Monday, August 29, 2011

selamat datang syawal - selamat tinggal ramadan

salam semua.arini kemungkinan ari last kita semua puasa.sebab kalo ikut kelendar esok dh raya.tapi kan mana cukup 30 ramadan ag kan.so xleh raya la.hahaha

sebenarnya aku ni dah kebosanan. dari semalam aku xtido2 ag ni.now ada kat opis lak untuk bekerja sekerat ari.sepatutnya kena keje sampai petang.tapi bese la buat peraturan sendiri.ada aku kisah kan.hehehe

tujuan utama entry kali ni dah sah2 la nak ucap selamat ari rayer.tapi sebelum tu selamat tinggal pada ramadan.ntah berkesempatan atau x nak jumpa ramadan tahun depan.harap-harap nya amsih sempat ag nak bertemu ramadan tahun 2012 nanti.

mesti semua nya tengah sibuk kan dengan persiapan raya.aku je yang dok tercongok kat opis ni ha.tapi aku xde lak rasa sedih.aku xtau nape, tahun ni memang aku xde rasa langsung nak raya.walau aku excited nak buat biskut raya sekali pun tapi mood raya tu still xde ag.macam mana ni???

tapi pada raya pertama nanti tugas utama aku selain minx maaf bersama2 family adalah melawat kubur arwah abah.aku dah diamanahkan untuk menjenguk kubur abah sebab kak intan xdapat nak balik awal raya kali ni.

yang xbestnya time org sibuk2 buat persiapan raya, aku lak sibuk mencari umah sewa baru.hahhaa.nak buat camne.kalo xcari alamatnya aku kena la menahan rasa hati kat umah tu.so better aku cari dulu then nanti pindah je. perkara yang lagi xbest ag adalah petang ni nak kena merempit lak balik kampung.MALASNYA..... tolong2...

alamak terlebih sudah.ok la aku nak ucap selamat ari raya maaf zahir batin.monx dihalalkan makan minum, isi kandungan entry atau pape je la yang aku teramek. tapi paling utama nak mohon maaf kepada yang membaca blog aku ni andai sepanjang korang abca entry aku, korang ada terasa ati.sorry sangat2...

akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

p/s: makan lemang jangan lupa aku tau dan paling penting kalo nak main mercun tu hati2 la ye =)

Friday, August 26, 2011

bukan dalam mood raya

salam eidul fitri semua....sekarang mesti semua tengah busy buat persiapan raya kan. dan mesti semua nya tengah hepi sangat2 nak sambut raya ni. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua.MAAF ZAHIR DAN BATIN. walaupun maybe xde kesalahan yang batin.huhuhu

tapi bukan bagi aku. aku rasa taun ni la perasaan nak raya tu xde walau sekelumit pun.aku xtau punca utama mood raya tu xde. dah puas aku cari mood tu.selongkar laci, cari kat belakang pintu, tengok depan umah suma xde. selalu bila dengar lagu raya je aku dah rasa excited nak raya. jangan kata sebab aku xpuasa lak sebab tu xde mood raya.aku pang kang.

first skali sebab sepanjang 21 taun aku idup ni la kali pertama aku beraya tanpa abah.yes abah yang menjaga aku dan mengasuh aku dari kecik.dia meninggal masa raya kedua taun lepas.selalu tetiap taun mesti aku,akak2 aku ngan mak ayah aku akan gi umah abah.taun ni xdapat nak gi umah abah.sebab mak ila suma pun ada kat bangi.diaorang xbalik sini.hanya pusara abah yang dapat aku singgahi di hari raya nanti.

then taun ni merupakan taun aku beraya sebagai seorang pekerja.maka dah nama keje dah sah2 la kena bagi duit raya kan.so disebabkan itu, aku dah sediakan bajet utk raya nanti.huhuhu....xleh banyak2.seringgit je cukup bagi kat budak2.banyak2 nanti deme buat beli lastik lak.

disebabkan dh keje maka  aku terpaksa dok kat umah sewa. pasal kes umah sewa ni gak menyebabkan aku xde rasa nak raya. lepas raya ni kompem aku pindah umah.susah la kalo duduk ngan orang yang suka komplain tapi xcermin diri sendiri dulu.mana xnya dok tegur aku tapi anak sendiri yang buat hal xde lak nak bising.owh tidak.semalam mmg kurang pahala puasa aku sebab memaki hamun mereka dalam ati.

so doa2 la mood raya tu masih ada untuk aku menyambut lebaran ni.ke aku dah nak mati ek sebab tu xde rasa nak raya.huhuhu....harap-harap dapat beraya dengan meriahnya...kepada semua selamat hari raya aidilfitri.jangan lupa pada yang kurang bernasib baik ok.dalam seronok kita beraya ingat2 la sama pada mereka yang kurang upaya...

p/s: jangan menuduh atau mengata seseorang sebelum melihat diri sendiri betul atau salah.

