~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Thursday, March 15, 2012

blur di pagi hari -_-"

assalamualaikum

semalam layan hindustan citer kal ho na ho sampai dekat pukul 1.40am.pehtu masuk bilik guling2 sampai la pukul 2.30am.baru la mata rasa nak pejam.

tapi yang mengharukan adalah pagi tadi bila terjaga je terus aku kelam kabut capai towel masuk toilet.masa tu memang aku macam pelik je apasal aku terasa ngantuk sangat2 lagi nih.serius masa tu macam nak tido dalam toilet je.aku bukak pintu toilet, try usha jam loceng tepi katil.malangnya xnampak sebab aku xpasang lampu bilik.

bila dah siap settle mandi aku bukak lampu bilik dan terus wusha jam.sekali tengok jam baru pukul  4.45am. perghh masa tu rasa macam..apakah!!!patut la aku terasa ngantuk giler.ko bayangkan la kul 2.30am tido pukul 4.45 dah tercongok dalam toilet.patut la aku xdengar alarm dari henset2 aku tu berbunyik.

so disebabkan dah ngantuk sesangat maka sarung balik tshirt suma, tutup lampu dan berbungkus balik atas katil.perghh heaven giler.tapi yang xbestnya aku ni kalo dah bangun then tido balik, nanti kengantukan nya lebih melampau dari biasa.oh tidak.i need a cup of nescafe now! yeahh jom cari nescafe kat bangunan sebelah ofis ni.kedai tu nescafe nya agak pekat la.confirm hilang ngantuk



minggu ni mungkin xbalik kampung.dah 3 minggu aku balik kampung sebab bosan sampaikan bilik dah macam tongkang pecah.so minggu ni nak kena kemas umah dan bilik serta mensettlekan baju2 yang belambak xbasuh dan juga peti ais yang aisnya dah leh buat main ski.

so kawan-kawan jangan jadi macam aku ye.kalo hal ni jadi masa cuti aku xheran sangat.tapi bila jadi masa hari2 kerja annoying giler beb.padahal kalo cakap kat mak mesti dia kata "elok la tu.leh le ngaji2 dulu sebelum subuh".uhuk2 mafkan daku la mak.terasa ngantuk sesangat [malu]

p/s : untung la bebudak sekolah.dapat holiday.nak holiday gak -_-"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...