Friday, September 30, 2011

jalapeno cheese powder

assalamualaikum

entry aku petang ni berpusing 360 darjah dari entry pagi tadi. pagi tadi punya entry agak sedih. tapi eptang ni punya entry agak best sebab story pasal makan.hahaha

sebenarnya akak aku yang suruh promote barang dia jual kat blog ni. aishh sejak akhir-akhir ni rajin betul aku nak promote orang.hehehe.

so akak aku dia jual jalapeno cheese powder.ha mende plak dah nama macam pak jalal kan.orait jalapeno cheese powder ni lebih kurang macam cheese kat cheezy wedges kfc tu. aku selalu kalo beli cheezy wedges tu mesti minx extra cheese maka akan dicharge la RM1. so pas ni xyah minx extra cheese dah.
sebelum dibancuh






lapo lak tengok suma-suma ni
bancuh dengan air
sijil halal
orait kalo sape nak beli sila baca maklumat di bawah :-

  • harga RM15 untuk 200gram means sepeket. kalo beli 2 peket dapat la harga RM14 sepeket. kalo beli banyak ag ada less ag. dun worry ^_^
  • postage untuk semenanjung malaysia  RM 6 dan sabah sarawak lak RM9 .tapi tu terhad untuk 2 pek je tau (kalo nak 3pek ke atas tambahan charge la kan)
  • bahan-bahan dia dari milk solids, modified starch, maltodextrin, dextrose, salt, mineral salts, vegetable powder, cheese solids, flavour enhancers, vegetable fat, glucose syrup solid, food acids, flavourings, mineral salts, spices, yeast extract, anti-caking agents, spice extract dan colourings (huh jenuh aku menaipnya)
  • cara bancuh sangat senang.hanya bancuh dengan air panas je.
  • no sijil pengesahan halal jakim adalah 010653.
  • made by orang malaysia kita sendiri. Industri Kecil Sederhana (IKS) bumiputera.
 so kalo sape rasa nak beli leh la usha-usha kat fb akak aku kat SINI..xpun kalo malas tulis je kat komen entry aku ni.senang je kan.any problem untuk contact dia juz bagitau aku ok. so jom try!!

p/s : sape ag nak aku promotekan ^_^ 

minta dijauhkan

aSSalamualaikum

korang jenis orang yang macam mana ek?? wah mukadimah baik punyer. agak bangang punyer permulaan ayat kan.huhuhu sebenarnya aku xtau la memang habit aku or sebab aku terlalu care pasal sesuatu tu sampaikan bila nak tido pun asyik teringat je pasal sesuatu tu.

jenis aku ni boleh kata macam orang yang terlalu suka pikir macam-macam. padahal benda tu maybe bukan masalah aku or mungkin juga bukan sesuatu yang penting untuk difikir. selain tu kadang-kadang benda tu simple tapi otak aku dikerah untuk pikir sesuatu tu menjadi sesuatu yang sangat sukar.

so what should i do??

bukan mudah untuk aku biarkan semua tu berlalu dan bukan juga niat aku untuk merosakkan ikatan persahabatan yang terbina selama hampir 6 tahun tu. tapi xmustahil dengan cara mereka mengaitkan aku dalam hal ni akan menyebabkan ikatan persahabatan itu terputus jua suatu hari nanti.

hati manusia kita xboleh nak jangka kan. kadang dia boleh bersabar dan kadang dia akan merasa tercabar. cuma kita sendiri yang akan membuat dia memilih untuk bersabar atau tercabar. aku cuma harap persahabatan ini akan kekal terjalin buat selamanya. jauhkan la sifat marah dan benci dalam dirinya terhadap ku ini.
p/s: mood terlebey feeling lak arini

Thursday, September 29, 2011

dulu-dulu #1

assalamualaikum

sejak-sejak aku abis baca buku conteng-conteng yang bro FADHLI buat tu aku jadi teringat dekat zaman-zaman aku sekolah dulu. banyak sangat kenangan. dari sekolah rendah, menengah sampai  la kat institut pertanian.

tapi paling aku ingat waktu zaman dekat teknik. memang mencabar hidup masa tu. time tu la nak tau diri sendiri leh berdikari or x untuk tempuh hidup kat asrama. tapi pada aku masa tu xde masalah sangat pun. yela makan pun dewan makan sediakan. baju pun ada dobi tolong basuh. tapi aku xpernah pun anta kat dobi tu. buat ilang je kang baju aku.

