Friday, October 10, 2014

Holiday Pangkor Part 2 -27/09/2014

Assalamualaikum

PERHATIAN : entry ni panjang giler >_<

hari ni aku nak sambung part 2 plak.part 1 korang leh baca dekat SINI. hari kedua ni kitaorang keluar breakfast kat dining hall nipah guesthouse lebih kurang jam 9.15 pagi.memula macam kekok sikit la nak DIY breakfast sendiri sebab dah biasa breakfast luar ni benda dah siap kan.tapi jangan risau sebab sis Alia akan explain nanti.

waktu sarapan pagi.nampak xforeigner disitu.hehe
lepas sarapan kitaorang gerak pergi area tepi laut tu cari aktiviti air mana yang murah dan berbaloi.bersepah kat tepi2 tu diaorang letak papan iklan pasal aktiviti air.korang pilih je la mana yang berkenan.beza nya samaada harga murah or mahal je.ada yang boleh naik bot besar ada yang bot kecik.tapi bot besar mahal la kan.

view dari tempat abg alon
masa tengah jalan2 mencari tu kawan aku bagitau yang dia punya member ada bagi contact no sorang brother ni.dia keje kat situ gak la dok bawak orang gi snorkeling pe semua.so tunggu lagi...terus member aku tu call untuk confirmkan dia keje ke x.dah confirm tu terus la gi cari dia.rupanya dia duduk nun hujung sana kat area jalan masuk.

so sembang kasi intro dulu la.dok amik mood nak riki harga kan.nama brother tu abang alon kot.so sembang2 dia tanya la nak main game ape?kitaorang pun xterfikir nak main game lain.just nak naik bot dan gi snorkeling je.harga betul dia charge RM60 pastu bagi harga kawan2 RM 50.sembang sikit lagi aku try minta jadi RM 45 je pehtu dia cakap kita turun lagi la RM 40 je.yeaahhh tq abang alon.

tapi dia cadangkan kitaorang gi snorkeling petang sebab pagi air surut katanya.kalo gi snorkeling pun buat luka kaki je.so kita ikut cakap expert dan decide untuk gi mandi manda petang nanti.oh sebenarnya kannnnn kitaorang xmandi pun pagi tu.hahahaha dah kata konon nak mandi laut je pagi tu sekali xjadi lak.sampai ke petang xmandi :p

tengah2 lepak ngan abg alon and friends member aku tanya kat diaorang ada  xmoto sewa yang murah.dan diaorang pun dengan baik hati tolong ushakan moto untuk kitaorang dengan harga standard RM30 sehari.so just tunggu kat situ and kawan dia amikkan moto tu.tapi moto tu breknya xberapa nak makan.kena la bawak dengan berhemah.kata owner guesthouse aku duduk tu minyak brek dah tinggal sikit.sebab tu la xberapa nak makan tapi still leh guna cuma kena tekan kuat sikit.tapi yang best minyak moto xpayah isi sebab tangki penuh.yehaa

dapat moto then say good bye kat abg alon and geng dan kitaorang balik bilik jap.sebab just bawak duit RM50 je.lesen ngan purse semua tinggal dalam bilik.kalo rasa2 tetiba kena ada roadblock dan nak kena saman sila lah bawak moto tanpa lesen.huhuhu

check minyak moto sat
owh ye dekat pangkor ni pelancong lebih prefer motor dari kereta.sebabnya sana jalan kecik pastu parking plak xde.melainkan kalo korang stay kat hotel or tempat yang sediakan parking.kalo chalet area teluk nipah ni mostly xde tempat parking kereta yang banyak.moto pun parking tepi2 jalan je dan jangan hairan kalo moto kat sana xboleh dikunci handle nya.

aku memula macam pelik apahal xleh kunci handle moto ni.pastu owner guesthouse cakap moto kat pangkor ni memang xyah kunci.xkan hilang punya.kalau helmet tu korang bawak masuk bilik la.sebab helmet high possibility nak hilang.tapi moto korang bior je situ.tapi jangan la plak gi tinggalkan kunci kat moto tu.bengong namanya.hehehe

lepas settle semua kitaorang teruskan perjalanan ke area jeti.sebelum tu singgah satu tempat ni.view memang superb la kat situ tapi sunyi.aku terperasan pun sebab nampak ada moto keluar dari situ.kat situ ada 2 orang tourist gak.mat salleh you kat situ.hahaha diaorang pun usha2 dan amik pic view kat situ.so kitaorang dok la situ jap selfie2 then nak balik ada la sekumpulan anak cina gi mandi kat situ.dari pelantar tu dia main terjun je.nampak best la gak.

