~ kepada tetamu2 pLeZ kLiK di sini ~

meh sini tengok....

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, February 15, 2011

SeLamAt UlaNG TahUN Ya Rasulullah....

            setiap 12 Rabiul Awal seluruh umat Islam akan meraikan ulang tahun kekasih Allah yang teramat mulia.....itulah dia Nabi Muhammad SAW yang kita cintai..yang mempunyai akhlak yang sangat mulia,berbudi pekerti,bersopan santun dan penuh dengan sifat-sifat terpuji....rasanya tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang lebih sempurna daripada Rasulullah kita (betulkan jika aq salah). Baginda mempunyai pelbagai sifat mahmudah yang tidak semua manusia ada. kerana sifat Baginda itulah Baginda disayangi oleh pelbagai kita semua. kerana sifat Baginda itulah juga ramai yang ingin memasuki Islam agama Allah yang benar.
             kasih sayang Baginda kepada seluruh umat Islam tidak dapat disangkal lagi....sehinggakan sebelum Baginda melepaskan nyawanya Baginda sempat memikirkan mengenai umat-umat nya....betapa Baginda mengasihi kita semua...kerana kasih sayang Baginda jugalah kita semua diberikan pelbagai kelebihan oleh Allah...antara kelebihannya ialah solat yang telah dikurangkan kepada 5 waktu sahaja, merupakan kaum pertama yang akan dihisab oleh Allah daripada kaum-kaum Nabi-nabi yang lain,mendapat syafaat oleh Allah dan berbagai lagi.jadi sebagai tanda kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW marilah kita sama-sama berselawat ke atas Baginda sebanyak yang boleh.bukan hanya pada hari ini saja.bahkan pada setiap hari...(^_^)
Terima kasih Ya Rasulullah...

       Antara kelebihan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..
  1. Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).
  2. Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yangtidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan berertiberdukacita
  3. barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar
  4. Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.
  5. Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.
  6. Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.
  7. Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
  8. Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  9. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
  10. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
  11. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
  12.  Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
  13. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  14. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
  15. Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
  16. Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.
  17. Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
  18. Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat
  19. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.
  20. Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.
  21. Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
  22. Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
  23. Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui

p/s  so marilah kita semua berselawat ke atas Nabi.Insya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...