masa kat teknik la aku kenal erti prep, makan nasi kawah, kena row call, denda lari padang, kena istighfar ramai2 kat dataran kijat sebab xgi jemaah kat surau, kena spot check hanset dan paling penting tau makna histeria.hahaha

kenyataan nya life kat asrama sangat-sangat best. bila ag ko nak dengar bunyi PKA (penolong ketua asrama) jerit kat tengah-tengah bangunan antara koridor sebab nak suruh tutup lampu kul 12 malam.bila plak ko nak kena denda tengah-tengah panas sebab kesalahan orang lain. bila masa ko nak kena simbah ngan air sabun plus telur masa besday kan. dan bila plak ko nak rasa kawan tu sangat-sangat penting time ko dalam kesusahan.

paling best bila masa ko nak rasa kena buli ngan senior kalo bukan kat asrama. setiap kali beratur masa nak amik makanan, mesti senior dengan selamba badaknya terus menonong ke barisan depan. keadaan senior yang xtau malu minx air junior dan minum sampai abis. dan juga keadaan senior yang memang super membuli junior2. tapi part paling best bila senior kena marah ngan makcik dewan makan sebab potong barisan junior.keh keh keh.time tu suma pakat gelak xingat dunia sebab dengar suara nyaring makcik DM tu.power giler kot

satu yang pasti adalah, kehidupan di asrama banyak memberikan pengalaman pahit dan manis yang mungkin akan aku kenang sampai bila-bila dan mungkin juga akan aku lupakan satu masa nanti. bila keadaan memaksa untuk aku lupakan semua tu, maka sedaya upaya akan aku kerahkan orat serta akal fukiran aku untuk lupakannya. dengan itu, aku berdoa supaya tiada apa yang akan menyebabkan aku cuba melupakan kenangan-kenangan di asrama.

p/s : otak tengah xberapa betul.blur maybe ^_^

Wednesday, September 28, 2011

kena paksa rela =_=

assalamualaikum....

arini mamat poyo iaitu  si dia yang dalam entry INI sekali lagi minx tolong ngan aku untuk mempromote diri dia.aishh xabis2 mamat ni menjual diri dia.hahaha

dia ada buat satu fanpage kat facebook..konon-kononnya dia glemer sangat la kan orang nak like page tu.hehehe...tapi sebagai seorang kawan yang baik maka aku pon tolong la promotekan.di fb telah aku promotekan dan sekarang di blog lak.

gambar ni dipilih sebab ada angry bird ^_^
so pada mereka-mereka yang baca blog aku ni tolong-tolong la like page mamat sengal ni ye..sila tekan di SINI. maka berkenal-kenalan la ngan helmi ni.tapi agak untung kawan ngan dia sebab dia ni agak pandai dan jugak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. daaannnnnn aku rasa dia ni single ag.hahaha

cuma dia adalah seorang yang sangat-sangat manja..over manja tau bukan sikit-sikit nya manja (=_=").kalo agak-agak xde member nak ajak bercuti ajak je dia..rasanya dia xkan menolak.hahaha ok dah start merepek!!

p/s: kalo baik ati like la page dia ek...sayang ketat-ketat pada yang like \(^_^)/

wordless wednesday #9 : perlukan nya untuk hilangkan bosan

assalamualaikum



entry hari rabu adalah entry yang kurang dengan ayat =_="

p/s: bosan giler weh!!

Tuesday, September 27, 2011

blog wajib aku usha ^_^

assalamualaikum

aku ada banyak keje sebenarnya...tapi bile dah penyakit blur aku datang, aku sendiri xtau nak mula buat keje dari mana. so untuk menumpulkan penyakit blur aku tu maka aku pun update la blog.hehehe

kali ni aku nak bagi tau blog-blog yang wajib aku buka dan baca setiap kali ada entry baru. bermakna blog-blog tersebut adalah blog yang aku dah follow. walaupun tajuk entry diaorang macam hampeh aku still buka gak.apasal ek????

