Friday, October 10, 2014

Holiday Pangkor Part 3 - 28/09/2014

Assalamualaikum

kali ni aku nak sambung part 3 pulak aka hari terakhir kitaorang kat pangkor.Part 1 boleh baca dekat SINI dan part 2 boleh baca dekat SINI. okey pagi ni xde buat apa pun.kitaorang bangun gi breakfast pun lebih kurang pukul 9.15 macam tu.terus keluar bawak helmet sekali sebab nak gi pulangkan motor dekat tempat abang alon.

lupa nak letak kat entry part 2.kan aku cakap breakfast kat situ DIY kan.dia sediakan bahan2 sarapan macam western sikit.tapi ada jugak disediakan nasi lemak sebungkus.so dapat la tampung perut.memula aku bajet macam lapar plak nanti.tapi lepas tu tengok ok je.masa hari kedua aku xde rasa lapar pun.padahal aku makan nasi lemak, telur ngan sosej 2 biji pastu air (kalo ikut perut aku rasa kurang lagi tu :p). alhamdulillah la xrasa lapar kan.huhuhu

so pagi hari ketiga ni aku saje2 la try masak pancake dia tu.saje gatal mata sebab xde mende nak buat pagi tu kan.so relax2 la dulu kat dining hall tu.lepas makan nasi lemak aku gi goreng telur ngan sosej.dah habis yang tu gi masak pancake plak.pastu gi amik roti plak.hahaha memang kenyang la.kul 3 lebih baru lunch hari tu

teruskan mencuba untuk dapatkan hasil yang terbaik.haha
settle pulang moto lebih kurang pukul 10.25.lambat sikit sebab kawan abg alon tu tolong handle orang2 yang nak naik bot.hari ahad tu plak aku tengok ramai giler orang kat tepi pantai tu.settle pulang moto kitaorang pun gerak la balik guesthouse jalan kaki.sambil2 tu aku snap la chalet yang ada sepanjang nak ke guesthouse aku tu.so senang la korang nak pilih kan.hehehe

kalo nak chalet yang betul2 depan pantai adalah hornbill resort teluk nipah dengan ada satu lagi tempat.tapi aku xsnap plak sebab dia belah kiri dari jalan chalet aku tu.so nanti korang pandai2 la google nama2 chalet ni kalau korang xnak stay kat guesthouse tu.

ini chalet yang ada sepanjang jalan ke guesthouse tu

sorry pic xberapa jelas

sampai bilik terus mandi dan kemas barang.sebab masa tu pun dah nak dekat pukul 11.standard la check out kan pukul 12.so terus la siap2 semua dan get ready nak check out.masa check out tu terus minta sis alia callkan taxi.dia kata kalo xde orang angkat maknanya kitaorang kena gi jalan kaki ke tempat taxi.dekat area abg alon tu tempatnya.syukurla ada orang angkat so xpayah la jalan kaki.yehaaa

sebelum balik sis alia amik gambar kitaorang untuk letakkan dalam facebook.memang setiap customer yang duduk situ dia akan minta amik gambar masa checkout.kira macam kenang-kenangan la kan.

sis alia yang pic atas tu
so teksi sampai terus gi jeti.macam biasa cas nya RM15 untuk 2 orang.sampai jeti aku tengok giler ramai yang beratur nak balik.rupanya yang sepanjang-panjang barisan tu untuk feri ke jeti marina.muahaha nyaris la xnaik dari marina kan.panjang sangat beratur nya.jenuh nak tunggu.barisan untuk jeti lumut xde la panjang mana tapi panjang suku dari barisan marina.huhuhu

kitaorang xterus naik feri masa sampai jeti tu.sebab tengok feri yang ada tu pun macam nak penuh.so member aku suggest tunggu feri lepas tu.xde la tunggu lama sangat pun.dalam 15 minit macam tu dah sampai feri.yang feri marina xsampai2 gak lagi.keh3 feri dah sampai terus la kitaorang naik.dapat pulak feri yang 2 tingkat.feri tu besar sikit la dari feri yang kitaorang naik masa datang ritu.


