Wednesday, December 21, 2011

ikhlaskah hati???

assalamualaikum

sape nak bagitau aku detail macam mana nak ikhlas hati? sebelum ni aku ada buat entry pasal peminta sedekah kat SINI. so sekarang aku macam konpius la pulak.sebelum tu diingatkan entry ni bukan bertujuan menunjuk-nunjuk.

kalo entry dulu aku tanya apa hukum bila aku fikir yang bukan-bukan pasal peminta sedekah. tapi kali ni aku nak tanya ikhlas ke aku dalam memberi sedekah?sebab apa aku tanya macam tu ek.sebabnya aku rasa macam aku ni xikhlas pun ada dalam memberi ni.


baru-baru ni ada sorang akak tu datang opis aku.dia minta sedekah.dia kata duit xmasuk ag kat bank pehtu suami dia pulak OKU.masa memula dia datang aku macam blur-blur je. lepas tu dia cakap "akak nak minta tolong.akak nak makan pun xde duit.suami pun OKU.bukan akak nak nipu.akak berani sumpah akak xtipu.cuma akak nak minta sedekah je nak beli ikan,sayur untuk anak-anak.anak yang kecik tu baru lepas sunat.ni akak baru je lepas minta sedekah dekat bawah tu.tolong la dik.anak-anak akak nak makan pun xde duit"


masa dengar tu aku dah macam xtau nak buat apa dah.nak halau serba salah pulak.dia bukan buat kacau.dia cuma minta tolong je.agpun xsampai hati aku nak suruh dia balik.dahla dia menangis masa cakap tu.aku pun jadi sebak.dalam otak aku terfikir gak, kalo satu hari aku jadi macam akak ni then orang buat xtau dekat aku macam mana.so untuk elak akak tu menangis ag teruk dan ikut kan rasa xsampai hati aku ni aku pun hulur la sikit.

masa tu harapan aku biar la apa yang aku bagi tu cukup untuk menampung dia dan keluarga dia untuk hari tu.walaupun aku xtau betul atau x yang akak tu xmampu aku cuba untuk ikhlaskan hati.tapi lepas akak tu balik je aku terus terfikir yang bukan-bukan.sebab tu aku tanya ikhlas ke hati aku ni memberi.sepatutnya kalo aku ikhlas aku xkan fikir yang bukan-bukan pasal dia.

masa bagi tu aku memang ikhlas.aku xkisah pun untuk berkongsi dengan akak tu.sebab rezeki tengah lebih masa tu.almaklum la gaji dah masuk masa tu.tapi lepas tu....hurm ntah la.sampai balik umah aku terfikir.tapi untuk hari tu je la.esok-esoknya xde la aku nak fikir ag.

but xboleh tidak, bila ada yang lain datang aku mula teringat dan fikir yang bukan-bukan.tadi ada sorang abang ni datang.cuma yang ni aku betul-betul pasti aku ikhlas sebab abang tu x buatkan aku was-was.dia datang untuk minta sumbangan supaya dapat mewakafkan al-Quran besar. korang tau x al-Quran besar tu yang mana?
ni la rupa al-Quran tu
abang tu kata harga al-Quran tu RM 280.00 so dia minx sumbangan berapa-berapa je.bila cukup nilai sumbangan dengan harga al-Quran tu maka dia akan wakafkan di masjid yang terpilih.semua orang tahu tulisan dalam al-Quran yang besar ni lebih jelas dan lebih besar. sesuai sangat untuk digunakan oleh orang yang kurang penglihatannya.

so aku fikir why not aku bagi sikit sumbangan untuk mereka.aku xrugi pape pun.seingat aku jika kita bersedekah dan sedekah kita itu berpanjangan maka kita akan terus diberikan kebaikan/pahala oleh ALLAH (betulkan kalo aku salah). so aku fikir bila Quran ni diwakafkan maka orang ramai akan membaca Quran tu,jika berterusan orang menggunakan kitab tu maka berpanjangan lah kan sedekah kita tu.

disebabkan itu aku xmenyesal untuk memberi. masa belajar dulu aku rasa jarang sangat aku memberi.so bila dah keje ni bolehla aku mulakan sedikit demi sedikit amalan tu.sekurang-kurangnya pahala sunat dapat aku kumpul. yang wajib pun kadang-kadang tinggal.diharap yang sunat ni dapat cover apa yang aku tinggal tu.

cuma dekat sini aku nak minta tunjuk ajar korang semua atau dengan kata lain nak minta tips.kalo korang tau ape-ape pasal nak bagi hati ikhlas korang bagitau aku okeh.aku xnak la kalo aku berkongsi rezeki dengan orang lain tapi hati aku xikhlas.macam xde makna je semua tu kalo dah xikhlas.so pada semua yang membaca, sila-sila la bagi aku pendapat or tips ek.


p/s : Ya ALLAH bantulah aku untuk mencapai keikhlasan hati supaya dapat selalu membantu hambaMu yang memerlukan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...