antara blog wajib buka adalah :-

azfar9897.blogspot.com - ujang(laki kak yana)
ctliyana86.blogspot.com - bini ujang
zackzukhairi.blogspot.com - pelukis kartun bulat2
www.ailylrozanna.com - pencinta kucing
kupukupukecik.blogspot.com - peri yang comel
www.contengconteng.com - pelukis terhebat
ainzulaikhas.blogspot.com - doodle cute
sentuhan-maya.blogspot.com - berjiwang seketika
tutorialuntukblog.blogspot.com - cikgu untuk blog aku
professoraredee.blogspot.com - upm student
hamiasraff.blogspot.com - kehidupan
www.inibelogsaya.blogspot.com - si cantik
meriahuoll.blogspot.com - kak senduk
tehsecawan.blogspot.com - pengajaran hidup
wanwma.com - info berguna
ramaramadiarykuh.blogspot.com - story dr BFF


*senarai itu bukan mengikut susunan ye!!janji suma wajib baca


blog-blog lain yang aku follow tu jangan risau.aku still baca gak.cuma lambat sikit la....entry dari mereka-mereka ni diutamakan.huhuhu.yang pasti semua blog yang aku follow adalah blog yang menarik.ada juga sesetengah blog yang aku xfollow tapi aku suka baca.sebab pe aku xfollow ek??blur jap so xde jawapan.

p/s : so jom sama-sama blogwalking >_<

Monday, September 26, 2011

selamat ari lahir kesayangan ku

assalamualaikum

hari ni besday ayah aku...wah sudah 62 tahun umur pak harun sekarang...alhamdulillah ayah masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang masih baik.even ada gak kadang-kadang sakit tangan ngan kaki.tapi kalo leh merayap satu pekan tapah sihat la gak tu kan.huhuhu

pagi tadi aku tepon, ayah kata tengah on the way nak ke bidor. nak gi makan mee kari, katanya mak belanja.wah bercinta dua ye..aku kata nape xsuruh mak belanja chicken chop. pehtu ayah kata mak tekak melayu.makan chicken chop nanti muntah lak.hahaha...

tapi xpe la.bila ag nak berchenta dua kan.....bukan tiap2 bulan nak sambut besday..bulan depan sambut besday mak lak...bulan depan nya lagi sambut besday alang ngan apiq.huhuhu.along ngan angah je la yang jarak jauh ngan kitaorang. diaorang bulan 3 ngan bulan 7. kitaorang bulan 9,10 dan 11.huhuhu....

pape pun semoga ayah sihat-sihat selalu dan sentiasa gembira serta dirahmati ALLAH selalu

p/s : sape nak bagi aku hadiah besday???

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday #8 : musim sakit =_="





wordless wednesday adalah entry yang dibuat dengan hanya menempek gambar tanpa apa2 huraian...gambar menceritakan segalanya

Monday, September 19, 2011

apa macam???

assalamualaikum

arini pepagi ag dah merempit dari tapah ke seri iskandar.memula memang bajet nak balik semalam.sekali ujan da,,,,so ditangguhkan dan balik arini.tengok2 arini ag lebat ujan.dari kampar ke seri iskandar, aku mandi ujan.terbaik betul la =_=

melihat kepada keadaan aku xjadi balik semalam, mak aku pun mengusulkan satu cadangan masa aku tengah makan.


mak: balik lain kali belajar la balik bawak kete.boleh bawak kete ayah tu nanti.bila nak retinya bawak kete.
aku: ayah yang xbagi bawak.dulu adik nak bawak dah.
ayah : bila lak aku xbagi bawak??
aku: ada aritu ayah xbagi.agpun malas la. ujan tu time nak balik tapah atau balik seri iskandar je.waktu keje xde hal.leh jalan kaki.hehehe
mak : yela.kurang2 leh la bawak kete tu.kitaorang kalo pape kete angah ada kat sini.
aku : hurm.....


tapi lepas kejadian pagi tadi yang memaksa aku merempit di tengah ujan, aku terpikir.rasa-rasanya memang aku kena gak belajar bawak kete.lesen dah lama dapat tapi buat gambo je.

masalah utama sekarang adalah.aku sangat2 malas dan aku sebenarnya berani je bawak.tapi kena bawak kat jalan besar la.kalo jalan kat umah aku tu memang xla.sempit yang amat.ag satu aku ni agak2 seram sikit kalo nak bawak kete tang trafic light.bila dah berhenti tu dan nak jalan balik confirm enjin mati.hahaha.tu la yang selalu jadi masa aku belajar kete dulu.

so tunggu je la nanti camne.nak bawak ke x.hehehe.tapi buat masa skang jawapannya adalah KEMALASAN.tunggu sifat KERAJINAN tu datang

p/s : penat melayan kerenah orang yang kira nak senang je

Thursday, September 15, 2011

SEDIH GILER!!!!

