Monday, April 4, 2011

WanITa

duhai kakak ku
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
asyik berteman tangis dan sendu sahaja

wahai adikku
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
kerana sendu rayunya
musa A.S terselamat dari kekejaman firaun

duhai adikku
lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata

namun wahai kakak ku
wanita itu fitnah dunia

pernahkah adikku dengar
pesanan illahi pada hambanya?
"wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu"
cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya kerana disitulah terletak kehormatannya
bukan fitnah semata-matajikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan illahi itu
sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

tapi kakak ku
kenapakah wanita itu menjadi peragaan?
tidak kah mereka merasa malu?

wahai adikku sayang
al-haya' (sifat malu)
ada dalam diri setiap insan
wujudnya seiring dengan nafas insani
dan al-haya' itulah pakaian iman
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri
namun
bila mana al-haya' itu lebur imannya runtuh
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi


namun adikku
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir


wahai adikku
janganlah adik gusartatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu...
menggugurkan diri..menyembah tanah
sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu

p/s :diambil dari video "antara bidadari dan penghuni syurga ".
video akan diupload
(^_^)

1 comment:

aLieF si Muncung ManiS said...

nice one..alief suka entry ni...terbaek..:P..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...