~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, August 5, 2011

rindukan mu

salam. ntah nape arini rasa rindu sangat2 pada dia. yes bila masuk bulan pose ni teringat kat dia.seorang yang telah meninggalkan aku pada raya kedua tahun 2010 bersamaan 11 september 2010.seorang insan yang ku panggil ABAH.

abah ngan mak ila jaga aku dari kecik.lebih kurang mcm pengasuh aku la.nama abah tu dah aku panggil dari aku kecik ag. dulu masa sekolah rendah, asal cuti je nak gi umah abah. tapi bila dh besar ni malu skit la. abah ngan mak ila mmg baik.diaorang sangat memanjakan kitaorang anak2 nya ni.

aku rasa habit abah yang aku ikut sampai sekarang adalah makan nasi mesti berkuah.kalo nasi tu xbanjir ngan kuah mmg xsah.mak kata aku mmg ngikut perangai abah yang tu.sebab ayah ngan mak aku mana mkn kuah banyak2.dan habit tu gak aku nampak pada kak intan (^_^)

tapi tu la masuk mood pose ni selalu je teringat kat abah. terkilan kot aku sebab masa abah nazak mmg aku ada lawat. lepas tu abah ok skit. tetiba masa aku tgh beraya kat umah pakcik aku kak intan call kata abah dah xde. terkesima kejap aku masa tu.

mak ila kata abah ada sebut nak jumpa aku ngan alang.ntah la.kadang2 bila teringat balik rasa terkilan sgt2.sebab xdpt jmpa abah masa last hayat dia.dh la masa sampai2 pn abah dah siap dikapankan. xdpt nak tgk and cium abah bt kali terakhir.selalu kalo aku gi umah abah, masa nak balik tu mesti salam dan cium pipi abah. abang ar kata ikut gi kubur nnti leh tgk abah.

aku mmg nak gi.tapi mak ngan ayah aku xgi.mak kata panas nnti kang ayah xtahan.so sampai sudah aku xtengok wajah terakhir abah.sedangkan aku leh je gi naik moto gi kubur.tapi bila dah blur macam tu la jadinya.sedih giler rasa masa kemas2 umah abah tu.aku ngan alang sapu umah abah,lipat kain kapan yang lebih2 tu, lipat selimut dan ada ag ar.

sebak kot rasa masa tu.aku dok bersih kat luar umah skit2 tapi air mata dh meleleh dah.hurm,,,xtau la.tapi aku xsuka tnjuk depan orang aku nangis. nak tido malam tu pun aku nangis gak.ntah la.rasa terkilan tu tetap ada. skang mak ila dok ngan kak intan and nyah kat bangi. sebab aritu mak ila jatuh.so kena operate aritu.

hope mak ila dalam keadaan sihat sejahtera selalu dan moga roh abah dirahmati dan ditempatkan di kalangan yang beriman AMIN. rindu sama abah.kurang dah sorang insan yang aku nak peluk cium raya ni.

p/s : sayangi dan lindungilah insan-insan yang kita sayang dan cinta sebaiknya.

4 comments:

azreen ashreen said...

sedekah kn al-fatihah nt0k arwah beb..
:)

maisarah sarah said...

oyeah..

Devil Inc. said...

Terharu sebenarnya bila boleh membaca sesuatu yang di luar jangkaan kita, di luar penglihatan mata kita - sejauh mana bezanya pengalaman setiap orang bagi satu situasi yang sama.

Jujurnya, yeah, hati masih berbaur rindu di saat ini terhadap dia dan rasa makin kuat bila tiba saat-saat begini.

Doakan daku tabah mengharungi semua ini dalam satu jangka masa yang lama :)

P/s : Rindu juga dengar abah merepek² cakap kan? :D

maisarah sarah said...

kak intan : yups..xdpt dgr ag dh abah merepek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...