kasih sayang Baginda kepada seluruh umat Islam tidak dapat disangkal lagi....sehinggakan sebelum Baginda melepaskan nyawanya Baginda sempat memikirkan mengenai umat-umat nya....betapa Baginda mengasihi kita semua...kerana kasih sayang Baginda jugalah kita semua diberikan pelbagai kelebihan oleh Allah...antara kelebihannya ialah solat yang telah dikurangkan kepada 5 waktu sahaja, merupakan kaum pertama yang akan dihisab oleh Allah daripada kaum-kaum Nabi-nabi yang lain,mendapat syafaat oleh Allah dan berbagai lagi.jadi sebagai tanda kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW marilah kita sama-sama berselawat ke atas Baginda sebanyak yang boleh.bukan hanya pada hari ini saja.bahkan pada setiap hari...(^_^)
Terima kasih Ya Rasulullah...
Antara kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..
- Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).
- Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yangtidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita
- barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar
- Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.
- Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.
- Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.
- Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
- Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
- Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
- Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
- Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
- Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
- Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
- Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
- Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
- Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.
- Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
- Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat
- Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.
- Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.
- Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
- Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
- Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui
p/s so marilah kita semua berselawat ke atas Nabi.Insya Allah
1 comment:
Nice one! :)
Jom selawat jom.
Mr. Swift Currently Posted : Bukti Teguran Itu Perlu Dalam Kehidupan : Dear readers, Thanks for the feedback!
Post a Comment