Hari Pertama (khamis 16/10/2014)
aku sampai dari seri iskandar ke Felda Residence Hotsprings dalam jam 12.20 tengahari macam tu lah.sampai je masa tu masih belum boleh check in sebab bilik xsiap kemas lagi.tempat ni macam xkisah korang nak check out pukul berapa pun janji sebelum pukul 2.sebab ramai yang aku tengok dok tunggu bilik even masa tu dah pukul 1 lebih.so kitaorang decide nak gi makan dulu lah sementara tunggu bilik siap tu.
lepas settle makan dalam pukul 1.45 macam tu still xsiap lagi bilik.dok tunggu jela kejap.xlama lepas tu mak lang@organiser bagi kunci kat kitaorang.tunggu lagi kan.badan dah lemau nya terus ambik kunci bilik dan check in.dah settle solat pe semua baru perasan handbag aku xde.rupanya tertinggal kat meja dekat tempat registration.nasib la masa tu ramai lagi geng mpob xcheck in lagi.masa tu la aku tau yang ramai lagi xdapat bilik.aku ingat masa kitaorang ambik kunci tu semua nya dah ready la.yang xdapat bilik lagi plak semua dari hq ngan zon selatan.jenuh menunggu.
kelas patutnya start pukul 2.30 petang.tapi terpaksa start lambat sikit sebab ramai yang tengah solat pe suma.ustaz hadi pun xsampai lagi masa tu.yang ada cuma cikgu shril je yang dah sampai.lebih kurang dekat2 pukul 3 gak la baru start kelas.tapi petang tu xde buat apa pun.just buat ice breaking dan bentuk kumpulan je.adala main game sikit2 untuk kita lebih kenal peserta2 kursus tu.sebabnya walaupun kitaorang ni dibawah nama satu agensi tapi kitaorang datang dari pelbagai unit dan pejabat.ada yang dari johor, hq, timur dan utara.
malam jam 8.30 start kelas balik.waktu ni just main game traffic jam je.pastu ustaz hadi huraikan apa fungsi nya game traffic jam ni.lepas tu adala ustaz hadi share sikit pasal tips2 kesihatan diri dan cara-cara nak ubatkan.ustaz hadi dan cikgu shril ni pengamal NLP (neuro linguistic programming).yang aku tau kalau nak belajar NLP ni kos nya boleh tahan mahal la.tapi bagus untuk diri sendiri dan orang lain.
habis kelas dalam pukul 10.30 malam.habis je kelas aku xterus balik bilik.aku dok lepak kat tempat registration sebab kat situ ada wifi.dok teman member aku layan citer roomate.untuk makluman wifi YES aku xberfungi masa dok kat felda residence hotsprings ni.dok kelip2 je la lampu wifi tu.sabar jelah.line internet digi masa kat bilik E tapi kat kelas elok plak H. kalau line internet maxis lagi nan hado. asyik G je lah.lepas tu baru la naik bilik dalam pukul 12 camtu.naik bilik siap solat semua terus tido.xpernah2 aku tido awal kan.selalu pukul 2 baru tido tapi aritu 12.50 dah tido.kepenatan gamaknya.
Hari Kedua (jumaat 17/10/2014)
nyaris la tersedar dari tido.aku dok harapkan member aku dok kejut aku.sekalinya masa alarm bunyi nyaris la aku tersedar.masa tu dah pukul 7.05pagi.dah jenuh alarm aku dok melalak masa tu.sebab budak bilik sebelah aku pun dengar.hahaha alkisah sebab bilik kitaorang ada attach door.hehehe yang member aku plak masa aku sedar tu dia boleh plak berdengkur lagi.terus bangun mandi dan bila keluar toilet tengok member dah bangun.
aku ingatkan dia bangun sebab dengar bunyi alarm aku rupanya dia terjaga sebab akak bilik sebelah dok ketuk pintu bilik yang attach tu.hahaha hampeh betul.kelas pagi tu start pukul 8.30 pagi so kitaorang turun sarapan lagi 5 minit pukul 8.makan je la sungguh2 kan konon2 nak bagi tenaga.dah macam nak buat aktiviti berat je pun.
padahal pagi tu bukan buat game ape pun.just main game indoor je pagi tu.sebab kelas ngan ustaz hadi.petang baru lah kitaorang start game outdoor dengan cikgu shril.masa otw ke kelas jam 2.30 tu ujan dok renyai2 je.xde la lebat sangat.just macam sekadar basah bumi yang panas ni je.dok main la game talian kasih ngan mende ntah.tapi syok gak la game tu.pastu bila kumpulan aku diabaikan terus jadi boring,hahaha tapi masa game tali tu syok sebab group aku menang no 1 :p
macam2 penjelasan masa main game ni.huhuhu tiada betul tiada salah tajuk game tu |
xingat nama game ni.tapi kena baling dadu dan gerak ikut no genap dan ganjil kedepan kebelakang |
talian kasih kot nama game ni |
cikgu shril ngan ustaz hadi manja2.hahahaha |
sesi suap telur.kasih sayang kononnya |
last sekali kitaorang dapat la mandi kat kolam tu.lepas la hajat nak mandi kan.sebenarnya masa check in semalam memang kitaorang dapat gelang untuk masuk hotspring tu sorang satu.tapi aku xguna pun gelang tu.masa main explorace tu pun main masuk je.konon nak mandi ari sabtu lepas kursus tu.tapi disebabkan tempat tu dah xbest so aku decide xnak mandi.bebudak pejabat yang follow sekali aku masa kursus pun decide xnak mandi.
