Pada yang dah baca entry sebelum ni, korang tau la yang aku gi lepak kat pangkor pada 26-28 September 2014 yang lepas.aku mulakan perjalanan dari tapah dalam lebih kurang pukul 12 tengahari.memula janji pukul 9 lebih tapi biasa la janji melayu.so delay saje.
xde singgah mana2 sepanjang nak ke lumut.dari tapah ke kampar ambik kawan aku tu then terus ke lumut.sampai lumut lebih kurang pukul 1.50 camtu la.pusing2 cari jalan masuk parking bertingkat yang ada kat lumut tu.masa tu pun hari jumaat so orang xramai lagi dan aku bernasib baik dapat parking dekat tingkat bawah dan berdepan dengan tempat duduk jaga.
settle parking dan angkut barang pastu terus singgah makan.aku tengok google kata jadual feri setiap 45 minit sekali.tapi masa aku tanya brother kedai makan tu dia kata 20 minit sekali pun ada.so settle makan terus shoot beli tiket.harga tiket rm10 je untuk dua hala.masa kat kaunter tu korang akan tengok 3 kaunter.satu kaunter memang dah terkecuali sebab tu pergi coral beach ke mana ntah.so tinggal dua kaunter yang jual tiket ke pangkor.sama je pun dua2 kaunter tu.cuma maybe feri nya la yang lain.
kalo ikutkan waktu feri aku jalan kat tiket tu pukul 3.15 petang. tapi masa sampai tu tengok feri dah memang tunggu.so xyah tunggu lama2 terus je la naik.owh before naik aku dah wassap siap2 kat owner guesthouse kata aku check in lewat.penumpang dalam feri pun xramai.so xde la berebut sangat.tapi paling kelakar bila aku terkejut sebab masa dok dalam feri tu dan ditengah lautan tu ada plak line tepon kan.internet pun laju je masa atas feri tu.hahaha
okey then nanti bila dah naik feri dalam lebih kurang 25 minit (ikut pada feri), feri tu akan stop kat hentian pertama.xsilap aku namanya kampung sungai pinang kechil.ha korang jangan turun kat situ plak.xde hal nak turun pun tapi korang jenuh la cari teksi.sebab belah situ teksi yang lalu pun semua nya bawak orang yang dari pangkor.aku tau tempat tu pun pasal masa hari kedua aku merayap naik moto ke situ.
lepas feri jalan, lebih kurang 5-10 minit camtu korang akan sampai kat jeti pangkor.haaa kat situ sila lah turun berjemaah.jangan terkejut tengok ramai yang beratur kat pintu keluar jeti tu.aku memula keluar je ingatkan orang nak naik feri.pasal elok je diaorang beratur depan tu.rupanya diaorang tu ada yang tukang sewa moto,kete dan juga uncle2 teksi.
teksi dekat sana ikut turn, so diaorang xleh dibooking melainkan korang dah deal awal2.masa mula2 takut gak nak cakap nak gi mana.tapi pasrah je la.bila diaorang tanya aku jawab nak gi teluk nipah.terus diaorang suruh ikut sorang abang ni naik teksi (kecewa xdapat van pink :p). dari jeti ke teluk nipah brother teksi cas RM15 untuk dua orang tu.tapi aku rasa dia kira ikut van dan bukan ikut kepala.
simbol untuk pangkor.van pink!! |
petang tu xde buat apa pun.just relax rehatkan badan then keluar balik pukul 5.30 petang,dari guesthouse aku dok ke pantai dalam 5-8 minit jalan kaki.tepi2 jalan tu ada la jual macam2 keychain,pakaian dan makanan macam2.ada jugak diaorang tunggu sampai pukul 6.30 macam tu untuk kita survey apa2 aktiviti air kita nak buat nanti.pandai2 la korang adjust harga ngan diaorang tu.deal kasi jadi punya.hahaha
masa jalan2 ada sorang pakcik ni nama dia pak non dia citer la pasal aktiviti snorkeling semua tu berapa dia cas bagai.lastly dia cakap dia suggest makan kat kedai no 7.memang sedap katanya.so aku pun ntah nape blur terus gi cari kedai tu then order.hahaha mahal kot kedai tu sebab dia kira lauk ikut pakej pastu rasa pun xseberapa.tomyam dia lagi la nan hado rasa nya.bau je sedap.tapi bukan la xleh makan langsung.still okey cuma xde la sedap sangat.huhuhu masa makan aku ngan member sama2 cakap 'apahal kita terus tuju kedai ni ek.nape xusha kedai lain dulu'.hahaha *tepuk dahi*
nampak menarik kan.hehehe |
lepas kenyang melantak terus lepak tepi laut tunggu sunset.bukan jauh pun, depan kedai tadi tu je.ramai je yang mandi petang2 tu.tapi kitaorang decide nak relax selfie2 je dulu.esok baru mandi.
so sila layan pic sunset yang aku capture.muahahah
nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan |
waktu malam dari guesthouse ke tepi pantai xde la sunyi sangat.cuma jangan la berani sangat kul 2,3 pagi jalan sorang2 kan.sebab ada sesetengah tempat yang gelap sikit.lagi pun tempat orang.bawak2 la teman.kalau orang lelaki tu xpe la.
okeyla hari pertama diakhiri dengan melepak dekat tepi kolam kat guesthouse dan layan citer kat tv.huhu dekat bawah ni bajet untuk hari pertama aku di pangkor.bajet ni bukan untuk percutian yang menjimatkan.sebab kitaorang bab makan memang melampau mahal.hahaha so ini untuk panduan korang sikit2 la.
agak mahal sikit la.huhuhu lebih ke makan sebenarnya *tengok tuan nya la* |
p/s : panjang sikit tapi boleh la bagi korang panduan sikit2
4 comments:
Lama tak jengah blog sarah ni.. hehe.. amboih.. bestnya pi jenjalan.. mahal juga ABC kat sana.. lepas ni bercuti ke mana pula?
Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Hati-hati di jalan raya.. =)
thanks sarah.. info yg sgt berguna! :)
maybe langkawi plak kot kak bulan 1 nanti.tapi xtau ag la.huhuhu
Post a Comment