assalamualaikum...

malam semalam aku rembat macam-macam movie dari katherine aka housemate warga filipina aku tu.masa tu aku juz pasang bateri je kat laptop.lepas dah save semua story dalam hard disk aku dengan excitednya aku bawak laptop masuk bilik sebab bateri aku dah dihujung nyawa.

masuk je dalam bilik aku on la suis laptop.sekali boleh lak dia xmenyala.sebelum ni kalo lampu dia xmenyala, aku pusing-pusingkan elok la dia.tapi semalam TIDAK.oh demn!!!jenuh aku menggentel wayar tu nak bagi elok balik.tapi xberhasil jugak....
wayar bahagian seperti gambar ni la yang jahanam.wayar  dari plug ke bateri tu xde mende pun

sedih giler aku.nak sangat tengok citer tinker bell masa tu.lagipun jam baru kul 9.25pm...masih awal untuk aku tido.aku pun call akak aku tanya berapa harga charger laptop acer tu....dia kata xmain la harga puluh2.suma ratus je.melainkan yang xori.huwaaaa.....melayang ag duit aku .

bulan ni agak sengkek sikit la.sebab ada benda nak kena settle.nasib baik la gaji bulan ni xlama je ag.tapi yang xbestnya hasrat nak beli phone baru kena tunda lagi la.huwaaaaaa.....

xpela aku relakan je la duit melayang.xleh idup kot xde laptop.sebab tu je la satu-satunya benda yang aku guna untuk ilangkan bosan selain dari novel.tadi mak dah call kan uncle sam tanya harga charger tu.dia kata yang ori dalam RM180 dan yang xori dalam RM 90.so mana satu yang patut aku pilih.dia kata xpe beli yang xori. tapi kalo ikut aku baik amik yang ori sebab mungkin tahan lama. so  PENDAPAT korang plak camne????cepat-cepat tolong settlekan masalah aku ni.huhuhu

p/s : melayang ag duit aku.ada yang nak tolong sponsor x??

Wednesday, September 14, 2011

family yokies...

sape penah tengok citer kartun yokies.ala family si telur yang bujur2 tu.hehehe....aku rasa sape yang lahir sezaman ngan aku mesti penah tengok citer family telur ni.comel siot!!!
sejak-sejak aku dah dewasa ni xde la plak aku nampak citer ni ditayangkan kat tv.kalo xsilap aku dia tayang kat tv1 kot xpun tv 2.sebab masa tu aku xpakai astro ag so xde channel lain.

nak rewind memory jap la.kalo xsilap aku yokies yang pakai suar biru tu anak no dua.yang first kakak diaorang yang pakai skirt pink. yokies suar biru tu bijak dan sangat rajin serta dengar kata. manakala yokies yang suar purple tu sangat-sangat nakal dan malas. asyik nak main je kejenya.

adik diaorang yang suka pegang bear tu lak sangat2 manja ngan mak ayah. dan kalo xsalah gak dalam citer ni selalu ada biawak ke buaya ntah.asyik nak makan diaorang je kejenya. yang aku paling suka adalah design umah diaorang dalam citer ni.soo cuteeeee...siap ada gelongsor ag kat depan umah tu.

ok la.aku pun bukan ingat sangat pun pasal citer ni.tapi citer dia agak menarik gak la.xde la bosan sangat.yang pasti mereka sumer comellll. sori la kalo maklumat2 kat atas tu salah.al maklum la otak dah berkarat skit ^_^

p/s : agak-agak RTM nak tayang ag x citer yokies ni???

Sunday, September 11, 2011

InsyaAllah lebih baik lepas ni

Assalamualaikum...

saat dan ketika aku menaip entry ni aku dah ada kat umah baru.huhuhu....bukan beli umah ye tapi sewa je.xmampu ag nak beli umah.sob sob...
ihsan incik google
memula aku cadang nak pindah minggu depan.pastu akak angkat aku kata minggu depan jumaat cuti sempena hari malaysia.so aku pun tepon mak then mak kata esok (arini la tu) angkat barang.minggu dpn leh la balik.weeeee suka giler aku.