Thursday, August 18, 2011

fikir-fikir kan la

salam, sejak akhir-akhir ni aku selalu terbaca pasal kes kebuluran aka kekurangan makanan kat somalia tu.bila tengok pic budak-budak kecik tu alahai sedihnya.aku badan bukan main besor ag sebab suka melantak.tapi diaorang lain la citernya.perut diaorang besor bukan sebab terlebih makan.tapi sebab kurang zat or ada penyakit


kita kat malaysia ni makan siap buang-buang je kalo xabis tu.kalo sedekah kat ayam ke kucing ke boleh diterima ag la.ni kalo yang jenis order nasi goreng kat kedai pehtu makan separuh je.lepas tu sesedap rasa je suruh buang.agak-agak masa tu kalo la sepinggan nasi goreng tu diletakkan kat somalia apa akan jadi.sendiri leh bayang la kan.

kat malaysia ni seteruk-teruk masyarakat yang orang kata daif tu pun, at least ada la gak makanan.ada gak la bantuan zakat,bersamamu,baitulmal ngan lain2.tapi kalo somalia tu tengok je la kawasan dia.kering kontang kot.

tengah orang2 kat malaysia ni sibuk nak shopink raya, nak tu nak ini, budak2 kat sana sibuk mencari sesuap nasi.xpun apa-apa makanan yang boleh dijamah.itupun kalo ada.kita duit buang gitu je kan.yang bakar duit pun satu hal gak.kalo derma ag baik kot *sori kalo ada yang terasa*

so apa kata kalo kita ramai hulurkan derma ringankan beban *pinjam ayat bersamamu jap*.xbanyak pun xpe.asalkan memberi.bak kata pepatah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima v(^_^).
klik untuk tumbesaran
so kalo rasa ati nak menderma tu bank in la duit kat MAYBANK atau CIMB macam yang kat atas tu.semoga dengan sedikit pemberian kita tu akan dapat membantu mereka yang memang memerlukan.

 untuk video korang leh la search kt uncle google xpun ush kat blog mamat ensem ni.dia ada tempek video kat situ.sebabnya aku xpandai nak masukkan video sekali dengan entry.huhuhu

p/s: aku terpikir macam mana mulanya boleh jadi kebuluran ni ek???

no idea

sekarang ni aku rasa sangat malas nak update blog.
maybe sebab keje banyak
atau sebab line slow
atau sebab aku xde idea
yes!!!aku xde idea.
cuma nanti ag beberapa ari nak raya 
aku akan update blog
sebabnya entry tu dah ada pn dalam draft.

thanks pada yang sudi baca dan yang sudi follow \(^_^)/

Tuesday, August 16, 2011

thanks blogger fadzmeera

yes thanks to her sebab bagi adiah pada followers2 dia.comey sangat ros tu.dan menambahkan ag kecomelan tu sebab ada si patung bermuka kotak disitu.even adiah tu xseberapa and mungkin xde nilai but ia mungkin memberi makna kepada orang lain.sy appreciate pemberian awk cik fadzmeera.
cik fadzmeera bagi
time kasih banyak2 ek.pada yang xusha ag entry dia utk followers2 dia sila terjah di SINI.alahai cute nya la.nak bawak tido la ros ngan org comey cik fadzmeera tu.

p/s: teruskan berblogging =)

Monday, August 15, 2011

hampeh!!!

salam darls, arini keje semula setelah menempuh ari2 yang membosankan di hari sabtu dan ahad.seyes memang bosan.ada housemate pun keje merayap je.malam baru nak nampak bayang.nasib baik le teman ni dah biasa dok sorang dan jenis layan tv.

yela kat sini mana ada shopink complex yang aku nak yiba2.giler bosan kot.sampaikan game kat laptop aku tu pun dah rasa macam nyampah nak bagi aku main.tapi aku buka nak story pasal kebosanan tu.tapi pasal kejadian ala2 tragedi di pagi sabtu.

