aku nak tanya korang yang tahu mengenai ganglion ataupun ayat melayunya urat simpul.sebenarnya kaki aku ni ada satu benjolan kat antara urat tu.aku perasan benjol ni pun masa hari sabtu.baru terperasan kan benjolan tu.patut pun masa bawak kete hari jumaat tu aku terasa macam lenguh sangat kaki ni.
gambar ihsan google |
tahan kan je la.nak kata sakit sangat pun xgak.cuma kalo ditekan tang benjol tu terasa la sakitnya.tapi sejak aku balik dar tapah pagi tadi kaki ni dah jadi lenguh2 plak ha.sakit gak la rasanya. tu yang aku decide nak jumpa doc kul 2 lebih tadi.
klinik yang aku selalu pergi tu tutup pulak.so aku pergi klinik panel yang satu lagi.aku xsuka klinik yang satu ni sebab dia macam nak xnak je layan patient.sakit hati aku!!
tapi disebabkan xnak bertangguh aku gi la gak jumpa.dia check xsampai 5 minit pun.dia kata kena ganglion@urat simpuh.pehtu doc tu diam, aku plak yang terkedu.xde ke nak explain pape kat aku pasal ganglion ni.haihhh dia just cakap kalo ganglion xok u kena jumpa specialist.ubat dia operate saje.giler arhhh pastu tak explain detail kat aku T_T
so dapat ubat je la sekarang ni.aku decide nak jumpa doc lain lusa or masa balik tapah nanti.aku nak kan penjelasan yang detail bukan nak tau sakit ape je semata-mata.grrrr harapnya lusa bukak la poliklinik azhar tu.huhu
aku menggoogle banyak yang english ataupun bahasa indonesia.kalo english bab2 ayat medical ni memang aku lemah betoi.xpaham den.dah la aku pun xberapa nak bijak bab english :p
jadi kalau korang ada apa2 info pasal benda ni share2 la kat aku.pasal cara nak ubat ke apa ke.tq korang >_<
2 comments:
Assalamualaikum sekrng macam mana oke ke
Salam aka..saya pun kena macam aka ..di kaki sama seperti kk..cara lain ta pakai dokter.lain cara apa ya
Post a Comment