Friday, December 16, 2011

review novel #1 : lili buat najah (nazurah aishah)

assalamualaikum
 perhatian: entry meleret 

entry kali ni aku nak buat pasal review novel.tak kira la novel tu baru lagi ataupun dah lama (maknanya aku ketinggalan la tu). tapi ni depends pada mood aku gak la.so sori la kalo korang tak suka cara aku review. sebabnya aku ni memang FAIL bab penulisan walaupun aku minat penulisan masa sekolah rendah, okeh mukadimah meleret.
telah kau tunai seribu janji
satu kau mungkiri...
hidup bersamaku...

novel yang akan aku review
kalo tak salah aku ini adalah penulisan pertama Nazurah Aishah. tapi walaupun penulisan pertama tapi aku rasa kagum dengan penulisan beliau. novel ini berjaya membuat aku menangis tersedu-sedu, berangan tentang kehidupan yang indah dan menyimpan impian yang sangat seronok. seriously bab kedua terakhir aku rasa macam aku hampir-hampir semput sebab terlalu banyak menangis.huh!!malu i nak bagitau sebenarnya.

mengisahkah kehidupan sepasang suami isteri iaitu syahrun najah dan natasha yang telah bernikah semasa mereka belajar di England lagi. tetapi pernikahan mereka tidak diketahui oleh keluarga najah terutama selepas ibu najah menunjukkan reaksi kurang sengan dengan tasha semasa mereka berkunjung ke england sebelum ini. maklum lah keluarga najah adalah golongan atasan berbanding tasha yang hanya dari keluarga biasa walaupun umi tasha seorang pensyarah.

bila diaorang balik malaysia diaorang kena duduk asing-asing sebab family najah xtau pasal perkahwinan diaorang.bila tasha dapat peluang kerja satu opis ngan najah barulah diaorang selalu berjumpa.satu hari najah nekad nak bagitau mama dia pasal tasha.dan sudah diagak mama najah xdapat nak terima tasha.mama najah suruh najah pilih sama ada tasha atau mama. tapi sebab sayangkan isteri najah pilih tasha.lepas dari tu la mama najah buang najah dari hidup dia walau hati ibu meronta rindukan si anak.

disebabkan najah memang rapat dengan mama dia so najah rasa sangat down.dia dah lukakan hati mama dia.tapi dia xsanggup juga nak lepaskan tasha.family najah yang lain xde masalah nak terima tasha. masa najah buat kenduri di rumah tasha, mama najah ada datang tapi xturun. najah jumpa mama dia dan berlutut depan mama dia.tasha sedih sangat masa tu.

one day masa tasha gi mall dia ternampak ada sorang perempuan kena ragut dan sedang bergelut ngan peragut.dia perasan itu mama najah so dia pergi membantu mama najah.xtau macam mana peragut tendang tasha kalo xsilap sampai tasha jatuh dan bleeding.masa tu baru la mama najah tau yang tasha sedang mengandungkan cucu dia.lepas dari kejadian tu mama najah mula terima tasha dalam keluarga diaorang dan menerima juga makwe abang kepada najah yang selama ni mamanya xsuka.

orang kata langit xselalu cerah.sedang bahagia mengulit tasha kerana telah diterima mama najah, dia sekali lagi diduga apabila mengetahui suami tercinta nya menghidap penyakit yang bahaya tapi dia xtahu sakit apa.sebab dia hanya terdengar perbualan antara kakak dan papa najah.

sedaya upaya tasha menyembunyikan perasaan walang nya walaupun tika tu dia rasa sakit sangat kerana najah tidak menceritakan perkara sebenar pada dia.pada pemikiran tasha patut la kata-kata najah sejak akhir-akhir ni semakin pelik bila suruh tasha jaga diri,didik anak baik-baik, jaga anak-anak dan juga bila najah terlalu kerap berjumpa dengan abg iparnya yang juga merupakan doktor kepada najah.

tasha bertahan menyembunyikan duka sehingga dia mahu melahirkan anak-anak kembarnya.masa tu tasha rasa sakit sangat nak bersalin tapi dia xsampai hati nak kejutkan najah yang tengah demam.tasha telefon mama, papa dan umi nya sebab nak minx tolong bawak ke hospital.lepas tu baru dia kejut najah dan najah rasa bersalah sangat sebab xberdaya nak bawak tasha gi hospital.lepas family najah datang baru mereka ke hospital dan najah setia menemani tasha walau dia xde kekuatan.najah kata ini mungkin kali terakhir dia dapat menyambut anak-anaknya tu.sob sob sob

kalo xsilap tasha selamat melahirkan kembar lelaki dan perempuan.najah rasa hepi sangat masa tu.dia sayang sangat-sangat dengan anak-anaknya. sampai dah beberapa bulan penyakit najah makin teruk dan sampai masanya dia tinggalkan semuanya.tapi tasha xmenangis sebab dia dah janji dengan najah yang dia xkan menangis.bila part baca surat wasiat najah memang sedih giler2.rupa-rupanya rumah kosong sebelah rumah family najah tu adalah milik tasha yang dibeli oleh najah.rumah yang dihiaskan seperti yang diinginkan mereka.

so aku xtau nak habis kan macam mana.tapi part last nya tasha disuruh pindah rumah sebab rumah dia tinggal tu terlalu banyak kenangan dengan najah.papa najah minta tasha mulakan dengan suasana baru walaupun tasha xsetuju.tapi dia menurut juga.sape yang ala-ala poya macam aku mesti nangis leleh punya bila baca bab-bab akhir tu.

ok la ni sinopsis yang betul kat belakang buku :-

aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. sekembali ke tanah air, aku dan Najah  harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.


Itulah permulaan kisah ini....yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna, lalu sukarnya untuk orang lain memahami apatah lagi merasai....


Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang egrhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup, kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya....?


Najah, sudah jadi fitrah alam....matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!


Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya,,,,Sebuah kisah yang mengesankan pada yang sedia berkongsi rasa.

ini review berdasarkan yang aku baca.cuma ada part-part yang aku xingat sebab aku abis baca dah dekat 2 minggu.
p/s : jemput-jemput la baca novel tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...