sebelum ni masa kat teluk intan tiap2 minggu aku balik kampung.yela dekat je pun.tapi sejak2 dah pindah ke seri iskandar ni aku malas nak balik selalu2.sebabnya perjalanan yang mengambil masa sejam, jalan sunyi dan juga musim ujan. so dah bese kalo xkeje bangun lambat.

ari jumaat tu aku tido pas sahur means dah masuk ari sabtu baru tido.pas tu ntah macam mana leh lak bangun awal kan.maka bermula la tragedi.

bangun2 je pagi tu terus tengok jam.sekali usha jam dah kul 8.30 kan.perkara first yang aku buat masa tu adalah bangun dari toto dan amik henset.tujuan utama adalah nak mesej bos kecik mengatakan aku lambat masuk keje.sedangkan aritu sabtu mana la aku keje kan.

tetiba masa nak menaip msj tu aku teringat yang kawan aku mc ari jumaat tu so macam mana lak aku leh masuk lambat arini.masa tu  la otak baru boleh mencerna yang aritu adalah ari sabtu.hadoiyaiii...nasib la xanto ag mesej kat bos kecik.

untuk menutup perasaan malu walaupun masa tu sorang2 aku pun terus bawak tuala gi toilet dan basuh baju.siap basuh baju kemas bilik, jemur kain then telentang dkt sofa depan tv.huhuhu.masa tu masih gak fikir benda yang sama.

pengajaran yang aku dapat adalah jangan tido lambat, jangan lupa kunci jam dan jangan lupa letak kalendar. 


p/s : bosan giler dok umah hujung mggu lepas.huwaarrgghhh....

Sunday, August 14, 2011

header free by marie ^_^

salam semua.ahaks amcam comey xheader blog aku.huhuhu.thanks to adik manis marie sebab tolong buatkan header aku.and believe or not...dia buatkan sumanya freeeeeee jew.

so pada yang nak header baru tu juz terjah ke blog cutie marie dan follow dia.nanti describe header yang korang nak and dia akan buatkan.macam header aku tu la
cute x??
thanks so much pada marie coz buatkan utk akak.lain kali leh minx ag x?hehehe.pape pun she's nice and peramah.weeee i like!!

p/s: suka xheader aku ^_^

Friday, August 12, 2011

apa kes ni???

salam semua.start dari jumaat minggu lepas aku dah start busy.sebab barang2 aku dah sampai dari teluk intan.tapi xde la busy sangat pun sebab aku selalu je on9.terutama fb la.hahaha

tapi kat sini just nak tempek pic meja aku kat ofis ni.memang terrrramatttt cantikkk  -_________-". seyes weh aku pun xsangka itu meja yang aku dok.
cantik x meja saya *wink wink*.sila abaikan pc yang lagi satu tu
memang xde rupa meja org pompuan
amacam cun x keadaan meja aku.tapi jangan salahkan aku kalo keadaan meja tu bersepah gitu.salahkan keadaan meja tu.mana xnya keje dah la berlambak.terutama sekali keje aku ni memang bersahabat baik ngan kertas.so xpayah la nak halau kertas2 tu gi tempat lain.

ada ke patut dia bagi kitaorang MEJA KOMPUTER.ape kes???masa kat teluk intan meja besor kot.siap leh letak kotak ag atas meja tu.ni jangan kata kotak.nak letak henpon pun aku rasa nyemak je.nasib ada laci nak letak barang
nampak x perbezaan nya??
tapi nak buat macam mana kan.aku redha je la terima keadaan ni.hik hik hik.nanti jangan dak2 opis aku ni pelik sudah la.mesti bersepah-sepah barang aku sana sini nanti.hehehe.silap2 aku dok kat kaunter buat keje.terasa gak lapang nya.

ok la mau sambung buat keje.nanti kabinet or almari dah sampai maybe kemas sikit la meja aku.tapi MAYBE la.hehehe.so ada sape2 nak bagi tips meja sentiasa kemas??

p/s : jangan buat meja anda jadi macam meja aku ok.yang pasti ketua pejabat saya sempoi (^_^)

