~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Friday, March 9, 2012

nak salahkan siapa?

assalamualaikum

makin lama manusia makin hilang pedoman dan kesedaran diri. bukan auta tapi fakta.kat muka depan paper metro arini ada cerita pasal seorang ibu tua yang lumpuh ditinggalkan oleh si anak di hotel bajet kat kampung baru.


tengok muka makcik tu je pun dah sedih kan.ntah apa la yang ada kat dalam fikiran anak dia masa tu.anak dia still bujang lagi.maybe kesempitan wang agaknya menjadi salah satu punca dia buat macam tu.tapi walau macam mana pun dia xpatutnya buat mak dia macam tu.

dibiarkan kat dalam hotel tu sorang-sorang sampai makcik tu lemah.ntah la.sekarang ni kalo kesedaran dalam diri sendiri tu xde memang hancur la semuanya.berita penuh boleh baca kat page metro online ataupun beli je paper metro arini.


bila aku tengok pulak video dari metro lagi la aku sedih.tengok air mata makcik tu ngan raut wajah dia.memang sedih sangat la.betapa beratnya la salah anaknya tu sebab menumpahkan air mata mak dia.bukan sikit air mata yang turun tu.



makcik tu bertuah dan bernasib baik sangat sebab owner hotel tu sanggup nak jaga dia.xramai yang ada sikap prihatin macam owner tu di zaman moden ni.alhamdulillah makcik tu sihat cuma mungkin sakit di fikiran dan hatinya.

tapi xboleh nak salahkan anak dia jugak.sebab kita xtau situasi sebenar anak nya tu.kalo memang dia xsuka mak dia tu memang patut kena maki la.tapi macam mana lak kalo dia xterniat nak buat mak dia macam tu.mungkin dia memang xmampu nak tanggung mak dia.yes...memang cara dia tinggalkan mak dia salah.tapi tu la....lebih baik kita kasihan kan ibu tua tu saja.biarlah anak dia tu.xpasal2 nanti kita yang dapat dosa free.

kesimpulannya apa yang jadi pada sikap manusia zaman sekarang ni terutama pada sikap yang xpandai nak hormat pada kedua ibu bapa ni, sebenarnya bukan lah salah ibu bapa atau cikgu sekolah.tapi tu semua salah diri sendiri yang kurang kesedaran,kurang iman dan terlalu mengejar keduniaan sampai lupa saham akhirat.ibu bapa kita ni salah satu saham akhirat kita tau

so jom cekidaut iman kita.pastikan kita xtergolong dalam insan2 yang mengabaikan ibu bapa dan yang DIATAS.berbaktilah kita pada kedua ibu bapa kita.jangan lah diabaikan dan dengarlah nasihat mereka.kita xkan mampu nak mohon maaf pada mereka jika mereka telah tiada.salah satu nikmat kita hilang jika kita kehilangan mereka.kalau kehilangan sementara boleh lagi diubah tapi kalau kehilangan selama-lamanya agaknya macam mana nak minta ampun ye.

p/s : fikir-fikirkan.sayangi mak ayah kita <3

update :-

anak nya dah sedar and telah berjumpa dengan maknya.alhamdulillah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...