Friday, December 23, 2011

sama je mereka tu so xpayah nak demand sangat

assalamualaikum

Perhatian : ini entry melalut dan sekadar luahan pendapat

dua hari lepas aku ada terbaca pasal isu turun bendera oleh mahasiswa masa aku nak check akaun yahoo aku.tapi masa tu memang aku xtau langsung apa isunya.al maklum la aku ni kan 'rajin' sangat tengok berita.tu yang sampai xtau langsung pasal isu ni.ada gak aku tanya pada member-member fb tapi xde respon.tapi tadi bff aku ada bagi aku macam-macam link pasal hal ni.so aku dah faham apa kesnya sekarang.

bagi aku setiap orang ada pendapat masing-masing dan setiap rakyat layak bersuara.cuma perlu kena pada gayanya. aku bukan membangkang adam adli dan aku bukan juga menyokong mana-mana orang yang membangkang adam adli. bagi aku diaorang ni semua ada pro dan kontra nya. seperti juga parti kerajaan dan pembangkang.mereka juga ada pro dan kontra.

kalo tanya aku la kan, aku malas nak amik tau pasal isu ni pun.dan aku lebih malas nak amik tau pasal politik.sebenarnya semua ni simple je pun.kalau segala isu yang terjadi di malaysia ni xdiperbesarkan ianya xkan jadi lebih teruk.tapi yela kalo xdiperbesarkan orang xtau lak.aihh kang xpasal-pasal orang kata aku ni menulis tanpa ilmu dan fakta pulak.

bila aku tanya kawan-kawan aku dah daftar undi ke.dan kebanyakkan dari mereka akan jawab belum walaupun umur masa tu dah lebih 21.bila ditanya kenapa xnak daftar, mereka akan jawab malas la nak amik tau pasal politik ni.sama naik je mana-mana parti pun.kalo tengok balik sebenarnya diaorang ni sama je levelnya.tapi sebab banyak kesenangan yang rakyat dapat ni diperoleh dari kerajaan so kita nampak kerajaan lagi ok. aku rasa aku xleh nak sangkal pendapat mereka tu.memang ada benarnya.

kalo kita tengok balik la kan, bukan semua orang kerajaan ni ok.ada je yang teruk dan dia itu lah yang memburukkan lagi nama kerajaan.manakala bukan semua orang pembangkang ni teruk.ada juga yang ok dan disebabkan itu dia disayangi orang ramai.see...itulah antara pro dan kontra nya.itu belum lagi masuk isu lain.tapi aku malas nak taip, aku bukannya penghujah politik.

sebenarnya kat malaysia sekarang ni kalo ada yang menyokong kerajaan dikatakan orang umno dan kalo yang membangkang apa yang dilakukan kerajaan dikatakan orang pembangkang. aku rasa itu bukan benda yang patut dibuat isu.dimana hak bersuara untuk rakyat kalo dilabelkan sebegitu.baik xyah bersuara je kalo macam tu kan.tapi bila xbersuara perkara lain pulak yang akan jadi -_-"

pada aku la kan, kadang-kadang orang bertindak melakukan benda-benda yang diluar alam ni sebab apa yang mereka lakukan xdiberikan perhatian.kalo bila jumpa cara baik xdilayan adakah mereka akan berdiam je.aku buka isu ni bukan untuk kes turun bendera ni je.tapi untuk semua sekali.kalo tengok dekat berita tv3 tu dalam segmen aduan rakyat.kadang-kadang ada jugak orang-orang besar yang xnak layan apa yang diadukan oleh rakyat.ada yang marah bila isu tu dibangkitkan.itu dapat dilihat di kaca televisyen.

itulah lumrah alam dan lumrah dalam kehidupan.kalo hidup ni hepi je tanpa masalah, maknanya xde la cabaran dalam hidup.dan tanpa cabaran manusia xkan dapat pengalaman.ini semua adalah ujian untuk kita semua.dunia sekarang di akhir zaman so perkara yang melibatkan keadilan ini akan sentiasa berlaku.salah satu tanda kiamat kan melibatkan isu -isu keadilan ni.so apa yang nak di hairankan.

macam mana negara kita nak maju kalo setiap langkah yang dilakukan ada cacat celanya.bila apa yang dilakukan pasti ada antara 4 sifat diatas tu yang tertinggal.bagi aku 4 sifat kat atas tu antara yang terpenting untuk setiap manusia.so kalo dah ada antara itu yang kita tertinggal macam mana

so apa kata kita semua mulakan balik sikit-sikit 4 sifat yang diatas tu. semoga bila diamalkan xde lagi isu yang terjadi. tapi nampaknya itu semua seperti mustahil.adakah orang-orang macam aku ni layak untuk menasihat dan memberi pendapat??entahlah.yang pasti selagi hidup di malaysia ni aman damai aku dah rasa cukup bersyukur.tapi kalo disebabkan politik la negara ni jadi huru hara mungkin aku salah seorang yang bersuara.

tapi itu cuma MUNGKIN....aku xminat nak menyibuk lebih-lebih pasal isu politik ni.sebab kan aku dah kata aku bukan penghujah politik dan aku bukan penyokong mana-mana parti.so paham-paham la kan maksud aku tu.selagi aku xyakin mereka itu benar-benar layak aku xkan buat benda yang satu tu.tapi aku tau satu hari nanti aku pasti kena buat jugak.undang-undang harus dipatuhi kan.

kesimpulannya, bersikap lah seperti orang yang bijak.jangan kerana isu yang kecil kita semua berpecah belah.aku sayang bangsa aku weh.OMG rasa macam nak leleh lak.huhuhu.oh btw semalam coolblog kat tesco tu dah semakin baik service nya.xsia-sia aku buat luahan perasaan kat entry SINI ^_^

p/s : eyh entry ni kira macam suara rakyat gak ke ek  (>_<)

2 comments:

azreen said...

suara rakyat la nih..aku ske sl0gan k0 wt dlu..haha..aku pn ta sokong mne2 pihak..k0 tau kn aku minat sejrh..s0 kal0 de yg b'kaitan ngn p0litik ni msty aku bce..aku amek tau..tp 2 dlu.. ble umo da meningkt ni..aku ase cm..pe yg aku bce slme ni? aku ase cm t'tpu weh//s0 skunk ble adek2 aku cbe t0k b'ckp psl p0litik ni aku akn kte sume sme,aku maleh nk k0men..kdg2 aku akn b'ckp mlalui ap yg aku ase bt0l..n aku ase meluat pn ad gk..0wg tu kate 0wg ni..0wg ni kate 0wg tu..hey c0me on laa..tade sape yg sempurna..

maisarah sarah said...

hahah ko kan study bab ni.banyak kes ko kena kaji.kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...