Friday, December 23, 2011

susah nak marah

assalamualaikum

PERHATIAN : marah disini bermaksud menengking orang

dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia.dan sudah tentu ada macam-macam ragam dan perwatakan.tapi yang aku nak bangkitkan kat sini adalah isu marah.aku rasa aku memang bersyukur giler sebab aku bukan dilahirkan sebagai seorang yang pemarah.

aku cukup susah nak marah orang secara lebih-lebih.ada gak member aku kata aku suka marah dia tapi hakikatnya aku xmarah dia pun cuma suara aku ni jenis kuat ala-ala suara makcik petir. kalo kawan-kawan yang dah lama kenal aku dia mesti kata aku xmarah cuma suara terlebih jelas.

tapi aku harap kadang-kadang aku diberi kekuatan untuk marah orang.korang bayangkan la kalo aku sakit hati macam mana pun bila aku bercakap ngan orang tu mesti suara aku still terkawal tapi bergetar la.sebabnya aku menahan marah.bukan aku xnak marah cuma bila aku marah orang, nanti aku sendiri yang akan nangis.

aku teringat masa aku jadi ketua dorm kat sekolah teknik dulu.bila junior-junior bilik aku buat hal dan budak-budak dorm aku desak supaya aku marah diaorang, aku xboleh nak buat sebenarnya.tapi mengenangkan aku adalah ketua dorm so aku terpaksa tegur gak.masa aku cakap ngan diaorang pun aku dah rasa macam suara aku lain macam.lepassss je aku marah diaorang, aku terus berlari gi tepi tangga menangis sorang-sorang sampaikan adik angkat aku risau.

bulan 9 yang lepas aku rasa marah pada owner rumah sewa lama aku tu, aku rasa nak marah tapi aku tahan kan jugak sebab aku memang xreti nak marah orang.susah kot kalo nak marah orang ni.bak kata BFF aku walaupun aku ni nampak ganas dan kental tapi hati aku lembut.aku susah nak marah orang dan aku jenis yang susah nak tolak permintaan orang.akak aku pun pernah kata "nak tengok dia marah?hurm lupakan je la.dia bukan reti marah orang"

nak buat macam mana kan.tapi aku bersyukur giler aku bukan jenis pemarah.orang kata sifat marah tu adalah sama je dengan syaitan.so aku dah  dapat elakkan salah satu sifat itu.alhamdulillah.selalu aku emo kat blog je xpun kat status facebook ^_^

owh aku jugak bukan orang yang jenis marah lama-lama melainkan aku betul-betul sakit hati.masa sekolah agama dulu kalo xsilap ada 4 jenis sifat marah iaitu

  1. orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya
  2. orang yang lambat marah tapi cepat reda kemarahannya
  3. orang yang cepat marah dan lambat reda kemarahannya
  4. orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya
so aku dapat klasifikasikan aku sebagai orang yang bernombor 2. sebabnya memang tu la sifat aku.tapi jangan sebab tu pulak aku di perkotak-katikkan. walau dalam blog or fb aku nampak sangat-sangat emo tapi itu hanya lah di alam maya.realitinya aku macam bese je.buat muka xbersalah, muka selamba tanpa ada riak marah sedikit pun.

kesimpulannya korang pilih la korang nak sifat marah yang mana satu.bagi aku sifat marah paling teruk adalah yang nombor 3.bahaya kot kalo dapat orang yang macam tu.boleh terbalik segala benda dibuatnya nanti.huhuhu.yang penting jangan selalu suka emosi.kalo rasa macam nak emo terlebih banyak-banyak kan la beristighfar okeh (>_<)


p/s : aku tengah bercuti dekat penang nih.cuti-cuti malaysia katakan.keje kat opis biorkan terbengkalai  ^_^

3 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

marah itu api.
kawal ia sebelum membakar diri.

selamat bercuti ya =)

Faaein Talip Roy said...

akak jenis panas baran..

sekarang tengah cuba kawal kemarahan..

kadang-kadang..

payah juga.. [-__-"]

maisarah sarah said...

sedang belajar mengawalnya.hehehe.thanks

pehh akak panas baran?xnmpk mcm tu pn.huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...