nampak xview belakang kitaorang tu ^_^
siap selfie teruskan perjalanan semula.jalan dari teluk nipah nak ke jeti tu memang berbukit la kan.dengan kondisi motor yang macam segan2 nak jalan tu gigih la aku rempit naik bukit.memang kena guna gear 1 je la sepanjang naik bukit.dah ar bunyi moto masa naik bukit tu lain macam.jeles je bila nampak motorist lain naik moto lawa2.hahaha rasa nak tukar je moto tu dengan yang lain.

sampai area jeti tu kita pergila mencucuk duit dulu.pasal duit yang ada dah kering.dekat pangkor ni ada 3 jenis bank/ATM iaitu maybank, Agro bank dan Ambank.so xpayah risau kalau duit dah nak habis.pergi lah cucuk duit dipekan sana tu.

lepas settle cucuk duit kitaorang gerak ke kota belanda dan batu bersurat.yang sengalnya boleh pulak terlepas kota belanda tu dan menonong terus ke batu bersurat.padahal nampak je papan tanda kota belanda belah kiri.tapi aku xpandang kanan memang la xnampak/.padahal sebelah jalan je.hadoi yai....tapi buat muka xmalu lepas amik gambo kat batu bersurat jalan depan sikit dan nampak ada akak tu jual kat tepi jalan.kat situ area kampung dah.nampak plak sengkuang calit sos merah ngan kacang.perghh legend nih terus order.sekeping RM0.50 je pun.sambil2 tu tanya la akak tu mana kota belanda ngan tempat menarik kat pangkor tu.

batu bersurat@batu conteng sebab penuh contengan je
sengkuang calit sos merah
settle melantak terus gi kota belanda.kecik je tempat tu ingat kan besar.masa tu pun xpanas sangat dan xramai orang lagi.so apa lagi berselfie lah kita sekejap.dah amik gambar pe semua teruskan perjalanan ke tempat lain plak.


jadi x kesenian kitaorang.haha
kalo dari teluk nipah tadi masuk simpang kanan dari jeti untuk ke kota belanda dan batu bersurat.kalau nak ke tokong fu ling kong dan jugak kilang2 satay tu korang kena masuk simpang kiri plak dari jeti tu.kiranya jalan bertentangan la.korang akan kena naik bukit sikit la.kalau belah batu bersurat tu banyak masyarakat melayu yang dekat kampung sg pinang besar dan kechil ni banyak masyarakat cina.

kalau xtau jalan pun korang buat2 tau sebab jalan lulus je pun pastu ada arrow tapi kecik sikit la.perasan ngan x je arrow tu.so singgah sekejap ke tokong fu ling kong pasal ada budak tu kabo ada ikan besar yang makan orang pun boleh.rupanya ikan arapaima je pun memang la besar.owh jalan nak ke tokong fu ling kong ni kena masuk kawasan perumahan cina.so jangan confuse lak nanti


lepas tu teruskan perjalanan pergi ke kilang satay.ada dua kilang satay aku gi masa tu.tapi sorry la lupa nak snap gambar.bagi aku xde ape pun nak cari kat kilang tu sebab macam sama je harga ngan lumut.cuma kalo ikan bilis aku suggest beli kat pangkor la.sebab kata sorang abg teksi tu yang jual kat lumut tu ada yang ikan bilis dari thailand dan bukan dari pangkor.

balik dari kilang satay terus singgah makan tengahari kat area jeti sebab dah lapaq sangat dan risau area kat teluk nipah xde banyak pilihan.makan tengahari pun rasa ok2 je la.xde la menyelerakan sangat.harga pulak standard.

