechat tu gambar dia dan pakwe aku.dia kata xde ape.saje je.

petang raya ketiga masa aku stalk fb tunang dia tu ada gambar perempuan tu dan ex aku.dengan jelas caption ditulis "throwback lepak tepi pantai dengan encik tunang dan adik2".dengan gambar berpegang tangan tu aku dah yakin sangat yang itu memang tunang dia.lepas aku call tunang dia sendiri utk dapatkan kepastian aku call dia plak.aku tanya tu gambar bila.dia still tipu aku dia kata tu gambar lama.gambar masa dia balik dulu.aku cakap jangan tipu.kalo ye pun perlu ke pegang2 tangan.dia kata kenapa salah ke.aku cakap ye salah sebab dia tunang org.dia kata xla tu gambar lama.aku soal dia bertubi2 last2 dia kantoi sebab cermin mata dia pakai tu aku yang belikan.dan aku bagi pada dia masa minggu last puasa yang kami jumpa tu.dan dia xde balik ke sana dah lepas dari tu.sebab tu aku yakin dia tipu aku.bila aku tanya dia ada kat mana masa tu dia kata kat pahang sedangkan masa tu dia kat perak.sebab aku dah tanya dengan tunang dia sebelum tu samaada dia ada kat perak or x.

cerita pasal tunang dia.aku call malam tu pukul 8.30 macam tu tanya sape nama tunang dia tapi dia xnak bagitau.yela kalo aku jadi dia pun aku heran apahal org dok tanya tetiba.sebelum tu aku call kak long ex aku tu tapi xangkat.so aku dah terlampau geram dan nak tau terus decide call tunang dia sendiri.aku call guna no arwah ayah aku.first call lepas tunang dia xnak jawab dia letak call aku.second time call dia xangkat.aku biarkan sekejap.dalam pukul 9 aku call balik aku merayu kat tunang dia supaya bagitau aku nama tunang dia.aku sebut nama tunang dia.tapi tetap dia xnak cakap sebab dia nak tau cerita sebenar.even aku kata aku janji aku cerita dia tetap xnak bagitau.dia nak tau cerita sebenar sampai la dia decide untuk suruh aku call semula lepas dia balik beraya.dalam masa yang sama ex aku anta mesej marah kata aku call tunang dia.aku cuma berlagak biasa aku kata kenapa nama budak tu tetiba muncul plak ni.abang kat mana sebenarnya.dan dia diam.dia hanya jawab bila aku call dia malam tu.tapi still menipu aku.

so malam tu lebih kurang 11.30 aku call tunang dia tu semula aku cerita dari A-Z hubungan aku dengan lelaki tu.budak tu pun xsangka tunang dia buat dia macam tu.aku xsalahkan dia sebab dia xtau pape.semua salah ex aku tu.sebab dia yang mainkan kami berdua.tapi niat aku masa tu cuma nak kepastian mengenai status sebenar ex aku tu.bukan nak rosakkan hubungan diaorang.tapi aku silap sebab tunang dia ambik keputusan untuk putuskan pertunangan diaorang sebab dia xsuka ditipu.masa tu rasa serba salah aku lagi tinggi dari rasa marah dan geram aku pada ex aku tu.

malam tu masa aku sembang dengan ex aku tu dia dah pasrah katanya.dia tau apa akan jadi esok.tapi tu la dia xmarah aku lagi masa tu.cuma hari sabtu tu dia jumpa tunang dia tu dan dia dah dengar keputusan budak tu.start dari tu dia marah aku.sampai ke malam tu aku dimaki,dihina dan dimarah oleh dia.memang aku sedih sebab sepatutnya aku yang maki dia.sebab dia yang salah dalam hal ni.banyak kali aku cakap kalau aku xtanya status dia aku xmarah sangat tapi banyak kali aku tanya.bukan sekali dua tapi berkali-kali.dia menafikan semua pertanyaan aku tu.tapi akhirnya aku dimaki oleh dia.aku terima makian dia walau masa tu aku marah, sedih dan kecewa.tapi macam aku kata rasa bersalah aku lagi kuat dari rasa sedih aku.aku rasa bersalah sebab pisahkan dia dan tunang dia.serta pisahkan dia dengan keluarga tunang dia.sebab aku tau macam mana rapatnya dia dengan family tunang dia.tambahan pulak dia sendiri dah xde mak dan ayah.