Tuesday, August 9, 2011

aku lak yang eksited

salam semua, tadi around 1.35pm aku rasa ala2 sedih gak la.sebab baru je ketua aku tanya persetujuan aku supaya aku kerja pada ari isnin bersamaan 29 ogos 2011...giler ko xsedih. dah la kena keje sorang2 pehtu balik2 kampung esoknya dah raya.huwaaa xleh main mercun. *stok taun lepas ada ag*
nak buat camne kan.aku kan memang baik ati.disebabkan suma warga ofis aku ni dok jauh2 maka terpaksa la berkorban kan.ada sorang ag staf dah amik untuk ari jumaat.so ari isnin  xde sape nak jaga.maka aku la yang diamanahkan. xkisah la.janji aku dapat balik raya.balik umah awal2 pun nanti kena kemas umah.huhuhu

dalam tengah feeling2 sedih tu aku baca la blog yang aku follow.tetiba kan, adoih eksited ag.aku baca keputusan pregnancy test sis yana kat blog laki dia kat SINI.aku lak yang teruja lebih2 masa baca entry dari ujang tu.

ohh pandai ek diaorang rahsia2.rupanya sebelum ramadan aritu diaorang dah tau dah.punya la aku menunggu keputusan test tu sebab aritu ujang buat entry separuh je then tadi baru dia buat sambungan.hahaha.terbaekk arh. tapi diaorang dah bagi dah hint2 nya.tambah2 sis yana.banyak sebenarnya hint yang dia bagi.huhuhu
excited sampai nak buat macam ni =)
walaupun aku xrapat ngan diaorang tapi perasaan eksited tetap terlebey.huhuhu.so wish for sis yana adalah :

  • jaga kandungan elok2 ok.
  • jaga kesihatan dan makan minum
  • jangan stress2.
  • jangan buat keje berat2.
  • request je kat bro ujang kalo ngidam pape.jgn ngidam pelik2 sudah.
  • nanti bila scan bagitau ek laki ke pompuan.huhuhu
  • semoga sihat dan ceria selalu
p/s : adoiyai bestnya kalo ada baby (>_<)

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

salam.ewah nampak x lori comel di bawah ni.hehehe.sekarang ni buat pertama kalinya aku nak join segmen dari blog ANIF ABDULLAH . segmen nya utk yang follower 500 ke bawah je ek.aku ni baru 27 je follower jadi wajiblah join.hahaha.
nama :
maisarah sarah..kalo nama betul lak nur maisarah v(^_^)

hobi :
baca novel, tengok tv especially kartun, main game, blogwalking

sebenarnya hobi aku banyak ag.tapi yang paling selalu aku buat 4 benda tu je la.hehehe.ikut ati je pun sebenarnya apa yang nak dibuat di masa lapang (>_<)

tag :

ok dah siap.sape2 yang ada follower bawah 500 dan berhasrat nak join sila la klik SINI yer (^_^)

p/s: adoiyai first time kot.still blur2 ag.hahaha

Monday, August 8, 2011

kesayangan aku

salam semua.xde idea la nak buat entry arini.so aku just nak share je member2 dalam family aku. bermula dgn opah tercinta.umur opah aku skang kalo xsilap dah 86 tahun.opah aku ni rajin sangat bercerita pasal zaman dulu-dulu.dia gak suka bertanya macam2 atau erti kata lainnya menyibuk (^_^).dia nak gak tau segala story walhal dia xberapa dengar.
my lovely opah rahmah
then mak ngan ayah aku lak kawen pada 5/3/1977 means dah 34 tahun diaorang bersama.mak aku tersangat la suka membebel.tapi bila dia xmembebel jadi pelik lak.dan dia memang sangat pandai memasak.ayah aku lak jenis sempoi je dan suka mengusik orang.tapi ngan anak2 dia xde lak nak bergurau senda macam kat luar (-_-").tapi mak ngan ayah aku suka gaduh2 manja.bila diaorang gaduh kitaorang adik beradik kompem gelak.
sangat sayang sama mereka
then akak aku yang sulung ngan brother in law aku.along aku dah umur 30 and abg ipar aku dah 31 kalo xsilap.along aku ni jenis hati tisu dan sangat suka ngan air cond or kipas.mana xnya sepanjang masa nak berkipas je.hahaha.abg ipar aku lak penyokong setia man u dan sangat suka memancing.
feeling2 kononnya
akak aku no 2 umo 28 taun.memang dah tua,dan dia la yang paling garang sekali.dulu mak panggil dia singa betina.sebab garang sangat.hahahaa. anak dia tersangat la bijak.jangan la buat apa2 depan dak kecik tu.nanti habis di follownya.
dak poyo ^_^
akak no 3 umo 24 taun and dia still single.katanya la.dia ni yang paling kurus antara kitaorang adik beradik dan dia la yang ada suara yang paling nyaring@kuat sekali.adoiyai penat kot kalo dengar dia bebel.suara dia bila cakap je dah kuat.dia gak peminat setia kpop dan jpop.kalo dia ada kat umah tu jangan harap nak tengok citer lain melainkan chanel 391.
terkurus plak
last but not least, aku le.heehe umo aku 21.xde nak describe pape pasal orang dah kenal aku.
ok final punya pic si kecik shafik.dia baru nak masuk 2 taun.sangat nakal dan gilerkan kucing serta kunci.sangat takut dengan anjing.hahaha
dak nakal
p/s :saje je ngabiskan mase.hahaha

