disebabkan ari ahad malam tu aku xtido then esoknya terus gi keje.maka dalam perjalanan balik aku dah tertido atas moto.nasib baik cepat sedar.kalo xbuat kenduri la mak aku.sampai je umah aku tido dari kul 3pm sampai 6.30pm. lama x?hahaha...malamnya lak tido kul 2.30am then esok pagi bangun kul 9.30am.
maka jawabnya xgi la semayang raya.akak aku dah bebel2 dah pasal bangun lambat.huhuhu.ngantuk la nak buat camne kan.dah siap2 suma then tunggu mak ayah balik dari masjid untuk sesi bermaaf-maafan.
RAYA HARI PERTAMA
bermula dengan bermaaf-maafan dengan family.then rehat2 jap tapi aku ngan alang gi ziarah kubur abah kat jalan damai.pastu gi beraya kat Kg Bermin which is kampung mak aku gak la.sebab atok aku dok situ dulu.tapi mak xikut sebab dia jaga opah aku.petangnya dekat2 kul 4 kawan2 alang aku datang dalam 15 motor.padahal kawan dia sorang je.masa tu gak la adik bapak aku and kawan2 mak aku datang bersamaan dengan 3 biji kete.hamek ko...selalu raya pertama relax je sekali taun 2011 ni penuh umah raya pertama.fuhh!!!penat beb.malam tu plak adik2 mak aku yang satu bapak lain mak datang beraya.tapi aku xdok lama kat umah.sebab aku,angah ngan alang dah bersiap2 nak gi beraya umah kak ila dan azzren.
RAYA HARI KEDUA
pergi beraya kat kampung ayah area batu gajah dan bemban.masa ni mak ikut sebab dalam petang sikit makcik aku akan balik umah.so ada la orang jaga opah aku.pergi beraya sambil2 mengisi perut kat umah sedara mara.xnak ramai lak sedara belah ayah aku ni.waduh2..dah la suma kelakar je.malam ada satu insiden dimana aku dimarah oleh sorang pelakon yang bernama IDRIS MAT DIAH. pasal ni aku citer kat entry lain ok.dalam kul 8 lbh dekat kul 9, main bunga api plus mercun bodo2 ngan sepupu.kenapa mercun bodo2??sebabnya bunyi mercun tu slow je.khas utk orang yang xnak kehilangan jari.hehehe. tengah malam sambil2 tengok drama with sepupu2, semua pakat lapo...maka aku merajinkan diri masak megi tomyam jenama maggie...nasib baik sedap.bersahur la kitaorang 6+1 orang makhluk di malam ari sambil sambung tengok drama
RAYA HARI KETIGA
beraya kat umah pakcik aku bersamaan dengan sepupu kepada mak aku kat tapah road.dia buat open house makan mee rebus mastan ghani katanya.sekali ag mak aku tinggal kat umah.lepas tu gi umah opah su which is adik kepada opah aku dan terus ke umah pak long.last skali jenguk ke rumah kawan ayah aku pakcik mat zain.malam nya layan movie macam bese walaupun sumanya dah tengok.dekat2 kul 10.30 makcik aku datang dengan anak2 serta cucu2nya.ingatkan xjadi tido umah aku sebab lambat sangat.aku dah siap bentang toto depan tv dah ingat nak check in situ.sekali atas rasa baik ati *cewah* aku menyerahkan tempat tu pada sepupu aku utk landing time dia,wife ngan anak-anak dia.
RAYA HARI KEEMPAT
just stay kat umah je.pagi2 ag dah bangun sebab dengar anak sepupu aku nangis.then terus terjaga dari tido.sepupu2 merangkap driver xbangun ag dari tido sebab syok sangat dok tido.sampai ada yang declare homestay 5 star.tapi yang aku pelik bila umah aku jd homestay.hahaha.kipas pun diaorang tutup pagi tu sebab katanya sejuk.pak cik aku kata sejuk aircond lain ngan sejuk kampung.ntah le.aku tengok sama je.huhuhu.before diaorang teruskan perjalanan kitaorang bergambar dulu.benda wajib tu setiap kali bila ramai2.huhuhu
bersama sepupu dan anak2 |
kandid time |
sasha and shafik |
then lepas diaorang balik kitaorang meneruskan aktiviti mandi sungai.sejuk woo.pas naik dari sungai aku tido and suma kaum adam gi semayang jumaat.petang tu cu aku lak bertolak balik ke kl.
pic:credit to kak ina and family
RAYA HARI KELIMA
gi beraya kat umah kawan2 aku which is umah shieda, anim and sheenah.tujuan utama nak jumpa kawan-kawan la dan paling penting nak tengok baby girl sheenah.baby merdeka beb.aku suh bagi nama merdekarina tapi cadangan ditolak.sob sob...tapi baby tu sangat cute tapi takut nak pegang sebab kecik sangat.huhuhu
malam tido xingat dunia kul 9 baru bangun tengok tv.owh lupa alang balik naik bas ke kl kul 3.30pm.
RAYA HARI KEENAM
still dok kat umah sebab dah malas nak beraya.along pagi2 buta dah balik sebab takut jalan jem.maka tinggal la aku ngan angah je.petang tu pakcik mat zain dtg with opah enon dan beberapa lagi insan.malam membongkang depan tv tengok citer yang ntah pape.
RAYA HARI KETUJUH
bersamaan dengan arini,xde kemana jugak.sebab orang suma dah start keje and sekolah.before balik gi guardian sat then pas zohor bertolak balik seri iskandar.otw balik moto aku dilanggar oleh malaun yenna yang bawak lori.salah aku ke??oh tidak!!!salah dia.sebab masa tu aku dah berenti sebab lampu isyarat warna merah.dia yang bawak laju then langgar aku.nasib baik langgar slow je.kalo xmalam ni mak aku wat kenduri arwah la.dan box di moto aku adalah penyelamat keadaan.sebab lori tu bercium dengan box aku je.kalo x aku pun xtau pe jadi.menggigil kaki aku bawak moto.nasib la aku buka jenis trauma lama2.adeh...
RAYA HARI KELAPAN DAN SETERUSNYA
xtau lagi sebab esok aku dah start keje.kot2 ada dak opis nak buat open house ke kan.hahaha
p/s : xlambat sangat kan nak wish raya.so SELAMAT ARI RAYER MAAF ZAHIR BATIN
No comments:
Post a Comment