malam pulak ada bbq yang disediakan.cikgu shril kata makan sampai xleh bangun pastu start kelas pukul 9.ikutkan memang nak makan lagi sebab nak cover perut sampai esok pagi.tapi xjadi sebab perut dah sengkak sangat.untuk makluman kat situ xde kedai runcit.pandai2 korang la kalo lapar tu gi la keluar ke pekan or ke felda berhampiran.
masa kelas pulak ustaz buat macam game debat antara kumpulan.team aku dapat tajuk carefour vs tesco dan team aku pilih carefour.jenuh kau berdebat nak menangkan tajuk yang kitaorang pilih.tapi aku rasa tajuk tu jela yang kecoh masa debat.tajuk sony vs samsung tu xdela best sangat.hahahaha pastu macam biasa ustaz share tips kesihatan dengan kitaorang
habis kelas terus masuk bilik sebabnya badan dah penat sangat.yelah siang tadi dah penat berlari2 main explorace bagai.badan pun dah sakit2 rasanya.masuk je bilik kemas2 beg sebab esok dah nak check out then terus tido.masa nak tido tu boleh pulak aku terasa ada air merecik kat muka.aku suspek siling bilik tu bocor.sebab aircond masa tu jauh gak kalo nak terpercik pun.tapi aku ternampak siling bilik tu macam bocor.so mungkin siling la punca air terpercik tu.
Hari Ketiga (sabtu 18/10/2014)
pagi tu macam biasa sarapan dan start kelas dalam jam 8.30 pagi.xde buat apa pun pagi tu just main game back to back balloon.kelakar gak la time main game ni.first kitaorang kena cari partner dan berdiri membelakangkan partner korang tu.kemudian selitkan belon di celah belakang korang dan partner.then kena lari dari belakang ke depan pentas.hahaha macam2 perangai.sampai kasut ngan selipar pun tercabut.actually kursus kali ni ramai orang muda so memang happening la.
penampakan kelibat ustaz hadi dan cikgu shril.haha |
last round kitaorang kena lari ngan partner sampai ke pentas dan pecahkan belon tu.time pecahkan belon la paling best sebab semua perangai budak2.lepas dari tu xde aktiviti apa pun.just cikgu shril bagi ulasan mengenai game explorace yang kitaorang main semalam.nampak je macam game biasa tapi sebenarnya ada makna semua game tu.ada pengajaran yang boleh diambil dari setiap game.yang paling ketara sebab game tu adalah kerjasama la kan.
lepas settle cikgu shril bagi ulasan tu ada la minum pagi sikit dan isi borang penilaian kursus.lepas tu diteruskan pulak dengan sesi penyampaian hamper dari pihak hijrah minda.cikgu shril kata bab hamper ni semua nya ustaz hadi balut sendiri.ustaz hadi kata dia xnak orang lain yang balutkan.dia lebih suka balut sendiri sebab dia nak tunjukkan yang dia hargai setiap peserta yang ada.bukan dihargai ek tapi menghargai usaha peserta.tapi ustaz balut hamper memang kelaut sikit la.hahaha tapi sebenarnya kalo aku balut hamper pun jadi hancus.sebab hamper la paling susah nak adjust balutan dia.huhuhu time bagi hamper pulak boleh cikgu shril dok cak2 ngan orang yang terima hamper.dia enterframe pic orang.ustaz hadi kata cikgu shril xleh bawak gi majlis.hahahah comel je dua2 pengajar kitaorang ni.
habis bab terima hamper setiap kumpulan kitaorang kumpul ramai2 untuk bergambar pulak.bergambar dengan semua sekali peserta.sepatutnya xde pun gambar tu.tapi disebabkan sekarang cikgu shril dah menjerumuskan diri ke arah photography so sila gunakan kelebihan yang ada.hehehe amik gambar kumpulan tu guna cikgu shril punya kamera dan macam2 aksi ada.
ucapan sebelum penutupan kursus |
finally lepas habis bergambar terus gi makan tengahari sebab masing2 nak checkout dari bilik jam 1 tengahari.tapi secara keseluruhannya program dengan hijra minda ni awesome la.walaupun sebenarnya banyak kuliah yang lari dari tajuk.tapi setiap game tu ada kaitan dengan tajuk kursus.tambahan pulak dapat penceramah yang memang sempoi habis.ustaz hadi ngan cikgu shril memang terbaik la.ustaz tu kalau korang tengok dia pakai tshirt kasual tu dah macam student dah.kalau dia pakai baju formal untuk berceramah tu nampak la kematangannya.
aku dan kawan2 bertolak balik dari sungai klah tu dalam pukul 1.45 camtu la dan sampai ke seri iskandar jam 3 petang tepat.sebab singgah hantar budak opis sorang lagi kat gopeng.owh kitaorang xdrive sendiri sebab ada driver tolong hantar dan ambik.nasib baik driver tolong kalo xaku pun seram gak nak drive kat sungai klah tu.jalan kecik nau.masa datang tu xpe lagi sebab khamis orang xramai.time nak balik tu kemain ramai orang.kedai nasi buluh yang masuk majalah 3 ritu pun kemain panjang orang beratur.
so habis sudah kisah aku berkursus.errr aku pun xtau kenapa aku terajin nak taip entry kursus kali ni.bukan nya aku xpernah berkursus.huhuhu tapi xpe la mana tau next time aku nak recall memory pasal kursus ni adala jugak aku coretkan kat sini.huhuhu sampai ketemu lagi kawan2 :)
1 comment:
Hard Rock Hotel and Casino - Mapyro
Find Hotels near 인천광역 출장샵 Harrah's Hotel and Casino in Robinsonville, MS and other places 순천 출장샵 to stay closest to Harrah's Casino.Are there 제이티엠허브출장안마 outdoor 세종특별자치 출장마사지 seating at Harrah's Hotel 문경 출장샵 and Casino?How many restaurants are available at Harrah's Hotel and Casino?
Post a Comment