Friday, August 5, 2011

rindukan mu

salam. ntah nape arini rasa rindu sangat2 pada dia. yes bila masuk bulan pose ni teringat kat dia.seorang yang telah meninggalkan aku pada raya kedua tahun 2010 bersamaan 11 september 2010.seorang insan yang ku panggil ABAH.

abah ngan mak ila jaga aku dari kecik.lebih kurang mcm pengasuh aku la.nama abah tu dah aku panggil dari aku kecik ag. dulu masa sekolah rendah, asal cuti je nak gi umah abah. tapi bila dh besar ni malu skit la. abah ngan mak ila mmg baik.diaorang sangat memanjakan kitaorang anak2 nya ni.

aku rasa habit abah yang aku ikut sampai sekarang adalah makan nasi mesti berkuah.kalo nasi tu xbanjir ngan kuah mmg xsah.mak kata aku mmg ngikut perangai abah yang tu.sebab ayah ngan mak aku mana mkn kuah banyak2.dan habit tu gak aku nampak pada kak intan (^_^)

tapi tu la masuk mood pose ni selalu je teringat kat abah. terkilan kot aku sebab masa abah nazak mmg aku ada lawat. lepas tu abah ok skit. tetiba masa aku tgh beraya kat umah pakcik aku kak intan call kata abah dah xde. terkesima kejap aku masa tu.

mak ila kata abah ada sebut nak jumpa aku ngan alang.ntah la.kadang2 bila teringat balik rasa terkilan sgt2.sebab xdpt jmpa abah masa last hayat dia.dh la masa sampai2 pn abah dah siap dikapankan. xdpt nak tgk and cium abah bt kali terakhir.selalu kalo aku gi umah abah, masa nak balik tu mesti salam dan cium pipi abah. abang ar kata ikut gi kubur nnti leh tgk abah.

aku mmg nak gi.tapi mak ngan ayah aku xgi.mak kata panas nnti kang ayah xtahan.so sampai sudah aku xtengok wajah terakhir abah.sedangkan aku leh je gi naik moto gi kubur.tapi bila dah blur macam tu la jadinya.sedih giler rasa masa kemas2 umah abah tu.aku ngan alang sapu umah abah,lipat kain kapan yang lebih2 tu, lipat selimut dan ada ag ar.

sebak kot rasa masa tu.aku dok bersih kat luar umah skit2 tapi air mata dh meleleh dah.hurm,,,xtau la.tapi aku xsuka tnjuk depan orang aku nangis. nak tido malam tu pun aku nangis gak.ntah la.rasa terkilan tu tetap ada. skang mak ila dok ngan kak intan and nyah kat bangi. sebab aritu mak ila jatuh.so kena operate aritu.

hope mak ila dalam keadaan sihat sejahtera selalu dan moga roh abah dirahmati dan ditempatkan di kalangan yang beriman AMIN. rindu sama abah.kurang dah sorang insan yang aku nak peluk cium raya ni.

p/s : sayangi dan lindungilah insan-insan yang kita sayang dan cinta sebaiknya.