aku terima sampai aku nak tido pun xboleh.tengah malam dia hantar mesej2 dari mak tunang dia tu.masa tu lagi kuat rasa bersalah aku bila dengar suara mak bercakap.ye aku faham sebab aku pun ada mak.kalau pape jadi kat aku mak aku pun mesti sedih.berkali2 aku minta maaf dengan dia sebab buat semua ni jadi.berkali-kali aku minta maaf sebab buat dia rasa macam tu.walhal patutnya dia yang minx maaf dengan aku.perkataan maaf dari dia pun aku xde dengar masa tu pasal buat aku macam ni.pasal permainkan aku.tapi xpe aku biarkan sebab aku lagi kesian tengok dia.

sebab tu kawan2 aku marah aku.diaorang kata aku bodoh sebab aku still maafkan dia and aku still nak tolong dia bersatu semula dengan tunang dia.tapi kalau la diaorang faham apa yang aku rasa masa tu mesti diaorang xmarah aku kan.aku xsanggup nak lepaskan dia lagi sebenarnya.ye aku memang akan lepaskan dia pergi tapi ambik masa.bukan mendadak untuk lepaskan dia.korang bayangkan la selama 24 tahun aku hidup solo.henfon aku tu pun aku campak2 je tapi lepas dia muncul henfon tu xberenggang.wassap dan call sentiasa ada.tiba2 bila jadi camni aku nak kena jadi balik macam mana 24 tahun yang lepas.memang susah sangat rasanya.sebab tu aku cuba.

aku xmarah aku xbenci dia.aku still anggap dia kawan or abang aku sebab aku xde abang.kalau ikut umur pun memang dia tua 9 tahun dari aku.memang aku cakap anggap aku adik seperti mana masa mula2 kita kenal dulu.aku cuba untuk satukan diaorang walau aku tau family tunang dia fikir yang aku ni perosak dan punca segalanya.aku sendiri cakap kat tunang dia lepas ni orang xkan salahkan laki tu tapi orang akan salahkan aku.orang akan kata aku punca semua ni walaupun sebenarnya laki tu yang tipu aku dari awal lagi.hidup2 aku ditipu dari bulan 2 sampai la benda ni jadi.

tipu kalau aku kata xsakit.memang sakit sangat rasanya.tambah lagi bila aku sendiri yang nasihat dia untuk berbaik.aku sendiri yang cuba satukan diaorang kembali dengan pujuk tunang dia tu.aku sendiri yang bagi semangat kat dia dan cara-cara apa yang boleh untuk dia berbaik.tapi dalam masa yang sama hati aku sendiri sakit bila aku buat macam tu.tapi aku xboleh buat apa.sebab aku dah janji aku akan tolong dia selagi mampu untuk dia bersatu dengan tunang dia.memang aku sendiri kecewa,sedih, marah dan geram tapi dalam masa yang sama aku nak dia pun bahagia.aku boleh terima dia sebagai kawan dan abang tapi bukan sebagai kekasih.sebab aku tau dia xpernah sayang aku so buat apa aku nak terima dia sebagai kekasih.

aku belum mampu nak lepaskan dia sepenuhnya.sebab dia yang mengisi masa aku selama ni.tapi aku cuba untuk lepaskan dia.tiap2 masa aku doa supaya Allah hilangkan rasa cinta dan sayang aku pada dia cuma gantikan dengan rasa suka sebagai kawan atau abang sahaja.walaupun dia tipu aku tapi selama ni dia jugak la yang banyak bagi nasihat dan ingatan pada aku tambah2 masa ayah meninggal dulu.dia banyak bagi semangat kat aku.so aku memang xboleh nak terus buang dia dari hidup aku.sebab tu aku cakap kat dia aku akan lepaskan dia tapi perlahan-lahan.benda ni makan masa.cuma aku cakap kat dia aku betul2 akan terpaksa hilang dari dia ketika dia dah berbaik semula dengan tunang dia.masa tu walau terpaksa aku akan undur diri sebab aku tau kalau tunang aku sendiri ada mesej dengan ex dia mesti aku marah.so aku xnak ada salah faham antara dia dengan tunang dia.

lagipun aku xde masalah pape dengan tunang dia.aku dah anggap tunang dia macam adik aku sendiri.mak dia pun sama.sebab mak nya tu pun aku tengok seorang yang ceria dan baik.sebab tu aku xsampai hati kalau masalah ni berlarutan.tambah2 bila dengar mak tu sampai sakit bila jadi masalah ni.xsanggup aku nak tengok semua ni jadi.aku suka sebenarnya tengok mak tu.cara dia lembut sangat patutla ex aku tu sayang sangat kat mak.xpela aku suka tengok diaorang gembira.lagipun ex aku tu xde mak ayah dah so bila mak dah anggap dia macam anak sendiri aku seronok.sebab tu xsampai hati nak pisahkan diaorang.