pagi tadi aku gi tengok umah kat taman gemilang tu.sebenarnya sewa bilik je pun tapi sekali ngan umah la.so setelah diusha umah plus bilik dan sekeliling nya aku pun setuju nak dok situ.agpun aku memang nak bla dari umah sewa lama tu cepat2.tambahan lak owner umah baru ni aku rasa ok je.sebab masa aku jumpa tadi diaorang suami isteri pun ramah dan ambik berat gak la.so rasanya InsyaAllah xde masalah.

pasal housemate umah baru lak.sekarang ni ada dua orang housemate aku.sorang tu amik degree kat UiTM dan sorang ag dak filipina.masa memula owner tu kata org filipina aku agak terkezut gak.tapi xpe la.dah lama2 sembang2 dia pun nampak ok dan yang penting dia xmakan ba alip ba ya sebab dia alergic. so xde masalah sangat la. tapi ayah kata balik kampung minggu depan mesti aku dah pandai speaking english.hahaha hampeh tol!!!...aku rasa dah macam ayam cakap ngan itik je.berbelit lidah aku nak balas balik apa dia cakap

yang dak uitm  tu pun ok.masa memula masuk aku tengok mak dia sembang ngan dak filipina tu.perghh memang teror ar.laju je mak dia speaking.aku??hehee tengok je la.malas nak pikir ayat nak balas apa yang dak filipina tu ckp.dak ni aku xtau ag nama dia.but at least she better than jembalang tu.dia nampak ramah,kelakar dan sempoi.

so petang ni around kul 5 or 6 aku akan ke umah sewa lama aku.nak kasi settle dan basuh skit minah jembalang tu.moga2 lepas ni idup aku lebih aman tanpa dia. owh lupa nak bagi tau.rupa2 nya umah dak2 opis aku selang 3 umah je dari aku.ish3...aku ingatkan diaorang kat lorong lain.adeh!!! tadi pun aku nampak kete sharul tu dok vromm2 kat luar.hehehe.baru balik makan kot.pada bos kecik kalo baca blog aku ni, leh la kirim2 kuih raya ye.hahaha.

p/s : doakan semuanya ok dan lebih baik dari sebelum ni.

Friday, September 9, 2011

kesabaran dibawah paras -0

assalamualaikum.... (PERHATIAN : entry ini sangat panjang dan dipenuhi dengan rasa ketidakpuasan hati)

kalo kat seri iskandar ni memang opis la yang paling selesa bagi aku skang.rumah bukan ag tempat yang paling selesa bagi aku.xde dah istilah rumahku syurgaku selagi aku duduk kat rumah minah jembalang ni.dah macam kat penjara rasanya...

perangai manusia ni lain2 dan manusia memang suka bermuka-muka.depan kita mengata orang tu then depan org tu mengata kita.macam siall kan.cuma kemarahan aku disimpan sebab aku malas nak berdebat ngan orang tua.ag satu kang kalo dia halau aku xke tido dalam khemah aku nanti.tapi memang before aku pindah nanti aku akan basuh dia cukup2 *cukup kuat ke aku nak basuh dia.selalu bila marah orang aku yang leleh last2 nanti*

sebelum aku masuk sewa dekat umah ni dulu aku dah tanya kat dia
aku: saya nak sewa bilik..berapa ek sebulan?
jembalang : eyh x.saya nak cari HOUSEMATE.sewa sebulan 100 deposit 100.ada aircond kat hall,wifi dan astro.
aku : owh ok la camtu.kalo xde hal ari *** nanti saya nak tengok umah.
jembalang : owh ok


setelah aku setuju nak dok situ dan dah angkat barang suma.masa tu dia cakap kat aku and mak ayah aku.kalo nak guna barang pape kat umah ni guna la.bil nanti kita bayar la sama2.ok aku xkisah la.sebab adat berumah sewa mmg macam tu.masa tu memang ada gak perasaan berbulu dan sebal sebab tunggu dia xsampai2.dekat sejam aku, ayah ngan mak aku tunggu dia.

tapi yang aku xleh terima bila one day mak dia datang ke rumah tu dan 'menegur' aku.bagi aku xkisah nak tegur asalkan dia tengok dulu diri dia and anak dia macam mana.aku ni bukan nya jenis keras ati pun.xkisah la nak tegur2 ni.