habis je makan terus start moto dan balik ke guesthouse.masa tu lebih kurang pukul 2.30 camtu la.parking moto dan terus masuk bilik rehat,solat dan tido.yang pasti xjugak mandi lagi.hahahah xsenonoh. lepas lelah sekejap then pukul 3.30 bangun balik sebab dah janji ngan abg alon nak gi snorkeling.tapi janji melayu macam biasa la.pukul 4 baru kitaorang gi sana.nak gi tepi pantai tu bukan jauh tapi gigih naik moto.biarlah dah sewa kan.hahaha

ini lah abang alon
so mari lah naik bot kecil untuk pergi snorkeling.padahal xsnorkeling pun kan.abg alon bawak gi jalan sikit ke tengah laut then terus tinggalkan kat satu pulau ni.alah dari tepi pantai tu pun nampak pulau tu.dia tinggalkan kat situ so korang pandai2 la mandi ke snorkeling bagai.nanti nak balik korang call je la abang alon tu.masa sampai tempat snorkeling tu lebih kurang pukul 4.15 camtu la.aku xsnorkeling pun.sebab xreti nak pakai alat snorkeling dan aku xsuka sebab benda tu kan bergetah.so tertarik tudung bagai.aku lak pakai tudung xsesuai masa tu.last2 sangkut kat life jacket je benda tu.so mandi je la sampai pukul 5.40 member aku call abg alon cakap nak balik.


lepas abg alon sampai kitaorang pun naik la bot dan on the way balik abg alon bawak pusing pulau tunjuk batu uang menyerupai kepala buaya, penyu dan ikan paus.then dia bawak sekali pusing kat area tepi laut yang ada replika tokong cina.saje2 la dia pusing.lepas sampai kat tepi pantai tu kitaorang terus gerak ke tepi pantai belah kanan sikit.sebab kat area abg alon tu xramai orang mandi.yang belah kanan tu ramai dan masa tu ada macam2 game air.tapi nak main mostly untuk 4 orang la.kalau 2 orang dia charge harga mahal sikit.so xberbaloi.daripada sorang dapat harga dalam RM20 camtu terus jadi RM25 sorang.

so kitaorang decide untuk mandi je la kat tepi tu sementara tunggu sunset.tapi sedih sebab sunset xnampak petang tu.syukurla dah amik gambo sunset hari jumaat.so xde la terkilan sangat kan.owh sebenarnya aku bawak beg hypergear yang jenis kalis air tu.so simpan henset,duit,kunci moto semua dalam tu.masa kitaorang dua mandi xtau mana nak tinggal beg tu sebab takut hilang.last2 campak dalam air then sangkut kat pokok kat tengah sikit dari tepi pantai tu.orang pelik je tengok beg tergantung.huhu

yang hijau tu la hypergear dry bag
lebih kurang 6.50 kitaorang pun naik sebab dah jenuh mandi.pastu sunset pun xde.parking moto kat gerai burger.terus la order burger.pehtu sebelahnya nampak plak gerai charkuey teow.nampak menarik je tapi masa tu baju basah.member aku dok ajak makan aku plak macam segan sebab xnampak orang lain basah pun.pastu aku macam ternampak sorang mamat ni baju dia basah.terus la aku cakap kat member aku gi makan.bila dah order baru perasan rupanya baju dia xbasah pun.hahaha malu giler.

dah siap makan terus naik moto balik bilik.dekat chalet area teluk nipah ni mostly akan ada laluan basah.maknanya korang basah2 tu xpayah la gigih nak lalu ikut depan.dia ada sediakan pintu kecik untuk korang lalu.macam kat guesthouse ni dia ada sediakan shower kat belakang tu.so korang boleh bersihkan badan dari pasir then masuk bilik.masa tu la yang bilik aku xde elektrik.untuk lebih lanjut korang boleh baca kat entry aku pasal guesthouse kat SINI

view waktu xde elektrik
bila dah xde letrik tu kitaorang decide untuk keluar makan je la.lebih kurang pukul 8.30 cam tu la.kitaorang teringin nak makan ikan bakar malam tu.so kedai first tu aku tengok macam mahal je ikan nya.jalan2 jumpa la kedai no 3 ni.dah siap pilih ikan,kerang ngan sotong terus la duduk tunggu siap.

