~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, August 26, 2011

bukan dalam mood raya

salam eidul fitri semua....sekarang mesti semua tengah busy buat persiapan raya kan. dan mesti semua nya tengah hepi sangat2 nak sambut raya ni. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua.MAAF ZAHIR DAN BATIN. walaupun maybe xde kesalahan yang batin.huhuhu

tapi bukan bagi aku. aku rasa taun ni la perasaan nak raya tu xde walau sekelumit pun.aku xtau punca utama mood raya tu xde. dah puas aku cari mood tu.selongkar laci, cari kat belakang pintu, tengok depan umah suma xde. selalu bila dengar lagu raya je aku dah rasa excited nak raya. jangan kata sebab aku xpuasa lak sebab tu xde mood raya.aku pang kang.

first skali sebab sepanjang 21 taun aku idup ni la kali pertama aku beraya tanpa abah.yes abah yang menjaga aku dan mengasuh aku dari kecik.dia meninggal masa raya kedua taun lepas.selalu tetiap taun mesti aku,akak2 aku ngan mak ayah aku akan gi umah abah.taun ni xdapat nak gi umah abah.sebab mak ila suma pun ada kat bangi.diaorang xbalik sini.hanya pusara abah yang dapat aku singgahi di hari raya nanti.

then taun ni merupakan taun aku beraya sebagai seorang pekerja.maka dah nama keje dah sah2 la kena bagi duit raya kan.so disebabkan itu, aku dah sediakan bajet utk raya nanti.huhuhu....xleh banyak2.seringgit je cukup bagi kat budak2.banyak2 nanti deme buat beli lastik lak.

disebabkan dh keje maka  aku terpaksa dok kat umah sewa. pasal kes umah sewa ni gak menyebabkan aku xde rasa nak raya. lepas raya ni kompem aku pindah umah.susah la kalo duduk ngan orang yang suka komplain tapi xcermin diri sendiri dulu.mana xnya dok tegur aku tapi anak sendiri yang buat hal xde lak nak bising.owh tidak.semalam mmg kurang pahala puasa aku sebab memaki hamun mereka dalam ati.

so doa2 la mood raya tu masih ada untuk aku menyambut lebaran ni.ke aku dah nak mati ek sebab tu xde rasa nak raya.huhuhu....harap-harap dapat beraya dengan meriahnya...kepada semua selamat hari raya aidilfitri.jangan lupa pada yang kurang bernasib baik ok.dalam seronok kita beraya ingat2 la sama pada mereka yang kurang upaya...

p/s: jangan menuduh atau mengata seseorang sebelum melihat diri sendiri betul atau salah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...