memang kadang2 aku boleh terima semua ni jadi.tapi ada masanya aku xboleh.aku jadi teringat.aku jadi terfikir kenapa dia buat aku macam ni.aku tau selagi aku mempersoalkan selagi tu la aku akan rasa sakit.tapi tu la aku cuba untuk lupakan.sebab tu la kadang2 aku ok je sebab aku boleh lupakan.tapi kadang2 kenangan tu datang dalam fikiran aku dan dari situ aku akan mula berfikir.bila dah fikir tu yang aku jadi sedih.haih susahnya nak uruskan hati ni.

walau apa pun aku cuma doakan yang terbaik untuk kami semua.aku menjaga jodoh orang harapnya orang juga jaga jodoh aku.insyaAllah aku doakan mereka berbaik semula dan aku memang yakin diaorang akan bersatu juga.tapi itu juga dengan keizinan Allah.cuma tolong doakan aku kuat untuk hadapi dugaan ni.supaya aku boleh terima apa yang jadi dan lepaskan dia dari hidup aku.

so sape2 ada kenalan tu kenal2 kan la dengan aku.hahaha tapi tolong la jangan mainkan perasaan aku lagi.sebab aku jenis dah sayang orang memang aku susah nak lepaskan.jadi jangan la main2 kan perasaan aku.yang aku harap adalah seseorang yang ikhlas dan jujur untuk sayang aku.terima baik buruk dan kisah silam aku serta bimbing aku untuk lebih dekat dengan Allah walau aku tahu aku sendiri jahil bab agama.lagi satu yang memang nak kenal dan terus hingga ke pernikahan.sebab aku xnak tunggu lama2.sedangkan dengan yg ex aku pun aku dah bincang pasal kawen kan.hahahaha so nampak x yang aku xsuka nak bercinta lama2.nanti makin byk masalah jadi.tapi nak xnak aku still kena kenal dengan calon aku dulu.kalo xnanti ntah2 tunang orang lagi naya aku.

sebab tu kadang aku bersyukur bila benda ni jadi.at least aku tahu ketika aku masih diawal percintaan walaupun sebenarnya aku dah terlampau syg kat dia.tapi sekurang2 nya aku tau sebelum aku kahwin dengan dia.dan aku tau sebelum hati aku makin sayang dekat dia.terima kasih Allah kau tahu mana yang terbaik untuk aku.terima kasih jugak KKS sebab sentiasa ada dengan aku.terima kasih jugak sahabat2 yang lain sebab selalu bagi nasihat dan semangat kat aku.doakan lah semuanya yang terbaik.cuma aku nak ingatkan korang semua tolong jangan permainkan hati dan perasaan seseorang sebab ianya sesuatu yang menyakitkan.aku tetap doakan yang dia dan tunangnya bersatu dan bahagia.


p/s : no hate just love.doakan yang terbaik untuk aku ^_^

Tuesday, July 5, 2016

syawal tanpamu ayah

Assalamualaikum

esok dah hari raya.sekejap je masa berlalu.syawal kali ni memang terasa lain sangat.sebab syawal kali ni aku akan beraya tanpa insan bergelar ayah di sisi.semestinya aku akan terasa dengan ketiadaan ayah.sebab sepanjang 25 tahun aku hidup setiap kali raya ayah ada bersama.disebabkan aku belum berkahwin jadi setiap kali raya pertama mesti bersama mak dan ayah.

so untuk kali ni tiada lagi insan bergelar ayah.sejak ayah xde memang banyak yang berubah.kalau sebelum ni setiap hujung minggu mesti aku balik kampung untuk berbuka.tapi kali ni xde dah.sebab mak pun duduk dengan alang kat KL.kalau aku balik kampung pun just ada angah dan apiq je.sayu gak la bila berbuka sorang2 plus sahur pun sorang2.kalau dulu setiap kali waktu sahur mesti ayah call untuk kejut aku bangun.kali ni tugas tu beralih ke mak plak.kalau rasa aku penat sangat aku pesan kat mak suruh kejutkan sahur.sebab aku ni jenis yang kena sahur.kalo x lapo kemain nanti.

tambahan pulak along dengan alang raya dekat rumah mentua kali ni.raya kedua nanti baru balik tapah semula.so raya pertama nanti hanya ada aku, angah, mak dan apiq je la.kalau ditanya apa persediaan raya aku.jawapannya takde ape.biasa2 je persediaan kali ni.beli baju, kuih raya, kerepek pastu ada la barang2 dapur sikit.rumah pun xsiap kemas lagi tu.mood raya xde.aku pun still keje lagi hari ni.