alkisahnya kedai no 3 ni yang buat kitaorang hangin adalah sebab kitaorang dapat ikan dan kerang yang dah berbau.memula aku dah rasa kerang dia apahal banyak yang busuk dan rosak.tapi biarkan je la.tomyam, sotong tepung dan lain2 menu tu ok.tomyam dia pun ada rasa la xmacam yang kedai semalam.lauk semua dah sampai ni tapi ikan bakar xsampai2.lama gak la kitaorang tunggu.dah macam pelik dah.apahal lama sangat nak sampai.

so bila ikan tu dah sampai rasa teruja la kan.sebab teringin nak ikan bakar.pastu member aku amik la sesudu ikan tu.dia rasa then dia kata ikan berbau.aku pun try la rasa.memang berbau ikan tu dan rasa dia memang lain dah.terus putus selera nak makan.sakit hati betul.pastu member aku panggil sorang akak ni yang amik order kitaorang tadi.bila member aku cakap "kak ikan ni dah berbau la.rasa pun dah lain". dia terus blah pastu dia cakap kat sorang budak yang juga pelayan "aku dah cakap.tu sape nak menjawab tu". masa tu korang xrasa panas ke.sebab dia cakap benda tu depan2 kitaorang.jelas di pendengaran kitaorang masa tu.

nampak menarik je kan ikan bakar tu.padahal ikan lama.dah berbau dan rasa lain.phuiii!!
dengan xde sebut perkataan maaf langsung dia bla dan ungkapkan ayat tu. lepas tu pakcik yang bakar ikan tu datang kat meja.dia tanya kenapa then member aku cakap la benda yang sama.pakcik tu kata "oo berbau sikit ye ikan tu". aku terus sambung "bukan sikit pakcik.rasa dia pun dah lain". then pakcik tu kata "xpelah ikan ni kita tolak la dari bil tadi.ataupun nak tukar ikan lain pun boleh". tapi sebab serik nanti kot kena ikan busuk lagi kitaorang xorder dah.terus jadi suram dinner malam tu.

makan pun xhabis sebab dah putus selera.masa nak bayar saje la member aku tanya kat akak tu "ikan tu memang dah tau xelok ke.sebab saya dengar akak cakap tadi.kalau xelok kenapa hidang". tapi akak tu potong dia balas "ha tu tanya tokey.ni tokeynya" sambil tunjuk tokey dia depan kitaorang.yang tokey pulak boleh buat2 xtau dia tanya "ha kenapa plak tu". tapi terkilan la sebab xde langsung perkataan maaf dari diaorang berdua.yang minta maaf pakcik yang bakar ikan tu je sebab masa kitaorang keluar dia cakap "maaf la anak ye terlebih terkurang". rasa nak marah pun xjadi sebab dengar dia cakap camtu.sedih bila teringat balik perangai akak2 tu.

balik bilik dengan hati kecewa sebab xdapat ikan bakar.nasib baik la letrik dah ada kat bilik.tapi kitaorang lepak kat luar bilik dulu.almaklumla guesthouse tu kan view cantik.lepastu ada disediakan kerusi, kolam dan jugak cabana untuk relax2.lagipun masuk bilik bukan ada nak buat apa.lepak kat luar lagi best.

xlama lepas tu masuk bilik lepak2 sat sambil kemas beg sebab esok nak balik dah.sambil2 tu naik kat loteng sebab xnaik lagi sampai pintu dia.xnaik rugi pulak kan.hahaha lepas tu terus tido.oh ye guesthouse tu free wifi and laju plak tu.so sila minta owner kalau korang stay situ.sangat berbaloi okeh.

naik okey nak turun xreti.hahaha
okeyla setakat itu saja lah entry part 2.part 3 akan disambung nanti.part 3 pendek je sebab separuh hari.hahaha tapi bagi aku makanan kat area teluk nipah ni xde yang menarik.rupa tu je menarik tapi rasa sangat la kurang.kata abg alon makanan yang sedap dekat area pasir bogak tu.tapi dah malam xkan nak gi sana kan.seram okeh sebab jalan berbukit. so dekat bawah ni bajet kitaorang untuk hari kedua.
mahal dekat makanan je.hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...