ayat mak dia adalah :-
"makcik nak tegur skit ni.**** nak tegur segan.so biar makcik cakap.awak nanti wifi jangan guna ye.abang sebelah ni bising la.dia pun guna yang murah punya je.lagi pun KITA BAYAR TIAP2 BULAN RM30.so ni amanah la.jangan guna.selain tu sofa ni pun jangan duduk la.makcik tengok dah patah dah.baru sebulan duduk sini.warna nya pun dah kelabu2 dah.kalau duduk 2 bulan ntah jadi apa la kan.yang bahagian belakang tu pn dah terkopek.xnak la macam tu.rosak kerusi makcik ni.meja makan tu pun lepas makan je awak lap.makcik tengok kelabu dah.tapi ni bulan pose xpe la.umah ni pun seminggu sekali tolong la sapu.makcik tengok bersepah je.rimas la!!dulu awak masuk kemas je kan.so bila dah masuk ni tolong la.lagipun AWAK SEWA BILIK JE KAN, BUKAN SEWA SEMUA BARANG2 NI KAN.so kalo nak tido ke apa ke semua buat dalam bilik sebab awak sewa bilik.


nampak xpercanggahan antara jembalang ngan mak jembalang tu.anaknya kata leh guna barang2 dalam rumah tu.bila mak dia datang dia kata xleh plak.yang bikin aku lagi PANAS adalah jembalang tu dan2 tu la plak membatu apikan diri dia.dia leh kata kat mak dia  "ishh dah la keje stress, balik umah pun stress.dah macam jaga dua orang anak". masa tu memang hangin sangat aku.masuk je bilik xde lain.air mata yang meleleh dulu.

kecewa sangat sebab rumah bersepah, sofa macam patah, sampah xsapu sumanya anak dia yang buat.anak dia yang sepahkan hall tu dengan cawan, beg dan macam2 lagi.selain tu, sebelum ni dia sendiri yang kata leh guna semua tu.hurmm ntah la.aku bukan jenis yang suka gaduh sebab penyudahnya aku yang akan leleh nanti.tapi bila rasa sakit ati lebih dari segalanya maka mungkin ada benda yang xdijangka akan berlaku.

sebelum ni housemate ag sorang kata jembalang tu segan nak merokok dpn aku.then sebab dah xtahan sangat and aku pun macam xkisah makin menjadi2 perangai jembalang tu.dan baru kelmarin aku dapat tau rupanya jembalang tu merokok, minum arak dan penah amik dadah.WTF!!!benda yang paling xleh bla, jembalang tu macam xsuka bila aku mengaji.sdngkan aku mengaji dalam bilik aku bkn bilik dia pn.itu pn aku baru tau sebab housemate yang bagitau aku.xyah jadi islam la kalo macam tu.

dah la puasa pn dia buat ikut suka je.nak puasa dia puasa kalo xnak tinggal.macam mana tu.dia kata nak berubah siap beli tafsir Quran kononnya nak membaca kisah2 dalam tu.tapi nampaknya tafsir tu hanya menjadi hiasan semata2.diletakkan di sofa tanpa ada rasa bersalah.sedangkan itu adalah TAFSIR AL QURAN.

lepas dari kejadian ditegur oleh mak jembalang tu, aku memang xde gna langsung barang2 umah tu.life aku macam dalam bilik je.balik keje masuk bilik, cukup time mandi, solat then terperap dalam bilik smpai esok pagi.that's my life now sampai la aku dapat cari umah lain nanti.

and latest sekali semalam.aku saje balik keje lambat.ingatkan selamat la.elok je aku nak kunci grill aku tengok family jembalang tu datang.aku malas nak amik tau aku terus kunci pintu.lantak la aku bukan kenal diaorg pun.agpun diaorang pandai je masuk umah.even jembalang tu xde elok je family dia ada kunci.dan sebelum tu masa aku masuk je umah aku pelik.sebabnya umah dalam keadaan kemas sangat.xde sepah2 macam selalu.agaknya dia dengar je mak dia nak datang terus dia kemas umah.xde pun kotak rokok,lighter or cawan bersepah-sepah.

memang talam 14 ratus muka dah tu.masa tu jugak aku tekad kalo aku ditegur atas benda yang bukan aku buat aku pasti akan membidasnya.aku xsuka bergaduh tapi bila keadaan memaksa itu yang jadi.disebabkan nak elak dari bergaduh la aku juz duduk dalam bilik je.aku malas nak bertembung muka ngan diaorang tu.terus sakit kepala aku sampaikan aku rasa macam nak demam dah.walaupun jembalang2 tu  kuar lepas tu sampai la ke malam.aku still malas nak ambik tau.aku jaga je dr tido bersiap2 suma then dok dalam bilik dalam keadaan gelap.dah macam orang buta aku rasa masa tu.

semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi semua ni.at least diberi kesabaran sehingga minggu depan.sebab INSYAALLAH minggu depan aku akan pindah.no more excuse.akan kuar juga dari rumah tu walau apa terjadi.semoga xde apa2 halangan dan semuanya berjalan lancar.amin =p


p/s : doakan yang terbaik dan semoga aku diberikan kesabaran serta kekuatan ^_^

Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday #7 :dugaan selepas raya


wordless wednesday adalah entry dimana hanya gambo je ditempekkan tanpa apa2 huraian kecuali tajuk...


Tuesday, September 6, 2011

facebook dan twitter

selamat ari rayer!!!!arini aku dah start keje dah.macam bese dalam keje tengah berlambak pun aku still boleh on9 sampai ke petang.hahaha....agak banyak sebenarnya keje aku.tapi buat2 macam xde je.weeee *ngamuk bos kecik* hahaha

sape ada akaun facebook dan twitter boleh la add aku.tapi sila mentionkan korang adalah blogger jugak.kalo xnanti aku xapprove -_- .  tapi aku rasa kalo nak add better di fb je.sebabnya aku sangat2 lembabs guna twitter *macam la ada yang nak add*
dedulu aku ada facebook je.pehtu dah kecoh orang dok kata twitter ag best.aku pun buat la.sekali hamek ko haram aku xtau nak guna twitter tu.nak follow ke, cari friends ke suma aku xreti. gatai tangan namanya tu.dah xtau sibuk gak nak buat twitter.demn!!

motif utama entry ni dibuat adalah untuk mencari insan yang baik ati yang sudi ajar aku guna twitter.hehehe sebabnya aku rasa dak opis aku selalu main fb je xnampak pun main twitter.pleaseee..sape2 baik ati  *sambil buat muka bajet comey*

p/s: kalo ada yang sudi nak ajar sila2 tinggalkan komen k.kalo nak follow twitter aku cuba search maisarah810....*ntah betul ntah idak nama tu yang keluar nanti*

Monday, September 5, 2011

amacam rayer??

as salam uols...aritu mood raya aku smpai gak.tapi masa malam raya la.sebab aku buat biskut raya.dapat la sikit mood raya tu kan.aku buat biskut raya with my sis alang.
disebabkan ari ahad malam tu aku xtido then esoknya terus gi keje.maka dalam perjalanan balik aku dah tertido atas moto.nasib baik cepat sedar.kalo xbuat kenduri la mak aku.sampai je umah aku tido dari kul 3pm sampai 6.30pm. lama x?hahaha...malamnya lak tido kul 2.30am then esok pagi bangun kul 9.30am.

maka jawabnya xgi la semayang raya.akak aku dah bebel2 dah pasal bangun lambat.huhuhu.ngantuk la nak buat camne kan.dah siap2 suma then tunggu mak ayah balik dari masjid untuk sesi bermaaf-maafan.

RAYA HARI PERTAMA
bermula dengan bermaaf-maafan dengan family.then rehat2 jap tapi aku ngan alang gi ziarah kubur abah kat jalan damai.pastu gi beraya kat Kg Bermin which is kampung mak aku gak la.sebab atok aku dok situ dulu.tapi mak xikut sebab dia jaga opah aku.petangnya dekat2 kul 4 kawan2 alang aku datang dalam 15 motor.padahal kawan dia sorang je.masa tu gak la adik bapak aku and kawan2 mak aku datang bersamaan dengan 3 biji kete.hamek ko...selalu raya pertama relax je sekali taun 2011 ni penuh umah raya pertama.fuhh!!!penat beb.malam tu plak adik2 mak aku yang satu bapak lain mak datang beraya.tapi aku xdok lama kat umah.sebab aku,angah ngan alang dah bersiap2 nak gi beraya umah kak ila dan azzren.