bila dah 2 tingkat ni tau2 je la.seat pulak semua penuh xde yang kosong.memang jadi slow la kan perjalanan feri tu.kalau masa datang dulu dalam setengah jam je dah sampai.tapi balik ni dalam 40-45 minit gak la baru sampai.aku pulak duduk dekat area enjin.haa memang rasa bergegar je la badan.xde tido pun sebab xselesa sangat.tambah pulak bising sikit dalam feri tu.

kipas tu beli kat tokong fu ling kong.RM 1 je pasal panas sangat.huhu
sampai je jeti lumut terus simpan barang dalam kereta dan keluar balik ke tepi jeti lumut.sebab kitaorang nak shopping segala bagai keropok ikan,satay, ikan bilis semua tu.xde beli pun masa kat pangkor.dekat sejam gak la kitaorang shopping situ.aku dah dapat kawan sorang kat satu kedai ni.kisahnya pasal aku dah 3x pergi situ beli keropok ikan untuk ayah.keropok ikan tu dari ikan merah dan kedai dia je yang ada jual.ikan merah ni xgatal dan lebih sedap sebab tu ayah aku suruh beli.dia mana boleh makan ikan gatal.sebungkus tu dalam RM 13.80 la gak.bila dah selalu sangat datang mamat tu pun dah kenal aku.siap cakap kat kawan dia yang aku ni member.hahaha padahal nama pun aku xtau.selalu main sembang je.huhuhu

settle beli barang terus keluar.parking mahal giler.parking bertingkat tu dia cas sejam RM0.60.aku tengok dalam google diaorang kata ada yang kira untuk sehari RM10 je.tapi masa aku gi xde plak.dia memang kira sejam RM0.60 kalau korang paking situ 2 hari korang darabkan la sendiri.

balik tu singgah aeon manjung jap.sebab nak tunaikan janji belanja kenny rogers kat member aku.huhuhu tapi kenny rogers manjung xbest la.dah la kotor sikit tempat nya pastu plating makanan memang fail.kalo suruh skor dari A-E aku bagi E terus.bersepah plating dia.dengan kuah tercalit sana sini.rasa pun kurang sikit.sedih betul aku.

dah siap makan jalan2 dalam aeon jap pastu terus balik ke tapah.masa lalu satu jalan ni xtau la camne kitaorang boleh salah jalan.masa tu pulak dah pukul 6.30 macam tu.cuak gak la sebab aku xtau jalan lain selain jalan aku selalu lalu.member aku tu tau tapi dia xtau macam mana kitaorang boleh ada kat jalan lain.memang misteri betul la.tiba2 masa dah jalan ikut arrow malim nawar aku jumpa jalan aku selalu balik.hahaha terus je la masuk jalan tu.at least xde la sesat dah.sampai umah abang amni dalam pukul 7.10 gitu.terus kemas2 barang then balik.memang main giler la aku bawak kete.sebab area jalan temoh tu memang gelap.aku ni sebenarnya silau so xbiasa bawak malam.memang main redah je malam tu.dengan pasang lampu high beam nya.hadoi la sorry la ke pemandu2 lain.

so sampai rumah aku dalam pukul 7.45 gitu.penat la gak kan tapi xpe la bukan selalu.huhuhu pagi esoknya baru aku gerak balik seri iskandar sebab aku xcuti pun isnin tu. okey la tu je aku nak story.bawah ni bajet untuk hari ke tiga pulak.hehe


p/s : itu je la yang nak di share.harapnya adalah sikit sebanyak yang dapat bantu korang.ahaks

2 comments:

Faarihin Creative Craft said...

nampak sedap lah lempeng dia.. haha.. XD

bestnya pi jalan2.. bagus gak ni. leh jadi rujukan. tapi entah bila lak akak nak pi jenjalan ni. huhu.. =D

maisarah sarah said...

lempeng tawar kak.kita nak gi jenjalan melaka tp xgi gak lagi.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...