Thursday, August 4, 2011

pandangan pertama

salam ramadan. don't judge a book by its cover. yessss. maksudnya jangan menilai seseorang dari luaran je. kalo luaran seseorang tu selekeh xsemestinya dalaman dia pun selekeh kan.

sekarang ni aku selalu sangat bagi persepsi bila terpandangkan orang tu buat kali pertama *korang aku xtau la * selalunya time baru2 jumpa la kan.bila tengok muka orang tu ala2 bengis je mesti judge dia tu garang.bila tgk muka yang ala2 poyo je kata dia gedik.padahal bila dh kenal tu ha amik ko.elok je, xde pun garang ke gedix ker.owh tidak!!

kalo dia xwat muka cmtu mesti orang xjudge dia kan.yeke???pandai je la ko.xde maknanya...orang kalo nak judge tu dia tetap judge gak xkira la ape pun rupa ko buat. macam aku ni orang selalu kata aku sombong sebab aku jarang nak senyum dan jarang bersembang .

nak wat camner der muka aku dah memang huduh mcm tu.bila senyum je automatik mata aku akan jadi kecik disebabkan pipi yang tembam (-_-"). sebab yang kukuh untuk aku tidak senyum.demn!!

skang ni aku nak tanya pada korang suma. why org suka buat persepsi pada pandangan pertama dan macam mana nak elakkan diri  dari terlibat ngan benda xberfaedah ni???sebab nya xelok kot dok judge orang padahal xkenal pun ag.
ehsan dari uncle google
p/s :adakah persepsi pada pandangan pertama itu perlu??

Wednesday, August 3, 2011

wordless wednesday # 5: madu...suka atau x???


untuk ulasan yang poyo KLIK DISINI

madu???

salam, ada ramai gak kan org yg suka makan/minum madu.tapi kalo ckp madu je kat wife2 korang kompem melenting.melainkan dia tak berfikir negatif dan dia seorang yang baik ati.hehehe.orang kata madu ni musuh org pompuan yang bergelar isteri.

xleh bla kan.xpasal2 je madu tu dipersalahkan.sedangkan madu tu kan baik untuk kesihatan.utk kebaikan madu ni sila usha kat SINI.tapi disebabkan madu tu manis so aku krng minat ngan madu tu.hehehe.abg ipar aku penah makan kot madu lebah tu.aku tgk pn xselera.tambah2 aku ni seriau sikit bila tgk something yang lubang2 kecik ni.macam sarang madu yg lebah2 tu bt tu.
ok sangat seriau
bestnya 'madu' bagi sorg pompuan adalah dpt payung emas.tp itu pn kalo ikhlas le.kalo xikhlas say gudbye je la.tapi kan boleh ke org bersabar bila dgr laki nk kawen lain dan xnak ceraikan dia.tambah2 lak madu dia ni mcm haprak skit.huhuhu

p/s : aku pn xtau apa yang aku taip kat atas ni.bengong sekejap

Tuesday, August 2, 2011

terkilan,sedih,kecewa

tadi gi masjid kat SI ni ngan housemate aku utk terawih. ingatkan dpt la pahala lebih utk pose arini.tapi rupanya terawih hari ni bagi aku xde makna pun. nak tau sebab pe??
  1. keadaan dalam masjid yang sangat bising dengan budak2 kecik dan xberapa nak kecik.aku rasa macam nak kurung je diaorg dlm stu bilik.bingit telinga aku.
  2. makcik2 yang leh plak bergosip dalam masjid tu.padahal  umur tu dah layak kena panggil ngan kubur dh.bergosip sambil tunjuk2 lak kt org yang digosipkan tu.sengal giler...
  3. ada lak segelintir jemaah pompuan yang bt aku xkhusyuk.dah la warna telekung tu hijau dan mmg lain dari yang lain.pehtu leh plak dia solat smbil dukung anak dia.bila nk sujud letak kat bawah.bila berdiri dukung balik.pehtu bila anak dia bising leh plak dia cuit2 suh diam then smbg solat.apa kes tu.mmg aku dh pelik smpai tgh solat pn dok terjeling2 kt diaorg.mazhab mana la dia guna ek??
  4. warga luar dari malaysia yang solat dgn pakai jubah dan selendang saje.mmg la xslah.tapi tgn dia still terbuka.xsilap aku tgn kena tutup smpai pergelangan.tp ni x plak.pehtu solat pn leh plak btul2 tudung.tp tu aku xkisah sgt.sbb byk warga islam luar msia solat mcm tu.diaorg ikt mazhab lain dr kita.
  5. bacaan imam yang buat aku was2 dgn nya.kejap2 berenti baca.dah la dgr xdgr je bacaan doa dia.
  6. masjid yang xpenuh ngan jemaah,.dah ari kedua kot masjid tu xfull jugak.ke ruang masjid yg terlampau luas.ntah la.tapi terkilan kot mcm tu
  7. sejadah pun xde.mmg le karpet tu leh jd sejadah.tp kan ag afdal bg sejadah pada jemaah.walaupun blh bawak sndri kan.
  8. ibu2 yang bawak anak2 then letakkan anak2 diaorg diantara saf2 org tua.yang sedihnya td dak kecik tu dok saf depan skali.skali dia xbgn pn utk solat.xke terputus saf kat situ.dah rugi.apa la slhnya yg bawak anak tu gi ramai2 solat kat blkang skali ngan anak.xde la ganggu org lain.
serius skang ni aku rasa terawih kat tapah lagi la best dari sini.kat tapah walaupun msjid kecik dan xbrpa mewah tp still seronok.keadaan masjid yang penuh, suma ada adab solat, anak2 yg diaorg bwk pn xbsng sgt pehtu yang pnting suma jenis hormat stu sama lain. serius weh rasa nak nangis je td sebab xdpt khusyu dlm terawih.dah banyak kali aku terawih inila yg paling xbest skali.
gambar sekadar hiasan

