~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, December 13, 2011

mereka juga layak untuk mencipta kenangan

assalamualaikum

perhatian : entri ini mengenai luahan hati aku dan mereka

siapa rasa dia tengah berbahagia sekarang ni?pandai-pandai la korang nilai korang bahagia or tak.tapi mesti ada juga yang sedang berbahagia dalam duka kan. sebabnya ada yang tak suka dengan kebahagiaan korang.

tadi aku terbaca entry dari seorang blogger yang meluahkan rasa terkilan dan sedih beliau.dia merupakan kekasih kepada seorang blogger famous kat malaysia ni. tak dapat disangkal lagi blogger tu memang tersangat popular dalam kalangan anak-anak muda ni.

tapi disebabkan blogger tu famous la dia dan kekasihnya menjadi perhatian ramai.itu bukan isu nya sekarang. apa yang aku nak katakan adalah kenapa ramai sangat orang yang dengki dengan kebahagiaan orang lain??? ini biasanya berlaku pada orang-orang yang glemer la kan.

bagi aku tak salah kalo kita nak minat pada seseorang tu.mungkin dia kacak, cantik, baik or apa-apa je la.tapi once dia dah ada pasangan hidup dia sendiri dan sedang bahagia why kita sebagai peminat or kawan ni nak doakan yang tak baik untuk diaorang. ni ada pulak yang sampai buat page benci sipolan ni kat facebook.ada gak secara terang-terang mendoakan mereka ni tak bahagia.

dulu benda ni jadi pada seorang bekas awek pemain bola malaysia.kalo sape yang follow blog aku mesti tau sape orang tu.sekarang ni jadi pada blogger ni pulak.mudah-mudahan ia nya tidak berakhir seperti apa yang jadi pada akak tu.

hello kawan-kawan sekalian.kalo korang doakan mereka ni tak bahagia sekalipun macam la si femes ni nak kat ko.ntah dia kenal ke tak ngan ko tu.so tak payah la nak sibuk-sibuk menghancurkan hubungan orang lain pulak.siap mengata kekasih si femes ni lagi macam ko kenal sangat ngan kekasih dia tu. annoying giler tau pada mereka-mereka yang sanggup doakan benda yang tak baik pada hubungan orang lain.tak de ruginya doakan orang lain bahagia.dapat pahala lagi ada.


berbalik pada entry blogger tadi.aku yang baca entry dia pun dah rasa sebak sangat dah walau bukan aku kat tempat dia. dia cuba untuk membantu kekasih dia untuk update kisah bahagia mereka atas permintaan kekasihnya sendiri. semua nya untuk peminat-peminat setia blogger femes tu jugak.sebabnya blogger femes tu tak de masa yang cukup untuk update blog dia walau itulah yang dinanti-nantikan dan itulah yang diminta oleh fans dia.

tapi itulah hakikat dunia zaman sekarang.orang tak suka bila tengok orang lain bahagia. ibarat macam rasa bahagia tu layak untuk dia je.choii!!!! tak best betul la macam ni.sepatutnya kita menghormati privacy yang diperlukan oleh orang lain walaupun dia merupakan public figure atau seorang blogger femes.

kesimpulannya doakan la kebahagiaan mereka walaupun kita rasa sakit atau jeles dengan kebahagiaan mereka. kita sebagai orang sekeliling tak layak untuk mendoakan yang tak baik terhadap kebahagiaan orang lain. doakan semoga mereka kekal hingga akhir hayat dan bahagia selamanya.mereka juga layak untuk merasa bahagia dan menyimpan secebis kenangan dalam lipatan memori indah mereka. jangan diganggu perhubungan dan kenangan yang sedang mereka ciptakan.

pic blogger tersebut aku remove atas sebab tertentu

p/s : pada pasangan yang sedang berbahagia. sentiasa berfikiran positif.walau ramai yang mendoakan yang xbaik tapi pasti ada lebih ramai yang sedang mendoakan kebahagiaan kamu itu ^_^

4 comments:

Anonymous said...

dunia jewk sume ny....huhu..nth ape2 jewk la dowg t`lebih fanatik la tu gn dunia glamour..eauu. :p cc~ckmza


http://s.exps.me

maisarah sarah said...

sbnrnya diaorg tu tlbih perasaan jeles sbb xdpt org tu

Caramellina said...

sarah,sape??

maisarah sarah said...

ape yg sape not?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...