angah kata mak xnak masak rendang tahun ni.hurmm sedih plak aih.sebab rendang ayam ngan nasi putih panas la menu pagi raya aku tiap tahun.menu tu jugak la yang ayah makan tiap tahun tanpa miss.abis kalau mak xmasak rendang memang jadi sejarah la untuk kami.aku mana pandai masak rendang,dan kalau aku masak pun xkan sama macam mak masak.

selalu nya mood raya aku memang datang lambat.tapi kali ni aku rasa langsung xde,sebabnya tahun2 lepas at least 2 hari sebelum raya aku dah rasa mood raya tapi kali ni xde.aku rasa macam xnak raya pun ada.sampai aku terfikir kalau aku xbalik raya boleh tak.aku jadi sayu je bila fikir pasal raya.salah satu sebabnya bila ayah dah xde.tapi mungkin jugak sebab ramadan kali ni aku xsungguh2.terawih tahun ni sekali je aku buat.sebelum2 ni at least suku bulan aku pergi.tapi kali ni langsung xsungguh2 aku terawih.

hari tu aku cakap kat epul macam mana kalau aku xsempat raya ngan mak.terus kena sound ngan dia.hahhaha xde la aku cuma terfikir je.kalaula aku pun xsempat nak raya mesti mak lagi sedih kan.plan raya pertama angah ajak balik kampung bermin,tapi ntah la aku rasa macam nak dok rumah je.nak melingkor atas katil xpun layan tv,hahaha kompem mak bebel dari pagi sampai petang kalo aku bt gitu.

duit raya kali ni xbanyak.bajet berapa je aku buat.tukar duit pun tak.just tukar duit yang ada dalam simpanan ayah je.ayah jenis suka simpan duit2 baru so aku tukar ikut situ je la.lagi pun nanti kan nak ada duit baru lain.gabenor baru katakan.so sape datang rumah budak2 je dapat duit raya.yang kolej ke pe xde duit raya.hahaha kedekut kan.pembahagian duit raya untuk makcik2 pun xbanyak.so makcik pakcik sape cepat dia dapat :p

so xpe la.harapnya xde la hambar sangat raya tahun ni.biarla mood raya tu datang jugak walau pun sikit kan.dari xde semangat raya langsung.nanti mesti aku sedih dengar takbir raya.bagi aku setiap kali dengar takbir raya mesti rasa sebak.tanpa sebab pun sebenarnya.cuma bila dengar tu rasa macam nak nangis je.kawan2 semua mana yang dalam perjalanan tu hati2 la.ingat orang2 tersayang.bergembiralah bersama-sama keluarga sementara mereka masih ada.

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
andai ada silapku mohon dimaafkan
aku juga manusia biasa yang selalu ada silapnya.

ayah, 
tenang la di sana ye.nanti adik ziarah ayah lagi.
adik sayang ayah.adik rindu ayah.adik minta maaf.
tahun ni adik xdapat nak salam dan cium ayah dah.
bukan hanya tahun ni tapi buat selamanya.
kenangan2 yang adik ada dengan ayah akan adik simpan.
doakan supaya memori adik dan ayah xkan hilang.

mak,
jangan sedih2 ye.adik ada ni ha.
adik tau dalam kuatnya mak masih ada sedih yang disorok.
adik tau adik bukan boleh diharap sangat macam along, angah ngan alang.
tapi adik akan usaha untuk sentiasa ada dengan mak.
walau adik xtunjuk apa yang adik rasa dan buat
adik nak mak tau adik sayang mak.
adik xpandai nak tunjuk sayang adik tapi adik akan cuba mak.
adik minta maaf mak.adik tau adik banyak buat salah.
semoga raya kita kali ni tidak terlalu sedih la ye mak ^_^

abang,
orang tau kadang2 orang selalu buat perangai.
bila tiba perangai emosi orang datang habis abang kena tempiasnya.
habis abang kena tuduh macam2.eh tapi kita jeles la.bukan saje2 buat :p
tapi abang tetap sabar layan kerenah orang.walau kadang cara abang sabar tu menyakitkan hati.
tapi orang tau abang buat macam tu sebab abang xnak naik suara dengan org.
sebab abang tau org akan nangis kalau abg naik suara.
terima kasih abang untuk kasih dan perhatian yang abang beri.
doakan jodoh kita kuat.doakan rezeki kita murah.doakan kita dipermudahkan untuk bersatu.
supaya orang xrasa keseorangan andai ada sesuatu berlaku.
orang minta maaf zahir batin dengan abang.
ada rezeki kita jumpa lagi ye

raya tahun lepas 2015
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...