p/s : terawih di kg halaman sendiri gak yang bg kepuasan

life di ofis baru

salam darls,, nak tau x word yang paling sesuai spnjg sehari setengah aku dok ofis baru ni.wordnya adalah KEBOSANAN. yes aku sgt2 bosan disini.giler arh.sebab barang2 keje aku suma xde kat sini.still ada kat teluk intan ag.xtau la bila diaorg nak amik or hantar barang2 tu.
ofis yg kosong tnpa penghuni
kat ofis pn xde orang.sebabnya pekebun ramai yang xtau ofis ni dh buka.tadi pn ramai2 dtg sumanya pekebun under mirul.sebab kat ofis ni selalunya aku ngan dia je ada.yang ag sorg tu dia still stay ppk ag.jarang gak ar dok sini.so pape pun berdua je la.esk maybe ramai sebab esok bos kecik dh msuk keje.dia cti smpai arini je.ngeh3...xde la bosan sgt kan.huhuhu.
salah stu tmpt di ofis aku.leh main pingpong sblh tu ok.
tapi masalahnya skang ni aku tinggal sorang2 sebab mirul baru je kuar gi lawat kawasan.waaaa bertambah2 bosan.xlarat dah nak on9 je kejenya.adoiyai....

Monday, August 1, 2011

baru~~~

salam ramadan. start smlm dan arini aku melalui benda yang baru sumanya. umah sewa baru, housemate baru, persekitaran baru, jalan2 baru, bulan baru,ofis baru dan ofismate baru. xlupa juga pada berita terbaru. arini je dh 3 kisah sadis yang aku dgr.semuanya atas satu ikatan yang sama.

dapat housemate baru yang blm ag nak serasi but akan serasi kemudian nanti. juga dpt ofismate yang blh tahan serasi sbb dh penah kenal sebelum ni.dan juga keadaan ofis yang xberapa nak best sbb xde mende.smpaikan aku tertido sebanyak 3x masa menaip di lappy.

tapi yang paling xbest berita terbaru yang aku terima.sedih sgt rsnya. terlalu jauh utk aku bantu, terlalu sukar utk aku fahamkan dan terlalu pedih utk aku simpulkan.tapi itulah kenyataan nya. fikirlah secara rasional sebelum membuat keputusan. jangan mengikut rasa hati yang sakit jika xmahu merana diri.

benar jika aku katakan hati yang penuh dgn benci, marah dan dendam akan menjadikan fikiran tidak rasional maka terhasillah keputusan yang xsepatutnya.selain sikap memahami dan menerima seadanya orang lain KEPERCAYAAN adalah perkara yang amat penting.kalo diri sendiri xpercaya kan seseorang tu xyah la nak banyak2 soal ag dah.jawapan yang keluar pasti akan menjadi negatif.

so diharap dengan bulan yang penuh keberkatan ni dibuka kan la pintu hati mereka2.aku hanya mendoakan yang terbaik utk korang semua.
berdoalah utk keberkatanNYA

p/s: pada pasangan2 yang berhajat ke peringkat yang halal, bersedialah sebaik mungkin dari segi fizikal dan mental sebelum melangkah jauh kehadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...