GAMBAR PERTAMA : ini adalah stage pertama dalam idup aku untuk menimba ilmu.semuanya bermula di tadika kemas kg datok.pic tu masa kitaorg suma pelajar2 tadika ni buat persembahan untuk majlis penyampaian adiah cemerlang rasa nya.and know what nampak x sape yang ada dalam pic tu *yang duduk barisan depan dan kedua dr kiri tu*. yes that my BFF nurul azzren.itu adalah salah satu bukti yang kitaorg dah bersahabat since tadika lagi iaitu masa umo 5 tahun.perghhh lama kan.
GAMBAR KEDUA : masa ni plak zaman2 sekolah rendah kat SK (1) Tapah.sebenarnya pic masa sekolah rendah memang xbanyak.sebab masa tu bukan nya aku pndai guna kamera ag.pic ni di ambil masa kitaorg gi lawatan ke penang.masa tu drjh berapa pun aku xingat.hahaha..suma2 yang ada dalam pic tu ada yang aku rapat dan ada yang x.tapi yang aku cukup pasti mereka suma ada dalam list friend fb aku.hihihi
GAMBAR KETIGA : ni plak masa form 2 kat SMK Buyong Adil.aku sekolah kat situ dr form 1-3 je.pic tu diambil masa kitaorg buat jamuan kelas kat bilik seni *guru kelas aku cikgu seni*. dak2 laki kelas aku masa tu konon je pemalu.padahal....tapi jamuan tu agak best gak cuma ada la ketidakpuasan ati skit ngan dak2 kelas.teetttt...
GAMBAR KEEMPAT : pic ni merupakan pic kelas aku masa form 5 kat SMT Teluk Intan.dalam banyak2 kelas aku dok, kelas ni la yang paling cantik sampai menang kelas terceria sebanyak 5x berturut2.banyak sangat kenangan dalam kelas ni.dekat sini la kitaorg buat meeting kelas yang xpernah kelas2 lain wat, snooker beramai2 (tido), sorok handphone masa spotcheck, baca yassin, hias kelas sampai menang kelas terbersih dan terceria dan yang paling seram handle dak2 kelas yang kena histeria (ngilai skit).dan yang buat dak2 pompuan xpercaya adalah nama di kerusi itu adalah hasil tangan dak2 laki kelas kitaorg yang hanya ada 10 org tu.sebabnya mereka sangat2 malas.hahaha
GAMBAR KELIMA : merupakan dak2 kelas aku dari 4AT2 dan 5AT2.mereka semua sangat best.sampaikan kitaorg menamakan perhubungan kami ini sebagai ADIK BERADIK.aku bangga sangat dapat dak kelas macam ni.even kadang2 ada gak salah faham.tapi sampai sekarang relation tu still ada dan mereka still giler2 macam dulu gak.dan pic ini taken masa berbuka puasa di restoran nasuha bersama2 guru kelas kami.
GAMBAR KEENAM : merupakan buddy masa kat Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH).sebenarnya lebih kepada roomate.bilik kitaorg bersebelahan je B103 dan B104.tapi rapatnya perhubungan kami dah macam dok sebilik je.sampaikan kalo lapo pun xde segan silu redah je bilik sebelah minx makanan.hahaha...gi makan kat dewan makan, gi majlis pape, gi merewang pun suma sama2.cuma gi toilet ngan kelas je lain2.weeeee.yang penting sekali menggila bersama.sangat rindu sama kak wani, amni, fizah, rozie, lina, mija, kema, kak asmah dan wani.
GAMBAR KETUJUH : pic taken masa orientasi di Institut Pertanian Bumbung Lima (IPBL).di kerusi tu la aku selalu melepak ngan geng2 aku,makan2 kat situ dan berehat serta bergosip disitu.kat court sebelah tu la aku main badminton petang2 sampai leh turun 4kg.dan kat kawasan tu jugak la aku selalu mengacau kawan2 aku.
GAMBAR KELAPAN dan AKHIR SEKALI : menghabiskan masa2 lapang even sebenarnya bz di sekitar IPBL.itula kelebihan bila tempat study dekat ngan sawah padi dan juga parit.leh la merayap2 kat kawasan bendang dan pergi mengail ikan.heehe
p/s : even dah lama sekali pun aku tinggalkan zaman2 belajar aku, tapi dalam ingatan pasti terselit juga kenangan yang indah dan pahit waktu itu v(^_^)
No comments:
Post a Comment