RAYA HARI KEDUA
pergi beraya kat kampung ayah area batu gajah dan bemban.masa ni mak ikut sebab dalam petang sikit makcik aku akan balik umah.so ada la orang jaga opah aku.pergi beraya sambil2 mengisi perut kat umah sedara mara.xnak ramai lak sedara belah ayah aku ni.waduh2..dah la suma kelakar je.malam ada satu insiden dimana aku dimarah oleh sorang pelakon yang bernama IDRIS MAT DIAH. pasal ni aku citer kat entry lain ok.dalam kul 8 lbh dekat kul 9, main bunga api plus mercun bodo2 ngan sepupu.kenapa mercun bodo2??sebabnya bunyi mercun tu slow je.khas utk orang yang xnak kehilangan jari.hehehe. tengah malam sambil2 tengok drama with sepupu2, semua pakat lapo...maka aku merajinkan diri masak megi tomyam jenama maggie...nasib baik sedap.bersahur la kitaorang 6+1 orang makhluk di malam ari sambil sambung tengok drama

RAYA HARI KETIGA
beraya kat umah pakcik aku bersamaan dengan sepupu kepada mak aku kat tapah road.dia buat open house makan mee rebus mastan ghani katanya.sekali ag mak aku tinggal kat umah.lepas tu gi umah opah su which is adik kepada opah aku dan terus ke umah pak long.last skali jenguk ke rumah kawan ayah aku pakcik mat zain.malam nya layan movie macam bese walaupun sumanya dah tengok.dekat2 kul 10.30 makcik aku datang dengan anak2 serta cucu2nya.ingatkan xjadi tido umah aku sebab lambat sangat.aku dah siap bentang toto depan tv dah ingat nak check in situ.sekali atas rasa baik ati *cewah* aku menyerahkan tempat tu pada sepupu aku utk landing time dia,wife ngan anak-anak dia.

RAYA HARI KEEMPAT
just stay kat umah je.pagi2 ag dah bangun sebab dengar anak sepupu aku nangis.then terus terjaga dari tido.sepupu2 merangkap driver xbangun ag dari tido sebab syok sangat dok tido.sampai ada yang declare homestay 5 star.tapi yang aku pelik bila umah aku jd homestay.hahaha.kipas pun diaorang tutup pagi tu sebab katanya sejuk.pak cik aku kata sejuk aircond lain ngan sejuk kampung.ntah le.aku tengok sama je.huhuhu.before diaorang teruskan perjalanan kitaorang bergambar dulu.benda wajib tu setiap kali bila ramai2.huhuhu
bersama sepupu dan anak2
kandid time
sasha and shafik
then lepas diaorang balik kitaorang meneruskan aktiviti mandi sungai.sejuk woo.pas naik dari sungai aku tido and suma kaum adam gi semayang jumaat.petang tu cu aku lak bertolak balik ke kl.


pic:credit to kak ina and family

RAYA HARI KELIMA
gi beraya kat umah kawan2 aku which is umah shieda, anim and sheenah.tujuan utama nak jumpa kawan-kawan la dan paling penting nak tengok baby girl sheenah.baby merdeka beb.aku suh bagi nama merdekarina tapi cadangan ditolak.sob sob...tapi baby tu sangat cute tapi takut nak pegang sebab kecik sangat.huhuhu
malam tido xingat dunia kul 9 baru bangun tengok tv.owh lupa alang balik naik bas ke kl kul 3.30pm.

RAYA HARI KEENAM
still dok kat umah sebab dah malas nak beraya.along pagi2 buta dah balik sebab takut jalan jem.maka tinggal la aku ngan angah je.petang tu pakcik mat zain dtg with opah enon dan beberapa lagi insan.malam membongkang depan tv tengok citer yang ntah pape.

RAYA HARI KETUJUH
bersamaan dengan arini,xde kemana jugak.sebab orang suma dah start keje and sekolah.before balik gi guardian sat then pas zohor bertolak balik seri iskandar.otw balik moto aku dilanggar oleh malaun yenna yang bawak lori.salah aku ke??oh tidak!!!salah dia.sebab masa tu aku dah berenti sebab lampu isyarat warna merah.dia yang bawak laju then langgar aku.nasib baik langgar slow je.kalo xmalam ni mak aku wat kenduri arwah la.dan box di moto aku adalah penyelamat keadaan.sebab lori tu bercium dengan box aku je.kalo x aku pun xtau pe jadi.menggigil kaki aku bawak moto.nasib la aku buka jenis trauma lama2.adeh...

RAYA HARI KELAPAN DAN SETERUSNYA
xtau lagi sebab esok aku dah start keje.kot2 ada dak opis nak buat open house ke kan.hahaha

p/s : xlambat sangat kan nak wish raya.so SELAMAT ARI RAYER MAAF ZAHIR BATIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...