orait tabiat aku yang paling ketara masa bawak moto ada lah BERANGAN.wah gitu...tapi kenapa ek kebanyakkan girl ni suka sangat berangan??xkisah la jnji bahagia wink wink!!kalo aku bawak moto kebiasaannya masa jalan jauh memang kompem aku akan berangan.tapi setakat ni paling jauh aku bawak moto pun dari tapah - teluk intan je pun.hehehe...juz 45 minit perjalanan.
tapi habit ni aku leh anggap parah sebab bila aku dah berangan aku xsedar yang aku rupanya tengah bawak moto.wah ko!!leh mengundang kecelakaan aka kemalangan tu.tapi setakat ni alhamdulillah masih selamat sepanjang perjalanan.ag pulak kadang2 bila aku dah berangan tu aku akan tersedar dengan segera la jugak.xde la berangan dari tapah sampai ke teluk intan tu.
tabiat kedua masa bawak moto adalah MENGUMPAT.kompem tambah dosa sepanjang perjalanan aku tu.aishh!!!nak wat camne dah aku bengang ngan pemandu2 "berhemah" yang menggunakan jalan tu jugak.mana xnya tetiba je nak hon aku even aku bawak moto dh memang side kiri.nasib baik la aku xde sakit jantung.kalo xmemang kompem kojol tengah jalan tu je.
mentang2 kete dia kononnya mahal, yela kete mini cooper kan.xkan la dapat harga macam viva kan.kira nak laju dia je.xkira dah corner ke,double line ke main hentam ikut suka dia je.ayat ngumpat aku masa tu "giler laju,excident kat depan tu karang baru ko tau.dah xsabo nak mati gamaknya". ada macam ayat mendoakan dia excident x?hehehe
tapi memang laju pn.kira berlagak la tu dia pakai kete mahal.sampai jalan kg pun dia bedal nak bawak 180km/jam.ag satu ayat ngumpat aku "wei der, kalo nak laju sangat buat jalan sendiri je la.xpun bawak je kete atas langit tu ha.kompem xde orang kaco.buat jalan macam xde orang lain je".
banyak ag sebab2 aku ngumpat ni.hehehe...bese la idup manusia sentiasa xpuas hati ngan orang lain.tapi xpuas ati aku tu berbaloi pe.hahaha
tabiat ketiga ialah bawak PERLAHANKAN moto bila lalu sebelah lori.sebabnya aku takut nanti kekuatan angin dari lori tu buat moto aku terbalik.huhuhu..kalo aku tgk kat side mirror aku tu ada lori belakang aku memang kompem aku slow.dari 80km/j leh jadi 40km/j.aku akan pastikan lori tu lepas dlu lepas tu aku akan sambung pecut balik.keh keh keh.sangat takut wo bila lalu sebelah lori.
tabiat keempat aku ni baik skit.sebabnya kadang2 bila datang keinsafan tu dan berniat nak tambah pahala aku akan berzikir masa bawak moto.at least dapat tambah pahala kan.leh la cover dosa2 masa dok ngumpat orang lain td.hehehe.sekali sekala pe salahnya berzikir buat perjalanan tu lebih berkat dan selamat.tapi bila masuk kat selekoh je secara automatik zikir tu pn xde kuar dari mulut dah.agak2 dah lepas jauh skit dari selekoh sambung balik berzikir (>_<).
tapi pape pun xkisah la apa jenis tabiat pun masa bawak moto or kete.janji before mulakan perjalanan tu baca la doa naik kenderaan dan mohon supaya perjalanan tu selamat pergi dan balik dari sebarang kejadian yang xdiingini.
p/s : sape yang tetiba hon aku tanpa sebab tu memang kompem dan nyata no plat ngan jenis kete korang tu aku ingat.sekali kaler kete korang aku scan tau (=_=)
2 comments:
tabiat saya suker menyanyi.. miahhahaha
itu pn suka gak.tp xde la sekerap berangan dan mengumpat.hehehe
Post a Comment